Breaking

Showing posts with label Bangi Golf Resort. Show all posts
Showing posts with label Bangi Golf Resort. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Monday, May 25, 2015

Buffet Ramadhan 2015 : Restoran Bangi Golf Resort


Assalamualaikum!




Alhamdulillah .. tahun ni aku dapat jemputan food review sempena buffet Ramadhan dari restoran Bangi Golf Resort. Banyak yang dah berubah dalam masa setahun ni. Dan, tentunya aku tak melepaskan peluang ini untuk datang sekali lagi bersama family dan rakan-rakan blogger lain.

Bagi yang tak pernah lagi sampai ke sini, senang je nak cari lokasinya. Tak perlu guna Waze dah pasal kami memang dah hafal jalan ke sini sejak tahun lepas. Lagak macam pro gitu ye ...hahaha! Anyway, kalau dari KL, korang boleh masuk highway PLUS Utara-Selatan sampai jumpa Exit Kajang. Dari Exit Kajang, amik jalan ke Bandar Baru Bangi ... jalan terus ... masuk kiri ... masuk kanan ... jalan terus lagi sampai nampak papan tanda Bangi Golf Resort.

Kalau tak konfiden jugak takut sesat atau lambat sampai, guna Waze je la senang ... haha.




Restoran Bangi Golf Resort sudah tidak asing dalam menyajikan makanan yang sedap-sedap dan dari pelbagai jenis masakan popular, samada masakan Melayu, Barat mahupun sajian timur. Dengan lebih 200 jenis hidangan berbuka puasa yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini .... insyaAllah!

Harga yang ditawarkan? 


Dewasa :RM55
Kanak-kanak : RM27
Buffet Ramadhan BGR : 21 Jun - 15 Julai 2015 


Nak tahu apa yang best dan sedap di Bangi Golf Resort untuk Buffet Ramadhan 2015? Jom, kita 'cuci mata'!




Aneka kerabu


Masakan Barat



Sentuhan gastronomi dari restoran Bangi Golf Resort ini memang tak dapat di tempat lain. Antara dua, aku paling suka yang belah kiri tu. Tapi, dua-dua pun aku makan hari tu hehehehe. Sous Vide Eggs With Mushroom Espuma antara hidangan wajib untuk #BuffetRamadhan di sini. 

Kalau korang datang berbuka puasa di sini, wajib try tau!



Masakan Melayu



Kambing panggang antara hidangan paling laris di sini haha. Memang lembut dan berjus daging kambing panggang ni! Mira makan sampai menambah dua kali! Tergamam ibu sekejap ... haha. Rasukan kambing panggang sudah mengena pada Mira ...muahahaha.




Maafkan lighting gambar ni ... time ni lighting dalam bilik memang mood romantic sangat! haha. Tapi, kepuasan jelas terbayang kat wajah dua orang anak dara kecik aku! Tengok je la pipi kakak yang kembung tu ....muahaha. Adehh ... tak reti nak kontrol langsung! :p




Restoran Bangi Golf Resort turut memperkenalkan konsep ruang dapur terbuka, di mana para pengunjung dapat melihat sendiri chef-chef kita menyediakan makanan serta boleh terus berinteraksi dengan mereka. 

Dan bagi memenuhi selera para pengunjung yang mungkin inginkan sedikit hiburan ketika menjamu selera, mereka turut akan dihiburkan dengan alunan muzik melayu tradisional yang didendangkan oleh kugiran bermula dari jam 6.30pm sehingga 9.30pm.



persembahan kugiran untuk hiburan para tetamu



Dewan Kenanga


Apa yang menarik lagi di sini, bagi menampung kedatangan para pengunjung dan memastikan keselesaan ketika berbuka puasa, pihak Bangi Golf Resort telah membina satu lagi dewan makan khusus untuk mereka yang akan berbuka puasa di sini. Aku difahamkan Dewan Kenanga ini baru saja siap dibina dan boleh menampung  kira-kira 500 lagi pengunjung nanti. 

Selain dari dewan makan yang santai, kemudahan surau serta tandas yang bersih juga turut disediakan. Ruangan parkir boleh memuatkan kira-kira 800 buah kereta dalam satu-satu masa! So, korang tak perlu berebut parkir nanti ..insyaAllah cukup untuk semua ^^

So, kalau korang masih tercari-cari tempat nak berbuka puasa di luar aku cadangkan korang bawa family ke sini. Untuk tempahan, korang boleh hubungi :


No. Tel
+[60] 03 – 8925 3728


Alamat :

No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.

GPS Coordinates :

2.95716N, 101.76518E


Website/Facebook/Email :




bgb.bangigolf@gmail.com



Waktu operasi :

6.30 am - 9.30pm Daily


Tuesday, July 01, 2014

Tuesday, July 01, 2014

Pemenang Ramadhan Treat At BGR Giveaway!


Assalamualaikum!


Sebelum Anim umumkan siapakah pemenang-pemenang bertuah itu, Anim nak ucapkan jutaan terima kasih pada korang yang sudi join GA anjuran blog Nukilan Kenit & semestinya ditaja oleh Restoran Bangi Golf Resort. Alhamdulillah walaupun, GA INI hanya berlangsung selama 7 hari sahaja, tapi penyertaan amatlah menggalakkan.

