Family
Thursday, September 17, 2020
Ujian paling hebat...perginya abah buat selama-lamanya.
Assalamualaikum ...
Tahun ini tahun paling getir buatku. Ujian kehilangan insan tersayang sangat melukakan walaupun hati sudah redha. Tiga kali berturut-turut aku mengalaminya dalam satu tahun. Kali kedua ibu mertuaku pada bulan enam. Dan kini ... ayahandaku yang dikasihi telah pergi kembali kepada Maha Pencipta.
Allahuakbar ... sungguh aku rindu pada abah. Aku tak mampu menahan kerinduan ini kerana terlampau sayang padanya. Namun, Allah lebih sayangkan abah ... dan aku redha dan cuba untuk hidup dengan hakikat bahawa abah dah 'pergi' takkan kembali.
Sungguh aku redha ya Allah...kerana perginya abah dalam keadaan yang baik, amalan yang baik, hari yang baik dan dipermudahkan dari awal sampai akhir.
Namun tak dapatku halang airmata rindu ini dari terus mengalir bila teringatkan abah. Membayangkan arwah pun aku dah bergenang air mata ... sebak ... rindu yang teramat. Terkenang segala pengorbanan dan keringat abah membesarkan memanjakan anak-anak. Bersusah payah demi kesenangan hidup anak-anak dan cucu-cucu.