Breaking

Showing posts with label Babies. Show all posts
Showing posts with label Babies. Show all posts

Monday, April 11, 2016

Monday, April 11, 2016

DRYPERS BERIKAN KESELESAAN KEPADA 120 ANAK YATIM SEMPENA KEMPEN MOMS OF MALAYSIA 2016


Asslaamualaikum!


Lebih 60 orang terdiri daripada ahli Drypers Baby Club, penyokong Moms of Malaysia (MOM), Elaine Daly, pihak penaja dan kakitangan SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd meluangkan masa selama dua hari untuk melakukan transformasi ke atas Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat yang menempatkan 120 kanak-kanak menjadi sebuah kediaman yang lebih selesa.




“Perkara penting Drypers MOM 2016 kali ini adalah melibatkan ibu bapa dalam program Share A Little Comfort, iaitu inisiatif yang membolehkan ahli Drypers Baby Club menderma mata ganjaran Drypers dan mengerah tenaga dalam usaha mengubahsuai kediaman kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.”

“Mata ganjaran Drypers Baby Club yang disumbangkan akan digunakan untuk membuat kediaman dan persekitaran rumah yang lebih selesa untuk anak-anak yatim”

“Saya sangat gembira melihat begitu ramai sukarelawan meluangkan masa dan usaha untuk menyediakan kanak-kanak tersebut dengan persekitaran lebih kondusif, selain merasai pengalaman keselesaan dan kasih sayang yang selayaknya diterima,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.  

“Rumah Anak-Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin Kanchong Darat (RYAS) merupakan rumah pertama program ini. Kami menggesa semua rakyat Malaysia yang penyayang untuk turut serta bersama dengan kami dalam tiga lagi rumah anak yatim sepanjang 2016”

“Ada dua cara anda boleh membantu – menderma mata ganjaran Drypers Baby Club dengan matlamat mencapai 1 juta mata ganjaran Drypers atau menjadi sukarelawan untuk membantu melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dan pembaharuan,” tambahnya lagi.

Penyokong Drypers MOM 2016, Elaine Daly yang juga seorang ibu baru, turut menyertai ahli lain membantu kerja pengubahsuaian seperti baik pulih, mengecat, dan menambah perpustakaan baharu. Rumah anak yatim tersebut yang beroperasi dengan sumber dana daripada pemilik budiman sangat memerlukan pengubahsuaian. Drypers turut membawa Akemi, Favorita dan Khind sebagai rakan kongsi dalam inisiatif tangungjawab sosial korporat (CSR) kali ini.




Sasaran Program Share A Little Comfort kendalian Drypers – jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd, adalah untuk menyediakan rumah yang lebih selesa kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Justeru Drypers menggesa ahli-ahli Drypers Baby Club untuk menderma mata ganjaran Drypers danmenjayakan usaha yang bermakna ini. Mata Ganjaran Drypers (dikumpul menerusi pembelian produk Drypers) boleh didermakan dalam jumlah 100, 300 atau 500 poin menerusi akaun online Drypers Baby Club dan setiap mata ganjaran akan dipadankan oleh Drypers. Matlamat utama ialah mencapai 1 juta mata ganjaran yang bersamaan RM100,000, iaitu jumlah besar yang akan digunakan dalam program pembaharuan untuk menjadikan kediaman selesa buat kanak-kanak kurang bernasib baik.

“Menerusi program CSR ini, Drypers mahu mengetengahkan fakta bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat sedikit keselesaan. Dalam erti kata lain, keselesaan yang diberikan ialah tanda diri mereka disayangi. Itulah sebenarnya apa yang mereka mahukan, iaitu untuk dicintai dan disayangi. Jadi, bersamalah kita menjadikan ruang hidup mereka benar-benar seperti rumah. Saya sangat berbesar hati melihat sokongan sepenuh hati daripada ahli-ahli Drypers Baby Club. Saya harap lebih ramai ibu bapa akan menderma mata ganjaran Drypers dan menyertai kami meneruskan kerja-kerja penuh bermakna ini,” kata penyokong MOM 2016, Elaine Daly.



