Breaking

Friday, April 14, 2023

Friday, April 14, 2023

Air Fryer - Rezeki Ramadan 1444H

 

Dalam banyak-banyak gajet dapur, aku teringin nau nak ada air fryer atau pressure cooker. Sekarang ni aku masak nasi pun guna api atas dapur. Bukan tak nak beli rice cooker tapi dah dua kali beli, dua kali rosaknya. Last-last lagi elok masak nasi cara manual.


Aku suka tengok video orang memasak guna air fryer, pressure cooker atau TM6. Walaupun hanya mampu tengok pun jadi la. Mula pasang angan-angan kalau dapat salah satu ni nanti nak try masak la hehe. Terasa indahnya hidup kalau masak sup tulang 15 minit je. Selama ni kalau masak atas dapur, tak lari 2 jam sebab nak bagi daging empuk dan lembut.




Aku kan suka masuk kontes, tapi takda la aktif sangat. Kadang-kadang tu sekadar support seller. Hujung tahun lepas aku menang hadiah juga dari seller yang sama. Yang tu memang tak sangka! Tapi kali ni Allah Maha Mendengar dan makbulkan impianku yang satu ni.

Aku bukan sekadar masuk 'kosong' je, aku biasa membeli juga dengan seller ni. Sambil-sambil tu dia buat kontes untuk pengongsi bertuah. Pemenang boleh pilih samada nak hadiah berupa barangan elektrik atau pun tunai seratus ringgit. Aku dok aim kat air fryer tu je haha!





Walaupun hadiah mantap belaka, tapi peluang nak menang tu agak tipis gak sebab yang join kontes pun ramai. So, aku hanya mampu berdoa dan tenung je air fryer tu hehe. Tak tau nak digambarkan perasaan bila nama aku yang naik! Menggigil jari nak menaip masa tu. Ya Allah ... sesungguhnya Kau mendengar isi hatiku. Terima kasih tunaikan hajatku ini. Sungguh ini semua rezeki anak-anak dan aku tumpang saja.



Syukur alhamdulillah hadiah air fryer pun dah sampai dengan selamat. Tapi belum masa nak guna lagi sebab sekarang aku dok sibuk menyimpul popia hehe. Tapi dah mula sikit-sikit tengok resepi guna air fryer ni kat fb. Moga lepas ni seorang Hanim lebih rajin memasak ye haha.


Monday, April 10, 2023

Monday, April 10, 2023

Bila Kau Susah Siapa Yang Tolong?

 

Pernah tak kita berada dalam satu situasi kesusahan yang bila kita perlukan pertolongan dari orang terdekat tapi dia takda? atau dia tak dapat bantu? atau dia jauh dari tempat tu? Dan dalam keadaan macam tu, kita takda banyak pilihan melainkan untuk minta bantuan dari orang lain.


Kereta aku ni memang banyak kali 'merajuk'nya.  'Merajuk'nya tu berlaku sikit-sikit tapi setiap bulan haha. Kiranya, 'dia' tau la gaji keluar bila😂. Bulan lepas dia 'merajuk' tak boleh start. Dah la time tu, aku nak keluar pergi amik anak-anak balik sekolah. 


Bayangkanla tinggal kat KL, sekolah kat PJ😂. Orang tanya kenapa tak tukar sekolah kat KL je, aku malas dah nak naik PPD amik borang isi borang naik turun bangunan ni semua. Lagipun aku masih keje kat PJ dan diaorang pun dah terbiasa sekolah di sana darii tadika lagi, kawan-kawan pun ramai jadi aku kata hadap je la sampai korang habis sekolah.




Dalam banyak-banyak hari, hari yang suami takda disisi la dia buat hal. Boleh pulak enjin takmo hidup. Aikk takkan bateri kong kot. Dah banyak kali pulas kunci tak boleh jugak. Terpaksa minta bantuan jiran pinjamkan bateri kereta untuk jump-start. 

Tetap tak hidup jugak! Alamakkkkk .... anak-anak dah nunggu kat sekolah ni. Jiran cakap ni masalah alternator kot. Aduhhhh takkan nak kena panggil pomen pulak time-time gini. Tak boleh jadi ni, aku terus booking grab pergi sekolah kakak dulu. Biarlah kereta tu kat situ dulu. Suami balik kang baru boleh tengok apa nak buat.

Dalam perjalanan, adik grab ni tanya nak pergi mana. Aku cakap nak gi amik anak sekolah. Mak aiii jauhnya sampai ke PJ. Ye la dik, diaorang dah sekolah sana dari kecik lagi. Tapi hari ni kereta akak tak boleh start, tu yang akak naik grab ni nak gi amik diaorang.

