Breaking

Showing posts with label Ekstrim. Show all posts
Showing posts with label Ekstrim. Show all posts

Monday, October 05, 2015

Monday, October 05, 2015

Apa Yang Menarik Di Jump Street?


Assalamualaikum!




Cuti hujung minggu memang membosankan kalau takda aktiviti nak dibuat. Tambah, kakak dan adik memang cepat bosan kalau tiada aktiviti yang melibatkan fizikal! hahaha. Habis, nak buat macam mana ... jerebu kat luar semakin teruk. Nak pergi taman permainan pun rasa tak selesa sebab main dalam jerebu huhu ....

So, semalam aku bawa kakak dan adik beriadah dan melakukan aktiviti yang paling diaorang suka iaitu melompat! haha. Selama ni habis tilam dalam bilik tu dilenjan dua beradik ni ... tak larat nak marah dah. Kali ni, di Jump Street kami akan melompat sepuas-puasnya!




Tak susah nak cari Jump Street ni tau, kalau dari KL korang lalu Federal Highway amik simpang Jalan Gasing, kat persimpangan lampu isyarat pusing ke kanan. Terusssss je sehingga korang jumpa Jalan Universiti (2.4km) dan masuk ke kiri. Jalan terus dan korang akan nampak papan tanda Jump Street KL di sebelah kanan korang.

Paling senang, korang waze atau GPS aje 'Jump Street Asia' dan ikut laluannya. InsyaAllah korang akan sampai dengan jayanya hehe.



Selesai mendaftar di kaunter, kami dapat sepasang stokin khas ni setiap seorang. Kena pakai stokin ye kalau nak main kat dalam Jump Street ni. Kalau takda, sila beli di kaunter hanya RM5 (tidak termasuk GST). Stokin ni pula bukan sebarang stokin tapi stokin yang ada getah di bawahnya supaya  bila melompat tak rasa licin dan kaki boleh landing dengan selamat hehe




Kakak dan adik dah tak sabar sangat nak melompat hehe. Dari mula sampai tengok orang lain terkinja-kinja melompat, diaorang pun dah tak senang duduk dah. Sekarang dah pakai stokin, baru kita boleh mula melompat ye anak-anak! 

Oh, lagi satu setiap orang kena pakai tag khas yang disediakan mengikut kiraan waktu untuk setiap sesi. Kalau korang nak melompat satu jam, korang akan dipakaikan tag khas yang berwarna dan lepas satu jam korang kena berhenti main. Sebab tu, aku cadangkan kalau korang nak datang sini dengan keluarga terutama yang bawa anak-anak sekurang-kurangnya kena ada dua jam baru puas melenjan atas trampolin tu! hehehe




Mula-mula kami main di sini dulu, di The Cage. Tempat ni khas untuk kanak-kanak melompat ye bukan orang dewasa. Jangan risau sebab diaorang ada krew yang menjaga dan memastikan keselamatan kanak-kanak disini. Tapi, kalau anak korang berumur di bawah tiga tahun, ibubapa kena temankan la anak kecil mereka sekali ye. 




Dah puas lompat setempat, kami beralih ke Foam Pit. Mula-mula kakak dan adik tak berani nak cuba lompat di sini. Tapi, bila ibu pujuk dan ajak main sekali ... wahhh sakan dua beradik ni melayan sampai tak ingat nak balik hehehe. 

Memang berbaloi ajak kakak dan adik try Foam Pit ni. Ia boleh melawan perasaan takut dan mengembalikan keyakinan diri bahawa kita boleh lakukannya! Tak perlu takut .... hanya lompat dan 'mendarat' dengan selamat ke dalam 'lautan' bongkah-bongkah span yang lembut. Serius, ini yang paling kakak dan adik paling suka layan hehe


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Ibunya pun sama naikkkkk hahaha! Takpela ... nak pujuk anak punya pasal, ibu sanggup lompat dan terjun sekali. Tak sia-sia pengorbanan ibu, anak-anak memang seronok sakan siap ulang berpuloh-puloh kali hehehe. Tapi jujur, yang ni memang best la! ;)




Di Jump Street pun ada Slam Dunk tau! Korang pernah cuba masukkan bola sambil melompat? Aku dah try, tiga kali try sekali je masuk hahahaha. Eh, ingat senang ke nak buatnya? Tapi ini memang satu latihan untuk mereka yang sukakan cabaran! 