Kempen Drypers MOM 2016 kembali lagi bagi tahun kedua dan terus menekankan kepentingan setiap detik ikatan antara ibu dan si kecil. Ibu-ibu seluruh negara dijemput berkongsi foto-foto detik-detik yang berharga bersama bayi mereka di Facebook atau Instagram dengan hashtag #momsofmalaysia dan tag Drypers Malaysia. Foto akan dipaparkan di skrin LED pada pelancaran rasmi acara itu di IOI City Mall, Center Court (Lower Ground), Putrajaya bermula 5-8 Mei.

“Asasnya, matlamat kami ialah menyerlahkan ikatan istimewa antara ibu dan anak – menggalakkan mereka menghargai detik-detik indah setiap hari menerusi kempen Drypers MOM 2016. Jadi, ini adalah satu gerakan untuk mengiktiraf dan berkongsi detik-detik harian yang indah bersama insan tersayang dengan ibu-ibu lain,” tambahnya.

Pada pelancaran acara itu pada Mei nanti, ibu bapa boleh bersama anak-anak mereka menyertai pelbagai permainan dan aktiviti – bermain buih di kawasan khas unik dan menikmati sesi nyanyian dan bercerita. Ahli-ahli Drypers Baby Club dan anak-anak mereka diberikan layanan khas,di mana si manja boleh melakukan aktiviti mewarna, melukis corak di muka mereka sambil menikmati snek percuma.




Ibu bapa boleh juga menikmati tawaran promosi produk Drypers dengan mendapatkan baju kanak-kanak dengan cetakan nama si manja tersendiri secara percuma. Ibu bapa yang hadir pada acara itu boleh menyatakan sokongan terhadap inisiatif Share A Little Comfort, di mana Drypers berbesar hati menyumbangkan 10 mata ganjaran bagi setiap sokongan daripada  ibu bapa. Terdapat juga ruang istimewa untuk ibu-ibu hamil di mana mereka boleh mendapatkan sampel lampin pakai buang Drypers Wee Wee Dry New Born di dalam beg mummy eksklusif dan mengambil foto percuma.




Untuk keterangan lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia dan menjadi sukarelawan, sila layari laman Facebook Drypers Malaysia di https://www.facebook.com/DrypersMY

Untuk menderma mata ganjaran, ibu-ibu boleh layari http://bit.ly/1TCGkOE.


Friday, April 24, 2015

Friday, April 24, 2015

Raikan Detik-detik Indah Ibu Dan Anak Bersama Kempen Drypers 'Moms Of Malaysia'!


Assalamualaikum!




Anugerah terbesar bagi seorang wanita adalah saat ketika dia melahirkan bayi yang dikandung. Sebagai seorang ibu, itulah merupakan detik terindah dalam hidup sejak hari pertama aku bergelar ibu. Setiap saat yang berlalu aku ingin abadikannya sebagai satu kenangan indah bersama si kecil samada ketika bermain dengannya, memandikannya dan walaupun ketika memakaikannya pampers!

Dan, menyedari hakikat bahawa ikatan ibu dan anak sebagai hubungan semulajadi paling erat, Drypers cuba untuk mendekati para ibu dalam menyampaikan mesej raikan detik-detik terhebat bersama anak melalui kempen Moms of Malaysia yang telah pun selamat dilancarkan semalam.




Pelancaran kempen Moms of Malaysia bertempat di Blue Concourse, Lower Ground, Sunway Pyramid dan berlangsung sehingga 26 April 2015. Aku turut berkesempatan menghadirkan diri dalam majlis yang turut meraikan beberapa selebriti dan ahli-ahli Drypers Baby Club yang telah pun mendaftar secara online atau semasa acara kempen berlangsung.  

“Setiap ibu ada definisi tersendiri bagi detik hebat bersama bayi mereka. Ia adalah interaksi unik antara ibu dan anak yang menjadikan sesuatu detik itu begitu bermakna.

