Meniagalah apapun pasti takkan lari dari seribu satu macam ragam manusia. Dapat customer cerewet pon kena sabar, apatah lagi yang jenis joy. Saya pun tak lari dari kena joy atau palau selalu😂
Tapi saya nak berterima kasih pada customer2 saya yang sangat sporting, sangat memberi kerjasama dan paling penting percaya saya dan barangan yang saya jual.
Selain dari orang membeli dengan kita, dapat customer yang baik dan tak cerewet sangat juga adalah satu bentuk rezeki yang mesti disyukuri. Bukan mudah nak orang percaya kita apatah lagi untuk keluarkan sejumlah duit untuk beli barangan dari kita.
Maka, hargailah customer. Terima kasih kerana percaya saya!
No comments:
Post a Comment