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Bangga dengan adik sebab berani lakukannya walaupun tiada jaringan hehe.




Antara yang menjadi tarikan utama di sini ialah Big Bang. Kalau korang nak mencuba sesuatu yang lebih mencabar dan suka terbang, mungkin korang patut cuba yang ini hehe. 




Tengok rakan blogger Suzai mendarat penuh style gitu! Jangan risau, Big Bang adalah tempat dimana korang boleh lompat dan jatuh tak rasa sakit hehe




Terbaru, Jump Street ada dua program menarik yang korang dan anak-anak boleh cuba disini! Jump Academy menawarkan kelas untuk teknik dan pergerakan yang menarik kepada kanak-kanak. Melaluinya, mereka akan dapat belajar cara untuk mengawal pergerakan badan ketika membuat lompatan dan menajamkan kemahiran mempelajari teknik baru di samping meningkatkan keyakinan dari segi emosi, mental dan fizikal.

Setiap kelas mempunyai 2 hingga 8 peserta dan program ini dibina dengan permainan yang relevan dan belajar untuk bagaimana melompat dengan selamat di atas trampolin. 





Untuk mak-mak pula, sementara menunggu anak habis kelas mereka juga boleh join kelas Jump Aerobics. Ia lebih santai, kreatif dan latihan fizikalnya menggabungkan langkah aerobik berirama bersama latihan stretching untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Aku berkesempatan tengok mereka kelas diaorang semalam dan memang best la!




Tak best la kalau asyik melompat je kan, kena ada game sikit. Di Jump Street, korang boleh main Dodgeball! Tak tahu apa itu Dodgeball? Alaaaa main baling-baling bola kat kawan ... sapa kena kira kalah hehe.




Memang puas layan game ni! Dua kali game, dua-dua team aku kalah haha :p



Bersama rakan blogger yang turut join, 
dari kiri : Mommy Diya, Safura, Me, Ida dan Suzai
Yang belakang dua orang tu kanak-kanak riang Azhari dan Mawardi hehe :D


So, amacam ... menarik kan! Kalau korang tak tahu nak bawa family pergi mana cuti-cuti hujung minggu bolehlah cuba aktiviti di sini. Kemudahan-kemudahan lain turut disediakan seperti tandas, surau, Jump Cafe dan lokar untuk simpan barang



Harga
Waktu biasa (Isnin - Rabu) : RM22/sejam
Waktu puncak (Khamis - Ahad) termasuk Cuti Umum : RM27/sejam
Stokin : RM5/sepasang

Jump Street dibuka 365 hari setahun, so Cuti Umum pun diaorang akan beroperasi seperti biasa:

Ahad - Khamis : 10am-9pm
Jumaat - Sabtu : 10am - 10pm


Kalau korang bercadang nak adakan majlis seperti majlis korporat, jamuan keraian, sambutan hari lahir, Jump Street turut menawarkan pakej yang menarik! Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah www.jumpstreetasia.com 



Dan, terima kasih pada trainer kami yang comel lote, Lia (baju hitam belang hijau) yang sudi mengajar kami teknik-teknik melompat atas trampolin dan melayan kerenah-kerenah kami yang ada masanya sukar dikawal haha. 




