Breaking

Wednesday, March 08, 2023

Susahke Jaga Anak Perempuan?

 


Kadang-kadang bila aku tengok balik gambar-gambar lama kakak dan adik masa kecik dulu dan gambar-gambar diaorang sekarang, hati tu rasa rindu nak kembali ke zaman diaorang baby dan kanak-kanak sebelum masuk tadika. Tambah kalau diaorang buat perangai remaja yang menyakitkan hati lagi aku rasa macam nak beranak lagi sorang haha.


Pada aku la, jaga baby lagi senang dari jaga seorang remaja. Masa diaorang kecik, jarang nak buat perangai. Makan tak memilih. Aku masak bubur atau nasi letak sayur elok je diaorang makan. Tak perlu bersyarah tentang pentingnya makan buah dan sayur. Aku masak ikan ke, udang ke, sotong ke diaorang hanya perlu nganga mulut dan makan haha.



Tapi bila dah masuk sekolah, dah masuk remaja masing-masing ada selera ikut tekak sendiri. Sorang makan pedas, sorang tak boleh. Sorang nak goreng, sorang nak berkuah. Sorang nak masak lemak, sorang nak kari haha. Tapi sekarang si kakak dah banyak beralah ngan adiknya. Syukurlah...kalau tak pening aku nak masak ayam dua jenis!


Sekarang ni, diaorang dok 'gila' ke ramen atau ramyeon. Ikut selera kpop katanya...chaitt! Kadang-kadang aku membebel juga kalau aku masak ayam bercili atau sambal diaorang kata pedas mama! Tapi kalau telan ramen kat family mart tu muka jadi merah, bibir jadi tebal takpe pulak. So sekarang, aku masak tak kuasa nak ikut diaorang dah. Tak makan lapar la korang haha.




Tapi hati seorang mak tu ... marah kejap je bebel kejap je. Kang nak masak, mulut tu still tanya,"nak masak ape ye?" hahaha. Of course diaorang la yang potong bawang masak nasi segala. Aku masak je. Itupun aku panggil sorang2 aku ajar masak. Ingat tak ingat tu tak tau le, tapi asalkan diaorang tengok.


Tu dari segi makan. Bab berpakaian pun boleh tahan diaorang ni. Aku faham sebab aku pun pernah jadi remaja. Keinginan untuk bergaya dan melawa tu akan datang bila kau masuk remaja. Itu normal la. Bezanya aku dulu lambat. Form 1 masih pakai suar pendek berlari di padang main rounders lagi hehe. Tapi sebab diaorang baligh awal dari sekolah rendah, maka bab berpakaian tu memang dijaga dan dikawal. 


Tapi bestnya ada anak perempuan ni, kita boleh selalu tukar-tukar pendapat dan idea tentang baju apa yang sesuai dipakai. Kalau baju aku ketat atau sendat, diaorang la yang dulu akan tegur perlu tukar atau tak. Kalau diaorang pakai pelik-pelik aku pulak akan suruh tukar haha. Kadang-kadang aku pulak yang memberontak sebab baju aku pakai tu dah lawa di mata, tapi diaorang tengok ni bukan style seorang mak nak masuk usia 40an hahaha. Ya begitulah ... dah tua pun ada hati nak memberontak haha tapi aku faham itulah juga yang diaorang rasa bila kita tak setuju dengan pilihan diaorang.




Oleh sebab itu, aku tak boleh sentiasa berkeras dengan diaorang. Kena pandai berdiplomasi. Tapi bukan semua benda boleh diringan-ringankan. Ada masa tegas, aku tegas. Kalau perlu marah, aku marah. Ada masa kelakar, aku gelak. Ada masa aku konpius .. ni anak perempuan ke atau makhluk dari Marikh?? haha. Ya Allah .... macam la aku ni bukan perempuan! Ye tapi aku sendiri pun sukar nak faham diaorang terutama remaja ni. 


Banyak masa aku cuba untuk faham dan layankan kepala diaorang. Tapi aku selalu ingatkan diri sendiri dan diaorang yang dalam hidup ni tak semua benda kita akan dapat bila kita beria mintak. Apa jua yang kita buat kena ada batas dan kena sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain. Contoh, macam keluar dengan kawan. Bukan tak boleh, tapi sebagai mak tipula kalau aku cakap aku tak risau setiap kali diaorang keluar dengan kawan-kawan.


Sebab tu, bila aku cuti aku akan ajak diaorang keluar jalan-jalan sekitar KL. Benda ni memang aku dah amalkan dari sejak diaorang kecik lagi. Memang kami bertiga akan keluar pergi jalan-jalan naik bas dan train sekitar KL. Tapi bila diaorang dah remaja ni, perasaan nak keluar dengan kawan-kawan tu mula ada. 


