Setiap tahun, Jalan TAR jadi tempat tumpuan orang KL dan luar KL untuk berkumpul dan mendapatkan barangan seperti baju raya, tudung raya dan semua yang berkaitan raya. Belah siang kalau berjalan di situ tak berapa sesak. Tapi lepas bukak puasa memang berjalan berlaga baju dari pangkal jalan hingga ke hujung jalan.
Seperti tahun lepas, tahun ni aku berkesempatan merasai suasana bersesak-sesak dan meriah di sana. Tahun lepas aku pergi kerana nak cari baju raya anak-anak. Tahun ni aku cerdik sikit, beli baju diaorang kat Kenangan je haha. Tempat selesa, ada air-cond, banyak pilihan dan ada eskalator. So, kitaorang gi Jalan TAR jalan santai-santai je malam tu.
Kalau ikutkan malas nak bersesak-sesak apatah lagi malam raya memang penuh dengan umat manusia yang nak cari kelengkapan raya sama. Tapi sebab anak-anak pun request nak gi berjalan di tengah KL so kita layankan je la hehe.
No comments:
Post a Comment