Dan pastinya kakak dan adik seronok menghabiskan masa semalam di sini. Bukan saja mereka dapat kawan baru, tapi dapat belajar teknik melompat yang baru, berseronok melompat atas trampolin dan mereka berjaya membuang rasa takut dalam diri mereka. Apapun, sokongan dan  penyertaan dari ibubapa sangat penting. Kalau takat suruh diaorang pergi cuba sendiri tapi kita tak join sama memang tak jadi hehe. Hubungan anak dengan ibubapa pun lebih erat terjalin.

Terima kasih Jump Street kerana menerima kehadiran kami sekeluarga! ^^

Untuk maklumat lanjut mengenai program dan aktiviti mereka serta cara menempah, korang boleh terjah : 



JUMP STREET 
No.8a, Jalan 13/6, Seksyen 13
46200 Petaling Jaya,
Selangor.


Monday, May 11, 2015

Monday, May 11, 2015

Beriadah Sepuasnya Di EnerZ Indoor Extreme Park!


Assalamualaikum!




Minggu lepas, aku berkesempatan membawa keluarga beriadah di EnerZ Extreme Indoor Park, Subang Jaya. Kebetulan pulak dapat jemputan dari blogger +Bro Framestone hehe. Lagipun, ramai blogger yang dah sampai sini kan ... teringin juga nak bawa anak-anak aku melompat di sini hehe. Bagi kakak peluang nak bergembira dan bermain sepuasnya sebelum nak hadap kertas peperiksaan minggu depan heeee :D

Monday, June 23, 2014

Monday, June 23, 2014

Mesin 'Pengekstrak Sperma' Untuk Lelaki!


Assalamualaikum!



Sebuah hospital di China telah memperkenalkan satu kaedah baru yang boleh mengekstrak sperma dari penderma dengan menghasilkan sebuah mesin 'pengekstrak sperma' atau 'sperm extractor' bagi membolehkan pendermanya mengeluarkan sperma dengan cara mudah dan selamat.

Menurut media sosialnya Weibo, mesin pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibu negeri yang terletak dalam daerah Jiangsu.

Wednesday, April 16, 2014

Wednesday, April 16, 2014

Money Is Art - Bahagian 2


Assalamualaikum!~

Dalam dunia seni, tiada yang mustahil untuk dilakukan. Untuk anda yang memahami kehalusan seni melalui cebisan helaian wang kertas, mungkin 'pengorbanan' kecil ini tidak menjadi masalah buat anda. 

Cuma,mujurlah bukan semua orang berseni ni suka menggunakan wang kertas sebenar dalam menghasilkan seni kolaj mereka kan hehe.


Sunday, February 23, 2014

Sunday, February 23, 2014

Funny Signs!!


Assalamualaikum!~

Most of the sign board are made for safety & awareness purposes. But, some of them are made just to make you smile..or laugh if you think it's funny! LOL. From restaurants, road signs to private properties these sign boards are one of the kind! Funny kind LOL.

Check this out yo!



Wednesday, January 29, 2014

Wednesday, January 29, 2014

Kek Bersaiz Manusia Sebenar!


Assalamualaikum!

Lara dan Jack berselfie (sumber : Lara Clarke)

Imaginasi kreatif yang ohsem! WOW!!!! Gambaran tepat yang harus diberikan kepada pembuat kek amatur dari Brownhills, Lara Clarke. Beliau telah menghasilkan kek figurin karakter Jack Sparrow dari filem The Pirates of The Carribean yang berukuran 5 kaki 5 inci dalam satu pertandingan Kek Antarabangsa (Cake International) di Birmingham.

Beliau turut memenangi hadiah utama dalam pertandingan tersebut.

Sunday, January 12, 2014

Sunday, January 12, 2014

Hong Leong Bank Hina Pekerja Islam?


Assalamualaikum!

Semua Bank adalah penjaga dana awam dan perlu menjalankan perniagaannya dengan integriti, ianya bermaksud bertanggungjawab kepada semua pihak yang berkepentingan.

sumber :  fb NUBE

Friday, January 03, 2014

Friday, January 03, 2014

Putus Cinta Pun Kena Bayar GST?


Assalamualaikum!

