Breaking

Showing posts with label Anything and Everything. Show all posts
Showing posts with label Anything and Everything. Show all posts

Tuesday, May 14, 2024

Tuesday, May 14, 2024

Harga Tak Sama? Apa Nak Buat?

 

Aku perasan tahun ni KPDN negeri banyak buat intipan dan serbuan ke atas kedai-kedai dan pasaraya yang melakukan kesalahan berkaitan dengan banyak perkara seperti tidak mempamerkan tanda harga, menjual barang subsidi pada harga mahal, menyorokkan barang subsidi dan banyak lagi.


Aku ucapkan syabas kepada pasukan KPDN negeri yang berkongsi video TT tentang bagaimana mereka melakukan intipan dan seterusnya menyerbu kedai-kedai yang disyaki melanggar peraturan. Memang puas hati hehe.


Baru-baru ni, aku ke sebuah pasaraya untuk beli pasir kucing. Macam biasa sebelum ambil aku cek harga di rak dulu. Dah pasti itu harganya, aku bawa ke kaunter untuk bayar. Bila mamat tu scan dia keluar harga tak sama macam di rak. Mahal seringgit!


Lalu aku tegur, dik kat rak harga dia RM9.90. Mamat tu pun tanpa cakap apa-apa terus keluar kaunter dan menuju ke rak pasir kucing. Kemudian dia datang balik dan mengesahkan bahawa harga di rak itu adalah harga untuk pasir kucing yang aku ambil tadi. Lalu tanpa banyak soal, dia swipe kad dia balik untuk reset harga pada RM9.90.



Perkara sebegini memang banyak kali terjadi dimana-mana kedai ye. Selalu sangat mereka rajin tukar harga di mesin tapi malas tukar harga di rak! Kalau  kena dekat orang yang tak pandai nak fight, memang burn macam tu je la duit kita ye.


Beza seringgit kot!! Sedangkan kita tak cukup lima sen pun diaorang tak bagi lepas ...betul tak? Dah kenapa kita nak kena bermurah hati lebihkan seringgit untuk diaorang? 


Ada juga pekedai yang bila aku argue kenapa harga tak sama dengan yang discan? Alasannya tak sempat update. Oooo kat mesin sempat tukar, kat rak tak sempat tukar. Cantik muka kau! Aku sound terus cashier tu, ni pekerja ramai2 dalam kedai buat ape? jadi patung?? ha terdiam terus.


Dengan aku jangan bagi jawapan kurang bijak a.k.a bodo. Kalau kau bos, kau kuli, kau susun barang, kau buat checklist dan kau jadi cashier mungkin itu masuk akal.


So terpulanglah pada kita nak buat macam mana. Kalau boleh, jangan senyap atau mengalah bila perkara sebegini berlaku. Bagitau diaorang tentang perbezaan harga dan kalau ikut peraturan kita berhak minta harga seperti di rak walaupun bila scan harganya tak sama. Selalulah dapatkan tips untuk jadi pengguna yang bijak daripada video-video KPDN di TT tu.


Ok!



Friday, March 22, 2024

Friday, March 22, 2024

Nak Boikot KK Mart?


Cerita tak molek tak sedap dah tentu bila ia berkaitan dengan agama dan sensitiviti umat Islam terutama di negara ni. Aku kadang-kadang tak faham macam mana diaorang boleh duduk di negara ini berpuluh2 tahun aman dan damai tanpa rasa bersalah menghina dan memperkecilkan kepercayaan orang lain.


Jujur, aku tidak boleh mengelak dari bercakap pasal benda ni. Hipokrit dan munafik la aku jika tiada sedikit pun perasaan marah dan kecewa dengan apa yang telah terjadi. Bukan sekali, dah banyak kali diaorang provok!


Tak pernah aku sepanjang hidup ada sekelumit rasa menyibuk nak mempertikaikan apa yang mereka percaya dan amalkan walaupun ikut akal yang sihat dan waras apa yang mereka amalkn tu lagi tak masuk akal dan boleh digelakkan. But no, aku takkan dan tak pernah diajar untuk buat macam tu.


Tapi diaorang ni sibuk nak mencelah dan mempersendakan agama orang lain sedangkan orang Islam walau dari mana-mana negara sekalipun tidak pernah memulakan apa-apa tindakan yang boleh mencetuskan provokasi agama lain apatah lagi meletakkan nama Tuhan di stokin!


Menyibuk tak habis-habis...sakit kat mana entah! 




Satu syarikat besar yang ada beratus-ratus cawangan boleh cakap tak perasan terlepas pandang ... tak masuk akal! Rupanya kalau nak letak barang dalam pasaraya diaorang kena lalui pelbagai proses tapisan yang ketat dan lama baru. Bila terbongkar baru menggelupur puak-puak ni nak cari salah orang tu orang ni. Mujur orang kita yang membeli perasan dan viralkan di media sosial, kalau tak ingat diaorang heran ke pasal benda ni??


