Breaking

Saturday, March 30, 2024

Saturday, March 30, 2024

Pertengahan Ramadan 1445H

 

Kejap je dah dua minggu bulan Ramadan. Alhamdulillah masih dipinjamkan umur untuk merasai nikmat Ramadan tahun ini. Sejak bermula Ramadan, aku tak berkesempatan lagi nak buat brisk-walk di petang hari. Menjelang petang aku dah sibuk memasak untuk berbuka atau pergi ke bazar. Malam lepas terawih aku dah melingkau atas katil haha.


Tapi kalau aku keluar atau ke bazar, aku akan ambil peluang jalan kaki dari rumah dan tawaf bazar tu 2-3 kali sampai kuar peluh. Itu jela yang termampu aku buat sekarang ni.



Kan aku pernah cakap aku target nak turun sikit lagi. Biar 'kepala' nombor tu jadi 6 instead of 7. Tapi aku takda buat senaman khusus hanya berjalan kaki selain berpuasa. 


Makan nasi satu senduk sekali sehari. Kadang sahur tak makan nasi pun. Jamah lauk pun ok dah. Pergi bazar pun tak tahu nak beli apa sebab menunya sama je haha. Sekali sekala aku bedal jugak murtabak dan donut manis :p


Cuma aku craving nak makan buah masa bukak puasa. Air tembikai tu kalau tengok kat bazar aduhhhhh tergoda rasa nak membelinya tapi aku tak beli le. Aku prefer makan buah tembikai sejuk2 tu lagi sebab kalau beli airnya komen udoh tentu le deme letok ayor gule hehe.




Alhamdulillah berat aku dah jadi 'kepala' 6. Macam ni pun aku dah terasa kurus haha. Moga dapat maintain berat macam ni sampai bila-bila. Kurus sangat pun takmau kome ..biole padan dengan ketinggian. Kang orang kate aku seghuper tiang bergerak kome hahahaha...


Friday, March 22, 2024

Friday, March 22, 2024

Nak Boikot KK Mart?


Cerita tak molek tak sedap dah tentu bila ia berkaitan dengan agama dan sensitiviti umat Islam terutama di negara ni. Aku kadang-kadang tak faham macam mana diaorang boleh duduk di negara ini berpuluh2 tahun aman dan damai tanpa rasa bersalah menghina dan memperkecilkan kepercayaan orang lain.


Jujur, aku tidak boleh mengelak dari bercakap pasal benda ni. Hipokrit dan munafik la aku jika tiada sedikit pun perasaan marah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi. Bukan sekali, dah banyak kali diaorang provok!


Tak pernah aku sepanjang hidup ada sekelumit rasa menyibuk nak mempertikaikan apa yang mereka percaya dan amalkan walaupun ikut akal yang sihat dan waras apa yang mereka amalkn tu lagi tak masuk akal dan boleh digelakkan. But no, aku takkan dan tak pernah diajar untuk buat macam tu.


Tapi diaorang ni sibuk nak mencelah dan mempersendakan agama orang lain sedangkan orang Islam walau dari mana-mana negara sekalipun tidak pernah memulakan apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan provokasi agama lain apatah lagi meletakkan nama Tuhan di stokin!


Menyibuk tak habis-habis...sakit kat mana entah! 




Satu syarikat besar yang ada beratus-ratus cawangan boleh cakap tak perasan terlepas pandang ... tak masuk akal! Rupanya kalau nak letak barang dalam pasaraya diaorang kena lalui pelbagai proses tapisan yang ketat dan lama baru. Bila terbongkar baru menggelupur puak-puak ni nak cari salah orang tu orang ni. Mujur orang kita yang membeli perasan dan viralkan di media sosial, kalau tak ingat diaorang heran ke pasal benda ni??


Lagi satu kumpulan manusia cakap jangan perbesarkan isu ni...kecil saja tak perlu kecoh-kecoh! Ini yang buat aku nak menyumpah seranah tapi ku tahan jebat sebab daku puasa. Kau ingat nama kat stokin tu macam nama abah kau, atok kau, moyang kau! Memang jibauk punya perangai!


