Breaking

Showing posts with label Aidilfitri 2022. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri 2022. Show all posts

Sunday, May 15, 2022

Sunday, May 15, 2022

Open House VS Terjah Raya

 


Assalamualaikum! Setiap kali raya mesti ada isu yang dibangkitkan. Ada je yang tak kena di mata orang kita. Semua benda nak dicerita pada orang. Tambah kalau kita tak setuju dengan lain. Kali ni kecoh pasal rumah terbuka atau open house. Yang ni pun perlu dibahas ke??


Tahun ni semua dapat beraya di kampung halaman setelah dua tahun PKP. Kalau raya pertama orang datang ke rumah, dah tentu kebanyakan kita dah stenbai juadah raya untuk tetamu. Itu tak menjadi masalah. Tapi bila dah seminggu raya, orang nak datang rumah timbul pulak isu open house ni.


Bagi aku kan, open house pun boleh. Terjah raya pun boleh. Dua-dua pun tak jadi masalah sebenarnya. Yang bermasalah ialah kita. Kalau orang tu selesa dengan open house, biarlah dia dengan caranya. Kalau dia tak nak buat open house pun bukan kita yang kena tanggung makan minum dia. Adoiiii benda macam ni pun boleh jadi bahan debat kat media sosial.



Lagipun sekarang, orang bukan macam dulu main terjah raya umah orang. Kurang-kurang dia akan call kita dulu tanya ada kat umah ke idok. Masing-masing kan dah ada smartphone ... itulah gunanya. Takkan la kita nak tunggu jemputan dari orang yang buat open house aje. Nak pergi beraya silakan. Takyah tunggu orang jemput. Tanya dia ada kat umah ke tidak, pastu cakap nak datang beraya kalau boleh.


Orang jamu biskut raya saja pun jangan la ko kecam belakang. Apa dia hidang tu itulah rezeki kite. Ini tidak, sikit-sikit nak citer kat media sosial orang tu bagi kau makan mee goreng je. Allahuakbar ... ape teruk nau orang kita sekarang ni. Dah la tak bersyukur dengan mee goreng tu, kau pergi malukan pulak tuan rumah kat orang lain. Boleh kenyang ke perut tu??


Aku tak nampak isu ni jadi masalah pada kaum lain. Gi beraya umah orang ni niatnya untuk ziarah sedara mara yang dah lama kita tak jumpa. Bukan nak cara sangat pasal makanan. Syukurlah tuan rumah tu bagi makan mee goreng. Orang lain tu datang beraya ada tuan rumah langsung tak layan tau. Yang tu pun pesen tak empuk jugak tu. Tapi kalau dah terkena sekali, lenkali jangan datang dah. Sonang kan!


Dalam hidup ni, kita tak perlu sentiasa puaskan hati orang dan orang tak semestinya kena sentiasa berpuas hati dengan cara kita sebab kita semua tak sempurna. Faham?


Dah puasa 6 ke belum tuuuu? Kalau dah jom sambung beraya :D


Thursday, May 12, 2022

Thursday, May 12, 2022

Biskut Raya 2022

 

Assalamualaikum! Tahun ni aku dapat cuti balik beraya, so niat nak buat biskut raya tu memang ada. Tahun lepas aku belanja lebih tiga ratus ringgit untuk biskut raya beli kat orang. Masa tu kan masih PKP dan tak boleh rentas negeri, jadi nak tak nak kena beli yang dah siap.


Dari tiga ratus ringgit tu, aku dapat tiga jenis kuih je. Kang takda kuih raya, tak berseri la meja di pagi lebaran huhu. Sebab tu, tahun ni aku nekad nak buat biskut sendiri.


Belanja beli bahan-bahan nak buat biskut tahun ni memang terasa kenaikan harganya. Tapi kalau nak dibandingkan dengan beli dah siap, lagi berbaloi buat sendiri. Butter je dah dekat dua ratus! Tapi aku buat biskut ni bukan untuk makan sendiri je, tapi untuk mak dan akak. 