“Tugasan harian penting seperti memandikan bayi atau menukar lampin adalah peluang untuk saling bercinta dan belajar bersama. Inilah teras kempen Drypers Moms of Malaysia,” kata Pengarah Pemasaran SCA Hygiene Marketing Malaysia Sdn Bhd, Evelyn Chan.




Drypers ialah jenama di bawah SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd dan kini menjadi jenama lampin pakai buang pilihan ibu-ibu Malaysia sejak 15 tahun lalu. Oleh itu, bagi menghargai peningkatan jumlah pelanggan setianya, Drypers membuka kelab online Drypers Baby Club pada 2014 mempunyai bilangan komuniti ibu bapa hampir 100,000 keahlian seluruh negara. Kelab online tersebut juga satu-satunya komuniti  seumpamanya dan Drypers menjangkakan bilangan keahlian meningkat sekali ganda menjelang tahun hadapan.

“Sebagai peneraju jenama lampin pakai buang bersama kewujudan sebuah kelab yang mana kedua-duanya bercirikan sokongan dan pendidikan, kami merasakan kepentingan
untuk mengingatkan dan menggalakkan wanita supaya menghargai pengalaman keibuan mereka secara menyeluruh bagi apa sahaja detik kecil setiap hari, termasuk peristiwa besar dilalui sepanjang anak-anak membesar.

“Kami tidak hanya menyediakan produk bayi bertaraf dunia, kami juga secara aktif memberikan galakan kepada ibu bapa supaya saling bantu-membantu dalam memupuk hubungan ibu bapa-anak yang gembira dan sihat,” kata Evelyn.





Pelancaran juga menyaksikan penyokong Drypers Moms of Malaysia dan bakal ibu, Elaine Daly berada di atas pentas bersama selebriti ibu, Aishah Sinclair dan Dr Jezamine Lim Iskander untuk berbual mesra mengenai detik dan pengalaman berharga dilalui mereka sepanjang bergelar ibu.  


Bagaimana mendaftar untuk menjadi ahli kelab Drypers Baby Club?

Ibu bapa boleh menyertai Drypers Baby Club dengan membuat pendaftaran diri semasa acara kempen berlangsung atau secara online di laman www.drypers.com.my untuk menjadi sebahagian komuniti keibubapaan yang memberikan sokongan dan galakan kepada wanita dalam pelbagai peringkat keibuan.

Ahli-ahli akan berkongsi tip dan nasihat keibubapaan serta menerima e-mel yang dikemas kini secara kerap daripada Drypers mengenai perihal penjagaan anak. Ahli-ahli juga bakal menikmati program ganjaran Drypers Point Shop yang membolehkan mereka mengutip mata menerusi pembelian produk Drypers dan kemudian menebusnya dengan alat mainan menyeronokkan dan berbentuk pendidikan.



Seiring semangat kempen, 200 foto berserta judul yang merakamkan aksi ibu-ibu Malaysia berkongsi detik istimewa bersama bayi mereka turut dipaparkan di atas pintu gerbang masuk berbentuk hati.





Jadi, ibubapa yang belum lagi mendaftar sebagai ahli Drypers Baby Club cepat-cepatlah mendaftar keahlian hari ini sehingga 26 April 2015 dan jadilah sebahagian dari komuniti Drypers di samping menikmati program ganjaran yang berbaloi-baloi! Kalau korang datang ke Sunway Pyramid, korang boleh datang terus ke Blue Concourse dimana kaunter pendaftaran juga disediakan di situ. 

Kalau nak daftar online pun boleh juga! ^^



Pendaftaran Drypers Baby Club di acara kempen semalam.




Lepas mendaftar, korang boleh terus shopping pampers Drypers kat sini. Kalau nak tahu, harga Drypers di sini lebih murah berbanding korang beli dekat pasaraya. Dan, Drypers turut memperkenalkan produk terbarunya, Drypers DryNights (plastik hitam) yang mampu menyerap lembapan sehngga 12 jam! Macam yang kat atas ni, harga Drypers DryNights 24 keping saiz XXL cuma berharga RM24.90 sepanjang tempoh kempen berlangsung. Kalau beli kat luar harganya adalah RM29.90 (lebih kurang) termasuk cas GST. 

