Sudah lebih 7 bulan berlalu namun jalan keluar bagi permasalahan ini masih tiada penyelesaian. Sudah lebih 40 000 saudara kita di Palestin syahid akibat kaum laknatullah yang nekad mahu melenyapkan tuan tanah orang Palestin dari muka bumi.
Telah beratus ribu kanak-kanak, wanita, orang tua yang menjadi mangsa pembantaian dan pembunuhan kaum zionis setiap hari. Bayangkan sudah tujuh bulan dan satu dunia masih tidak mampu berbuat apa-apa terhadap kekejaman zionis terlaknat!
Namun, berbeza kali ini penentangan terhadap kaum zionis turut disertai oleh hampir seluruh manusia di serata dunia. Dengan adanya teknologi di hujung jari, mereka terutama yang berada di sebelah Barat tidak lagi 'buta' sejarah mengenai Palestin.
Kini mereka telah mengetahui kebenaran yang telah disorok berpuluh tahun dan pembohongan terkutuk melalui media mereka disana. Generasi muda khususnya generasi Z telah bersatu dibawah nama kemanusiaan mengutuk serangan zionis terhadap Palestin dan menuntut agar Palestin dibebaskan!
Ramai juga yang masih 'buta' dan buat pekak dengan mengatakan ini semua bermula dari serangan 7 Oktober lalu. Jika Hamas tidak menyerang terlebih dahulu, maka semua ini tidak akan berlanjutan. Sungguh mereka 'buta'!
Bacalah sejarah Nakbah dan perang selepasnya. Betapa tanah suci Palestin dan orang Islam telah lama dirobek oleh kaum zionis untuk melunaskan hajat terkutuk mereka bagi menguasai Masjidil Aqsa.
Dan yang terbaru, lebih 1.5 juta orang Palestin telah dipaksa berpindah dari Rafah ke kem Al Mawasi yang telah pun sedia padat dengan beratus ribu manusia.
Itu belum lagi kekejaman yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat. Ada yang ditangkap dan diseksa tanpa alasan, dipenjara malah rumah mereka dirampas begitu saja. Allahuakbar! Patutlah Allah melaknat mereka dalam al Quran!
Seruan kepada semua umat Islam, walaupun iman kita senipis bawang tapi sekurang-kurangnya titipkanlah doa dan qunut nazilah buat saudara kita di Palestin yang sedang menderita.
Kami juga dah tujuh bulan tak sentuh fast food jenama K, M & D. Anak-anak ada juga mengeluh pada mulanya, tapi aku terangkan pada mereka tentang kepentingan boikot ni. Tiada kompromi.
Lakukanlah apa saja usaha dan daya kemampuan kita untuk menyokong perjuangan mereka disana. Teruskan usaha memboikot produk-produk tertentu dan tunjukkan solidariti kita.
76 tahun Palestin dijajah dan hari ni adalah Hari Nakbah. Bantulah kami untuk membebaskan Palestin...aamiin amiinn yarabbal alamin.
No comments:
Post a Comment