Lagi satu kumpulan manusia cakap jangan perbesarkan isu ni...kecil saja tak perlu kecoh-kecoh! Ini yang buat aku nak menyumpah seranah tapi ku tahan jebat sebab daku puasa. Kau ingat nama kat stokin tu macam nama abah kau, atok kau, moyang kau! Memang jibauk punya perangai!


Sekarang terpulang pada kita untuk boikot atau tidak pasaraya KK Mart ni. Bak kata UAI, hak memaafkan hanyalah daripada Allah tapi sebagai orang Islam hati ini dah terluka.


Kita sebagai pengguna juga kena tegas. Ini bukan nama keluarga atau sedara mara kita kat stokin tu. Ni Allah!


Sebagaimana kita boikot starbuck dan francais makanan dari Barat dan yang ada kaitan dengan Israel kerana Palestin, kita juga boleh boikot KK Mart yang terang-terang melukakan hati umat Islam.

Friday, July 15, 2022

Friday, July 15, 2022

Isu-isu Sensitif Di Media Sosial

 

Assalamualaikum! Semakin hari semakin rancak dunia alam maya sekarang. Macam-macam isu sensasi yang aku perhatikan di media sosial baik di FB mahupun di IG. Yang baik kena puji, yang buruk kena keji. Itu memang dah jadi sebahagian dari rutin harian netizen. Ye la ... semua news sekarang di hujung jari. Kau tak puas hati boleh terus tunjuk kat komen.


Kadang-kadang aku tak faham dari mana datang 'kekuatan' orang yang cuba nak tarik perhatian orang lain dengan upload konten dengan niat nak provoke orang kat media sosial. Tak terfikirkah benda itu akan menjatuhkan diaorang? Tak terfikirkah pendapat diaorang tu hanya akan memburukkan keadaan? 




Isu Agama

Sekarang masih 'panas' isu video yang viral tentang penghinaan terhadap Islam oleh orang Islam sendiri. Yang ni ramai dah agak memang perbuatannya disengajakan dengan niat menimbulkan provokasi terhadap orang Islam. Dah kena tangkap pun minah tu dan bfnya. 


Moga jadi peringatan dan pengajaran buat kita semua. Jangan tunjukkan kebodohan dan kejahilan kita pada orang bila Allah sedang menutup aib kita. Kau nak provok siapa bila buat share konten macam tu? Kau nak orang bergaduh? Nak tunjuk yang kau berani bersuara? Kau dapat apa? Aku pun tak faham orang macam ni. 


Isu Bangsa/Kaum

Bukan mudah nak hidup harmoni dalam sebuah negara yang berbilang kaum. Kadang-kadang ada selisih faham tu biasa la. Sedangkan adik beradik satu bapa satu mak pun bolehkan bertikam lidah. Tapi janganla sampai pergi tunjuk kat media sosial melainkan ia melibatkan kesalahan jenayah. Zaman sekarang ni silap sikit je pun orang dah up kat FB lalu jadi viral. Habis orang lain yang takda kene mengena pun terpalit sama. 


Sama-sama la kita jaga keharmonian ni. Tak kira apa pun bangsa, kalau dah hidup berjiran atau bekerja sama dalam satu bangunan kena hormat antara satu sama lain. Cuma jangan melampau pergi masuk campur urusan kaum lain kemudian jadikan topik membawang di media sosial. Tak cerdik ah gitu. Dia punya hal dia punya hal lah. Kita tak perlu nak judge kaum lain ok.


Hal Keluarga

Yang ni cukup kena jaga. Tutup rapat-serapatnya. Jangan bagi orang luar dapat bayangan apa yang kau sedang lalui. Kalau ikutkan hati, memang banyak benda kita tak puas hati. Tapi kalau perlu lepaskan, jangan pilih media sosial. Tak kisahlah apa-apa hal pun, pasal jiran ke, mertua ke, ipar duai ke, penyondol ke, pasangan ke, anak ke, majikan ke, rakan sekerja ke. 


Dah tu nak lepas ke siapa? Kalau aku cakap "mengadu je pada Allah" bunyi macam cliche sangat kan. Tu semua orang pun tau. Tapi sebagai seorang yang dah dewasa menginjak ke usia 40 tahun ni, aku sendiri pun dah 'penat' nak marah2 orang. Aku tersangat sayang pada diri sendiri sampai aku rasa membazir buang emosi hanya kerana aku marah orang tu. Buat apa penatkan hati. Darah tinggi dari takda jadi ada. Untuk apa? Buang terus orang tu dari hidup kau. Jangan mention dia di mana-mana pun. Dia tak layak ada dalam ingatan kau. 


