Baru-baru kami ke sekolah untuk menghadiri program penetapan target SPM. Anak sulungku bakal menduduki peperiksaan terpenting dalam tahun-tahun persekolahan dan semestinya semua target nak straight A's kan!
Ibubapa diberi taklimat tentang bagaimana keputusan SPM diperolehi dan kriteria yang membolehkan pelajar mendapatkan sijil SPM.
Format sijil SPM juga telah bertukar. Aku tak pasti adakah format ini telah lama digunapakai atau baru tahun ini dilaksanakan tapi yang pasti ia tidak sama macam zaman aku dulu haha.
Format yang telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan sejak tahun 2013 ini mewajibkan pelajar untuk lulus bagi kedua-dua subjek BM dan Sejarah. Namun begitu, pelajar tidak akan dapat SIJIL SPM sekiranya:
- gagal/tidak hadir untuk kedua-dua subjek BM dan Sejarah
- gagal/tidak hadir untuk salah satu subjek (BM atau Sejarah)
- gagal/tidak hadir untuk mana-mana kertas (Kertas 1/2/amali) bagi subjek BM dan Sejarah
Selain itu, format bagi SIJIL SPM 2024 akan memaparkan HANYA SUBJEK YANG LULUS SAHAJA di atas sijil/pernyataan. Meaning, kalau gagal subjek Matematik, maka dalam sijil tidak akan dipaparkan nama subjek itu dan grednya.
Maksudnya, kalau pelajar amik 9 subjek dan hanya lulus 5 subjek maka hanya 5 subjek itu sahaja yang akan dicetak di atas SIJIL SPM.
Sebab itu penting untuk semua calon SPM lulus terutama bagi subjek BM dan Sejarah. Gagal salah satu atau kedua-duanya maka yang akan dapat hanyalah PERNYATAAN KEPUTUSAN. Subjek lain dapat A+ sekalipun, PERNYATAAN KEPUTUSAN tu tak laku ye jika nak menyambung pelajaran di peringkat seterusnya.
Pengetua juga menekankan kehadiran ke sekolah amatlah penting apatah lagi bagi calon SPM. Satu hari saja tak hadir, maka pelajar tu akan banyak terlepas ilmu dan pembelajaran di sekolah. Cikgu pun takkan ulang!
Diharap semua calon SPM 2024 akan berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang sangat baik. Buat anakanda Hazwani, ibu ayah doakan moga kakak berjaya dalam SPM tahun ini...amiinn aamiinnn!
No comments:
Post a Comment