Breaking

Showing posts with label Carboot Sale Wangsa Walk. Show all posts
Showing posts with label Carboot Sale Wangsa Walk. Show all posts

Thursday, September 12, 2019

Thursday, September 12, 2019

Kenangan itu kembali selepas dua tahun ...


Assalamualaikum! Hari ini FB bawa keluar gambar dua tahun lepas. Dua tahun lepas, setiap kali tiba hari Sabtu & Ahad kami sekeluarga akan 'berkampung' di tapak-tapak CBS. 

Walaupun pada ketika itu, banyak dugaan, ujian dan cabaran yang kami kena tempuhi namun dalam pada yang sama banyak juga kenangan indah dan manis yang buat kami kuat dan boleh survive dalam dunia CBS bertahun-tahun.



Friday, October 20, 2017

Friday, October 20, 2017

Macam mana nak start carbootsale ni ye?


Assalamualaikum!


Kami start carbootsale masa Pak Jelan ikut kawannya berniaga di Kota Damansara. Lepas tu, sikit-sikit kami tambah dengan barangan kami sendiri sehinggalah sekarang ni. Kami takda rujukan online waktu tu, apatah lagi nak bertanya kawan-kawan sebab takda yang involve secara tetap dalam dunia carboot ni.

Masa tu tempat yang kami tahu ialah CBS Kota Damansara, walaupun jauh dari rumah tapi disitulah kami bermula dan masih kekal sehingga ke hari ini. Sebenarnya, tak susah pun nak mulakan bisnes carbootsale ni tapi since ada yang bertanya, maka hari ini aku akan kongsikan serba sedikit guide tentang bagaimana nak start carbootsale.


Thursday, September 28, 2017

Thursday, September 28, 2017

5 Sebab kenapa carbootsale (cbs) ni best!


Assalamualaikum!


Benar kata orang, kalau kita dah suka dengan satu-satu benda tu kita akan jadi ketagih! Kalau tak buat atau tak dapat, mula la 'menggelupur' atau tak senang hati, setuju? Walaupun hasilnya belum dapat ditentukan tapi kerana minat yang mendalam, macam mana susah pun kita mesti akan buat jugak!

Begitulah jugak dengan aktiviti carboot ni. Sejak berkecimpung membantu Pak Jelan dalam aktiviti carbootsale ni, kami jadi makin bersemangat setiap minggu. Kalau dulu, hari Sabtu & Ahad hanya duduk dirumah, tapi sekarang dah dipenuhi dengan aktiviti jualan cbs.

Wednesday, September 20, 2017

Wednesday, September 20, 2017

Ferris Wheel @ Wangsa Walk Mall


Assalamualaikum!


Macam-macam cara la mak tu nak bagi anak-anak dia happy kan. Kalau boleh hari-hari nak bagi something yang anak tu suka supaya dia senyummmm sokmo! Ibu hargai sangat sangat bila kakak dan adik bersama-sama ibu dan ayah cari rezeki walaupun di hujung minggu. Jumpa kawan-kawan hanya di sekolah pagi dan sekolah agama. Tiba hujung minggu pun terpaksa ikut ibu ayah ke sana sini 😔.

Hari tu masuk sini, Mira dah aim nak naik benda ni. Tapi masa tu orang ramai, so kita postpone pada minggu lepas. Time ni orang dok sibuk beratur kat Baskin Robin untuk aiskrim percuma (beratur panjang kat belakang tu), so takda orang la kat Ferris Wheel ni hehe.



Kakak tak nak naik pada mulanya, tapi aku cakap naikla temankan adik. Dia nak aku naik sekali, hishhh ... jangan kak, kang ibu naik takmo turun terus haha. Ibu bukan tak suka naik benda alah ni tapi biarlah kakak dan adik je yang naik. Ibu dah puas merasa semua ni masa muda-muda dulu. Sekarang ni, nak bagi kakak dan adik reward sebab sudi temankan ibu ayah ke hulu ke hilir cari rezeki.


permata jantung buah hati ibu

Yang beria nak naik pun Mira je. Kakak ni pemalu banyak. Suruh dia naik ngan adik pun dia takmo, nak ibu juga naik sekali. Tapi paksa juga dia naik sama-sama hahaha ... bukan ngan orang lain pun ngan adik sendiri. Ferris Wheel ni jenis indoor so senangla ibu nak perhati kakak dan adik dari bawah. Bayaran pun kira ok la RM5 seorang. 

Walaupun masing-masing dah besar panjang, nak teruja terkinja-kinja macam dulu tu takde la. Tapi kita tahu la diaorang suka dan happy dapat naik. Tersenyum-senyum melambai-lambai je la dari dalam tu kat ibu hehe. 




So, kalau korang datang ke Wangsa Walk Mall bawa la anak-anak naik Ferris Wheel ni. Tak tinggi mana pun dan selamat insyaAllah.


Tuesday, September 19, 2017

Tuesday, September 19, 2017

CBS Wangsa Walk | Selamat Hari Malaysia!



Assalamualaikum!


Selamat Hari Malaysia! Minggu lepas korang gi jenjalan mana? Kitaorang kat mana lagi, kalau bukan di Wangsa Walk hehe. Orang KL ni memang best la, hujung minggu tak pernah nak 'lekat' di rumah haha! Tapi, baguslah tu kan jenjalan sambil shopping gituuu.

Alhamdulillah cuaca minggu lepas terrsangat lah baik! Start kitaorang buka kedai sampai la ke malam, cerah elok langit dan pengunjung pun ramai menyinggah. 



Wednesday, September 13, 2017

Wednesday, September 13, 2017

CBS WANGSA WALK | Pengalaman join carbootsale


Assalamualaikum!

Tarikh keramat tanggal 9hb September, bermulalah episod carboot kami di sini. Wahhh kerrrramat la sangat ye haha! Walaupun kami tinggal di KL tapi ni la first time kami join aktiviti carbootsale di Wangsa Walk ni. Dekat jugakla dengan rumah kami, kalau tahu jalan dalam cepat je sampainye.

Aku try cari info kat google, kot-kot ada yang sudi berkongsi pengalaman meniaga carboot di sini tapi tak banyak yang ada. Pastu tu try cari kat facebook, kot-kot admin dia ada update aktiviti carboot setiap minggu tapi tak seaktif yang KD punya huhu. So, mujur kawan Pak Jelan ajak datang sini dan cuba untuk tengok sambutan. Fuh ... neves kita wakkkk!



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.