Isu Haiwan

Yang ni pun viral gak baru-baru ni. Pasal haiwan ni boleh jadi banyak cabang tahap kesensitifannya. Bergantung kepada konteks yang dibincangkan. Macam baru-baru ni yang viral pasal stetmen dari seorang selebriti tentang bagi anjing makan. Aku pun tak setuju stetmen dia tu. Mana boleh pukul rata macam tu. Sampai ke hati kau kalau jumpa anjing tepi jalan merenung penuh harapan menunggu seseorang bagi makan. Dia bukan macam kucing boleh mengiau kita dah tahu dia lapar. Ni kalau anjing menyalak kang, habis kita lari lintang pukang sebab ingat dia nak kejar gigit kita. Walhal dia mintak makan. 


Berhati-hatilah bila nak beri pendapat tu. Orang lain nak bagi anjing makan biarkan dengan cara mereka asalkan pandai jaga sentuhan. Setakat bagi makan takkan nak jadi isu. Kalau pencinta haiwan, takda isu anjing atau kucing. Isunya dia lapar dan kita kena bantu bagi dia makan.


Lain la kalau kau jadikan anjing sebagai 'bodyguard' masuk keluar mall. Jadikan anjing sebagai haiwan peliharaan macam kucing. Ha yang tu memang kena tegur la. Kena tahu hukum la. Apatah lagi kita ni orang Islam. Jangan buat hukum sendiri.


Hal Suami Isteri

Aku tak pasti orang lain, tapi bagi aku isu suami isteri ni agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di media sosial. Tak kisah samada kesalahan itu dari pihak isteri atau suami, tapi sebolehnya jangan dicanang. Sebab kita pun tak sempurna di mata dia cuma pasangan tak canang. Kalau dia canang jugak, maknanya dia pun 2x5 la haha. Hal suami isteri ni kena cakap depan-depan. Kalau nak gaduh biar dia depan muka kita. Cakap apa yang terbuku di hati. Biar habis di situ.


Bila dah up di media sosial, ia akan melibatkan orang luar dalam masalah yang hanya kita dan pasangan je yang tahu. Orang yang komen pun bukan tahu situasi sebenar. 


Itu je yang aku dapat fikirkan buat masa ni. Kalau pasal kongsi gambar makanan, kebahagiaan rumahtangga, anak dapat 10A SPM, beli barang berjenama atau bercuti itu tak berapa sensitif bagi aku. Kita happy bila tengok orang happy. Tak perlu dengki mendengki apatah lagi cakap belakang. 


Benda ni juga jadi pengajaran buat aku dan anak-anak. Sering aku ingatkan diaorang, jangan sesekali dedahkan perkara yang tak sepatutnya diketahui orang di IG atau tiktok. Nak cari solusi sila berbincang dengan orang tu. Hatta bergaduh ngan kawan sekolah sekalipun, jangan disindir kawan tu dalam status ke ape. Manners kena jaga.

Thursday, June 30, 2022

Thursday, June 30, 2022

Bagi Alasan Cerdik Sikit Boleh Tak!

 

Assalamualaikum! Satu hari aku masuk pasaraya E nak beli barang macam biasa. Dah pilih barang yang aku nak, aku ke kaunter untuk bayar. Tiap kali dia scan barang, akan keluar harga dekat monitor


Eh ... empat ringgit lima posen? Seingat aku, kat rak tadi harga barang tu empat ringgit dua puluh sen. Kenapa bila scan jadi mahal tiga puluh sen? Lalu aku tanya budak cashier tu, "dik .. harga kat rak empat ringgit dua puluh sen bukan harga ni". Dia boleh jawab,"oh harga dah naik kak..". Ya aku tahu harga naik tapi itu bukan harga di rak. Yang korang update tu hanya dalam sistem.


Dia pertahankan harga yang dalam sistem dan bagi alasan banyak barang nak kena kemas dan tak sempat update dalam sistem. Dia bercakap seolah-olah dia pekerja tunggal dalam pasaraya tu. Dah tu, manager wat mende? supervisor wat mende? Banyak dah alasan macam ni aku jumpa. Isu tag harga di rak tak sama dengan yang dalam sistem ni berlaku dimana-mana je. Dah tentu lah sebagai pengguna aku bayar untuk harga di rak saja. 




Bukan kerja aku atau pengguna lain nak kena terima alasan "banyak barang nak kena kemas". Kalau dalam sistem korang laju je tukar harga, tapi kat rak banyak cekadak ko bagi alasan yeh. Dari aku bertekak dengan dia, aku suh dia panggil manager/supervisor. 


Aku tanya,"kak...kalau tag harga di rak tak sama dengan dalam sistem, kena ikut harga di rak betul tak. Kak tahu kan peraturan tu?". Dia jawab dengan profesional dan mengaku kesilapan. Dipendekkan cerita, dia kira barang tu dengan harga empat ringgit dua puluh sen seperti yang tertera di rak. Setel kat situ jugak.


Moral of the story, tak kisah lah berapa beza harga di rak dengan dalam sistem kalau dah tak sama tu kena bagitau diaorang. Jangan fikir, eleh tiga posen je pun beza takkan tu pun nak kecoh. Ni bukan soal kecoh, tapi peraturan penetapan harga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Boleh je kita nak cakap balik ke dia, kalau tak kecoh takyah bayar la tiga posen tu. 