Sekarang terpulang pada kita untuk boikot atau tidak pasaraya KK Mart ni. Bak kata UAI, hak memaafkan hanyalah daripada Allah tapi sebagai orang Islam hati ini dah terluka.


Kita sebagai pengguna juga kena tegas. Ini bukan nama keluarga atau sedara mara kita kat stokin tu. Ni Allah!


Sebagaimana kita boikot starbuck dan francais makanan dari Barat dan yang ada kaitan dengan Israel kerana Palestin, kita juga boleh boikot KK Mart yang terang-terang melukakan hati umat Islam.

Thursday, March 21, 2024

Thursday, March 21, 2024

Tiada alasan, hanya perlukan tindakan!

 

Senaman jalan kaki diteruskan walaupun seorang diri. Sekarang aku tak suka main kat opis, jalan jauh sikit jumpa taman baru syok kan. Hari tu aku jalan kaki dari opis melintas jalan dan menuju ke Taman Jaya.


Masa tu dah tengahari, tapi apa ada hal. Situ kan banyak pokok-pokok rendang nan berbuah hehe. Redup je takde la panas litlit macam kat opis.



Walaupun taman ni masih dalam pembinaan tapi laluan untuk jogging masih dibuka. See, kan redup tu! Syok je jalan kaki santai-santai dengan angin sepoi bahasa. Orang pulak hampir tiada kecuali pekerja landskap taman yang sedang sibuk buat keje diaorang. Orang awam hanya aku dan satu family tu bawa anak dia naik basikal. 

Nak cukupkan langkah 10k aku kena pusing satu taman tu 10 kali hehe. Tak perlu berlari, hanya brisk-walk pun dah boleh keluar peluh. Keselamatan terjamin sebab takda manusia nak lepak di tempat macam ni haha. 




Terfikir jugak aku macam mana nak maintain buat brisk-walk di bulan puasa nanti. Mungkin aku boleh brisk-wall di bazar je nanti haha. Mana tau pusing 10 kali boleh dapat 10k pastu bolehlah makan tanpa rasa bersalah hahaha.

Dah cukup 10k, aku patah balik jalan kaki balik ke opis. Puas! Lega! Menyegarkan!





Thursday, March 07, 2024

Thursday, March 07, 2024

Persiapan Awal Raya 2024 | Jangan Skip Skincare Moisturizer & Sunscreen Terbaik Untuk Kulit Muka Berseri

 

Bila sebut Hari Raya Aidilfitri, mesti ramai yang membayangkan suasana meriah dikelilingi oleh sanak saudara yang pulang ke kampung halaman. Masing-masing mesti lah akan melaram habis dengan pakaian baru yang cantik dan aksesori yang menarik.

 

Tapi sebelum nak balik kampung sambut raya, kita kenalah melalui bulan Ramadan al Mubarak yang mulia barulah boleh fikir tentang raya! So, macam biasa aku seperti keluarga lain akan membuat persiapan lebih awal seperti tahun-tahun lepas. Untuk bulan Ramadan, aku persiapkan dari segi rohani dan jasmani agar tenang menjalani ibadah puasa.




Untuk Syawal pula, aku buat persiapan awal dari segi pakaian anak-anak dan suami, tempahan biskut raya dan lain-lain. Maklumlah, sekarang semua nak kena awal supaya tak kalut! Tempahan jahit baju raya pun dah ditutup, tapi itu aku tak risau sebab boleh beli terus dari kedai atau secara online.

 

Persiapan Ramadan dah ada, persiapan kelengkapan raya pun dah sedia tapi ada satu lagi benda yang kita kena persiapkan awal-awal, iaitu penjagaan kulit wajah dengan produk skincare terbaik iaitu Aqua Whitening Cream & Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature. Kalau pakaian je yang cantik, tapi kulit wajah tak sihat dan berseri maka tak syok la raya kan!





