Breaking

Showing posts with label Disney. Show all posts
Showing posts with label Disney. Show all posts

Monday, August 03, 2015

Monday, August 03, 2015

Pengembaraan Penuh Aksi 'Miles From Tomorrowland' Oleh Disney Junior!


Assalamualaikum!




Pagi Sabtu yang indah, memang sesuai nak bawa anak-anak gi jenjalan di KLCC. So, bila aku dijemput untuk menyaksikan prebiu 'Miles from Tomorrowland' di Petrosains KLCC, memang aku teruja dan tak sabar nak bawa mereka sekali!

Plan asal memang kami sekeluarga nak pergi bersama, tapi last minit Pak Jelan diserang 'cherry berry' pulak! Pelik aku .. malam sebelum tu takda pulak dia makan nasi ke ape ke ...so, tinggal lah kami bertiga je pergi. Nak batalkan jemputan tak sampai hati pulak, sebab dah janji ngan anak-anak.




Kami sampai awal pagi tu, selesai mendaftar ada aktiviti yang tersedia menanti kanak-kanak sebelum tayangan dimulakan. Juga, ada hidangan jamuan ringan untuk ibubapa dan anak-anak! 



Buat topeng muka dulu. Mira tu tunggu kakak dia je tolong buatkan hehe



Khusyuknya kakak mewarna



Dah siap topeng, gi serbu meja makanan pulak hehe. Mira senyum lebar tengok ada donut atas meja muehehehe :D



Kakak tolong amikkan nugget untuk si adik. Bila ditanya kenapa kakak taknak pakai topi macam adik tu, katanya dia malu hehe. Dah besar dah anak aku ....



Paling best tempat duduk dia! Sebelum tayangan bermula kami isi perut dulu dan Mira masih setia dengan topeng mukanya hehe


Ibubapa bersama anak masing-masing mula memenuhi ruang dan sedia mengambil tempat duduk 


Sebelum tayangan prebiu 'Miles from Tomorrowland' bermula, sedikit penerangan ringkas diberikan oleh pengacara majlis. 'Miles from Tomorrowland' adalah program terbaru oleh Disney Junior mengenai pengembaraan antara galaksi. Program untuk kanak-kanak berusia 2-7 tahun ini menggabungkan fakta unik tentang angkasa dan sains melalui misi pengembara muda, Miles Callisto dan keluarganya ke angkasa lepas.

Yang menariknya, kami yang hadir adalah antara kelompok terawal yang berpeluang menyaksikan prebiu tersebut. Untuk makluman juga, tayangan prebiu ini adalah kerjasama antara Disney Junior dan juga Petrosains KLCC.




Keluarga Callisto terdiri dari ibunya yang juga Kapten kapal, Phoebe. Ayahnya jurutera mekanik, Leo, kakaknya Loretta pakar teknikal dan kawan baik Miles iaitu Merc, 'robo-ostrich'. 

Kisah pengembaraan sekeluarga ini menerokai galaksi yang dipenuhi dengan makhluk asing, kenderaan angkasa lepas dan alat berteknologi canggih yang aneh. Mereka akan membawa penonton mengharungi perjalanan ke masa depan, dan pada masa yang sama mengingatkan mereka tentang apa yang perlu diperkukuhkan - ikatan kekeluargaan.


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on


Sedikit sedutan menarik dari prebiu 'Miles from Tomorrowland' kelmarin. Kanak-kanak pasti sukakan keletah Miles yang lincah dan bijak! Sempena pelancaran siri ini juga, pencarian untuk 'Disney Junior's Space Adventurers' seluruh Asia Tenggara kini ingin mengajak kanak-kanak berusia 2-7 tahun untuk mencipta Starjetter mereka sendiri - kapal angkasa penyelidik yang digunakan oleh keluarga Callisto sewaktu perjalanan mereka ke angkasa lepas.

Korang juga boleh membawa keluarga mengunjungi Petrosains, The Discovery Centre di tingkat 4, Suria KLCC bermula 1 Ogos 2015 untuk menyertai aktiviti istimewa bertemakan 'Miles from Tomorrowland'!

Bagaimana? - Ibubapa boleh melayari laman web Disneyjunior.asia dan muat turun Miles from Tomorrowland Space Adventurer E-kit yang bukan sahaja menyediakan helaian aktiviti menyeronokkan tetapi juga panduan lengkap cara untuk mencipta Starjetter. Foto Starjetter paling kreatif yang di hantar akan memenangi gelaran "Disney Junior's Space Adventurer" dan akan disiarkan di saluran ini.

