Breaking

Showing posts with label Fasa 3 PKP. Show all posts
Showing posts with label Fasa 3 PKP. Show all posts

Wednesday, May 06, 2020

Wednesday, May 06, 2020

Kalau aku boleh ulang balik UPSR ...


Assalamualaikum! Cita-cita aku dulu nak jadi cikgu. Teringin nak mengajar anak murid dalam kelas. Subjek yang aku suka ialah Matematik, walaupun dulu aku selalu gagal atau dapat markah cukup-cukup makan je kertas Matematik SPM peperiksaan awal dan akhir tahun huhu. Tapi dari kegagalan tu lah akhirnya aku berjaya dapat A2 untuk Matematik SPM 2000. Bila dapat A terus jatuh cinta dengan subjek ni. Baru sedar Matematik ni senang je janji kita fahamkan soalan. Tak faham soalan yang aku asyik gagal tu huhu.

Tapi sehebat-hebat aku merancang, rupanya tiada 'jodoh' aku dalam bidang perguruan. Rezeki aku dalam bidang meteorologi namun bila dah ada anak ni aku dapat kejar semula cita-cita aku nak jadi guru, walaupun hanya sekadar guru di rumah :).

Tuesday, April 28, 2020

Tuesday, April 28, 2020

CoVID-19 | Hari ke-42 PKP


Assalamualaikum! Hari ini hari terakhir fasa ke-3 PKP. Kes baru Covid-19 hari ini pun terus mencatat penurunan dan banyak tempat sudah diumumkan sebagai zon hijau. Tapi ia bukan bermakna kita sudah berjaya melawan Covid-19 sepenuhnya dan bukan juga bermakna kita boleh keluar melakukan aktiviti seharian seperti biasa.

Selagi vaksin Covid-19 tidak dihasilkan, selagi itulah kita tidak boleh menjamin bahawa kita telah menang melawan Covid-19. Hatta kalau kita sudah pulih sepenuhnya pun, negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Singapore masih dalam tempoh PKP dan melanjutkan PKP sehingga bulan Jun.

Semalam dua lagi pasar basah di PJ diarah tutup sebab ada peniaga disitu disahkan positif Covid-19. Satu kat pasar Taman Megah SS24 dan satu lagi pasar Jalan Othman (PJ Old Town).


Monday, April 27, 2020

Monday, April 27, 2020

CoVID-19 | Hari ke-41 PKP


Assalamualaikum! Sepanjang tempoh PKP ni, macam-macam ragam macam-macam pesen perangai baik dari warga asing mahupun dari orang tempatan yang dibongkarkan.

Yang ingkar PKP satu hal. Yang menghina frontliners satu hal. Yang minta layanan 'first class' dari kerajaan satu hal jugak. Yang demand nak lebih pun isu tak setel lagi. Tup tup aku terbaca pasal seorang pesakit Covid-19 warga emas yang sepatutnya dah discharge dua hari lepas tapi meninggal dunia di hospital.

Yang buat aku sedih tu arwah dah disahkan negatif Covid-19 selepas buat ujian swab. Pihak hospital call waris untuk datang ambil arwah tapi.... Allahuakbar 😭😭😭😭😭😭😭


sumber : fb

Sunday, April 26, 2020

Sunday, April 26, 2020

CoVID-19 | Hari ke-40 PKP


Assalamualaikum! Sayu Ramadan kali ini terasa sungguh bila masjid-masjid dan surau-surau ditutup. 

Bila tengok gambar yang dikongsikan di IG Dr. Zaharuddin ni lagi bertambah sayu dan sedih. Selalunya setiap tahun dalam bulan Ramadan kita dapat tengok para jemaah mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah, namun tahun ini Kaabah sepi tanpa ibadah tawaf.

Pun begitu, solat terawih berjemaah dibuat disitu dengan jemaah yang sedikit. Macam Dr. Zaharuddin cakap, barangkali mereka yang dibenarkan solat disitu mungkin telah disaring terlebih dahulu.


