Breaking

Showing posts with label Delifrance. Show all posts
Showing posts with label Delifrance. Show all posts

Thursday, March 05, 2015

Thursday, March 05, 2015

Pemenang Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit


Assalamualaikum!





Minggu lepas telah berlangsungnya Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit. Alhamdulillah, walaupun tempoh GAnya pendek aje, tapi syukur dan terima kasih aku ucapkan pada yang sudi support dan join. So, takmo buang masa .. jom kita chekidaut nama-nama pemenangnya! Yeahhh .....!

Oh sebelum aku umum pemenangnya, aku nak umumkan jawapan TEPAT bagi 3 soalan yang dikemukakan. Senang giler punyer soalan ... tengok gambar dah tahu jawapannya kannnn!

Jawapan 3 menu Delifrance :

1. Meatball Pasta
2. Chicken Crois-Bread
3. Provencal Lamb Shoulder


Yeaaaaa! ada sapa-sapa jawab betul seperti diatas? Meh kiter tengok sapa yang kenaaaaaaaaaa! ^^


Pemenang 5 keping Voucher Delifrance:
  1. irra yyan
  2. Miss Moon
  3. Diana Rashid
  4. NA
  5. Cikna
  6. IbuNoey
  7. vANniLLa cHoCoLaTe

Tahniah dan tahniah kepada semua pemenang! Actually, jawapan cik 
vANniLLa cHoCoLaTe sedikit 'tersasar' tapi still aku nak hadiahkan voucher Delifrance sebagai tanda penghargaan dan support beliau terhadap GA aku kali ni. 

Kepada semua pemenang di atas, sila pmkan butiran peribadi berikut secepat yang mungkin di fb. Korang boleh pm kat fanpage Nukilan Kenit (lihat kat sidebar) atau kat personal fb aku (HanimHashim). Yang mana satu pun boleh, nanti aku akan sentiasa check dari masa ke semasa.

Aku harap korang dapat berikan butiran peribadi secepat mungkin supaya aku boleh pos serentak kesemua voucher tersebut. 

Pemenang Simple Delifrance Giveaway

Nama :
Alamat :
No. tel : 

Again terima kasih sumer pada yang sudi support dan join. Terima kasih Delifrance and love you all! ^^



   

Tuesday, March 03, 2015

Tuesday, March 03, 2015

Simple Delifrance Giveaway - Nukilan Kenit


Assalamualaikum!



*Skrol bawah untuk baca entri baru*


Yeaaaa! Akhirnya sampai juga mood nak buat giveaway sulung tuk tahun 2015 ni! haha. Dah nak habis bulan Februari baru la terhegeh-hegeh nak buat 1st giveaway ye Nim ... ish ish ish. Eh takpe .. better late than never kannnn ngeeee :D

Anyway, giveaway aku kali ni ditaja oleh Delifrance Malaysia dan macam orangnya jugak .. giveaway aku simple bangetttt! hehe. Hari tu kan aku ada buat kongsikan menu terbaru yang gempak habis di Sedap & Terbaru Di Delifrance! So, hari ni aku nak kongsikan pula peluang keemasan korang memenangi hadiah dari Delifrance. 





Syaratnya? sapsapsoi je maaaa!


Ready?? 


(1)



(2)



(3)




Haaaaa amacam? boleh jawab tak? hehe. Sapsapsoi je ni! Kalau nak jawapan ekspress aku boleh bagi! Korang rujuk di Sedap & Terbaru Di Delifrance! kat situ ada gambar siap ngan jawapannya sekali! Konfirm korang lulus 3 soalan ni hehe.

Tapi ingat! NAMA MENU MESTI BETUL DAN TEPAT!

Dah konfirm jawapannya, korang bolehlah tinggalkan jawapan di ruangan komen. Contohnya macam ni :

Jawapan 3 menu Delifrance :


1.
2.
3.

Dok soseh soseh pasal GA ni, terlupa pulak nak kabor pasal hadiahnya hehe. Aku menanti 8 orang pemenang bertuah, dan setiap seorang bakal memenangi 5 keping voucher Delifrance! Sekiranya terdapat lebih dari 8 orang pemenang, aku akan cabut guna Random.org ok! ^^

Sapa-sapa pun boleh join giveaway ni. Blogger atau tidak, korang adalah amat dialu-alukan. Tapi, kena alert la dengan pengumuman pemenang nanti, takut ada yang terlepas pandang huhu.



Tarikh Tutup GIVEAWAY : 3 MAC 2015


Jawapan tidak akan disiarkan sehingga tiba TARIKH TUTUP. Ini adalah untuk memastikan tiada sesiapa meniru dalam 'kelas'! haha. So, jawab bebetul yek! ^^ 



ALL THE BEST! ^^


UPDATE : Alamakkkk ... terrrpublish pulak jawapan dari kawan-kawan kiter hehe. Salahkan jari ni ye! Mintak ampunnnnn :D



Monday, February 09, 2015

Monday, February 09, 2015

Sedap & Terbaru Di Delifrance!


Assalamualaikum!




Masih terngiang-ngiang kesedapan dan kelembutan roti di Delifrance hehe. Memang sejak zaman sekolah menengah lagi aku memang suka beli roti dan pastri di Delifrance. Beza kelembutan rotinya dan banyak pilihan di situ membuatkan aku tak boleh lupakan sehingga ke hari ini! 

