Breaking

Showing posts with label Barang Bundle. Show all posts
Showing posts with label Barang Bundle. Show all posts

Tuesday, January 07, 2025

Tuesday, January 07, 2025

Destinasi 1.1.2025

 

Ni semua penangan tiktok la! Ada satu video fyp pasal JBR Bundle yang baru dibuka di Shah Alam pada 28 Disember lepas. Biasala kalau barang bundle ni, satu family memang suka layan. JBR Bundle Shah Alam yang baru ni terletak dekat dengan Petronas Batu 3. Waze je nanti jumpelah.


Kebetulan hari tu adalah cuti Public Holiday tahun baru, jadi semuaaaaa orang nak keluar pergi jalan-jalan. Salah satu destinasinya adalah disini. Mujurlah tempat baru ni parking space dia besar giler dan masih PERCUMA! hehe. Aku tak pastilah dimasa akan datang kena bayar ke tidak. Harap tidak lah ye.




Memang terkesima tengok ruang dalam JBR Bundle ni. Setakat ini, kedai bundle yang terbesar pernah aku masuk adalah JBR Bundle yang baru ni lah. Memang besar gedabak! Siap boleh muat sebiji kereta lagi!


Ada dua tingkat. Tingkat atas untuk pakaian dan aksesori lelaki. Tingkat bawah untuk pakaian dan aksesori wanita, kanak-kanak, segala jenis beg tangan, kasut dan banyak lagi barang yang telah buat aku rambang mata hehe.









Takda istilah 'cuci mata' kalau masuk kedai bundle ni. 'Cuci' poket ade la hehe. Tengok jelah sambutan orang ramai untuk hari pertama tahun 2025. Tapi walaupun ramai orang, masih ada ruang untuk berjalan dan pilih barang. Yang bawak anak pun ramai tapi takde lagilah kejadian anak hilang kat situ hehe.


Satu benda yang aku palinggggggg suka pasal JBR Bundle yang baru ni. Dia sediakan surau dan tandas ye! Maksudnya, kau boleh duduk lama dalam tu pilih barang dan shopping baju lepas tu boleh pergi solat. Tak payah susah payah bajet masa nak balik pukul berapa. Nak ke tandas tak perlu keluar dari kedai. 


Inilah kelebihan orang kita bila berniaga. Kalau fikirkan tentang kemudahan asas macam tandas dan surau macam ni pon dah boleh jadi poin untuk menarik minat ramai orang untuk datang. Sebelum ni, aku tak berapa suka masuk kedai bundle sebab cik suami dan anak-anak kalau milih barang mesti lama. Pastu kejar masa nak solat la. Kadang-kadang rasa nak terkucil hehe. Pendek kata, selesa la kat sini.




Dah gi tandas dan dah solat. Jom sambung 'menyelam' hehe.



















Dari start kami sampai sehingga nak balik dah, masih ramai lagi pengunjung yang keluar masuk. Memang padu sambutan! Eh ni bukan review berbayar ye. Aku habis seratus lebih kena pau ngan anak-anak haha. Tapi aku pon ada beli barang aku jugakla. Yang pasti bukan baju-bajan hehe. Aku suka tengok pinggan mangkuk dan barang dapur dia. 

So all the best to JBR Bundle Shah Alam! Jom support lokal!


Tuesday, July 02, 2024

Tuesday, July 02, 2024

Masuk Bundle Di 2nd Street

 

Biar masa berubah namun taste diaorang kekal dengan keindahan dunia bundle. Butik 2nd Street ni kitaorang dah pernah pergi di cawangan Bandar Utama. Lepas tu kitaorang pergi kat cawangan Newtown PJ yang baru dibuka.


Tapi kalini anak-anak rekomen pergi butik 2nd Street di AU2 Keramat. Butik bundle di tingkat 1 dalam mall Aeon ye, so senang la nak cari parking dan selesa untuk bawak anak-anak jalan dalam mall. Agak besar jugak ruang dalam butik ni ye. Rasanya ini butik kedua terbesar lepas di Bandar Utama. Di Newtown PJ tak besar tapi ada 2 tingkat.









