Wanita
Tuesday, June 16, 2015
Tips Elakkan Bau Tidak Menyenangkan Melekat Pada Tudung!
Assalamualaikum!
Sebagai seorang yang bekerja di bandar, aku tidak terlepas dari ancaman pencemaran yang berlaku di sekeliling. Tambah bila kita pergi keje naik pengangkutan awam macam bas kemudian berjalan kaki ke pejabat, memang macam-macam bau boleh melekat kat tudung kita kan....
Tudung bukan sahaja bertindak sebagai penutup aurat bagi kaum wanita muslimah, tapi ia juga sebagai pelindung kepada rambut dan kepala kita dari pencemaran kimia dan bau-bau yang tidak menyenangkan di luar sana! Tapi, bagaimana dengan tudung kita? Sudah pasti seharian berada di luar, macam-macam bau ada kat tudung kan. Bila masuk pejabat, duduk dalam suasana yang berpenghawa dingin ... lagi hebat bau yang keluar! hehe. Pastu sapa malu .... kita sendiri jugak yang malu sebab tudung berbau!
Sama la juga kesnya dengan aku. Waktu makan tengahari adalah waktu yang paling aku suka sebab masa ni lah aku akan betul-betul fokus menghadap makanan kegemaranku hehe. Tempat yang best untuk makan ialah kat bawah bukit tu, dalam kawasan berbumbung.
Nak berjalan dari pejabat ke bawah bukit tu dah rasa macam berjogging 2km! Tu baru turun bawah, belum naik nak balik nanti hehe. Peluh pun peluh la ... janji dapat makan sedap!
Dan, biasala kalau makan dalam tempat berbumbung ni udaranya tak berapa nak segar berbanding di luar. Bau makanan yang dimasak bercampur dengan asap rokok memang menyakitkan hidung. Yang pastinya, bau-bau yang tidak enak ini melekat di tudung kita! T__T
Balik rumah, tanggalkan tudung dan cium bau ....adehhhh .... mau pengsan la! haha. Macam-macam bau melekat ni! Baru hari pertama pakai ...bau hapak habis! Dari bau asap rokok, makanan, pencemaran ... peluh lagi! Memang kena baling masuk dalam mesin basuh dulu ..pastu rendamkan dengan pelembut fabrik Comfort Ultra Blossom Fresh menyah bau-bau yang tidak menyenangkan. Barulah tenang rasa hati ni .. :)
Kenapa Comfort Ultra? sebab ia melembut dan menyegarkan fabrik dengan haruman yang memukau! Aku memang sukakan baunya yang lembut dan wangi ... kalau buka penutup botol tu, kena ambil bau dulu baru tuang dalam mesin hahaha.
Cara nak gunakannya pun mudah, hanya tuangkan separuh atau ikut sukatan yang terdapat dalam penutup botol tu. Selepas dibasuh, tudung tadi direndam bersama Comfort Ultra selama 5 minit, kemudian dah boleh diangkat, diperah dan dijemur. Ohsem kan! Comfort memberikan memberikan kesegaran dan keharuman berpanjangan sehingga 14 hari dengan hanya separuh penutup botol!
Yang paling aku suka pasal Comfort Ultra ni, ia mempunyai teknologi NCAP yang melindungi fabrik daripada bau-bau yang tidak menyenangkan di samping memberikan kesegaran dan haruman berpanjangan selama 14 hari! Wowww .... berbaloi sangat ni! ^^
Sekarang aku tak perlu sedih dengan tudung berbau, dan tak perlu risau kalau nak keluar makan lagi, sebab Comfort Ultra melindungi daripada bau yang tidak menyenangkan: bau makanan, pencemaran, asap rokok, peluh dan bau hapak. Tudung jadi lembut dan wangi, dan aku jadi lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. #segaryakin
Baru-baru ini, Comfort
dan Ariani mengumumkan kerjasama mereka untuk memberikan pengalaman lebih indah
buat para pelanggan masing-masing. Semua tudung-tudung Ariani kini disegarkan
dengan keharuman berpanjangan oleh Comfort. Jangan tak tau uolss…
Bagi menghargai pelanggannya, Comfort Ultra ingin memberikan lebih lagi untuk korang!
- Pelanggan-pelanggan Ariani akan menerima baucar diskaun bernilai RM20 dari mana-mana gedung Ariani bagi setiap resit pembelian rangkaian Comfort, bermula daripada 1 April sehingga 31 Julai 2015.
- Semua gedung Ariani akan mengedarkan sampul pek Comfort Ultra percuma kepada pelanggan-pelanggannya bermula dari 24 April sehingga 30 Jun 2015.
- Orang awam juga berpeluang menikmati diskaun bernilai RM5 bermula dari 1 April sehingga 31 Julai 2015 apabila mereka membeli Comfort Ultra secara talian melalui laman web, eshop.tesco.com.my.
Tudungku Memikat Bau
Jeng jeng jeng! Comfort dan Ariani mempersembahkan Bella Dally dan Shazreen Fazlynda dalam… TUDUNGKU MEMIKAT BAU! Apa ceritanya ni? Klik, tonton dan share! Lepas tu, pastikan anda dapatkan diskaun untuk COMFORT dan ARIANI di tesco.com.my/eshop/comfort2015 ;)
Posted by Comfort Zone Malaysia on 23hb April 2015
So jangan lupa dapatkan Comfort Ultra hari ni di pasaraya berdekatan serta rebut promosi diatas selagi ada masa! ^^