Dah sampai sekolah kakak, aku gi sekolah adik pulak. Pastu patah balik ke KL. Tiba-tiba adik grab tu cakap, takpe nanti dah sampai kita gi tengok kereta akak apa yang rosak. Eh budak ni biar betul. Eh takpe ke macam ni dik? Ni dah petang nanti jem pulak adik nak balik buka puasa lagi. Takpe, saya pun bekas pomen dulu boleh saya tolong apa yang patut. Ishh tak susahkan adik ke. Takde kak, lagipun akak customer terakhir saya arini.

Aku diam. Nak menolak kang orang dah offer nak tolong. Lambat lagi nak tunggu suami balik. Kot la kena pergi kedai beli barang ke ape, kedai dah tutup pulak nanti. Esok pagi nak guna lagi kereta tu. Aku pun setuju.

Aku bukakan hud depan dan dia mula cek. Bila last akak tukar bateri kereta ni? Rasanya tahun lepas. Dia goyang bateri tu sikit dan dapat nampak level air dalam bateri dah sampai garisan 'mati'. Memang kong terus la ceritanya!

Oohh kak ni bateri dah kong ni. Tengok sini (sambil tunjuk kat level air bateri). Biasanya kalau kereta tak boleh start, pomen akan cek bateri dulu. Kemudian baru cek starter dan lain-lain. Nampak gaya kena tukar bateri ni. Jom kita gi kedai spare-part.



Akhirnya 'terbang' juga tiga ratus aku kat bateri. Mujurlah ada duit sikit dalam simpanan. Adik grab tu lah yang tolong pasangkan balik dan jump-start untuk hidupkan enjin. Alhamdulillah bernyawa balik kereta aku huhu.


Lega sikit rasa bila dengar enjin kereta dihidupkan walaupun termenung jap tengok baki duit dalam beg hahaha. Tapi syukur sangat-sangat di waktu-waktu macam ni masih ada duit untuk kegunaan kecemasan. Mujur aku tak beli yang bukan-bukan. Dok peda peda duit, rupanya ada benda nak jadi huhu.


Kepada adik grab tu, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sanggup cek, sanggup angkut bateri pergi kedai, pasang balik dan tolong peridupkan enjin. Aku nak bagi upah ditolaknya. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik adik grab ni. 


Baru aku teringat tadi masa kereta tak boleh start, aku dok berdoa dalam hati ya Allah permudahkanlah urusanku dan anak-anakku ya Allah. Sungguh Allah makbulkan dengan kehadiran adik grab ni😭 Terima kasih ya Allah ....

Saturday, April 08, 2023

Saturday, April 08, 2023

Makan Di Dominos Sempena Birthday My Pearls

 

Walaupun tahun ni takda surprise , takda belon, takda hadiah kejutan tapi masih bersyukur dapat sambut birthday anak-anak di luar. Kali ni diaorang request makan di Dominos. Oleh kerana, hari tu (23 Mac) hari istimewa buat diaorang, maka lets go!


Jadila dapat merasa surprise brithday tahun lepas. Diaorang ni sejenis pemalu kalau di tempat orang ramai. So tahun ni kita just keluar dan makan. Hadiah pun dah dapat hehe. 




Kalau ditenung, besar panjang jugak anak-anak aku ni. Nampak la perbezaan dari tahun lepas dengan tahun ni. Baju seluar aku pun banyak yang dah jadi hak milik diaorang. Kalau aku tersalah beli saiz, memang dapat kat diaorang la.

Kek pun tak nak kek besar macam tahun-tahun sebelum ni sebab selera masing-masing tak sama. Takkan nak beli dua kek, kang dah tentu kek tu tak habis sebab diaorang makan sikit je. So, aku belikan sliced cake. Sorang nak black forest sorang lagi nak red velvet..




Dah masuk peringkat remaja, banyak yang aku kena belajar dari diaorang. Perangai masing-masing tak sama. Membebel tu masih tetap jadi rutin aku seharian. Masing-masing nak tarik perhatian aku dengan cara mereka sendiri. Masa kecik tak banyak ragam, ni dah remaja lain pulak peélnya kan haha.

Tapi aku faham la jiwa remaja. Aku pun pernah melaluinya. Salah tetap kena tegur dan perbetulkan. Kena banyak bersabar dan tahu macam mana nak tackle jiwa remaja diaorang. 


To my precious pearls, happy birthday semoga kakak dan adik dipanjangkan umur, dikurniakan rezeki dan nikmat yang melimpah ruah, kesihatan yang baik, akal yang baik, budi pekerti dan menjadi muslimah-muslimah yang baik di dunia dan di akhirat...aamiiinn aamiinnn.


Last but not least, tahniah buat kakak sebab dapat masuk kelas aliran sains seperti yang dihajatkan. Berdebar-debar dia menunggu keputusan. Asyik suruh aku doakan dia dapat kelas tu. Ibu mana yang tak doakan untuk anaknya kan. Katanya kalau dapat nak puasa nazar nanti. Congratulations baby!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.