Breaking

Showing posts with label Filem Review. Show all posts
Showing posts with label Filem Review. Show all posts

Monday, November 27, 2017

Monday, November 27, 2017

Filem lain tak boleh lawan Paranormal Activity!


Assalamualaikum!


Aku adalah salah seorang peminat filem-filem seram. Tapi aku selalu ketinggalan 'keretapi', orang lain dah setahun tengok filem tu, aku baru nak cari di internet. Aku lebih suka tengok secara online berbanding di panggung wayang. Kalau ada filem seram tayang kat tv, anak-anak memang tak suka tengok terutama Mira hehe. Berbuih mulut aku cakap, itu sekadar lakonan je bukan darah betul-betul pun! Tapi budak-budak biasa la ... macam kita dulu jugak kan hehe. Sebab tu, kalau aku nak tengok filem seram aku akan bagitau diaorang yang ibu nak tengok cerita seram ni! Berterabur masing-masing lari masuk bilik ... hahaha! Main masak-masak lagi best katanya! 

Baru-baru ni, aku tertengok cerita Paranormal Activity tayang kat tv. Huiii .... boleh tahan seram woo! Padahal cerita dia cuma berkisarkan rakaman video yang dibuat dalam rumah. Mira ngan kakak pun ikut sama tengok sekali huhu. Natijahnya, nak pergi tandas pun suh berteman!



Friday, September 15, 2017

Friday, September 15, 2017

Kakak nangis tengok cerita Hachiko


Assalamualaikum!


Buat pertama kalinya kakak tengok filem dan menangis.  Sedih ... tapi best filem ni! Cerita tentang kesetiaan seekor anjing yang tidak berbelah bagi terhadap tuannya walaupun tuannya dah mati. Filem ini adalah berdasarkan cerita sebenar yang pernah berlaku di Jepun sebelum perang dunia ke-2. 





Cerita dia start dari hari pertama Hachiko bertemu dengan Professor Wilson (Richard Gere) di stesen keretapi, dan sejak itu hubungan mereka menjadi rapat sehingga pada hari kematian tuannya. Konsep cerita ni simple dan ada elemen kelakar sikit pada mulanya, tapi bila di pertengahan mula jadi sedih terutama part Hachiko mengetahui tuannya telah tiada lagi. Tapi dia setia juga pergi ke stesen keretapi menunggu tuannya setiap hari. Ahhh sedih sangat! Kakak menangis masa part ni, pastu dia tanya kenapa sedih sangat cerita ni huhu. Dia tak tau ibu dia pun berair mata masa tu huhu.

Pastu, anak Professor tu amik dan bawa balik Hachiko ke rumah dan bela dia. Tapi hati Hachiko tetap rindukan tuannya dan ingin kembali ke stesen keretapi tu. Akhirnya, anak Professor tu mengalah dan izinkan Hachiko pergi. Part ni pun kami menangisssss!

Paling sedih masa part Hachiko setia berdiri atas batu tempat dia selalu menunggu tuan dia keluar dari stesen keretapi tu dari pagi sehingga ke trip terakhir. Dah habis hari tu, dia akan tido bawah gerabak lama dan lelapkan mata. Esoknya, dia kembali balik ke stesen bila dengar bunyi keretapi dan tunggu sehingga ke malam. Hachiko ulang alik ke sana setiap hari selama 10 tahun semata-mata kerana nak tunggu tuan dia sehinggalah Hachiko menghembuskan nafas terakhir berdekatan stesen keretapi tu. Aduhhh...menangis lagi kami dua beranak huhu. 

Sekali lagi kakak menangis masa part Hachiko mimpi tengok tuan dia keluar dari stesen keretapi dan sambut dia dengan senyuman dan pelukan. Adehh ... dengan aku sekali terbawa-bawa kesedihan tu. Dah la ibu ni hati 'tisu' air mata mudah mengalir macam air terjun kalau sedih-sedih ni. Kesian Hachiko, rindu sangat pada tuan dia sampai termimpi-mimpi.