Hari raya dah semestinya kita akan sibuk berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Suka atau tidak, kulit wajah pasti akan terdedah dengan cahaya UV dari matahari yang terik. Ini akan menjadikan kulit kering, kusam dan berminyak. Tambahan pula jika kita berada di luar rumah terlalu lama. So, kulit kita perlukan kelembapan dan perlindungan yang optimum.




Aqua Whitening Cream


Produk skincare terbaik dari Hansaegee Nature memang sesuai dijadikan sebagai skincare untuk kulit berminyak macam aku. Tambahan pula, Aqua Whitening Cream ini adalah moisturizer water-based yang mudah digunakan dan cepat meresap ke dalam kulit tanpa menjadikan ia berminyak.




Kulit wajah yang sihat dan bersinar bergantung kepada cara penjagaan muka. Rutin penjagaan kulit wajahku biasanya dimulakan dengan mencuci wajah dengan pembersih muka. Kemudian, aku akan sapu Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream moisturizer terbaik yang aku gunakan sehingga kini.

 

9 Kelebihan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature


  1.  Pelembap Muka Water-Based
  2. Mengawal Kulit Berminyak
  3. Cepat Meresap/Easy To Blend & Fast Absorb 
  4. Mengawal Pori Terbuka/Mengecil Pori Besar
  5. Mencerah Tona Kulit
  6. Tekstur Krim Yang Ringan
  7. Non-Comedogenic
  8. Membaikpulih Kulit Sunburn
  9. Tiada Bahan Kimia Merbahaya


Cara Guna Hansaegee Nature Aqua Whitening Cream


Pelembap muka digunakan selepas kita cuci muka. Kemudian, calit krim pelembap secukupnya menggunakan jari dan sapu rata pada wajah dan leher. Korang akan perasan titisan-titisan air akan terbentuk tidak lama selepas krim disapu.

 

Korang hanya perlu pedap lembut dengan jari sehingga krim meresap ke dalam kulit. Lepas itu, kulit akan terasa lembut, halus dan lembap.



Cara gunanya mudah, tapi pakai moisturizer berapa kali sehari ye? Pakai pada waktu pagi sebelum keluar rumah dan waktu malam sebelum tidur. Ia bukan saja memelihara kelembapan kulit tapi ia juga satu cara untuk memberi kesan glow pada kulit wajah.

 

Aloe Vera Sunscreen


Selesai guna moisturizer, langkah seterusnya aku gunakan Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen untuk perlindungan kulit dari sinar UV yang merbahaya dan mengurangkan tona tidak sekata serta mengurangkan iritasi pada kulit.

 

Bagi aku, Aloe Vera Sunscreen ini sunscreen terbaik kerana ia merupakan hybrid sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak. Ia juga mengandungi SPF50+ PA+++. SPF maksudnya perlindungan kulit dari sinar UVB yang boleh menyebabkan sunburn, manakala PA+++ bermaksud perlindungan dari sinar UVA (sinaran UV harian). 



So kalau nak pergi berjalan raya ke dari rumah ke rumah, wajib pakai sunscreen tau. Takdala kulit wajah kita tu jadi sunburn disebabkan oleh UV matahari.

 

Seeloknya, kita apply sunscreen setiap 4 jam supaya perlindungan lebih berkesan dan kulit wajah sentiasa sihat dan cerah.



Cara Guna Hansaegee Nature Aloe Vera Sunscreen


  1. Cuci muka dan lap bersih
  2. Sapukan Aloe Vera Sunscreen dari Hansaegee Nature pada seluruh wajah
  3. Krim sunscreen cepat meresap ke dalam kulit tidak meninggalkan white cast
  4.  Kulit jadi lembap dan lembut serta tona kulit jadi cerah dan tidak berminyak
  5. Pakai sunscreen sebaiknya 2 kali sehari. Pagi sekali, tengahari sekali.