Dulu lepas habis sekolah, kalau masuk dalam mall, aku akan singgah kat Delifrance dan beli pastri dia. Alamakkk ... kantoi di situ sudah! haha. Anyway, lepas aku bekerja dan pindah ke Kuantan tak dapat la aku nak menyinggah kat sana lagi dah.

Dan, semalam akhirnya dapat juga aku ber'jejak kasih' kembali dengan Delifrance bersama rakan-rakan Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah menjemput kami untuk merasai menu terbaru Delifrance di Mid Valley, KL.


Meatball Sandwich
RM9.90

Kat Delifrance ni memang terdapat banyak pilihan yang boleh korang pilih untuk sarapan pagi. Antara yang sempat aku rasa semalam ialah Meatball Sandwich ni! Pergh ... kombinasi bebola daging dengan mushroom dan limpahan sos marinara dalam satu roti memang daebak (terbaik) la! Bebola daging dia lembut pulak tu! Lagi satu .. korang boleh pilih roti mana korang nak samada baguette, butter croissant, crois-bread atau ciabatta.


Tuna Sandwich

Bagi penggemar tuna sandwich, hidangan ini tidak akan mengecewakan korang. Ni kalau makan tuk sarapan pagi ni confirm boleh kenyang sampai tengahari tau! hehe.


Meatball Pasta
RM15.90

Aku tau ramai yang suka makan meatball pasta kan haha. Well, kat Delifrance meatball pasta dia memang wallah! Spaghetti disemarakkan dengan sos marinara dan bebola daging dalam satu hidangan ... memang aku cekau yang ni dulu semalam haha. InsyaAllah puas makan yop!


Grilled Chicken Leg with Mushroom Sauce
RM18.90

Yang ni pun menangkap kalbu! Hidangan ni sesuai makan samada untuk lunch atau dinner. Hidangan WAJIB cuba kalau korang datang ke Delifrance. Grilled chicken leg dihidang bersama mushroom sauce dan mashed potato dan salad. Tak nampak mashed potato pun? Tuuuu ... dia duk bawah ayam! hehe.


Provencal Lamb Shoulder
RM28.90

Next! ini pun hidangan WAJIB cuba kalau korang singgah Delifrance. Rugi woooo tak try hidangan Provencal Lamb Shoulder ni! Serius lembut daging kambing dia ... !Korang takyah susah payah nak kunyah beria hehe. Lamb shoulder ni dipanggang kemudian dihidangkan bersama provencal sauce bersama salad. Hidangan mantap lagi sihat .. sesuai untuk lunch dan dinner jugak! :)


Spicy Fish served with Rice
RM18.90

Kalau korang perut Melayu nak kena ada nasi jugak, jangan risau ... Delifrance pun ada sediakan hidangan Spicy Fish with Rice. Serius .. hidangan ni memang sedap dan sesuai makan ngan nasi. Sambal ikannya walaupun pedas tapi sedapppppp! Arghhh .... ikan dori ni pulak isinya lembut memang mantop pekena ngan nasi. So, korang takyah risau la yek. Kat Delifrance ni semua adaaaa! hehe.

So, apa menu terbari di Delifrance? Haaa inilah diaaaa ...! (tunjuk bawah)


Beef crois-bread

Inilah menu terbaru di Delifrance ... sure korang mesti suka nih! Apa yang aku diberitahu ini adalah menu hybrid yang menampilkan roti bijan panjang yang diapit dengan daging atau ayam. Fuh! memang puas aku makan ni semalam ... yang daging pun sedap yang ayam pun sedap!


Chicken crois-bread

Kalau korang singgah Delifrance, mesti cuba menu terbaru mereka ni tau! Memang puas makan ... rotinya lembut dan rasanya hebat!

Bagi yang tak pasti, Delifrance boleh dikunjungi di semua 11 cawangannya sekitar Lembah Klang iaitu di Mid Valley, Avenue K, Ampang Point, Great Eastern Mall, AEON Big Wangsa Maju, KL Festival Mall, Cheras Leisure Mall, Paradigm Mall, Tropicana City Mall, The Strand dan AEON Big Bukit Raja.

Kat Penang pulak korang boleh terjah di Penang Queensbay Mall. Di Johor, ada dua cawangan iaitu di AEON Big Tebrau City & JB City Square. Sementara di Perak, Delifrance boleh dikunjungi di cawangan barunya di AEON Taiping.






Best ke makan kat Delifrance ni? Jawabnye ... bestttt! Berbaloi-baloi dengan nilai wang korang. Harganya memang berpatutan dan rasanya memang mantop! Puas dan kenyang aku semalam sampai ke malam disebabkan makanan ni semua hehe. 


credit picture : Ben Ashaari
credit picture : Ben Ashaari
credit picture : Ben Ashaari






Sebelum balik, sempat lagi aku menapau pastri yang lazat ni! hehe. Takkan kita sorang je nak makan sedap-sedap kan ... haruslah ingat yang tersayang gituuuu. 




Untuk yang tersayang hehe. Puas betul diaorg makan semalam ... 6 pieces memang dah lebih dari cukup tuk kami berempat. Yang bestnya, kalau tak habis boleh masuk dalam microwave kasi panas balik dan boleh buat brekpes dah haha.

So, tunggu ape lagi ... terjah jangan tak terjah! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari :


atau



Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.