Breaking

Saturday, September 09, 2023

Saturday, September 09, 2023

Healing Sambil Mandi Sungai Di Templer Park

 


Dah lama kami berempat tak outing bersama. Selalunya, aku dan anak-anak je keluar bersama. Ayahnya kalau suh masuk mall atau tempat yang ramai orang, awal-awal dia tolak. Tambah kalau yang kena jalan kaki jauh hehe. 


Kitaorang nak luangkan masa bersama tak kira tempat. Dalam mall boleh, dalam ekspo boleh. Tapi kalini ayahnya ajak healing di sungai. Wow! pucuk dicita ulam mendatang la kami bertiga. Mana boleh tolak kalau namanya sungai kan. Ada satu tempat yang kami belum pernah sampai, so ayahnya kata jom kita pergi!




Tempatnya tak jauh pun dari KL, rasanya lebih dekat berbanding Sungai Congkak. Sebenarnya, ada dua tempat rekreasi kat sini, iaitu Sungai Kanching dan Templer Park. Disebabkan Sungai Kancing dah penuh orang, so kami masuk Templer Park. Seawal jam 8 pagi kami dah sampai. Mujur kat sini tak ramai orang lagi.

Makanan kami bawa roti canai dan air mineral je. Sebab fokus bukan nak makan sangat pun hehe. Kakak dan adik sampai-sampai je terus buat 'site visit' cari lighting untuk bergambar. Itu je la kejenye dua orang budak tu.




Sebab kami awal sampai, dapat port baik punya bawah pokok. Tapi pagi-pagi macam ni kena stenbai spray nyamuk ye. Kalau tak darah kita 'dikendurikannya'! Walaupun masing2 datang bawak baju tambahan tapi sebenarnya bukan nak mandi sangat pun hehe. Kami lebih kepada nak duduk berendam dalam air sungai yang sejuk sambil main air duduk atas batu.

Anak-anak dah besar ni, diaorang pun malu2 nak mandi beria. Lainla masa kecil dulu, siap dibelikan baju mandi khas.  





Dalam pukul 10 lebih macam tu, pengunjung sikit-sikit memenuhi ruang untuk berpiknik. Tapi masih selesa la untuk berendam. Walaupun airnya cetek, arusnya agak laju ya. Aku kadang-kadang toleh ke belakang nak pastikan tiada 'kepala air' yang tiba-tiba muncul. Faham-faham je la, insiden berkaitan dibawa arus kepala air ni banyak sangat kita baca dalam berita.Sungai yang tenang jangan disangka tidak akan berombak!

Ada satu benda kelakar terjadi kat aku sebenarnya. Waktu kami jalan-jalan menelusuri anak sungai, aku pakai selipar sebab batu-batu kecil dia agak menyakitkan kaki jugak la haha. Bila pakai selipar tu selesa la nak pinjam dalam air. Tengah dok berjalan angkat kaki tu, tetiba sebelah selipar aku tertanggal dan dibawa arus. Deras pulak tu!

Cik suami pun ape lagi, berlari meredah sungai demi nak dapatkan balik selipar aku haha. Selipar tu dah ke depan dalam 20 kaki jugak la, bayangkan cik suami lari dengan kaki ayam dalam air. Aduhhhhh sakit tu kena batu kecil😖




Dipendekkan cerita, dapat jugak selipar tu balik. Memula rasa macam alah biarlah, selipar je pun. Tapi cakap balik kat cik suami, selipar tu banyak jasa eh hahaha. Terus dia lari kejar. Kalau aku memang redha je la dibawa arus huhu. 

Mujur situ takda orang. Memang gelak la masing-masing. Beria kejar redah arus pijak batu demi nak menyelamatkan sebelah selipar. Bukan takat ralat nak 'lepaskan' selipar tu tapi sebenarnya kalau boleh tak nak jadi penyumbang kepada pencemaran sungai.

Aku jumpa mainan plastik kanak-kanak yang tersangkut di celah batu. Lama-lama dia jadi sampah yang menyakitkan mata. Botol plastik jangan cakap la, ada satu dua yang aku jumpa.

Oleh itu, bila kita bawa anak kecil bersama toys diaorang, sentiasa la beringat untuk pastikan mainan anak kita tak dihanyutkan air sungai. Simpan la sampah masing-masing dan buang dalam tong sampah. Tak rasa bersalah ke campak botol air terus ke dalam sungai?? tak ke rasa diri tu jahat bila buat macam tu?

 

Friday, September 08, 2023

Friday, September 08, 2023

Setengah Hari Di PBAKL 2023

 

Pesta buku antara event yang diaorang suka pergi terutama kalau berdekatan dengan kawasan KL dan Selangor. Aku memang tak boleh menolak kalau diaorang ajak pergi sini. Kebetulan pulak dapat off hari tu, maka kami bertiga berkesempatan menjadi sebahagian dari warga Lembah Klang yang hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023.


Kakak dah plan awal dah nak pergi booth buku Fixi dan nak jumpa penulis buku kegemaran dia, konon nak minta sain autograf la :p. Takpe, ibu bawak je kemana korang nak pergi. 




Seperti yang dijangka, orang memang ramai dari pagi sampai petang. Tak dapat nak cover semua booth sebab terlalu banyak dan banyak tingkat nak naik turun. Nak cari booth Fixi pun kena tawaf dari satu level ke satu level.


Syukurlah akhirnya jumpa juga booth yang kakak nak pergi. Pilihan buku dia dah tentu buku novel. Pastu aku cakap, jom la pergi jumpa penulis kata nak minta sain autgoraf, sekali tak jadi hahaha. Malu katanya! Adik tak berapa minat sangat buku tebal2 ni katanya hahaha. Ye, anak no.2 kan ... :p






Tempat yang bersesak macam ni memang bukan idaman ayah diaorang. Aku je yang sanggup meredah lautan manusia dengan anak-anak. Masuk ekspo kucing pun, kitaorang bertiga je rajin berjalan dari booth ke booth. Ayahnya pening kalau berjalan sampai berlaga bahu hehe.

Dah dapat buku novel, kitaorang pergi cari buku latihan untuk kakak. Kena gak cari buku latihan untuk subjek-subjek utama terutama sains, sebab tahun ni kakak masuk aliran sains tulen. Baca buku dan hafal saja tak boleh, kena ada latihan menjawab soalan.





Nervous sebenarnya bila kakak masuk aliran sains ni. Boleh ke kakak bawak nanti? Aku selalu tanya kakak nak pergi tuisyen ke, kakak faham tak cikgu ajar di sekolah. Dah la tak pergi tuisyen, at least ada buku latihan ni boleh jugak praktis menjawab soalan disamping latihan dari cikgu di sekolah.

Aku dulu kena pergi tuisyen. Memang tak faham cikgu ajar. Bukan sebab cikgu tu yang tak pandai ajar. Tapi otak aku yang lambat pick-up haha. Lagipun kat pusat tuisyen, dapat nota lengkap berbanding dalam buku teks, so kebanyakan soalan aku rujuk dari situ je.





Dah setel beli buku, perut terasa lapar la pulak. Gerai jualan kat luar sama meriah! Macam-macam makanan ada, yang ringan yang berat. Overall, best PABKL 2023. Puas hati dapat belikan apa yang anak-anak nak. 





Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.