Eh pandai pulak tak bagi😒


So pada pekedai runcit atau pasaraya, jangan bagi alasan banyak kerja nak kena susun barang la ape la. Orang takmo dengar tu. Aku tak tahu celah bedah mana yang payah sangat korang nak tukar tag harga kat rak. Ko bukan buat kerja sukarelawan ye.





Wednesday, June 01, 2022

Wednesday, June 01, 2022

Kerana Ayam Itu Berharga

 


Assalamualaikum! Inilah realiti sebuah kehidupan di zaman sekarang. Tak pernah seumur hidup aku beli ayam kena booking dulu! Tadi pergi kedai Zam bukak tong tengok isi dalam kosong. Mulut segan nak tanya sebab tau dah isu ayam di Lembah Klang sekarang.


Tapi tauke kedai kata ayam ada, cuma satu kedai terhad dapat 20 ekor saja. So kena booking awal kalau nak ayam. Tanpa banyak songeh aku book 2 ekor terus! Dua ekor ayam bersamaan dengan tiga puluh sembilan ringgitttttt! Demi kuah roti jalan untuk jamuan raya di sekolah kakak, ku gagahkan jugak. 


sumber : fb DZAR


Bila dikenang balik geleng kepala dibuatnya. Apela nasib...nak beli ayam pun kena tempah dulu sekarang ni. Rasa macam hidup dalam zaman perang. Barang keperluan macam biskut chipsmore, kejap ada kejap hilang. Bila ada balik, harga dah naik. Pandai betul diaorang kawal kita dari atas sana ye. 


Harga ayam pun dah tak terkawal sekarang. Kalau peniaga pun terpaksa jual mahal, pembeli takda pilihan lain. Bila kuantiti disekat, maka harga akan melambung. Kalau tak lambung harga mana peniaga nak untung? 





Nampak gaya kena bela ayam ikut saranan menteri. Tapi boleh pakai ke idea tu? hahaha gelak kan aje le. Janji kita masih aman .... kannnn :p


Sunday, May 15, 2022

Sunday, May 15, 2022

Open House VS Terjah Raya

 


Assalamualaikum! Setiap kali raya mesti ada isu yang dibangkitkan. Ada je yang tak kena di mata orang kita. Semua benda nak dicerita pada orang. Tambah kalau kita tak setuju dengan lain. Kali ni kecoh pasal rumah terbuka atau open house. Yang ni pun perlu dibahas ke??


Tahun ni semua dapat beraya di kampung halaman setelah dua tahun PKP. Kalau raya pertama orang datang ke rumah, dah tentu kebanyakan kita dah stenbai juadah raya untuk tetamu. Itu tak menjadi masalah. Tapi bila dah seminggu raya, orang nak datang rumah timbul pulak isu open house ni.


Bagi aku kan, open house pun boleh. Terjah raya pun boleh. Dua-dua pun tak jadi masalah sebenarnya. Yang bermasalah ialah kita. Kalau orang tu selesa dengan open house, biarlah dia dengan caranya. Kalau dia tak nak buat open house pun bukan kita yang kena tanggung makan minum dia. Adoiiii benda macam ni pun boleh jadi bahan debat kat media sosial.



Lagipun sekarang, orang bukan macam dulu main terjah raya umah orang. Kurang-kurang dia akan call kita dulu tanya ada kat umah ke idok. Masing-masing kan dah ada smartphone ... itulah gunanya. Takkan la kita nak tunggu jemputan dari orang yang buat open house aje. Nak pergi beraya silakan. Takyah tunggu orang jemput. Tanya dia ada kat umah ke tidak, pastu cakap nak datang beraya kalau boleh.


Orang jamu biskut raya saja pun jangan la ko kecam belakang. Apa dia hidang tu itulah rezeki kite. Ini tidak, sikit-sikit nak citer kat media sosial orang tu bagi kau makan mee goreng je. Allahuakbar ... ape teruk nau orang kita sekarang ni. Dah la tak bersyukur dengan mee goreng tu, kau pergi malukan pulak tuan rumah kat orang lain. Boleh kenyang ke perut tu??


Aku tak nampak isu ni jadi masalah pada kaum lain. Gi beraya umah orang ni niatnya untuk ziarah sedara mara yang dah lama kita tak jumpa. Bukan nak cara sangat pasal makanan. Syukurlah tuan rumah tu bagi makan mee goreng. Orang lain tu datang beraya ada tuan rumah langsung tak layan tau. Yang tu pun pesen tak empuk jugak tu. Tapi kalau dah terkena sekali, lenkali jangan datang dah. Sonang kan!


Dalam hidup ni, kita tak perlu sentiasa puaskan hati orang dan orang tak semestinya kena sentiasa berpuas hati dengan cara kita sebab kita semua tak sempurna. Faham?


