Breaking

Showing posts with label Bloggers Day Out. Show all posts
Showing posts with label Bloggers Day Out. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Tuesday, August 25, 2015

Blogger's Day Out @ Zoo Negara!


Assalamualaikum!




Pagi Ahad yang cerah dan meriah dengan kehadiran rakan-rakan blogger #KelabBloggerBenAshaari bersama keluarga masing-masing, bersedia untuk menyerbu 'rumah terbuka' panda gergasi di Zoo Negara! Kalau pada Blogger's Day Out siri pertama yang lalu, aku tak dapat hadir tapi kali ni alhamdulillah rezeki anak-anak kami dapat bersama-sama berkumpul di sini untuk meraikan hari lahir Xing Xing! hehehe ....



Selain nak tengok panda bersama rakan-rakan lain, aku memang berniat nak bawa kakak dan adik masuk zoo untuk kali kedua, sebab yang pertama tak habis pusing lagi masa tu, dan sebab keduanya kali ni, kakak dan adik akan dapat tengok panda dari dekat!

Lagipun, hari sebelumnya kakak tak dapat join ibu dan adik kat satu event, so harap-harap kakak happy dapat masuk Zoo Negara hari ni :)




Dah sampai kami terus daftar, dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kami kumpulan 'Hornbill', cer tengok muka kami ada macam Hornbill tak? #ehh  .... hahaha tak tak gurau je yek :D 

Bila masing-masing dah dapat kumpulan sendiri, sedikit taklimat ringkas diberikan oleh pihak pengurusan Zoo Negara, tentang aktiviti yang bakal berjalan sepanjang 'pengembaraan' kami di dalam zoo nanti.

Perghh ... tak sabar nak masuk zoo! Ibu pulak yang eksaited lebih macam budak darjah 2 nak gi lawatan hahahaha :p




First, kami masuk Butterfly Garden ....



Oh ya, hari tu kakak jadi jurufoto tidak rasmi ibu. Dialah yang banyak tolong tangkapkan gambar haiwan-haiwan dalam Butterfly Garden ni. Malah, 50% gambar dalam entri kakaklah yang tolong amikkan! 

Thank you sayang .... :)






Mira nampak rama-rama besar baru keluar dari kepompong


Dari kiri : ulat beluncas duduk dalam kepompong dan 
rama-rama yang baru keluar kepompong




Kemudian kami pi Akuarium Tunku Abdul Rahman




Masing-masing teruja tengok ikan besar-besar dalam akuarium tu huhu. Tapi, paling adik suka tengok ialah penguin ni. Menjerit dia bila tengok penguin tu berenang dalam air kemudian timbul naik ke permukaan hehehe. 

Next, jam sudah menunjukkan hampir pukul 11 pagi ... masa untuk Animal Show! Yeeehaaaa :D




Animal Show bermula tepat jam 11 pagi. Macam-macam keletah dan gelagat yang boleh dilihat ketika ini . Kakak dan adik pun kagum dan terhibur melihat aksi-aksi seperti burung (Ringgo & Coco), Burintong, Burung Flamingo dan burung kakak tua.




Dan, yang paling dinantikan oleh pengunjung adalah aksi dua ekor singa laut, Dombi & Dombu yang memang pandai mencuit hati dan menghiburkan!


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on




Ada juga pertunjukan ular! Beruntung adik tu turun ke bawah offer diri untuk jadi sukarelawan. Sekali kena peluk ngan ular! hehehehe




First time kakak dan adik naik tram! Dua beradik ni memang cepat penat kalau berjalan terlampau lama dan jauh. So, bila dapat naik tram kemain seronok la nak duduk depan sekali. Kakak Iman pun ada, kawan kakak dan adik hehe



Jalan kaki macam takda apa je Flamingo ni hehehe!




Masa untuk makannnnn! Turun dari tram, kami menuju ke Restoran Wild untuk menjamu selera makan tengahari. Sedapnyeeee KFC!




Sementara menjamu selera, wakil #kelabbloggerbenashaari, Farah Waheda memberikan ucapan sepatah dua kata dan penghargaan kepada semua yang hadir dan menjayakan program Blogger's Day Out pada hari tu.

Tak lupa juga ada lucky draw tau! Inilah 7 orang pemenang yang bertuah tu hehe ...