Ada lagiiiiiii ...! Setiap pembelian melebih RM50 akan menerima hadiah istimewa dari Drypers iaitu bantal bayi yang comel! So, ibubapa yang dah kehabisan stok pampers di rumah boleh tarik suami korang ke Sunway Pyramid hari ini dan daftar keahlian Drypers serta borong pampers dengan harga yang cukup hebat! ^^

Terus terang, Drypers adalah jenama pampers yang aku telah gunakan untuk kakak dan adik sejak mereka kecil lagi. Sebab aku sukakan kualiti dan ketahanannya menyerap air terutama pada waktu malam. Tak perlu nak bangun pukul 2-3 pagi untuk salin pampers baru. Anak pun tidur nyenyak dan tidak terganggu. Dan tentunya sebab harga pampers Drypers ni berpatutan sangat nak dibandingkan dengan jenama lain hehe.  




Terima kasih Drypers atas jemputan dan penghargaan :)


Maklumat lanjut mengenai kempen Drypers Moms of Malaysia boleh diperoleh dilaman Facebook Drypers Malaysia :



Monday, February 16, 2015

Monday, February 16, 2015

Bilik Bayi Kemudahan Untuk Ibu & Anak Di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!

Pengalaman bershopping bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil memang agak melecehkan terutama sekali yang bawa baby. Tak banyak shopping mall yang menyediakan kemudahan untuk ibu dan bayi, sekali gus sedikit sebanyak menjejaskan  keseronokan bershopping di sana. 

Yang lecehnya, bila kita nak tukar pampers anak terpaksa pergi ke tandas awam biasa .. itu pun bukan semua tandas sediakan ruang khas untuk bayi. Sama juga halnya dengan menyusukan bayi, ibu-ibu terpaksa mencari ruang yang sesuai dan tersorok dari orang ramai untuk menyusukan bayinya. Memang tak selesa ... lenguh badan dan takda privacy!





Baru-baru ni aku dijemput oleh pihak pengurusan Sunway Pyramid untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan khas untuk ibu dan anak-anak kecil especially ibu yang masih breastfeed. Lokasi baby room ini terletak di Orange Zone, bersebelahan dengan kedai Bonita (rujuk gambar di atas).

Baby room ni korang kena masuk pintu yang ada tulis 'KELUAR', betul-betul bersebelahan dengan tandas wanita.

Apa yang ada kat dalam bilik bayi ni? Jom kita terjah masuk! :)




Sebelum tu meh aku kongsikan kemudahan-kemudahan yang terdapat dalam bilik bayi ni. Antara kemudahan yang disediakan :
  • bilik menyusu
  • tempat menukar lampin
  • kemudahan air panas untuk susu bayi
  • muzik dimainkan ketika ibu menyusukan 
  • kelengkapan tandas untuk bayi yang disediakan oleh Pigeon
  • sabun tangan
  • tisu

Reka bentuk bilik bayi dan ruang memang sangat selesa dan mesra pengguna. Untuk ibu menyusu, tak perlu bersusah payah mencari tempat atau ruang tersorok untuk menyusukan bayi anda. Di sini, anda boleh memyusukan bayi anda dengan selesa dan opkos with privacy! 

Lagi satu, bilik menyusu ni full air-conditioned ye, so ibu dan anak boleh menyusu dengan tenang dan selesa.






Bilik menyusu bayi ini boleh memuatkan 2 orang dalam satu-satu masa. Memang selesa untuk anda dan bayi anda.





Yang ni tempat menyalin lampin pakai buang bayi. Alasnya lembut berkusyen, kalau letak baby sini mesti dia takmo pergi mana-mana dah hehe. Ibu-ibu boleh salin pampers anak-anak dengan cepat dan selesa. Bukan itu saja, ibu-ibu boleh menggunakan losyen, minyak bayi dan hand sanitizer yang disediakan oleh Pigeon. 