Dah puasa 6 ke belum tuuuu? Kalau dah jom sambung beraya :D


Monday, April 04, 2022

Monday, April 04, 2022

Orang Negeri Sembilan paling bahagia di Malaysia

 


Assalamualaikum! Hari pertama anak-anak sekolah, sunyi rumah. Yang lagi 6 ekor ni tido lepas makan. Langsung kite bukak laptop baca berita apa hari ini. Tup tup keluar tajuk negeri 'bahagia' di Malaysia. 


Tiga negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Melaka dan Perlis. Woww hebat Negeri Sembilan negeri paling 'bahagia' di Malaysia. Sebagai orang yang ada darah Negeri Sembilan (darah aje la, kampungnye dah takda dah jadi milik orang lain) memang aku tak nafikan kebenaran itu. Hanya mampu mengenang zaman kanak-kanak dulu je. Tapi kampung Rembaulah yang paling happening dan meriah setiap kali nak raya.


Mana taknye, sepupu sepapat, mak sedara pak sedara berkumpul di rumah arwah atuk seminggu sebelum raya lagi. Bukak puasa dan sahur ramai-ramai. Hari mantai semua pakat nolong masak. Yang kami budak-budak kejenye main aje haha. Malam pakat main mercun bunga api di halaman. Pagi bangun bukak tingkap dah nampak pokok bunga hirup udara segar. Walaupun situ takda kedai runcit tapi makanan tak pernah tak cukup. 


Walaupun bahagia tu aku cuma dapat rasa masa aku budak-budak je, tapi jadi kenangan sampai sekarang. Tapi tahun lepas aku bawak mak pergi jalan-jalan di Rembau tak banyak yang berubah. Aku pernah cakap dengan kawan yang pernah duduk dan bekerja di Kuala Pilah. Semak tepi jalan tu dari 5 tahun lepas tak berubah sehingga ke sekarang. Ade je dia kat situ. Dan dia mengiyakan. Dari Kendong nak ke Rembau tu susah nak cari rumah taman baru. Sebab kebanyakan tanah di situ tanah pusaka milik keluarga.




Orang Melaka mesti bangga ni! Aku pun orang Melaka juga belah arwah abah haha. Ah semua ko nak claim ko punya ye Nim. Dah memang betul arwah abah orang Melaka. Kampung aku pun di Melaka. Jadi tak salah la kan claim sikit-sikit hehe.


Walaupun Melaka berstatus bandar dan banyak tempat menarik jadi tarikan pelancong, tapi suasana kampung masih terasa di sana. Bahagia? Ya aku setuju. Bahagia bila shopping harga barang masih berpatutan. Kadang-kadang aku tahan tak beli barang kat KL sebab nak tunggu balik Melaka beli di sana. 


Dari segi kemudahan banyak yang dah berubah. Tengok aje Duyong sekarang, kawasan yang dulunya semak, dah jadi bangunan. Dah ada banyak pasaraya serbanika dan farmasi. Restoran pilih aje yang mana berkenan. Tak susah nak cari barang la orang kata. Rumah taman pun banyak dah ada kat kawasan tu.


Kalau korang tanya lepas pencen nak pindah mana, sure aku akan pilih untuk balik Melaka. Rumah kampung tapi dekat dengan pekan dan bandar besar.


Mengulas lanjut, Razali berkata terdapat enam indikator utama, dinilai di bawah dimensi komuniti sejahtera berkaitan prasarana bagi mencapai indeks Bandar Bahagia, iaitu peratusan liputan kediaman dalam lingkungan 400 meter dari kemudahan masyarakat, kadar liputan jalur lebar, pengurangan gangguan bekalan elektrik, pengurangan kes gangguan bekalan air, bilangan terminal dan stesen pengangkutan awam, serta peratusan kediaman mendapat perkhidmatan pembetungan -sumber hmetro


Perlis aku pernah datang sekali je dulu. Tapi satu yang aku ingat sampai sekarang ialah harga makanan kat sana. Sapa duduk sana memang bahagia! Makan muroh! :D

Friday, January 29, 2021

Friday, January 29, 2021

Cabaran sekolah dalam smartphone

 

Assalamualaikum! Ingat lagi tak dulu murid-murid dilarang bawa handphone ke sekolah? 

Di rumah, mak ayah pulak tak bagi pegang handphone langsung atau hadkan masa bermain handphone

Termasuk la aku, memang budak-budak ni kalau hari sekolah takkan dapat pegang handphone.


Tapi, bila tiba Jumaat malam Sabtu dapat handphone kat tangan diaorang itulah 'buku teks' untuk dua hari sampai hari Ahad hehe. 

Dan sekarang, dengan masalah Covid-19 yang masih berlarutan sehingga ke hari ini, nak tak nak murid-murid semua kena ada gajet dan pandai guna aplikasi untuk belajar secara online di rumah.


Tak aku nafikan, budak-budak ni memang cepat pick-up kalau pasal aplikasi kat smartphone.

