Sunway Pyramid
Saturday, August 15, 2015
Hidangan Ala Itali & Promosi Hebat Sempena Merdeka Di Restoran Capricciosa!
Assalamualaikum!
Korang penggemar pizza dan pasta? Korang sukakan hidangan ala-ala Itali dengan harga promosi yang melampau hebat? Haa ... tak perlu pergi jauh sebab hari ni aku ingin kongsikan pengalaman menikmati hidangan lazat ala Itali di Restoran Capricciosa!
Food review kali ini aku tidak keseorangan tetapi ditemani oleh dua orang lagi rakan blogger yang cantik manis hehe. Restoran Capricciosa mempunyai tiga cawangan iaitu di Sunway Pyramid, Pavillion dan yang baru dibuka di Sunway Putra Mall. Yang kami pergi ni kat Sunway Pyramid.
Selain menu pasta dan pizza, mereka juga menyediakan hidangan lain yang pasti akan menambat selera korang! Nak tahu apa yang kami nikmati di sini? Jom kita serbuuuuu ...! ^^
Minuman sejuk | RM11.90 (harga 1 gelas)
RM22.90 (harga untuk 1 litter pitcher)
Dari kiri : Lychee Pop, Fruit Punch, Homemade Lemonade,Mango Lychee dan Tea Lychee
CALAMARI FRITTO | RM15.90
Kami mulakan dengan Calamari Fritto. Sotong Calamari yang digoreng rangup bersama sos bawang putih
Ultimate Surf & Turf | RM89.90
Aku suka hidangan ni sebab ia lengkap, semua ada dalam satu pinggan. Beef Grilled Striploin, Creamy Garlicky Salmon, Beef Meat Balls, Black Mussels, Rice Croquette, Capri Superstar Pasta dan Mixed Veggie.
Hidangan ini boleh kongsi 2-3 orang makan. Memang puas kalau order yang ni!
Bologanaise | RM 29.90
Antara hidangan signature dish menampilkan pasta homemade digabungkan bersama sos dan bebola daging yang lembut dan berjus.
Dari kiri : Meat Lover | RM31.90 , MARGHERITA | RM26.90 , CAPRICCIOSA | RM27.90
Tak lengkap menikmati hidangan kalau takda pizza kan! Restoran Capricciosa juga menyediakan hidangan pizza dengan pelbagai jenis perisa dan topping yang menghairahkan tekak korang! hehe. Harga set di atas ni adalah untuk famiy set, korang juga boleh order untuk personal.
Meat Lover bagi yang sukakan daging, ditambah pula dengan bebola daging bersama keju mozzarella dan sos yang memukau! Margherita mengandungi empat jenis keju dalam satu pizza dan Capricciosa menampilkan daging pepperoni bersama keju mozzarella dan cendawan serta bell peppers.
SEAFOOD AGLIO OLIO | RM 32.90
Dimasak bersama bawang putih dan minyak zaitun serta potongan cili. Boleh pilih samada nak letak hirisan ayam atau daging.
SEAFOOD POMODORO | RM32.90
Campuran makanan laut bersama sos tomato homemade
BEEF & REEF | RM53.90
Yang ni aku sukaaaa sangat! Australian beef yang digril dan udang disaluti sos bawang putih yang berkrim. Korang boleh pilih samada nak dihidang bersama campuran sayur atau salad dan potato wedges atau kentang putar.
CREAMY GARLICKY SALMON | RM36.90
Korang suka ikan Salmon? Nah, di sini juga mereka sediakan hidangan Salmon yang sedap dan memenuhi citarasa semua. Filet ikan salmon dengan sos bawang putih dihidang bersama sos tomoato dan keju. Dilengkapi dengan salad hijau dan juga potato wedges atau kentang putar.
BAKED LOBSTER | RM99.90
Antara hidangan yang wajib korang cuba, udang galah segar disajikan bersama campuran sayur dan pasta berkrim yang lazat! Memang aku dah rasa hidangan ni, dan ternyata aku sukakannya! Pasta dia ...superbb!
BRAISED LAMB SHANK | RM45.90
Diperap dalam jus rosemary kemudian dimasak dengan api perlahan, ia dihidang bersama kentang putar dan campuran sayur. Serius, daging kambing ini sangat lembut bila digigit!
GELATO | RM4.90
Aku turut berpeluang menikmati pemanis mulut GELATO yang sedap ni! Pilihan aiskrim vanilla atau coklat yang ditabur dengan biksut oreo.
MASCARPONE TIRAMISU | RM11.90
Kek span espresso berlapis dengan lapisan keju Mascarpone!
Fuh ... asyikkkkkk!^^
Syok bukan? Lagi syok kalau korang terjah Restoran Capricciosa sehingga Ahad ini sebab ada diskaun hebat menanti korang di sana! Sebagai penghargaan kepada pelangannya, Capricciosa menawarkan potongan diskaun 50% untuk SEMUA hidangan bermula 13 Ogos sehingga 16 Ogos 2015!
So, kalau korang order Baked Lobster katakan, harganya akan jadi separuh dari harga asal. Berapa? korang tekan kalkulator sendiri hehe. Berbaloi tak?? Berbaloiiiiiiiiiiiiiii ....!
Tak lupa juga, sempena bulan kemerdekaan ini Restoran Capricciosa turut mengadakan promosi hebat dengan memperkenalkan Merdeka Platter!
Hidangan Merdeka Platter dengan pelbagai jenis makanan dalam satu pinggan besar ni hanya RM58! Promosi hebat ini berlangsung dari 1 Ogos sehingga 31 Ogos 2015. Korang boleh kongsi makan 2-3 orang, jimat dan berbaloi weh!
Amacam? Puas hati tak? Dua promosi gempak dan hebat sedang berlangsung sekarang, so korang tolong jangan lepaskan peluang nikmati makanan ala Itali di sini pada harga yang murah dan menjimatkan!
Tapi ingat, diskaun 50% untuk SEMUA hidangan tu hanya berlangsung selama empat hari sahaja sehingga Ahad ini je tau. Rugi kalau tak rebut wooooo!
So, jom ramai-ramai kita serbu Restoran Capricciosa di tiga cawangannya, SUNWAY PYRAMID, PAVILLION & SUNWAY PUTRA MALL hari ini dan rasakan hidangan lazat ala Itali pada harga hebat dan menjimatkan!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh terjah :
Facebook : CapricciosaMalaysia
Laman web : www.capricciosa.com.my/
Semplicemente deliziosa!