See .. bilik bayi ni bukan sahaja mesra ibu tapi juga menggalakkan ibu melakukan massage ke atas bayi mereka. Siap ada step by step lagi, losyen dan minyak bayi juga disediakan .. so ibu-ibu jangan lupa gunakan untuk bayi anda k ^^





Di sini juga disediakan sinki dan kemudahan air panas untuk ibu membuat susu. Tak perlu susah payah nak bawak air panas dalam termos kerana segalanya disediakan untuk anda! Bawa susu tepung je hehe. Anda boleh gunakan sinki dan anak-anak nak basuh tangan tapi tak sampai, boleh gunakan drawer kat bawah sinki ni.





Aku pun teringin juga nak duduk dalam bilik menyusu ni tapi bukan tuk menyusukan Mira ye! haha. Jangan dik .. zaman adik menyusu badan dah lama berlalu. tapi memang selesa sungguh sofa dia! Siap ada soket eletrik lagi ... sesuaila kalau ibu-ibu nak mengepam susu :)

Selain bilik bayi, Sunway Pyramid Shopping Mall menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lain seperti :
  • Tandas mesra-ibu : ada sinki untuk kanak-kanak, dan sesetengah tandas wanita juga ada disediakan tepat menukar lampin bayi, kelengkapan tandas bayi dan parking untuk letak stroller baby. Juga disediakan kubikel untuk letak dan dudukkan bayi anda.
  • Stroller kanak-kanak : anda boleh dapatkannya di kaunter informasi/concierge di LG1.
  • Teksi kanak-kanak/ Kiddy Cab : Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan keatas. Kalau anak-anak penat berjalan boleh guna kiddy cab ni dan mereka boleh 'memandu' dalam shopping mall. Lokasi di tingkat LG2 & Red Zone.
  • Buggy rides (atas permintaan) di tingkat LG1 & Blue Atrium.
  • Playground : ruang bermain juga disediakan untuk keselesaan dan keseronokan anak-anak. Lokasi di tingkat LG2 (bertentangan dengan Cold Storage)




So, kalau korang nampak 'signboard' ni, jangan lupa singgah k ^^

Lokasi untuk bilik bayi boleh dikunjungi di beberapa tempat :
  • Tingkat GF (Red Zone; bersebelahan kedai Levi's)
  • Tingkat LG1 (Orange Zone; bersebelahan kedai Bonita)
  • Tingkat LG2 (Orange Zone; bersebelahan Takasima Platinum)




Terima kasih Sunway Pyramid kerana menjemput aku ke sini. Kalau aku ada bayi, sinilah tempat yang aku akan tuju untuk keselesaan dan privacy. Barulah selesa dan seronok dan bershopping bersama family kan :)

Untuk lebih info, korang boleh terjah :




Monday, December 01, 2014

Monday, December 01, 2014

Semuanya Ada Di Butik HappiKiddo!


Assalamualaikum!




Wahh! berita gumbira buat ibu-ibu dan bakal-bakal ibu yang sedang dalam perancanan nak shopping barangan bayi tu .... meh sini iolss nak war-warkan satu butik barangan bayi yang ada semuaaaaa yang korang cari! hehe.

Sabtu lepas, aku berpeluang singgah di butik HappiKiddo yang terletak di Aras 1, Citta Mall, Ara Damansara ni. 




HappiKiddo? Butik ape tu? Jual ape? Haaa ni la iolss nak stori mori ngan korang ni .... kita ni kan ibu-ibu kena pandai pilih kedai barangan bayi yang sesuai dan di HappiKiddo semuanya korang boleh dapatkan disini! 

Happikiddo ialah butik bayi yang menjual dari A-Z semua barang keperluan yang menarik dan inovatif untuk ibu-ibu, bayi dan kanak-kanak. Semua yang korang perlukan ada disini di bawa satu bumbung! HappiKiddo menawarkan lebih 50 jenama antarabangsa dengan lebih 10,000 produk dalam satu butik untuk memastikan ibubapa atau bakal-bakal ibu mendapat barangan yang terbaik pada harga yang terbaik hanya di HappiKiddo!

