Breaking

Showing posts with label Entertainment. Show all posts
Showing posts with label Entertainment. Show all posts

Monday, May 30, 2016

Monday, May 30, 2016

Raikan Cuti Sekolah Bersama "Finding Dory" di Sunway Pyramid!


Assalamualaikum!


Nak tahu tak, selepas tayangan filem "Finding Nemo" lebih sedekad lalu, akhirnya filem sekuel "Finding Dory" bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi! Dan sempena meraikan cuti sekolah ini, Sunway Pyramid telah menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk kanak-kanak bagi memeriahkan suasana sementara menantikan tayangannya Jun ini.




Ahad lepas, aku berpeluang membawa Wani & Mira ke LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid untuk mencuba beberapa permainan yang menarik lagi menyeronokkan di sini! Lagi pun diaorang dah lama tak join aktiviti sebegini sebab sibuk dengan sekolah dan sebagainya. Jadi, bila ada masa memang inilah yang mereka nanti-nantikan! hehe ...

Ok, mula-mula korang kena bawa anak-anak mendaftar di kaunter (lihat gambar di bawah). Disinilah anak korang akan diberi sekeping kad yang akan dicop bila mereka selesai melakukan 3 aktiviti kesemuanya. Kat kaunter ni jugak korang kena pulangkan semula kad yang telah dicop untuk menebus hadiah. Nak tahu hadiah apa tu? Jommmm baca lagi ... ;)



Kaunter pendaftaran dan penebusan hadiah

Dah dapat kad, jom kita mulakan 'pengembaraan' dalam dunia "Dory" :)

Memula, Wani & Mira masuk underwater maze! Permainan dia senang je, cari "Dory" di celah-celah 'batu karang' hehe ...




pintu masuk underwater maze


Tak sampai 2 minit masuk, diaorang dah dapat 2 ekor 'Dory' haha! :p




Ok, aktiviti yang ni best sebab boleh 'memancing' hehe ...




khusyuk dua beradik ni memancing hehe ...:p


Last but not least, aktiviti paling diaorang suka ... mewarna! yeaaaaa ;)







Ramai kanak-kanak yang join mewarna hari tu. Ibubapa pun turut sama bagi sokongan kat anak masing-masing hehe. Macam-macam gelagat diaorang ni, tapi seronok sebab aktiviti santai je, lepas tu dah siap mewarna, boleh dapatkan cop terakhir.



Yeaaaa! inilah hadiah yang kakak dan adik dapat, "Finding Dory" sticker book setiap seorang! Adik memang cukup suka dapat pelekat-pelekat yang comel macam ni hehe :D

Beginilah kemeriahan suasana di Blue Atrium LG2 Blue Concourse pada hari tu. Cantik dan penuh dengan hiasan warna warni seperti di dalam dunia air yang penuh fantasi!






Selain boleh bawa anak-anak join aktiviti di sini, ibubapa juga boleh membeli belah barangan Disney "Finding Dory" dengan tawaran harga hebat! Semua barangan yang dijual bertemakan "Finding Dory" ... comel tau! Jom 'cuci mata' hehe :D











So, tunggu apa lagi! Jom meriahkan ruang legar Blue Atrium LG2 Blue Concourse, Sunway Pyramid bermula 27 Mei sehingga 19 Jun 2016 ini. Korang juga boleh join aktiviti yang sama di Ground Floor Main Atrium, Sunway Putra Mall bermula 27 Mei sehingga 12 Jun 2016.

Juga jangan lupa saksikan tayangan filem sekuel "Finding Dory" yang akan ditayangkan di pawagam pada 16 Jun 2016. Jom tengok sedikit sedutan filem ini yang sempat aku rakamkan ;)




Kepada adik-adik semua, selamat bercuti ya! Penuhi cuti sekolah ini dengan aktiviti yang best dan bermanfaat bersama keluarga. Juga jangan lupa ajak ibu ayah pergi tengok filem "Finding Dory" ye hehe ;)




Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

Sunway Pyramid Facebookwww.facebook.com/sunwaypyramid
Sunway Putra Mall Facebook – www.facebook.com/sunway_putramall
Instagram – @Sunway_Pyramid / @ Sunway_Putramall
Twitter - @Sunway_Pyramid

Monday, November 30, 2015

Monday, November 30, 2015

Pembukaan 1st London Street Family Park by The Parenthood @ Sunway Putra Mall!


Assalamualaikum!