Biskut Dahlia kesukaan kakak. So, biskut ni dah jadi wajib setiap kali nak raya. Walaupun tak sesedap orang lain buat, tapi anak kata sedap kira ok la kan hehe. 




Biskut Tutty Fruity tahun ni baru muncul dari senarai kuih raya. Lama dah tak buat biskut ni. Tapi biskut ni yang paling senang sebab main tekap-tekap je. Biskut ni ada buah-buahan campuran. 




Tahun ni anak-anak request biskut cornflake. Tapi aku cakap korang kena buat sendiri la sebab ibu dah sibuk dengan empat jenis. Nak buatnya pun senang, so belikan aje bahan-bahannya dan diaorang buat sendiri dua beradik. Kiranya, ni biskut raya pertama diaorang buat sendiri.





Biskut mama carrie ni wajib setiap kali raya. Tapi tahun ni, biskut mama carrie aku tak berapa menjadi la, terutama icingnya. Mujurlah kesedapannya masih terserlah walaupun rupanya tak semenggah haha.




Tart nenas tahun ni aku buat tart bunga. Lagi senang dari tart gulung! Ni pun akak aku yang request. Tart nenas memang kegemaran kami, tapi aku tak berapa suka yang gulung. Lagipun yang gulung tu leceh sikit, yang bunga ni main tekap je pastu tepek jem nenas di tengah. 


Alhamdulillah tercapai hajatku nak buat biskut raya sendiri tahun ni. Mak paling suka tart nenas tu. Sedap walaupun tak gebu macam orang lain punya hehe.


Wednesday, May 11, 2022

Wednesday, May 11, 2022

Syawal 2022 Bersama Bonda




Assalamualaikum! Syawal yang dinanti akhirnya kunjung tiba. Tahun ini lebih bermakna sebab dah boleh balik kampung dan berkumpul bersama ahli keluarga. Pastinya mana-mana orang tua pun akan menantikan detik ini setelah sekian lama untuk bersama raikan Syawal dengan anak menantu cucu.


Syukur alhamdulillah diizinkan kami beraya bersama mak tahun ini. Walaupun dah dua tahun pemergian abah, aku tak mahu mak rasa sedih dan sunyi di pagi Syawal. 


Seperti tahun-tahun sebelumnya, Syawal kami disambut sederhana. Pagi-pagi mak dah sibuk dengan ayam di reban. Lepas tu barulah masing-masing bersiap dengan pakaian baru.









Dan tak sah la kalau tak bergambar kan hehe. Kalau di KL, masing-masing malas nak turun ke bawah amik gambar. Ni kat kampung keluar je rumah dah boleh berootd kat pasu bunga uwan hehe. Sebelum orang datang beraya, moh le kite amik peluang bergambar sampai lebam! hehehe.


Tahun ni orang kata raya terkejut sebab pengumuman raya dibuat pada malam raya. Yang mana masih di bandar tu memang rushing la nak kemas beg balik kampung. Yang di kampung pula kalut cari barang nak masak rendang dan juadah raya lain. Biasanya, malam raya orang jual lemang tepi jalan tapi tahun ni malam raya penjual daging masih meniaga untuk pastikan orang dapat bekalan daging yang cukup nak masak.


Pendek kata rakyat Malaysia tahun ni kelam kabut buat persiapan saat akhir.


Kami pun kalut di dapur. Malam tu jugak aku gagahkan buat biskut raya sementara mak sibuk dengan rendang nasi impit dan sup tulang. Memang tak lelap mata malam tu huhu. Tahun ni jugak takda hari mantai seperti sebelumnya.





Rumah mak meriah dengan kedatangan sedara mara jauh dan dekat. Alhamdulillah silaturrahim terjalin erat meskipun masing-masing duduk jauh namun masih ingat pada mak.






Tapi mak paling happy sebab anak sulung dia balik bersama cucu-cucu raya kali ni. Alhamdulillah kami bertiga dapat balik beraya ngan mak. Happy je tengok mak. Moga mak dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik agar kami dapat beraya lagi ngan mak untuk tahun-tahun akan datang. Aamiinn Allahumma aamiinnn...


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.