Bila putus cinta ..... monyet!
-
-
-
-
-
-
-

sumber : fb

Haaaa hahaha jangan berani-berani nak cari pasal macam budak Aniq ni. Kan dah tak pasal-pasal kena 'GST' ngan ex-girlfriend dia hahaha. La ni trend GST kot, sampaikan putus cinta monyet pun nak kena bayar balik ke hehe.

Thursday, October 24, 2013

Thursday, October 24, 2013

Barbarians Dalam Industri Fesyen.

Assalamualaikum!~

Sebelum korang baca entri ni, kenit nak minta maaf sekiranya imej yang dipaparkan nanti tidak menyenangkan..tetapi kenit sekadar ingin berkongsi info, dan mengajak kiter sumer untuk lebih bertanggungjawab terhadap haiwan & alam sekitar. Hentikan penggunaan produk dari haiwan, hentikan kezaliman terhadap haiwan.

Astaghfirullahhalazim! KEJAM!TAK BERPERIKEMANUSIAAN! Itulah ungkapan yang sesuai digelar pada industri fesyen di London yang sanggup melakukan apa saja demi fesyen! Kenit memang cukup pantang kalu binatang diseksa untuk apa tujuan sekali pun! 


sumber : yahoo

Friday, September 27, 2013

Friday, September 27, 2013

Money Is Art.


Assalamualaikum!~

How art-ness are you to use REAL money to create art?! If you don't have enough guts to waste it, that means you are not art enough...i suppose!

SENI yang cuba diterjemahkan dengan DUIT KERTAS! Real punyer duit kertas tuuuuu!


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


Tuesday, September 24, 2013

Tuesday, September 24, 2013

Rangka Manusia Pakai Emas & Intan Berlian!

Assalamualaikum!~

Budak-budak kecik gi maen jauh-jauh. Yang cepat lemah semangat pun tak digalakkan tengok ni. Ader orang fobia tengok tengkorak lama-lama? Pun takleh tengok jugak...kalau gitu takde saper la nak singgah baca entri kenit ni kan hahaha. 

Ibu-ibu mengandung sila standby bantal nak tekup muka kot-kot rasa seram nak tengok gambo-gambo ni hehe. Tengok barang kemas dia je, takdela seram sangat hehehe. 

Seorang pemburu relik yang digelar sebagai 'Indiana Bones' telah memperlihatkan koleksi mengerikan daripada rangka manusia yang berusia 400 tahun diselaputi dengan emas dan intan berlian yang ditemuinya di gereja-gereja seluruh Eropah.

Tuesday, September 10, 2013

Tuesday, September 10, 2013

4 Blogger Dipenjara Kerana Hina Islam.

Assalamualaikum!~

Penghinaan terhadap Islam samada oleh non-muslim atau muslim sendiri sangat ketara di alam maya. Semuanya di ujung jari, tekan huruf-huruf di keyboard tu maka keluarlah ayat yang dinginkan. Tak fikir dah baik atau buruknya benda yang nak disampaikan asalkan hati busuk tu puas. 


sumber : The Nation

Wednesday, July 31, 2013

Wednesday, July 31, 2013

Burger Tabung Uji Pertama Di Dunia?

Assalamualaikum!~


sumber : google
Pernah terfikir tak suatu hari nanti, mungkinkah burger daging lembu yang kita makan sebenarnya bukan datang dari lembu, tapi datang dari makmal?! MAKMAL...yes..
Wednesday, July 31, 2013

Eeeuwwww! Pekerja Subway Letak....

Assalamualaikum!~

Anda penggemar makanan segera Subway? Kali terakhir Kenit try sandwich dia (apa nama dah lupa) awal tahun 2012. Konon gatal tekak la kan takmo makan nasi berlauk, boring konon! Pegi Amcorp Mall ternampak ada satu section Subway kat bahagian luar.