Sejak ia dinaik taraf semula, Sunway Putra Mall telah melalui banyak perubahan dan ternyata perubahan ini berjaya menarik pengunjung terutamanya di tengah-tengah Kuala Lumpur untuk berkunjung ke sini. Terbaru, The Parenthood menampilkan sesuatu yang istimewa untuk seisi keluarga iaitu 1st London Street Family Park yang mesti dikunjungi terutama ibubapa dan anak-anak yang ingin merasai keseronokan bermain dan membeli-belah di bawah satu bumbung!

The Parenthood yang terletak di Tingkat 2, Sunway Putra Mall bukan saja memberikan lebih dari sekadar kepuasan bermain untuk anak-anak terutama musim cuti sekolah ni, malah ibubapa juga boleh menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sana serta boleh membeli barang keperluan bayi dan kanak-kanak pada harga diskaun yang ditawarkan!

Ada 4 aspek utama yang menjadi keutamaan untuk keselesaan seisi keluarga :

(1) Relaxation & Leisure – Family fitness room which offers WiO Express's Power Plate and other fitness props for parents and the kids. A Beauty Secret Studio that provides hair care products and services, facial, massage, pedicure and manicure etc. for both parents and kids

(2) Educational & play – Activities engaging parents and kids together e.g. workshops, enrichment activities, playground etc.

(3) Dining - Cafe that serves healthy food

(4) Shopping – A mini mall concept comprising more than 33 retailers offering products and services for mothers and babies, toddlers, and kids under one roof. Retailers include brands like Pigeon, Grolier, Faber Castell, Hasbro etc. Look out for special discounts and bargains from time to time.

(5) Others – Other service include “Drop & Shop” for toddlers/kids of 4 years and above, birthday parties and many more. 




Happy Birthday ibuuuuuuuuu! Alhamdulillah syukur dengan kehadiran dua orang permata hati ibu yang 'panjang akal' ni hehe. Memang nak jadi rezeki kakak dan adik bila ibu dapat jemputan dari The Parenthood pada hari ulangtahun ibu untuk Blogger Conference sempena pembukaan 1st London Street Family Park, taman permainan dalam bangunan yang menawarkan segalanya untuk ibubapa dan anak-anak!



Pendaftaran untuk mommybloggers
Ibu dok sibuk kobek kad blogger dalam beg hehehe ...

Nak datang sini dengan pengangkutan awam cukup mudah, kami datang naik LRT dari Dato' Keramat ke PWTC. Tak perlu risau jalan jem atau nak bayar tiket parkir hehe. Lagipun kakak dan adik dah biasa nak pengangkutan awam, so memang senang nak bawa diaorang berjalan.

Setel mendaftar, kami masuk ke dalam dan di kaunter ni kami dipakaikan tag khas yang lengkap dengan kod bar istimewa untuk tujuan keselamatan ibubapa dan kanak-kanak. Kat sini aspek keselamatan memang dititikberatkan ye, setiap kali kanak-kanak nak keluar masuk tempat permainan "My Kingdom playground by The Parenthood", tag mereka akan discan terlebih dahulu dan akan direkodkan dalam sistem sebelum dibenarkan keluar dari tempat tu.




Nak masuk dalam "My Kingdom playground by The Parenthood" kena buka kasut dan pakai stokin ye. So, sebelum datang sini korang dinasihatkan bawa stokin sendiri atau boleh je beli di kaunter dengan harga RM7 sepasang. Almari khas juga disediakan untuk korang simpan kasut.




Yeayy! dah pakai tag, jom masuk dalam mainnnn!

Kalau korang tengok kat Instagram dan FB aku, ada banyak gambar menarik yang aku kongsikan terutama tempat permainan ala istana ni atau dikenali sebagai "My Kingdom playground by The Parenthood". Ada 3 bahagian utama dalam My Kingdom ni dan sesuai untuk kanak-kanak berusia seawal bayi hingga 12 tahun. Yang pasti ruangnya besar dan luas serta ada pelbagai permainan yang best untuk dimain!



Taman permainan dalam bangunan ini dibina bukan sahaja memberikan keseronokan kanak-kanak bermain, tetapi turut mempunyai ciri-ciri keselamatan demi memastikan kelancaran anak-anak menerokai dan mencuba semua jenis permainan di sini.



Flying Fox





Wall Climbing


Mereka juga sediakan sudut untuk melukis!