Tahniah kepada Farah, Rara, Bella, Yoorin, ST, Que Achmad dan Nadia Johari (suami wakilkan)! Nak tahu apa mereka menang. kena tanya sendiri ye hehehe

Selesai makan tengahari, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya iaitu, Muzium Lebah! buzzzzzzzzZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZzzzzzzzzzzzzzZZZZZZ ......





Mira khusyuk mengkaji lebah hehe




Ok .. ni cerita dia aku tengah berusaha nak gigit straw madu lebah asli ni. Suh kakak stenbai kamera nak suh amik gambar. Datang si Yanty, dia suh kakak tekan kamera tu dan terhasillah .... hahahaha!



sarang madu lebah kelulut. 
Rasa madu dia masam berbanding madu lebah asli yang lain.


Tak puas lagi berjalan! Kami teruskan pengembaraan dengan melalui Savannah Walk, Mix Animal, Malayan Elephants dan Ape Centre.



Badak Sumbu yang kemengantukan hehe


Unta fadang fasir pun takda malas macam kamu lah! hehehe




Ok, yang ni sebenarnya satu keluarga tau. Setiap seekor ada nama, yang aku ingat Raja dan Cumbi. Yang lain tak ingat hehehe. Bila kami datang dekat kat cermin tembok tu, tiga ekor beruk (Apes) ni pun elok beratur kat bawah tunjuk muka hehehe.




Akhirnya, yang ditunggu-tunggu dah pun tiba! Kami berjaya sampai ke Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC), dan dah tak sabar nak melihat sendiri kemontelan panda Xing Xing!




Sebelum masuk ada sedikit taklimat ringkas tentang keselamatan dan apa yang perlu dibuat ketika berada di dalam 'rumah' panda nanti. Semua pengunjung diminta tidak membuat bising atau menjerit kerana dibimbangi panda akan menyorokkan diri hehe.

Selain tu, mereka juga menerangkan serba sedikit info tentang panda. Apa makanan yang dia makan setiap hari, keperluan nutrisi yang diperlukan sehingga cara menyediakan makanan panda! Fuh ... untung ko panda! :D




Tepat jam 2.45pm dan Xing Xing keluar menunjukkan diri di khalayak ramai hehe. Memang comel laaaaa hai ... gemok gedempol badan dengan bulu lebatnye, rasa kalau duduk dekat ni memang wjaib aku peluk cium cium hehehehe


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on



Orang selfie muka senyum, adik muka nangis hehe. Dua puluh tahun lagi kalau dia tengok gambar ni balik tak tau la apa reaksi dia hehehe



Dapat jugak selfie ngan Xing Xing walaupun ramai orang masa ni!




Gebu sunggu dikau wahai Xing Xing! 
Muka sedih je nampak ... ye la, anak bini jauh tak duduk sekali hehehe. 
Bertabahlah Xing Xing .... :p




Alhamdulillah ... pengembaraan #kelabbloggerbenashaari di Zoo Negara sudah sampai ke penghujungnya. Walaupun cabaran cuaca yang agak panas tidak berangin dan kadangkala ada ibubapa yang berkejaran dengan anak masing-masing, tapi semuanya dapat dilalui dengan tenang hehehe.



Dalam perjalanan mencari pintu keluar, terjumpa ngan badak air yang sedang aktif makan daun. Terus kakak nak bergambar! hehe




Last but not least, kegembiraan berganda bila godek-godek isi dalam goodies bag. Macam-macam adaaaaaaa .... ! Terima kasih diucapkan kepada sponsor-sponsor kami :

Cosmoderm
Zoo Negara Online Ticket
Curves Ampang Avenue
Food Panda 
Wildlife


Dan, tak lupa diucapkan terima kasih kepada kawan-kawan KelabBloggerBenAshaari yang sama-sama menjayakan program Blogger's Day Out kali ini. Syukur alhamdulillah ....

So, kalau korang nak bawa keluarga melihat haiwan-haiwan terutamanya panda gergasi, bolehlah dapatkan maklumat tentang tiket dan promosi di  :

Instaggram : ZooNegaraOnlineTicket
Tel. : 03-51240109
Email : saujanajutaria@gmail.com

Waktu Operasi : 9.00AM hingga 5.00PM
Pertunjukan Haiwan : 11AM & 3PM



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.