Orang perempuan jangan risau, sini banyak pilihan baju, seluar, skirt, beg, kasut dan jaket. Barang untuk orang lelaki pun ada, untuk kanak-kanak pun ada. Tempat besar, selesa, berekon dan cermin dimana-mana hehe. Tak perlu berlaga bahu walaupun penuh orang dalam kedai.










Masuk je bundle, tiga beranak tu hilang tanpa dikesan! Tahu2 je kat tangan masing-masing dah ada baju, beg untuk dimasukkan dalam bakul haha. Takpela nak, ayah yang bayar hahahahaha!

Ayahnya pun rembat sepasang kasut walaupun dirumah dah berlambak kasut. Pasni jangan tanya kenapa orang pempuan beli tudung banyak walaupun kepala ada satu je.

Aku pun amik sehelai jaket blazer, itu pun ayahnya yang tolong pilihkan haha. Selebihnya aku hanya meronda kawasan dan tengok2 apa yang anak-anak tu pilih. Lepas tu nampak cermin ...selfie haha!






Hampir sejam dalam butik bundle, moh le kita pergi makan  perut pun lapar. Kat dalam aeon mall ni makanan dia tak pernah mengecewakan. Sedap dan harga masih ok lagi la. 

Thursday, June 06, 2024

Thursday, June 06, 2024

Layan Kasut Bundle Depan McDonald

 

Tiga beranak ni punya minat yang sama ... bundle! Suatu malam lepas makan di kedai, ayahnya ajak gi tengok orang jual kasut bundle. Apa lagi, melompat dua-dua anak dara ni! Dah lama sangat memendam rasa nak kasut bundle jalan-jalan. Aku dah belanja baju, sekarang giliran ayahnya belanja pulak hehe.


Dari kecik selalu bawak diaorang masuk kedai bundle, ini lah jadinya. Sekarang ayahnya dah ada geng bundle. Kasut tu pulak bukan calang-calang bundle. Original bundle Converse.





Sorang sepasang Converse. Inilah kasut jalan-jalan nak ke PBAKL nanti haha. Aku punya pun bundle tapi harga murah dari diaorang punya haha. Kasut lama tapaknya dah bocor, bila jalan dalam hujan atau laluan berlecak, terasa air masuk sampai basah stokin.





Saturday, December 24, 2022

Saturday, December 24, 2022

Jiwa Bundle

 

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Begitulah kalau dah diajar dari kecik suka pada bundle, sampai ke remaja masuk bundle je la. Di zaman yang serba mencabar kewangan ni, kami jarang masuk kedai baju baru tapi selalu masuk bundle


Ayahnya kata ada satu kedai baju bundle kat Bandar Utama, boleh la kalau kita nak pergi tengok-tengok baju kot ada yang berkenan di hati. Yang diaorang ni apa lagi, melompat la bila ayahnya ajak gi bundle😂


Kedai bundle 2nd Street Bundle Shop ni agak besar jugak, ruang dalam dia luas dan pelanggan boleh pilih baju dengan selesa tanpa perlu berlaga bahu atau badan. Ada tiga seksyen iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak. Aku tengok omputih pun ada yang datang beli baju di sini. Ada bangku untuk duduk kalau dah penat mencari baju.







Anak-anak pilih baju le apa lagi. Banyak juga pilihan kat sini, especially kalau yang suka warna terang. Selain baju, ada kasut, backpack, sling bag, beg tangan, beg tote, seluar jeans, seluar slack, tali pinggang dan aksesori.


Harga pun ok, masih boleh dapat baju dengan harga RM5 dari kedai yang deko dia urban macam ni memang berbaloi la. Tengok je la atas kaunter tu baju kakak dan adik je yang banyak. Aku punya 1 helai seluar hehe. Ada 7 helai semuanya. Baru RM35! 





Setel beli jiwa anak-anak. Kadang-kadang tu aku geram gak beli baju pastu bila nak pakai kalau dah hari-hari pergi sekolah. Katanya takpe simpan nanti nak keluar lagi boleh pakai baju tu. Ye la....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.