Friday, April 24, 2020

Friday, April 24, 2020

CoVID-19 | Hari ke-38 PKP


Assalamualaikum! Masuk PKP ke-3 makin ramai yang tak patuh pada perintah kawalan pergerakan. Kereta makin banyak di jalanan macam dah hari biasa aku tengok.

Sekarang timbul pulak masalah PATI langgar arahan PKP dengan meniaga dari depan rumah. Macam-macam perangai la diaorg ni!


sumber : fb

Thursday, April 23, 2020

Thursday, April 23, 2020

CoVID-19 | Hari ke-37 PKP


Assalamualaikum! Hari ini adalah hari terakhir bulan Syaaban dan esok kita semua umat Islam akan mula berpuasa seperti yang telah diumumkan tadi. Berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadan dengan situasi wabak Covid-19 sekarang bukanlah apa yang kita dambakan tapi ia juga tidak terjangka. Segalanya Allah punya daya dan kuasa.

Apapun, aku tak expect PM akan buat pengumuman tentang PKP bakal dilanjutkan. Aku ingatkan sekadar ucapan selamat menyambut Ramadan dan nasihat berkaitan PKP. Tapi seperti orang lain, aku juga memang dah jangkakan PKP akan dilanjutkan, tunggu PM umumkan je.

Wednesday, April 22, 2020

Wednesday, April 22, 2020

CoVID-19 | Hari ke-36 PKP


Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah Perlis dah diumumkan sebagai zon hijau hari ini. Semalam Pasar Besar Selayang dikenakan PKPD selepas mencatat kes Covid-19. Tentera telah dikerahkan pasang kawat duri keliling kawasan sama seperti di Royal Mansion dan Malay Mansion. 

First, kena ingat satu benda. Kad UNCHR tu hanya terpakai di pintu imigresen je, bukan lesen untuk dapat hak keistimewaan di negara ini. 

sumber : fb KMNH

Tuesday, April 21, 2020

Tuesday, April 21, 2020

CoVID-19 | Hari ke-35 PKP


Assalamualaikum! Saat kita diulit lena, dunia telah melakar sejarah buat pertama kalinya. Pagi ini, harga minyak US jatuh dibawah paras $0 iaitu dalam kira-kira -$37 setong. Negatif ok..negatif!

Tak pernah terjadi dalam sejarah dunia harga minyak boleh jatuh ke paras negatif. Adakah harga minyak dunia jatuh itu satu benda yang baik? Adakah harga minyak kita turun itu satu perkara yang positif? Aku nak terangkan secara teknikal pun aku tak tahu, tapi korang boleh rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10220325031409601&id=1043785278 untuk bagi fahamkan keadaan sekarang.

sumber : astroawani

Monday, April 20, 2020

Monday, April 20, 2020

CoVID-19 | Hari ke-34 PKP


Assalamualaikum! Syukur alhamdulillah kes baru Covid-19 dalam tiga hari berturut-turut ni ada penurunan. Perkembangan yang cukup memberangsangkan walaupun kita belum boleh lagi menarik nafas lega.

Dr. Hisham cakap walaupun tiada lagi kes baru dan PKP ditamatkan, kita tetap perlu hidup dengan 'New Normal' iaitu tiada bersalaman, tidak berkumpul secara beramai-ramai dan jaga penjarakan sosial sehingga vaksin Covid-19 berjaya dihasilkan.

sumber : malaysiagazette

Sunday, April 19, 2020

Sunday, April 19, 2020

CoVID-19 | Hari ke-33 PKP


Assalamualaikum! Dalam keadaan sekarang dimana satu dunia menghadapi wabak Covid-19 ini, banyak benda yang aku dapat pelajari dari semua ini. Walau pelusuk mana sekalipun kau pergi, kau tetap kena bersyukur dilahirkan sebagai rakyat negara ini.

