Dulu kan aku aktif meniaga di merata carboot sale. Antara tapak carboot yang pernah kami masuk macam CBS Kota Damansara, CBS Subang Bestari dan CBS Wangsa Walk. Disitulah pelbagai kenangan dan memori pahit manis dan mengenali pelbagai ragam manusia secara berdepan.
Tapi lepas tu, kami berhenti dari meniaga CBS sebab banyak barang dah habis. Asalnya, meniaga barang preloved sendiri. Pastu dapat sambutan dan mula seronok berniaga. Kami mula 'menyelam' cari barang pulak. Rumah pun dah jadi macam tongkang pecah haha.
Kemudian suami dapat kerja lain, dari situlah kami perlahan-lahan mengundurkan diri dari dunia carboot sale.
Baru-baru ni atau lebih tepat lagi dalam bulan puasa hari tu, aku terlebih rajin mengemas almari baju. Dok pilih baju mana yang dah tak pakai tapi masih elok, terutama baju raya tahun lepas yang pakai sekali dua je. Habis aku keluarkan semuanya dan mula terfikir nak jual preloved!
Aku mula join grup preloved di fb. Berlambak grup di sana. Menjual preloved di carboot sale tak sama macam dalam online. Kat dalam online, kita kena sediakan ukuran baju atau seluar siap-siap supaya customer boleh ukur dan tahu samada ukuran ngam ke tidak.
Sikit-sikit aku belajar dari tak tahu langsung kepada tahu sikit-sikit dan alhamdulillah ada rezeki walau tak banyak. Seronok juga meniaga preloved ni! Tapi dalam seronok tu ada jugak la ragam manusia yang perlu kita hadap. Ramai seller mengadu tentang perangai customer macam ni macam tu. Dan ada jugak customer yang mengadu seller perangai macam ni macam tu haha.
Tapi paling musibat ialah seller yang scam orang dan pembeli yang jadi joy buyer. Dua-dua ni golongan yang sangat dibenci dalam dunia perniagaan online. Aku banyak kali kena joy buyer ni. Tapi takda lagi la tahap nak viralkan diaorg dalam sosial media. Aku sound dalam wassap atau messenger je biar dia malu sendiri. Kalau melawan jugak, ha baru aku viral jawapan dia dalam fb hahaha.
Bukan takat tu je, kita kena hati-hati membeli dalam grup menjual ni sebab ada yang suka curi gambar baju orang lain kemudian kata tu baju dia. Bila customer dah bank-in duit terus dibloknya nombor dan fb customer tu. Duit haram tu dia makan! Sebab tu, semua gambar baju aku ada watermark. Penting supaya gambarku tak dicuri orang dan orang boleh tahu kalau itu scammer atau tidak.
Bukan semua seller menipu dan bukan semua pembeli itu joy buyer. Kita kena pandai 'menyelam' dan kena pandai menyiasat sebelum bank-in duit untuk beli barang. Kadang kita pos gambar belum tentu ada orang nak beli. Kena banyak bersabar dan rajin pos gambar barang kita di grup-grup preloved lain. InsyaAllah ada rezeki tu.
No comments:
Post a Comment