Kita tak ajar pun dia tahu buat sendiri. Kadang-kadang kita tak tahu pun aplikasi tu wujud tapi diaorang tahu!😂 

Betapa noobnya aku!




Anyway, kakak dan adik antara mereka yang hidup pada zaman yang belajar dengan 2 kaedah iaitu dalam kelas dan secara maya (online). 

Kalau ditanya yang mana best dah tentu-tentu diaorang jawab online, sebab tak perlu gosok baju sekolah! 

Huh.


Kalau ditanya pada mak ayah, dah tentu kami prefer belajar dalam kelas sebab kami hidup pada zaman dimana konsep pembelajaran yang terbaik adalah hadir ke sekolah. 

Kaedah itu lebih efektif, lebih jitu dan komunikasi terjamin. 

Sebab itu, ramai mak ayah risau bila sekolah ditutup berbulan-bulan lamanya. 

Tapi apakan daya, Covid-19 semakin 'mengganas' dan kita tiada pilihan selain belajar menggunakan smartphone.


Cabaran tetap ada walaupun murid-murid tak dapat ke sekolah. 

Malah aku rasa, cabaran mengajar dan belajar itu lebih tinggi secara online

Yang ada smartphone sendiri, mungkin takda masalah. 


Namun, yang tiada atau berkongsi dengan mak ayah atau tiada langsung gajet itulah yang merisaukan.

Ada juga kes dimana, murid-murid kena tunggu mak ayah balik dari pejabat barulah boleh guna handphone diaorang untuk buat kerja sekolah. 

Hadir kelas online mungkin tak tercapai kerana kebanyakan kelas online dibuat pada waktu siang mengikut masa persekolahan. 


Banyak lagi cabaran belajar dalam kelas secara online ni. 

Walaupun secara online, cikgu-cikgu masih nak kena handle pelbagai ragam anak murid. 

Yang on microphone ketika cikgu bercakap, yang bunyi bising, yang tak masuk kelas dan macam-macam lagi. 

Aku yang duduk sebelah anak bila diaorang masuk kelas online ni pun boleh gelak sama-sama geleng kepala melihatkan gelagat masing-masing. 

Jenuh cikgu eh!


Apapun cabarannya, inilah pembelajaran norma baharu yang kita semua kena tempuhi bersama. 

Walaupun cara ini tidak seefektif belajar dalam kelas, tapi inilah cara terbaik buat masa sekarang.

Yang dibekalkan gajet tak kira smartphone ke, laptop ke, tablet ke, chromebook ke gunakanlah dengan sebaiknya untuk belajar. 

Moga segalanya yang berkait dengan Covid-19 ini berakhir dengan cepat dan semuanya beransur pulih dan kembali normal seperti sediakala ...aamiinn.

Thursday, May 21, 2020

Thursday, May 21, 2020

Rezeki Covid-19


Assalamualaikum! Memang tak dinafikan bila bermulanya PKP 18 Mac yang lalu, ramai peniaga buntu dan risau memikirkan macam mana la nak survive kalau kedai tak dapat dibuka dan perniagaan tak dapat beroperasi macam biasa.

Kalau pembeli risau mana nak cari barang kalau semua kedai tutup, penjual pun risau bagaimana nak jana pendapatan kalau tak dapat berniaga. Pendek kata, memang kehadiran Covid-19 ni lebih menyusahkan dari menyenangkan. Segala jenis perniagaan terbantut dan terjejas.

Bila kerajaan mengarahkan semua kedai dan jenis perniagaan ditutup dalam tempoh PKP 1 hingga PKP 4, para peniaga mula mencari alternatif lain dengan 'buka' kedai mereka secara atas talian atau online. Dan, ternyata pulangannya sungguh lumayan!


Aku sebagai pemerhati dan pembeli juga tidak ketinggalan 'memeriahkan' live video yang dibuat oleh para peniaga di Facebook. Macam-macam jenis produk yang mereka jual. Dari tudung bawal, kain pasang, kain pelikat, baju kelawar, gajet, barang permainan, barang bundle, kasut, blouse muslimah, baju kurung, baju melayu dan banyak lagi.

Lagipun, hari raya bakal menjelang dan peniaga mengambil peluang ini untuk cari pelanggan di alam maya mempromosikan produk masing-masing dengan kreativiti tersendiri. 



Thursday, April 23, 2020

Thursday, April 23, 2020

'Mahal'nya Ustaz Ebit Lew


Assalamualaikum! Macam-macam hal la. Orang kita ni memang busuk hati tak habis-habis. Baik orang biasa, baik ustaz, baik PU atau apa saja la label syok sendiri yang diaorang ada. Sana sini berdegang canang dosa orang macam diri tu maksum sangat ye bhai!

Lagi kau kecam, lagi hebat kau dapat kecaman balik. Orang time macam sekarang ni nak tengok, nak rasa aura positif dan baik je. Aura dengki busuk hati mengecam orang lain buat orang menyampah meluat orang tak suka tau dak. Ustaz sama ustaz pulak tu! Heyyy bengong berganda-ganda. Kami yang orang biasa pun geleng kepala dengar. 