Untuk pengetahuan korang, cawangan butik HappiKiddo juga boleh turut berada di : 

1. Happikiddo Citta Mall 
Lot No. F23-F25, 1st Floor, Citta Mall, Ara Damansara, Petaling Jaya. 
Tel.: +603-7859 9330


2. Happikiddo Quill City Mall
Lot No. 2.26 - 2.31, 2nd Floor, Quill City Mall, 1018 Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Tel.: +603-2602 1596


3. Happikiddo Publika
Lot No. 9 Level UG 1, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.
Tel.: +603-6206 1830


4. Mum Over The Moon
Level G3-49, Publika Shopping Gallery.
Tel.: +603-6211 2258




Butik HappiKiddo ni memang tak susah nak mencarinya. Lokasi dekat dengan eskalator, kalau korang dari parking kereta naik eskalator ke Level 1 pusing kanan dah nampak butik HappiKiddo ni! hehe. Suasana dalam butik HappiKiddo ni sangat best dan tak serabut mata memandang. Susunan barang dia teratur walaupun ada sesetengah barangan yang diletakkan di atas lantai tapi tidak mengganggu pengunjung nak melihat barang atau melalui kawasan tu.




Nak masuk ke bahagian tengah butik, Mira dah bulat mata tengok susunan teddy-teddy kecik dalam rumah kayu yang comel ni hahaha. 




Ada fluffy skirt for girls la ..... wahh!




Beria-ia Mira pilih skirt biru ni .... tapi bila sarung habis terlondeh sana sini hahaha. Sayang ... makan nasi banyak sikit lain kali ye.




Di butik HappiKiddo ni juga ada disediakan contoh set bilik tidur untuk anak-anak anda. So dalam korang membeli belah, HappiKiddo memberikan inspirasi kepada ibu-ibu bagaimana untuk menghias bilik anak-anak kecil korang supaya nampak lebih hebat dan berwarna warni yang ceria! ^^




Variasi beg yang menarik! Ok Pak Jelan ...that bag is for mums and kids actually ye hahaha. Dah berkenan lettuuuu! :p




Kat sini pun ada patung hiasan mini yang sangat comel dan kiut! 




Hello horsies! :D




You know where you can find non toxic crayon? here in HappiKiddo! Selamat untuk kanak-kanak ... kakak siap buat demo lagi hehehe. 





Koleksi baju tidur untuk kanak-kanak dan bayi




Koleksi gaun dan baju 




Baju for mommies pun ada! Of course ada koleksi baju untuk ibu-ibu menyusu jugaaaa :)





Stroller for babies 




More strollers ..!




Bekas air minuman, beg comel untuk si kecil, mandian bayi ... they have it all!




Car seats for babies .... macam-macam pesen macam-macam jenama macam-macam rekabentuk yang menarik! 






Toys dan bekas makanan for babies .... semuanya disusun teratur dan kemas!




Wahhh! bestnyeeeee ..... syok tengok barang-barang dalam butik HappiKiddo ni! Nak cari barang pun senang, susunan barang yang teratur dan kemas, tak lupa juga pembantu yang sentiasa ada untuk membantu sekiranya pengunjung memerlukan bantuan. Paling best, banyak pilihannnnnnn ((gema))

Terasa cam nak pregnant balik je kan hahaha. 




Aku pun tak lupa belikan something tuk mereka berdua. Requested by kakak, dia nampak Scratch Board ni dan there you have it. 

Thank you HappiKiddo! ^^




So ibu-ibu yang mempunyai anak kecil atau bakal-bakal ibu yang sedang merancang nak membeli barangan keperluan bayi, boleh la datang singgah di butik HappiKiddo di mana-mana cawangan yang berdekatan dengan uolss. Alamat kat atas aku dah bagi tuuuu .... :D

Untuk maklumat lanjut, korang boleh serbu mereka di :

Web: www.happikiddo.com.my (currently work-in-progress)
Facebook: www.facebook.com/Happikiddo
Instagram: @thehappikiddo
Twitter: @happikiddo


Nak beli online pun boleh, korang boleh PM terus mereka di FB ok! ;) 


Ohsem! ^^


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.