Lepas guna sunscreen barulah boleh pakai makeup. Serius, tekstur sunscreen sangat ringan dan tidak melekit. Jangan risau tau, sebab sunscreen ini tanpa white cast. Teksturnya lembut serta tidak melekit. Bila sapu dimuka, ia cepat meresap ke dalam kulit dan terasa seperti tidak memakai sunscreen langsung.

 

Kombinasi Aqua Whitening Cream dan Aloe Vera Sunscreen melengkapkan persiapan raya aku tahun ini. Kemana-mana pergi pun aku wajib bawa bersama produk skincare ini. Jujurnya, bila berada di luar kulit aku rasa dilindungi dari bahang dan kepanasan cahaya matahari yang membakar. Sebelum ni, aku rasa tak selesa tau nak pergi beraya kemana-mana. Asyik duduk dirumah menunggu tetamu datang. Tapi tahun ni, aku tak sabar nak jalan-jalan raya dengan keluarga!


Bukan tu je, aku dapat rasakan perubahan positif yang ketara pada kulit muka setelah menggunakan produk skincare terbaik dari Hansaegee Nature ni berbanding tahun-tahun lepas. Sebab itulah untuk apa-apa keraian atau majlis aku akan pastikan kedua-dua produk ini sentiasa ada dengan aku.  Barulah rasa lebih yakin dan bersemangat nak berjumpa dengan orang kan!



Mesti meriah raya tahun ini! So, korang jangan berlengah lagi. Kalau nak nampak cantik berseri di pagi raya nanti, kenalah mula dari sekarang!

 

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari :

🍁Brand: Hansaegee Nature

🍁Website: www.hansaegee.com/

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

 









Tuesday, March 05, 2024

Tuesday, March 05, 2024

Layan Roller Skate Di BTS!

 

Cuti sekolah semakin menghampiri penghujungya. Dok mikir nak bawa anak-anak ke mana la ye untuk menghabiskan masa bersama sebelum sekolah bermula. Pergi sungai dah selalu sangat. Pergi tengok wayang tak tahu cerita apa yang best haha.


Si adik ternampak satu video orang bermain rollerskate di tiktok.  Tempatnya tak jauh hanya di Berjaya Times Square! Dekat sangat dah tu. Lagipun itu permintaan kakak, so let's play some rollerskate!



Kami sampai dekat pukul 1 tapi sunyi sepi tempat ni hehe. Tanya orang kaunter pukul berapa orang mula ramai, katanya lepas pukul 2pm huhu. Kami dapat special price RM18 untuk whole-day pass maksudnya main sampai lebam!

Stokin pakai siap2 yang panjang atas buku lali, kalau tak kena beli stokin kat kaunter harga RM6 sepasang. Kalau ada kasut roda sendiri lagi bagus, bayar lagi murah. Kat sini ada dua jenis kasut beroda, jenis yang roda sebaris atau roller-blade dan roda empat (roller skate). Nak main roller blade kena tambah lagi RM10! 

Kami pilih untuk main roller skate je la. 




Inilah 'padang' permainan kami hari ni hehe. Kami orang pertama sampai! Pastu baru la datang dua orang budak remaja join main. Kami bertiga memang amatur semulajadi haha. Kalau tak jatuh itu bukan amatur ye. Sebab tu kami suka sangat bila takda orang kat sini, sebab kalau kami jatuh takda sapa gelakkan hahahaha!

Adik kaunter tu kalau dia nak gelakkan takpa sebab dia je yang ada di situ haha. Mula-mula memang menggigil la kaki ni nak berdiri lurus! Ya Allah ...berapa lama dah aku tak main benda alah ni.





Jujur la ye, aku ni da berpuluh tahun tak main kasut roda. Last main masa Form 1 or Form 2, itu pun pinjam orang punya. Dan dulu, aku main rollerblade, jadi ini kali pertama la aku main rollerskate ni. Dia punya menggeletar tu takleh bawa bincang ye hahaha.

Aku tak suka main rollerskate ni sebenarnya, sebab susah nak balance badan pasal dia tayar empat. Tapi kalau aku tak main, kang anak-anak pun takmo main. So ibu masuk main jugakla walaupun dalam hati ni Tuhan saja yang tau dia punya takut huhu!