Besar sangat ke dosa UEL pada orang yang mengecam dia tu? Kalau kau tak boleh setuju atau support apa dia buat, kau senyap boleh tak. Yang menderma tak bising, kau yang tak menyumbang satu sen pulak yang nak canang haram halal orang.


sumber : fb UEL

Tuesday, March 17, 2020

Tuesday, March 17, 2020

Aku tak termasuk dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (Covid-19)


Assalamualaikum! Wabak Covid-19 semakin 'mengganas' di 159 buah negara setakat ini. Kes terbaru di Malaysia pun meningkat dengan mendadak secara drastik menjadikan Malaysia negara mencatat kes tertinggi di Asia Tenggara! 

Allahuakbar .... bantulah kami ya Allah.

Walaupun tiada kematian dicatatkan (UPDATE 6.00PM : 2 kematian akibat Covid-19) tapi peningkatan mendadak kes-kes baru Covid-19 agak membimbangkan semua pihak. Dah la tu, fake news merata di media sosial menjadikan orang awam buat panic buying. Yang tak panik pun tetiba jadi panik! Aku je yang tak boleh nak panik, sebab belum gaji hehehe.

Tuesday, November 12, 2019

Tuesday, November 12, 2019

Tarikh Rasmi Semak Keputusan UPSR 2019


Assalamualaikum! Pada ibubapa yang sedang menantikan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019, tarikh rasmi telah pun dikeluarkan semalam oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam satu kenyataan media.

Selain keputusan UPSR 2019, ibubapa juga boleh mendapatkan keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) pada tarikh yang sama.


Wednesday, November 06, 2019

Wednesday, November 06, 2019

Wedding Couture Di Tanah Perkuburan


Assalamualaikum! Pagi-pagi dah tersedak tengok gambar 'pengantin'. Ni bukan sebarang 'pengantin' ni. Tak pernah dibuat orang bergambar di tanah perkuburan. Apatah lagi di perkuburan orang yang berlainan agama dengan kita. Astaghfirullahalazim.

Dulu pernah viral gambar selfie ditanah kubur. Hamba Allah yang post gambar tu di media sosial teruk kena kecam dengan warga netizen. Kali ni kes upgrade sikit, grave bride Tu omputih kata, kalau Melayu kata pengantin kubur namanya hehe.


sumber : fb

Thursday, April 25, 2019

Thursday, April 25, 2019

'Cheese' kau etok!


Assalamualaikum! Menangis daku tengok trend makanan orang sekarang. Bukan la menangis menggugu-gugu tu, tapi nangis dalam hati la hehe. Ape laaaaaa nak jadi dengan orang sekarang ni. Orang moden ni. Orang zaman la ni! 

Yang pelik-pelik ajeee yang korang sumbat dalam tekak ye. Kalau makanan tu asalnya pedas ko tukar tambah cheese. Kalau makanan tu asalnya kena masak ko pergi bekukan! Heyyyy I cannot brain this la hehe.

Minggu lepas daku terbaca artikel pasal la ni orang dah jual etok 'cheese' pulak dah. Firstly, etak ke etok weh? Aku tau etok je haha. Tak pernah dengar lagi orang panggil etak. Dua binatang yang sama ke atau lain-lain? Ah lantak lah...aku panggil etok je.


sumber : berita harian online

Friday, March 22, 2019

Friday, March 22, 2019

Beyblade 'kegilaan' budak-budak sekarang!


Assalamualaikum!

Mana-mana aku pergi mesti nampak budak-budak lelaki pegang benda ni. Rupa-rupanya yang diaorang kecoh beyblade beyblade tu benda ni la ye! Sekarang ni musim beyblade, siap ada pertandingan lagi dan bukan dikalangan kanak-kanak je join. Bapa kepada kanak-kanak pun buat pertandingan beyblade yo!

Tapi benda ni kalau dibawa ke sekolah sure kena rampas kan. So, diaorang simpan kat mana? Aku sempat interview sorang budak ni, dia cakap simpan dalam beg baju. Balik sekolah, baru boleh main. Wahhh pandai ko ye!

Beyblade ni ada macam-macam jenis, macam-macam bentuk dan macam-macam nama. Budak-budak tu dah bagitau dah nama setiap satu, tapi aku memang tak boleh ingat sebab komplikated sangat nak menyebutnya haha. Lebih teruja nak tengok diaorang 'pusing' benda tu je.


Friday, February 15, 2019

Friday, February 15, 2019

Sebenarnya bumi berbentuk ...


Assalamualaikum!

Aduhhhh! kecoh pasal isu bumi sfera atau rata.
Aku tak tahu hujah dan fakta mana diaorang guna untuk klaim bumi itu rata.
Tapi ada juga yang menyokong!