Kadang-kadang aku terfikir, apa guna label negara maju kalau pemimpinnya tak cakna kebajikan rakyat. Walaupun negara kita bukan negara maju, tapi kerajaan kita sentiasa mengutamakan rakyat. Walaupun PKP dilaksanakan, walaupun kita mempunyai kekangan untuk keluar bekerja mencari rezeki, tapi kerajaan tetap membantu sedaya yang boleh untuk memastikan rakyat cukup keperluan dalam waktu serba mencabar seperti sekarang.

Aku bukan nak 'menjilat' sesiapa, tapi bila siang tadi tengok berita luar negara, bagaimana sebahagian rakyat US yang memprotes di jalanan kerana kerajaan mereka melaksanakan 'lockdown' walaupun satu dunia termasuk rakyat mereka sendiri tahu bahawa US merupakan negara tertinggi di dunia yang mencatatkan kes Covid-19 dan kematian. Aku rasa bersyukur bersyukur bersyukur dilahirkan dan menjadi rakyat Malaysia.



Saturday, April 18, 2020

Saturday, April 18, 2020

CoVID-19 | Hari ke-32 PKP



Assalamualaikum! Syukur hari ni ada penurunan kes baru CoVID-19. Jumlah kes yang sembuh juga melebihi kes baru. Tapi kan sesetengah orang kat Malaysia ni tak boleh dengar "penurunan". Asal dengar kes turun je diaorang akan keluar beramai-ramai. Asal dengar ramai orang sembuh je mesti akan ada yang mula nak berniaga balik dan sebagainya.

Macam Dr. Noor Hisham cakap la, kita belum kalah dan kita juga belum menang. Jangan ingat bila kes baru menurun, kita kata wabak ni sudah atau semakin pulih. Ingat .... kita masih dan kena terus berjuang sehingga betul-betul disahkan bebas CoVID-19!



Friday, April 17, 2020

Friday, April 17, 2020

CoVID-19 | Hari ke-31 PKP


Assalamualaikum! Adoiii masuk fasa ke-3 PKP ni makin menjadi-jadi perangai orang kita ye. Lagi kita suh duduk di rumah, lagi diaorang ligat ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini. Ha kan dah tak pasal-pasal aku pun ikut sama rap hehe.

Yang di bandar, keluar tanpa urusan. Jalanraya penuh dengan kereta. Yang di kampung ingat kan terkawal, rupanya sangkaan kita meleset! Apa dah jadi ni? kita berlembut salah, kita berkeras salah. Nasihat, rayuan semua tak jalan ni ....?

Thursday, April 16, 2020

Thursday, April 16, 2020

CoVID-19 | Hari ke-30 PKP


Assalamualaikum! Aktiviti macam biasa hari ni. Kakak ada dua hari lagi nak ganti puasa insyaAllah. Kelmarin dia minta pancake sebagai juadah berbuka puasa. Hari ni sepatutnya buat donat tapi badan terlalu penat, kita tunda ke hari lain. So dia mintak aiskrim vanilla dan bihun goreng untuk berbuka puasa.

Bihun ayahnya gorengkan. Aiskrim ibunya berlari ke pasaraya belikan. Anak punya pasal kan, garang garang pun ibu layankan jugak tekak tu nak makan.


Wednesday, April 15, 2020

Wednesday, April 15, 2020

CoVID-19 | Hari ke-29 PKP


Assalamualaikum! Tahun ini dalam sejarah pendidikan negara apabila Menteri Pendidikan mengumumkan hari ini bahawa peperiksaan UPSR dan PT3 2020 dibatalkan akibat wabak CoVID-19. Sementara itu, SPM, STPM, STAM, SVM dan peperiksaan setaranya ditangguhkan ke suku pertama tahun 2021.

Ok la kan, demi kebaikan anak-anak kita juga. Virus CoVID-19 tidak mengenal umur, tua dan muda boleh kena. Buat masa sekarang mungkin inilah langkah terbaik untuk semua.

Anyway, hari ni juga dalam sejarah aku berjaya buat pancake! Ye agak kepoyoan bunyinya di situ kan hahaha. Tapi kegembiraan, keterujaannya rasa macam dapat Thermomix sebiji! muahahaha :p

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.