Memang Anim tak buat promo sangat kat Insta dan Fanpage. Promo pun dua kali je, so yang mana 'terserempak' je la yang terpilih untuk join GA ni.




Cukup susah Anim nak pilih sapakah di kalangan 5 orang yang bertuah tu. Serious,Anim kalau boleh nak semua yang join GA ni jadi pemenangnya dan dapat 2 voucher makan bernilai RM50+ setiap seorang!

Tapi apakan daya dek non, ioulls ada 10 keping saja maaaa! So, sorang dapat 2 keping voucher confirm korang puas hati makan kat sana! Silap-silap tak sempat nak rasa semua macam Anim hari tu hehehe.

Mujurlah Anim ada voucher lagi ni, nanti boleh pulun mana yang patut hehe.

Macam yang Anim sharekan di FB, pemilihan pemenang dilakukan oleh Lan Lara a.k.a Pak Jelan sendiri. Anim ni lemah sikit bab pilih jawapan ni, kang sumer pun Anim kasi menang hehe. So, harapkan Pak Jelan je la yang boleh pilih jawapan yang sesuai dan cantik untuk memenangi hadiah ni. 

So, memang takda unsur-unsur berat sebelah atau ketidakadilan. Anim kasi Pak Jelan baca semua komen, pastu dia just pilih yang mana berkenan di hati!

Ok la panjang pulak Anim ni mengomel hehe. So, anda yang telah memenangi 2 voucher BGR Ramadhan, sila bersedia!


5 Pemenang x 2 voucher iftar di BGR Restaurant:



Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!! ^^. Pada yang tidak berjaya kali ini, jangan kecewa ye. InsyaAllah rezeki korang pun ada nanti.

Pada yang berjaya, sila periksa emel anda kerana Anim telah hantar 2 e-voucher kepada setiap pemenang. Korang hanya perlu print-out e-voucher ini dan tunjukkan pada staf BGR

Dan, satu lagi SEBELUM korang nak berbuka puasa di sana, sila telefon pihak BGR di 03 8925 3728 untuk membuat tempahan awal

Penting tu, jangan lupa call diaorg dulu tau!

Thanks again pada yang join, dan tahniah pada yang menang. InsyaAllah akan ada lagi GA di blog Nukilan Kenit selepas ini. Nantikan ya! ^^


Selamat berpuasa dan selamat beriftar di BGR! ^^



Sunday, June 29, 2014

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Treat At Bangi Golf Resort Restaurant Giveaway!!


Assalamualaikum!





Kali terakhir Anim buat contest di blog kesayangan Nukilan Kenit ini ialah pada bulan September 2013. Taklah lama sangat kan hehehe. Bukannya tak nak buat, malah kepingin sangat nak aktif bersegmen dan bergiveaway dengan semua rakan-rakan blogger, tapi komitmen terhadap benda lain sangatla tidak mengizinkan waktu tu.

Anim ingin berikan sesuatu yang istimewa buat pembaca dan rakan-rakan sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Dan, kali ini pihak Bangi Golf Resort telah bermurah hati ingin memberikan hadiah istimewa kepada pembaca blog Nukilan Kenit

Terima kasih BGR!! (^_^)

Ini juga salah satu cara Anim menghargai rakan-rakan dan pembaca yang tidak jemu berkunjung ke blog ini. Terima kasih atas sokongan dan kehadiran korang di blog Anim ni.

So, Anim nak buat GA seringkas dan semudah yang boleh. Harap korang boleh join dan support Anim ye! Oh ya, blogger atau bukan blogger juga dijemput untuk join tau. Asalkan ada emel, senang Anim nak hubungi korang.




Bismillahirrahmanirrahim


Caranya tersangat la mudah uolls!!


  • LIKE fanpage NUKILAN KENIT

  • Sila berikan jawapan untuk soalan ini, "Kenapa anda ingin menjamu selera di Restoran Bangi Golf Resort?". Jawapan hendaklah tidak melebihi 30 patah perkataan.

  • Tinggalkan jawapan anda di ruangan kotak komen di bawah entri ini beserta alamat emel. Jawapan yang tidak disertakan dengan emel tidak akan dikira sebagai jawapan lengkap, lantas tidak akan dilayan.


Tarikh tutup penyertaan



29hb Jun 2014 bersamaan 1 Ramadhan 1435H
(SEBELUM 12.00 TENGAHARI)



Anim mencari 5 pemenang bertuah yang boleh memberikan jawapan terbaik dan paling menyentuh hati hehe. Nak tahu, hadiah yang bakal korang menangi?



2 VOUCHER BERBUKA PUASA PERCUMA 
di Restoran Bangi Golf Resort untuk setiap pemenang!!


Voucher ini sah tempoh dari 2hb Julai sehingga 26hb Julai 2014. Jadi, korang boleh set time and date yang sesuai untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Restoran Bangi Golf Resort.

