Breaking

Sunday, May 12, 2024

Salah Siapa Anak Tak Pandai Guna Pengangkutan Awam?

 

Sejak kami pindah ke bandar besar Kuala Lumpur dari bandar Kuantan kira-kira 12 tahun yang lalu, aku mula berfikir bagaimana caranya untuk membiasakan diri mereka tinggal di dalam bandar yang besar. Untuk tahun pertama sehingga tahun ketiga di Kuantan, kakak dan adik masih kecil dan pergerakan kami banyak menggunakan kereta.


Tetapi setelah tinggal di Kuala Lumpur, aku mengambil inisiatif untuk membiasakan diri mereka dengan pengangkutan awam seawal usia mereka 6 dan 4 tahun! 


Kenapa? 


Kenapa nak susahkan diri bawa mereka jalan-jalan guna pengangkutan awam? Tak takut ke anak kena culik? tak takut  ke anak hilang? tak takut ke susah nak handle kenakalan diaorang di khalayak ramai?


Tipula kalau aku tak pernah terfikir tu semua! Bukan sorang nak kena jaga, dua orang kot! Budak-budak kalau dah buat perangai bukan mereka tahu apa pun. Kita la yang kena bijak kawal situasi dan diri.




Macam aku cakap tadi, seawal usia diaorang 6 dan 4 tahun, aku dah bawa diaorang naik bas! Trip pertama kitaorang adalah pergi KLCC. Memandangkan rumah kami tidak jauh dari KLCC, maka itu menjadi destinasi pilihan aku yang utama untuk bawa anak-anak menikmati panorama bandar dan jalan-jalan di kawasan sekitar.

Of course ada beberapa tips yang aku amalkan sebelum pergi ke sana, seperti jenis pengangkutan awam yang ada, kemudahan dan prasarana, ada tempat makan dan keselamatan. Lagipun, itu trip pertama diaorang so aku kena rancang dengan teliti supaya kami selamat pergi dan balik haha.

Mula-mula diaorang naik bas memang perasaan tu seronok dan teruja. Maklumla, kat Kuantan tak pernah naik bas huhu. Tapi nama pun budak-budak kan, nakalnye tetap ada walaupun dua-dua gegirl hehe. Dek kerana excited, diaorang suka tukar tempat duduk. Dah la bas tu tengah bergerak! Mujurlah takda yang jatuh.





Bermula dari situlah diaorang belajar menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan LRT sehingga sekarang. Waima kami balik Melaka sekalipun, kami akan naik bas ekspres di Terminal BTS dan berhenti di Terminal Melaka Sentral. Aku tunjukkan mereka di mana nak beli tiket, kat mana nak kena tunggu bas atau LRT dan di mana nak turun atau keluar dari stesen.

Dari KLCC, kami outing 3 beranak sampai ke Sunway Pyramid. Semua tu menggunakan LRT dan bas. Jika difikirkan balik, aku pun tak tahu kenapa aku boleh berani sampai macam tu sekali haha. Tapi sebab anak-anak selalu mintak keluar jalan-jalan dan kalau nak naik kereta kat bandar ni satu masalah nak cari parking dan sebagainya. 

Lagi satu, diaorang pun dah jadi orang KL so nak tak nak kena belajar selok belok jalan di bandar ni. Takkan lah selamanya aku nak kena ngekor diaorang ke sana sini. Sampai masa aku akan lepaskan jugak diaorang, pandai-pandailah nak hidup! haha.





Suami aku menentang mulanya, risau sebab kami perempuan kan. Tapi aku cakap, aku ni membesar di KL. Anak-anak juga membesar di KL. Sampai bila nak 'kepung' diaorang takleh pergi sana takleh pergi sini. At least, aku ada untuk temankan diaorang. Nanti bila dah sampai masa (diaorang pergi belajar atau bekerja), diaorang tetap kena hadap selok belok KL. Dah kalau dari sekarang tak diajar, tak ditunjuk ... macam mana nak hidup??

Sebab aku tak nak anak-anak aku jadi generasi yang lembik! Semua benda nak harap mak bapak buat. Mak bapak pulak jenis tak nak mengajar atau terlalu paranoid nak lepaskan anak. Ingat ada pilihan ke? Kalau tinggal di tepi laut pun, nak tak nak kena belajar berenang. Dah kalau dalam bandar kau nak gerak ke sana sini, takkan nak bapak hantar setiap hari?

Ketahuilah mengetahui selok belok dan mahir menggunakan pengangkutan awam adalah antara perkara asas dalam hidup semua orang terutama yang hidup di bandar....betul atau tidak??

So untuk ibubapa, ajarlah anak-anak kita agar mereka boleh berdikari semampu yang boleh. Waima anak perempuan mahupun lelaki. 

Sekurang-kurangnya, kalau salah sorang dari kita meninggal dunia anak-anak boleh menguruskan kehidupan mereka sendiri dan tahu menjaga diri.

Cun ke tak cun... :D



No comments:

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.