Bak kata pepatah, rambut sama hitam hati lain-lain.
Pandangan kita dah tentu ada yang berbeza.
Tapi biasa la, yang sana mengecam disini.
Yang sini mengecam sana untuk menegakkan pendapat masing-masing.

Dari sekolah rendah kita belajar bumi itu sfera.
Tapi orang sekarang pakai ilmu saja tak cukup.
Nak tahu bumi itu sfera atau rata kena tanya pada ahlinya.
Siapa ahlinya?
Angkasawan la!
Mujurlah Malaysia ni ada angkasawan negara.
So dialah selayaknya menjawab persoalan ini kan.


kredit : insta DrSMS

Friday, January 18, 2019

Friday, January 18, 2019

Trend #10YearChallenge


Assalamualaikum!

Apa saja berkaitan dengan dunia alam maya mesti cepat viralnya.
Manusia di zaman ini sangat seronok melakukan pelbagai #challenge.
Tahun lepas viral dengan #kekechallenge.
Lebih 2-3 juta video menari sambil kereta bergerak dikongsikan di media sosial.

2019?
Wow! Belum habis bulan 1 pun, dah ada #challenge baru.
Trend kongsi gambar 10 tahun dulu dengan sekarang.
Jangan lupa hashtag #10YearChallenge.

Siapa join?
Ramaiii...setakat ini lebih dari 3 juta gambar dikongsikan di semua platform media sosial.
Aku join gak ke?
Eh mestilah ada!
Kenala seiring dengan trend kan hehe.

Anyway, aku ada terbaca beberapa tweet tentang #10YearChallenge di Twitter.
Antaranya, adakah kemungkinan data (gambar #10YearChallenge) yang kita kongsikan itu boleh disalahgunakan sebagai latihan pengecaman wajah mengikut peringkat umur - say like 10 tahun?

Walaupun Facebook menafikan terlibat dalam plot #10YearChallenge ni.
Itu tak bermaksud kita tak perlu berhati-hati.
Apa saja yang kita kongsikan di media sosial, pastikan ia selamat.
Bab aurat 10 tahun lepas, itu patut didahulukan la ye.
Takda kompromi takda alasan.
Sendiri mau ingat, sendiri mau jawab nanti ha.



Monday, January 07, 2019

Monday, January 07, 2019

Yuran PIBG Memang Tak Wajib, Tapi ...


Assalamualaikum!

Baru masuk minggu kedua 2019.
Tapi macam-macam isu yang viral sekarang ni.
Antaranya, isu yuran PIBG tidak wujud!
Memang kena la pada tempat dan masanya.

Kalau 20 tahun dulu, mungkin takda isu.
Tapi zaman semua 'dihujung jari' ni, yang takda isu pun boleh dijadikan isu.
Kalau tak silap (kalau silap betulkan ye), permulaan isu ini bermula bila timbul istilah 'yuran' dan 'sumbangan'.
Kalau yuran, dah tentu kena bayar setiap tahun kan.
Tapi bila ada pihak yang mempersoalkan ianya bukan yuran tapi sumbangan, maka disinilah bermulanya pertikaian samada wajib ke tidak ibubapa untuk beri sumbangan untuk PIBG sekolah.

Dia macam ni lah.
Kita kena faham dulu apa itu sumbangan PIBG.
Sebagai ibubapa, kita kena ambil tahu.
Bukan bila part nak bayar mulut kita bising.
Tapi tak ambil tahu untuk apa kita bayar.


Friday, November 09, 2018

Friday, November 09, 2018

Memang Patut Mufti Tegur Tu!


Assalamualaikum! Drama-drama sekarang ni kena ada tajuk 'gempak' atau 'unik' baru boleh tarik penonton ke? Kita faham la zaman dulu dan sekarang dah tentu tak sama. Berapa kerat je drama yang dihasilkan dari idea dan olahan pengarah tu sendiri. Selebihnya 'dicedok' dari novel-novel tempatan.

Tak salah kalau nak buat drama ikut novel, ada je yang mendapat sambutan yang baik di kalangan penonton. Tapi kali ni .... hurmm.


kredit : mstar online

Tuesday, October 23, 2018

Tuesday, October 23, 2018

Tak Suka Naik Teksi Sebab Apa?


Assalamualaikum! Isu lama yang kini jadi kecoh semula. Bermula dengan tindakan biadap segelintir pengusaha teksi di Langkawi yang dikatakan bertindak keluar ketika sesi dialog bersama Perdana Menteri sambil mengeluarkan kata-kata kesat akibat tidak berpuas hati kerana kerajaan mahu mengekalkan Grab.

Kemudian, timbullah pula isu layanan antara teksi dan Grab. Tak dinafikan ramai antara kita yang lebih selesa memilih perkhidmatan Grab atau E-hailing. Bagi kita, 2 sebab ni lah yang menjadi punca utama masyarakat dah muak dan jelak nak guna teksi sebagai pengangkutan awam:


MEMILIH TEMPAT 

TAK NAK GUNA METER

Sumber : Malaysiakini

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.