Terbaikkkk bukan! (^_^)


So, mudah je kan? Hanya berikan jawapan terbaik untuk soalan di atas dan sekiranya terpilih korang dah boleh berbuka puasa bersama pasangan korang di Restoran Bangi Golf Resort! Mana tahu rezeki korang kali ini (^_^)

Ohsem! (^_^)

Seorang dapat 2 voucher ok! Korang nak bawa pasangan ke, nak bagi pada ibu ayah sebagai token atau hadiah anniversary diaorg ke, atau korang nak hadiahkan voucher tu sebagai hadiah hari lahir pada sahabat atau kenalan pun boleh!

So, moh join sekarang dan berikan sebab mengapa korang ingin makan di Restoran Bangi Golf Resort. Tak tahu jawapannya? Boleh rujuk entri INI dan insyaAllah korang akan tahu jawapannya hehe.


Selamat Mencuba!

(^_^)

Monday, June 09, 2014

Monday, June 09, 2014

BUFFET RAMADHAN DI BANGI GOLF RESORT


Assalamualaikum!

Sabtu lepas, Anim bersama keluarga dan akan blogger lain telah berkesempatan membuat food review sambil menikmati kelazatan dan keaslian juadah berbuka puasa di Restoran Bangi Golf Resort bertempat di Bandar Baru Bangi, Selangor. 

Senang je nak cari Bangi Golf Resort ni. Kalau dari arah KL terus amik jalan ke Lebuhraya PLUS menuju ke Selatan, masuk kat Exit Kajang pastu korang dah boleh jumpa papan tanda ke Bangi Golf Resort. 

Paling nak senang hidup, gunakan aje Waze tu hehehe.




Harga yang ditawarkan? Cuma RM50 untuk orang dewasa & RM25 untuk kanak-kanak. Menarik bukan! Dan bukan itu saja, hidangan buffet ramadhan di sini juga menawarkan pelbagai jenis makanan popular tempatan, barat dan Cina.

Dengan lebih 200 jenis hidangan yang menarik dan semestinya lazat, para pengunjung pastinya akan merasa puas menikmati sajian hebat dan asli dari Restoran Bangi Golf Resort ini.

Antara hidangan istimewa yang bakal dihidangkan kepada pengunjung sempena Buffet Ramadhan :









Turut tidak ketinggalan kuih muih tradisional Melayu dan kek serta manisan yang pasti membangkitkan selera.




Antara signature dish di Restoran Bangi Golf Resort ini, menyediakan kambing panggang yang memang menjadi daya tarikan utama pengunjung ke sini. 

Daging kambing lembut dilimpahi dengan black pepper sauce yang hebat! Even, anak Anim yang sulung pun cakap kambing panggang di sini sedap! Dan, yang pelik lagi ini merupakan kali pertama dia merasai daging kambing!

Marveles!!




Antara makanan yang menarik perhatian ramai orang malam tu, ialah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma! Demi menjaga keaslian dan aromanya, ia hanya disediakan sendiri oleh chef.

Jangan risau, memang senang je tengok chef ni buat. Anim berpeluang merasai kedua-dua hidangan pembuka selera ala Western ini dan tidak ragu lagi ianya sedap! (^_^)

Untuk makluman semua, Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma ini merupakan satu-satunya hidangan di Malaysia dan hanya terdapat di Restoran Bangi Golf Resort! 

So, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!




Satu lagi daya penarik yang terdapat di Restoran Bangi Golf Resort ini ialah, pengunjung dapat menyaksikan sendiri para chef kita menunjukkan kemahiran masing-masing memasak dan menyediakan makanan.

Pastinya, ini dapat menjamin kesegaran dan aroma makanan itu sendiri. 

Oh ya, jangan tak tahu Bangi Golf Resort juga menerima tempahan perkahwinan, makan malam, seminar dan majlis keraian juga.




Selain variasi makanan yang menarik hati,  Restoran Bangi Golf Resort juga sangat menekankan keselesaan pengunjungnya. Ruang solat yang selesa, tandas yang bersih dan dewan makan yang santai serta menceriakan suasana pasti menambah keriangan menyambut Ramadhan nanti.

Lagi satu, anda tak perlu risau dengan masalah parkir, kerana Restoran Bangi Golf Resort telah menyediakan lebih 500 ruang parkir menjelang Ramadhan nanti.

Marveles!!



Alhamdulillah, Anim dan keluarga serta rakan-rakan sangat berpuas hati dengan makanan yang ada di sini. InsyaAllah tentunya kami akan kembali ke sini Ramadhan nanti.

So, jika anda masih tercari-cari tempat berbuka puasa yang sesuai untuk anda seisi keluarga, maka jangan ragu lagi jangan mencari lagi. Semuanya ada sini di Bangi Golf Resort! 


Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:


Luliy Shalwani 
( 016 267 8284 ) 

atau 

Siti Zawiah 
( 017 316 9316 )

atau

+[60] 03 – 8925 3728


Alamat :

No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.

GPS Coordinates :

2.95716N, 101.76518E


Website/Facebook/Email :




bgb.bangigolf@gmail.com



Waktu operasi :

6.30 am - 9.30pm Daily




Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.