Peraduan ini bermula dari 17 Julai sehingga 14 Ogos 2015. 




So, korang jangan lupa saksikan siri pengembaraan penuh aksi Miles dan keluarganya menerokai galaksi setiap Isnin bermula 17 Ogos ini pada jam 9 pagi di Disney Channel 613




Terima kasih Disney Junior dan Petrosains KLCC kerana menjemput kami untuk tayangan prebiu 'Miles from Tomorrowland'. Kakak dan adik memang terhibur menyaksikannya dan seronok melakukan aktiviti di sini. Lepas tayangan prebiu, kami dibawa pula meronda dalam Petrosains hehe.

Jangan ketinggalan menyaksikan 'Miles from Tomorrowland' bermula 17 Ogos ni tau. Dan, jangan lupa sertai peraduan yang aku sebutkan tadi! ^^


Tuesday, June 02, 2015

Tuesday, June 02, 2015

Meriahkan Disney Channel School's Out Sepanjang Cuti Sekolah Di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Wahhh! sekolah dah start cuti lorrr ... kita sangat suka sebab jalan tak jem lorr! haha. Sempena cuti sekolah ni, apa plan korang bersama keluarga yek? Kalau takda apa-apa plan atau tak tau nak bawak anak-anak pergi mana, jom terjah Sunway Pyramid hari ini sehingga 14hb Jun 2015, sebab ada benda yang best dan menarik untuk anak-anak korang semua! 




Asalnya, kami nak kakak dan adik habiskan cuti sekolah ni di kampung memandangkan cuti dua minggu tu agak lama jugak kan. Tapi, bila dapat tahu ada aktiviti menarik dan menghiburkan untuk kakak dan adik di Sunway Pyramid, tentulah aku tak nak lepaskan peluang ni!

Lagipun, kakak dan adik memang suka dengan karakter Disney seperti Toy Story, Monster University, Cars dan Finding Nemo ni. So, memang diaorang teruja sangat kelmarin dapat bergambar dan bermain permainan yang digemari. Kalau korang nak tahu, sempena cuti sekolah ini, Disney Channel School's Out memberikan pengalaman menyeronokkan untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dengan menyertai permainan dan aktiviti menarik di samping bagus untuk pembelajaran mereka, dan bukan itu saja .... kanak-kanak juga boleh bawa pulang goodies bag!

Nak tahu macam mana caranya? Jom ikuti 4 langkah ini :)




Untuk menyertai Disney Channel School's Out ini, masuk adalah PERCUMA! Tapi kalau korang nak dapatkan passport Safety Rangers dari Sunway Pyramid, korang hanya perlu membelanjakan RM50 dalam satu resit tunggal (untuk pemegang kad kredit HSBC, apa saja nilai pun boleh) Matlamatnya adalah untuk mengumpul sebanyak 4 cop dari 4 aktiviti yang disediakan.

Macam kat atas ni, aktiviti pertama ialah mewarna. Boleh pilih gambar apa yang disukai. Kalau pilih gambar misai 'wak doyok', boleh gunting dan kemudian boleh lekat pada batang aiskrim, potong dan boleh bawa balik! hehe.



Mira 'Doyok'




Dah siap mewarna, tunjukkan passport pada krew di situ untuk diberikan cop. Pastikan passport ada cop tau, kalau tak nanti tak boleh tebus goodies bag hehe.



Berposing kejap depan Buzz Lightyear!




Lepas tu, kakak dan adik join aktiviti kedua, iaitu mencari Nemo hehe. Permainan ni macam ala-ala pagar sesat gitu. Kena cari benda tersembunyi, dan kalau berjaya akan diberikan topi Mickey Mouse hehe.





Melilau dua beradik tu mencari benda tersembunyi hehe. Yang kakak laju je jalan, tak tengok pun kat celah-celah 'batu' tu ... yang adik menonong ikut kakak dia haha. Mujur dapat juga cari :p



Misi berjaya! Dapat cop lagi hehe



My little 'Minnie Mouses' ngeehehehe :D




Next, kami main kereta kontrol! Eh bukan kami ... tapi kakak dan adik aje hehe. Yang ni kakak memang 'berhantu' sikit haha. Nampak kereta kontrol terus tarik-tarik baju kita nak main. 



Terer tu terer gak la main, tapi asyik langgar pagar je la hahaha. 