Hampir tiga jam kami disitu, entah berapa puluh kali aku jatuh haha. Tak terkira rasanya. Ni kalau jatuh atas simen atau jalan tar mau tersagat kulit-kulit kaki dan tangan haha. Mujur main kat sini, selamat la sikit.

Dalam kami bertiga, kakak la yang paling terer main. Walhal, dia pun baru je sarung kasut hari tu. Cepat betul dia belajar kiranya dia punya luncur tu laju lagi dari kami berdua la hahaha.

Adik mula-mula tak berani nak berdiri pun, mampu meluncur sambil mencangkung haha. Tapi lepas sejam dia mula dapat keyakinan diri untuk berdiri dan meluncur perlahan-lahan. Akhirnya, dia pun sukses meluncur walaupun tak selaju kakak dia.

Yang aku pulak, amatur dari awal sampai akhir haha. Aku tak tahu la aku meluncur ke atau berjalan haha, mula-mula target aku nak seimbangkan diri pastu gerak sikit-sikit sampai dapat tangkap momentum baru meluncur. Itupun berapa puluh kali aku jatuh dah hahaha.

Jatuh je gelak jatuh je gelak!



Alhamdulillah happy betul anak-anak hari tu. Lama dah diaorang minta nak main rollerskate ni. Bila dah main, ha kena pulak jatuh bertubi-tubi tapi muka masing-masing puas hati!

Next time, kita repeat lagi ek!



'Buah tangan' sebelum balik haha! Nampak je macam tak serius kan, tapi dia punya lebam campur sakit campur lenguh dekat seminggu tak hilang tau dak hahaha! Tapi much much better la berbanding main kat luar.


Last but not least, terimalah video amatur rollerskate kami buat kenang-kenangan muahahaha.






Friday, March 01, 2024

Friday, March 01, 2024

Gigih Ke Gila??

 

Pagi tu aku keje macam biasa. Hari Jumaat waktu rehatnya lama so, aku dah terbayang-bayang nak beli makanan apa haha. Aku terfikir satu idea. Apa kata aku pergi ke masjid beli makanan kat sana. Banyak yang sedap-sedap dan berbaloi dengan harga.


Tapi aku takmo drive atau tempah grab atau naik teksi atau tumpang orang. Aku buat keputusan untuk jalan kaki dari opis ke masjid! Berapa jauh agak-agak kalau nak jalan kaki ye? :p






Fikir punya fikir, aku nekad. Aku tetap nak jalan kaki. Maka berjalan kakilah aku perlahan-lahan dari opis menuju ke masjid berhampiran. Jarak 2.5km aku cuba bayangkan macam 250m saja hahahaha. Dengan berjubah di bawah matahari terik tengahari aku teruskan langkah sehingga sampai ke destinasi.

Aku tak pasti pukul berapa sampai tapi ada dalam 20 minit aku berjalan. Akhirnya aku sampai di masjid dan terus pergi beli makanan. 








Dah puas membeli, aku jalan kaki patah balik. Kali ni mencabar sikit sebab kena naik bukit. Tadi menurun senang je haha. Matahari masih panas membahang. Basah lencun dengan peluh! Tapi hatiku puas sebab sikit lagi nak sampai target!

Bila dah peluh tak selesa la nak balik opis terus kan. Aku singgah Watsons la, Mr Diy la hehe cari aircond! :p

Pastu aku sambung berjalan kaki. Pergi balik aku hari tu 5km bersamaan dengan 7k langkah fuh! Baki 3k aku jalan mundar-mandir dalam opis haha. Mujur masa tu masih waktu rehat.





Itulah benda yang aku buat hari tu. Gigih ke gila tu? Boleh jadi dua-dua haha. Macam takda hari lain kan. Hari kerja jugak ko nak buat senaman jalan kaki. Tapi tu la kalau aku nekad aku buat. Bila dah buat, rasa puas yang teramat ... tapi takleh amalkan selalu ye haha.

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.