Untuk peminat permainan video, 2 unit X-Box 360 disediakan di satu ruang yang santai dan naka-anak korang boleh layan sampai 'lebam' hehe


Sudut membaca







Sesuai dengan konsepnya yang mesra keluarga, The Parenthood turut menyediakan party room untuk majlis sambutan hari lahir si kecil dengan ruang yang selesa dan boleh memuatkan sehingga 40 orang kanak-kanak. Bukan tu saja, party room ni terletak bersebelahan je dengan My kingdom so kanak-kanak boleh sambung main kat bilik sebelah dan makan di sini hehe.

So sementara kakak dan adik berseronok sakan dalam My Kingdom tu, aku dan mommybloggers yang lain dijemput ke blogger conference untuk mengetahui lebih lagi tentang apa yang menarik di sini!



CEO The Parenthood

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh En. Leroy Lee, CEO The Parenthood yang menerangkan lebih lanjut tentang indoor park serta aktiviti dan lebih 30 peruncit yang terdapat di sini yang menawarkan barangan menarik dari pakaian dan kelengkapan bayi sehingga ke perkhidmatan mini gim dan bilik urut untuk kaum ibu!



Antara mommyblogger yang hadir di Blogger Conference
Boleh nampak kiter tak? belakang tiang tu je ... hahaha!




 




Sementara anak-anak bergembira bermain di dalam My Kingdom, ibubapa boleh menikmati secawan kopi dan makanan seperti pastri di Lillipilli Cafe ni. Depan cafe ni juga ada CCTV untuk membolehkan ibubapa monitor anak-anak yang sedang bermain di dalam. Tak perlu nak berlari tengok anak sekejap sekejap kan. Duduk relaks bersama suami sambil minum gitu ... ahaksss!



CCTV mengadap Lillipilli Cafe untuk ibubapa monitor pergerakan anak dalam My Kingdom








Sewaktu media tour, aku tertarik dengan booth 'Paint by Numbers' ni. Sememangnya aku tak berapa mahir nak melukis mahupun mewarna, tapi bila tengok staf di situ buat demo bagaimana nak hasilkan masterpiece yang cantik macam gambar monalisa kat sebelah tu, aku jadi teruja nak cuba! 

Memang mudah, hanya warnakan saja ikut nombor yang disediakan. Untuk beginner macam aku ni pun boleh hasilkan lukisan yang 'hidup' dan menarik tau! Set 'Paint by Numbers' ni dijual dari set kecil hingga la yang besar. Bagus ni untuk melatih anak-anak jadi penyabar dan yang penting fokus!






Bilik urut


Mini gim untuk ibubapa yang aktif!


A Beauty Secret adalah salon kecantikan untuk kanak-kanak dan ibubapa. Comel je budak tu duduk dalam kereta sambil rambutnya dipotong kan hehe. 




Selain itu, The Parenthood turut mempunyai kemudahan lain seperti Baby Room yang lengkap bilik menyusu dan menukar lampin serta akan ada staf dari Pigeon yang akan beri khidmat nasihat tentang penyusuan ibu yang betul secara percuma!





Tetiba berada di tengah-tengah jalan di London, so teruja lain macam sikit! hahaha ....


Birthday mommy seronok sangat berpayung kan hehehe :p




Sebelum balik, kakak sempat mengasah bakat mewarna dia dia booth Faber Castle ni. Happy sangat bila dapat try watercolor pencil tu, dan bila ibu dapat tahu diaorang ada bagi diskaun pada hari tu, ibu belikan satu set setiap seorang sebagai hadiah .... amacam, baik tak ibu? ekekeke :D





Bagi korang yang mencari keselesaan dan keseronokan untuk anak-anak bermain, aku cadangkan korang datang ke 1st London Street Family Park ni sempena cuti sekolah. Bawa anak-anak dan biarkan mereka belajar dan bermain serta ibubapa juga boleh membeli-belah dan menikmati kemudahan yang ada di sini .... semuanya di bawah satu bumbung!




Ni harga untuk masuk ke My Kingdom tu ye. Kalau korang sekadar nak datang membeli-belah di mana-mana kedai dalam The Parenthood tu tak perlu bayar.


The Parenthood akan mula dibuka kepada orang awam pada 5 Disember 2015



First London Street Family Park 
Sunway Putra Mall
Level 2, No. 100, Jalan Putra, 
50350 Kuala Lumpur.
Waktu Perniagaan : 10:00am – 10:00pm (Isnin-Ahad)



The Parenthood’s Facebook: The Parenthood
The Parenthood’s website: theparenthood.com.my 
The Facebook page of My Kingdom : My Kingdom


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.