Kat Instagram, ada aku kongsikan video kakak main kereta kontrol ni. Yang Mira pun boleh tahan, tapi langgar pagar jugak la hehe.





Yeayyy! dapat cop lagi ... dah tiga cop ni!




Last aktiviti, bilik jerit! haha. Dalam bilik ni, korang kena tunjukkan muka takut dan jeritttt! hehe. Jangan lupa dapatkan cop tau!




Langkah terakhir, kakak dan adik buat kad pelajar di booth Monsters University. Memang ramai beratur sebab nak dapatkan kad pelajar ni hehe. 




Yeayy dah siap! So, secara 'rasmi'nya kami adalah pelajar Monster University hehe. Dengan aku sekali terjebak nak sekeping! haha :p




Selain bermain dan melakukan aktiviti, korang juga boleh bergambar sakan bersama karakter Disney yang popular macam si Monster! hehe :D





Nak tengok macam mana suasana pada hari tu? Nah ..!







Perghhh ... meriah! ^^

Dah kumpul cop yang diperlukan, jangan lupa pergi ke kaunter semula dan tunjukkan untuk dapat hadiah goodies bag berisi pensil warna, voucher membeli belah/makanan dan buku panduan keselamatan untuk kanak-kanak.

So, apa tunggu lagi ... jangan lupa bawa keluarga korang singgah di LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid dan nikmati kemeriahan cuti sekolah bersama Disney Pixar! ^^


Disney Channel School's Out
Venue : LG2, Orange Concourse, Sunway Pyramid
Tarikh : 29 Mei 2015 - 14 Jun 2015


Korang juga boleh ikuti info menarik dan terkini Sunway Pyramid di :

Facebook -  www.facebook.com/sunwaypyramid
Instagram -  @sunwaypyramid
Twitter - @Sunway_Pyramid

Tuesday, December 23, 2014

Tuesday, December 23, 2014

Disney Channel Limited Edition!


Assalamualaikum!




Alhamdulillah hadiah terkini yang aku menang dari satu kontes baru-baru ni. Yang lain belum sampai lagi hehe. Mood nak join kontes tu kadang ada kadang ke laut huhu. Ikut mood dan kelapangan jugak ... kena time tak sesuai aku tak join.

Wednesday, November 26, 2014

Wednesday, November 26, 2014

Fa-la-la-lidays Giveaway Di Disney Channel


Assalamualaikum!


Let it goooo.... let it gooooo...

Anak anda suka cerita FROZEN? Anak anda peminat karakter Elsa dan Ana? Anak anda nak menang tiket pengembaraan ke Disneyland Hong Kong? Anak anda nak menang hadiah menarik Frozen setiap hari? Haaa banyak nau soalannya kan hehe.

Kalau jawapannya YA, anda waaaaajib join kontes menarik ni! 




Macam mana nak join? ^^

  1. Tonton Saluran Disney (CH 615) dari 14 November - 14 Disember 2014.
  2.  Log in ke http://www.disneychannel-asia.com/holiday/
  3. Nantikan soalan peraduan.
  4. Menghantar sebanyak mungkin jawapan yang betul pada setiap hari.
  5. Seorang pemenang dengan jawapan betul terbanyak pada akhir 20 Nov/27Nov/4Dec/14Dis, jam 12 malam akan memenangi pengembaraan Frozen ke Disnyeland HongKong! dan ada jua hadiah harian Pek Hadiah Frozen untuk dimenangi!



Nak tahu hadiah yang bakal anda menangi?


Hadiah Utama Mingguan : Percutian Keluarga Untuk 4 Orang 
  1. 2 Tiket ke Taman Tema
  2. Penginapan 2 malam di Hotel Disneyland Hong Kong
  3. Pakej Bibbidi Boutique Castle
  4. Sarapan pagi di Restoran Enchanted Garden

Ohsem kan! setiap minggu selama 4 minggu berturut-turut akan ada seorang pemenang untuk hadiah utama mingguan ni.

Plus, ada juga hadiah harian yang menarik menanti anda!




Haaaa menarikkkkkkk sangat! Ni kalau dapat kat kakak dan adik ni sure diaorg bawa tido sekali ... terutama si Olaf tu kan haha :D

"Let it goooo .... let it goooooo". But never let go this one! Tonton Disney Channel (CH 615) dan join sekarang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dari Disney! ^^

Nak tengok Elsa & Ana versi kakak dan adik?


A photo posted by Hanim Hashim wanimira) on

Hehe :) 


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.