Setianya dia menunggu tuan dia selama 10 tahun. Tapi cerita sebenar, Hachiko tunggu tuan dia selama 9 tahun dan mati pada bulan 8 Mac 1935 ☝. Sebagai memperingati Hachiko, satu tugu peringatan menyerupai Hachiko telah dibina berdekatan dengan stesen keretapi Shibuya. Tugu tu dibina setahun sebelum Hachiko mati. 

Begitulah pengakhiran bagi Hachiko. Sedihla cerita ni ... aku taknak tengok dah pasni. Tapi sebab tak pernah tengok lagi filem ni, tu yang teringin nak tau. Last-last dua beranak menangis ... hehe.



Wednesday, January 20, 2016

Wednesday, January 20, 2016

Bajrangi Bhaijaan - Menarik Tapi Ada Satu Yang Pelik!


Assalamualaikum!


Saat fenomena #Dilwale masih menguasai jiwa-jiwa peminat filem hindustan tanah air, aku masih berjaya mengekalkan rekod untuk tidak 'terpengaruh' menyaksikan filem lakonan Shah Rukh Khan & Kajol ini baik di pawagam mahupun secara online/download. Bukanlah nak kata aku ni tak minat citer hindustan .... tapi 'berahi' tu tak sama macam masa mula-mula filem Dilwale Dulhania Le Jayenge 15 tahun yang lalu ... hikhik 




Tapi bila kawan cakap ada satu filem yang lagi best dari Dilwale, aku mula rasakan sesuatu. Filem apa yang lagi best dari Dilwale tu? Ko jangan main-main yek, Dilwale dah capai kutipan Box-Office kat Malaysia ni weh! Kalau ikutkan, timeline FB aku tiap-tiap hari penuh dengan status tentang si Kajol dan  Shah Rukh Khan. Ramai yang memuji lagu tema Janam Janam dan Gerua sampai boleh hafal lirik dari awal sehingga akhir! Tu belum part ulang tengok cerita dua tiga kali dalam seminggu hehe....

Monday, June 16, 2014

Monday, June 16, 2014

Tonton Filem Animasi Super Squad Bersama Keluarga


Assalamualaikum!

Sabtu lepas, aku & keluarga berkesempatan menonton wayang animasi Super Squad di eCurve, Damansara melalui jemputan rakan blogger. Ini merupakan kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang setelah 7 tahun lamanya! muahahaha.

Eh, tak percaya ke? Tolong la percaya ... ioulls tak biasa menipu ok!

Memang dah 7 tahun aku tak jejak panggung wayang. Start aku mengandungkan kakak, aku dah stop buat keje-keje tu sumer hehehe. Tapi, bila aku dapat tahu ada tayangan perdana filem animasi Super Squad, memang aku taknak lepaskan peluang ini untuk menontonnya bersama keluarga. 

Cerita kartun takpe hehehe.


Thursday, October 17, 2013

Thursday, October 17, 2013

Wayang Ujung Minggu.


Assalamualaikum!~

Ujung minggu lepas, memang kaw-kaw punyer kitaorg satu family layan movie. Tak sangka punggung kami boleh tahan duduk berjam-jam tengok citer filem dalam bilik hahaha. Ntah angin kus-kus mana yang datang menerpa kami membuatkan satu family malasssss nak kuar menjenguk matahari.

Memula kitaorg layan Curse of Chucky. Sebelum tu kenit dah tengok dah, cuma Pak Jelan ngan bebudak ni je belum tengok lagi. Mula2 tengok mukadimah, adik puji "wahhhh, anak patunggggg la buuuu". Sekali bila dia tengok anak patung tu boleh bergerak dan bercakap & ketawa dengan kejam, berlari dia menyorok belakang kenit. Nampaknya misi menakutkan diaorg telah berjaya muahahaha. Yang kakak tutup muka dengan bantal busuk. Pak Jelan buat2 tido lelapkan mata bila ada part korek biji mata bahahaha! Tak boleh blah family aku ni!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.