Dengan konfidennya, Kenit pun beratur la nak order. Padahal, nak order apa pun tak tahu camner. Ingat order macam order KFC tu ker, dah siap bungkus. Sekali kena pilih daaaaaa. Jenuh Kenit dok pilih jenis bread, pastu nak kena fikir letak daging apa, sos apa, nak tambah mushroom atau mustard blablablablablabla! 

Paling best time nak bayor! Terkejut teman kena sampai doploh hengget lebih! Woi! ini roti sandiwch ka nasi arab mandy! heeee :D.

Itulah sekali Kenit beli, pastu taubat takmo pi dah!

Tak menarik lagi?? Haaaa yang ni mungkin menarik (^_^)

Monday, July 15, 2013

Monday, July 15, 2013

Rawat Kulit Dengan Siput.

Assalamualaikum!~

Menjelikkan??Memualkan??Menggelikan?? Hanya satu jawapan untuk semua soalan tadi...YA! Tapi, tidak bagi orang Jepun. Orang Jepun ni memang suka buat eksperimen ke atas diri mereka. Habis semua kaedah dia nak cuba dulu, dia nak rasa dulu.

Orang Jepun memang obses ngan kecantikan. Well, kat sini pun obses jugak tapi takdala sampai nak letak sibut babi yang berlendir itu di atas muka dan membiarkan ia mengengsot perlahan-lahan di atas kulit anda! Eeeuuuwwww....hey hey, nak cantik ke dak?? hehe (^_^)

Monday, July 01, 2013

Monday, July 01, 2013

Minyak Wangi Ini Boleh Kuruskan Anda?

Assalamualaikum!~

Ishh ishh ishh! Betoi ka? Senang betoi hidup ni kan? Agak rasa gemuk sikit minggu ni boleh sembuq sikit hehe. Adakah ini jawapan kepada tubuh langsing kekal menawan rupawan jelitawan cantik tertarik kau memang debommm!? ihikk~


Tuesday, June 25, 2013

Tuesday, June 25, 2013

Kebaikan Tatu??

Assalamualaikum!~


Kalau dulu sesiapa yang bertatu ini dianggap sebagai jahat, bekas banduan, penjenayah, gangster, kaki pukul  mahupun lanun (termasuk lanun cetak rompak). Tapi, kini bertatu dianggap sebagai fenomena baru dalam 'fesyen' manusia yang tenggelam dalam kejahilan sendiri.

gambar hiasan

Budaya bertatu telah lama bertapak menjadi sebahagian dari ikon budaya sejak bermulanya tamadun manusia. Ia telah lama dipraktikkan sejak zaman dahulu lagi dan menjadi suatu lambang kemegahan bagi kaum atau masyarakat tertentu. 

Antara kelompok manusia terawal yang menggunakan tatu adalah:

Friday, June 14, 2013

Friday, June 14, 2013

10 Fobia Paling Pelik

gambar hiasan

Kiter semua tahu aper itu fobia. Ia membuatkan hidup kiter 'sengsara' apabila berhadapan dengan sesuatu @ seseorang sehingga timbulnya fobia dalam diri. Fobia ialah ketakutan yang amat sangat terhadap sesuatu samada benda, orang, makanan atau apa-apa saja. Biasanya, kiter dengar orang fobia pada ketinggian, fobia pada air, fobia pada serangga, fobia pada kegelapan. Tapi, yang ini lain tau...memey peliks-peliks fobia dia. Korang mesti terkezutttttttttttttttt! Jom kiter selongkar 10 fobia peliks. Jeng jeng jeng......!~

Monday, June 10, 2013

Monday, June 10, 2013

Lollipop Perisa Susu Ibu - For Real??!

Assalamualaikum!~

Errkkk? biar betik?? Wujudkah sebegitu? Di mana? Apa ghupernye?


"Rilek brader...brader rilek...rilek brader...brader rilek...rilek brader...brader rileklaaaaaaaaaa"  hehehe~
(lagu Rilek Brader)


Alkisahnye.....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.