Pernah juga aku ikut diaorang keluar dengan kawan-kawan. Macam aku cakap tadi lah, aku faham keinginan remaja yang nak keluar berseronok dengan kawan-kawan. Tapi perasaan risau tu tetap ada. Jadi, nak memuaskan hati semua maka aku akan ikut sekali. Nak pergi mana mama ikut je dari belakang, asalkan ada orang dewasa temankan. 




Tapi sebolehnya, kami akan keluar bertiga. Nak shopping, nak jalan-jalan biarlah dengan aku je. Ayahnya 'lemah' sikit bab berjalan ni haha. Ayahnya tak berapa gemar pergi tempat orang ramai, tapi aku ok je haha. Ke mana pun diaorang nak pergi, asalkan dekat dan boleh naik public transport aku ikutkan aje. 


Kadang-kadang badan ni penat sebab bekerja. Balik rumah rasa nak tido sepanjang hari. Tapi bila anak ajak pergi jalan-jalan di taman, otak akan cuba 'memujuk' badan untuk bangun dan pergi dengan diaorang. Bukan sebab ikut kehendak anak semata-mata, tapi memikirkan diaorang masih mahu ajak aku keluar dan luangkan masa bersama. Itu yang aku cuba nak kekalkan sampai diaorang dah dewasa dan bekerja besok. Aku lebih suka diaorang pilih aku untuk pergi jalan-jalan berbanding kawan-kawan. Dan aku mahu momen dengan diaorang tu kekal sampai bila-bila.




Disebabkan diaorang juga la, aku belajar sikit-sikit pasal penjagaan kulit ni. Ya jangan tak tau ye haha. Yang mintak ibu belikan sunscreen ialah kakak. Kalau dia tak mintak, memang aku tak belikan haha. Disebabkan dia jugak la aku pakai sunscreen, kalau tak asyik beli cleanser je. Muka kakak pernah gelap sekejap sebab aktif main bola jaring di sekolah. Dah la muka tak pakai sunscreen masa tu, dari cerah jadi coklat gelap sampai naik belang kat pipi. 


Lepas tu muka dia naik jerawat pasir. Guna cleanser saja tak jalan. Mulala dia nak moisturizer la, mask la, toner la, lip balm la minyak wangi la. Aku dah pening! Seumur hidup dari start keje sampai sekarang aku takde beli barang tu semua haha. Tapi bila tau penting barang-barang tu, baru aku beli dan guna. Pastu adik dia pun timbul jerawat pasir, langsung tambah stok hehe.


Sekarang lagi buat aku pening, diaorang dah ada set lipstick, lip tint, mascara, eyeliner segala tok nek makeup! Aku still pakai sunscreen dan moisturizer je. Lip balm aku malas nak tenyeh haha. Tapi ada masa diri ni nak melawa juga, so aku pinjam je lipstick diaorang hahaha. Barang makeup kebanyakan guna duit diaorang kumpul sendiri. Aku support bab skincare je. Itupun dah pening diknon!




Sebab tu kalau ayah diaorang nampak diaorang pakai gincu bila nak keluar rumah gi jenjalan (tapi tak pekat pun) ayah diaorang akan tegur. Sebab pada ayahnya, diaorang masih budak lagi tak perlu nak bergincu. Tapi lelaki mana nak faham orang pempuan tak kira peringkat umur, bila datang keinginan nak melawa tu walaupun calit sedikit gincu pun dah ok. Bukan sebab nak menunjuk pada orang lelaki, tapi sebab dia ingin nampak cantik dan kemas dan tak pucat. Dia ingin melawa untuk dirinya sendiri. 


Sebab tu aku bagitau ayahnya, normal kalau seorang remaja tu nak melawa dan bergaya. Aku pun sama gak dulu, ada keinginan tu. Jangan halang terus kemahuan anak, pimpin dia tunjuk dia kesederhanaan itu lebih baik. Bukan bangkang terus. Masih ada batas. Kadang-kadang aku pulak yang mintak diaorang pakaikan gincu haha.


Sebagai seorang ibu kepada dua orang anak remaja, aku bukan sekadar nak jadi ibu diaorang, tapi sebagai kawan, guru, teman, tempat meluahkan perasaan, pendamping, pemberi nasihat, kaunselor dan apa saja yang diaorang perlukan. Walaupun masih tak sempurna, tapi aku akan tetap beri kasih sayang dan perhatian yang adil pada diaorang. Moga anak-anak ibu membesar menjadi wanita yang kuat, solehah dan berani menyahut cabaran dalam pelajaran dan kehidupan .... aamiiinnn!


SELAMAT HARI WANITA BUAT SEMUA WANITA TERHEBAT!

No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.