Breaking

Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Sunday, July 21, 2024

Sunday, July 21, 2024

Vietnam Rolls Versi Melayu

 

Aku ni dari sehari ke sehari nak order vietnamese rolls kat tt tu. Tapi bila tengok harga untuk 4 ketul sampai lapan belas la dua puloh la, mula timbul keinginan nak buat sendiri. Kitonyo selera besar tapi bajet ciput hehe.


Bahan-bahan dia aku tak ikut seratus peratus macam dalam tt orang jual tu. Aku letak salad, timun jepun dan suhun. Orang lain letak udang la, crab stick la, daging salai la, chicken loaf la. Aku senang je. Kebetulan ada lauk sardin cincuan lebihan dalam peti ais tu haha.


Lauk sardin cincuan makan ngan nasi biasa sangat bunyinya kan. Kali ni aku hancur2kan dia letak sebagai inti dalam vietnam rolls aku. 



Kali pertama aku buat ni, memang tak semenggah rupa paras dia haha. Tengok orang buat dalam tt elok je laju je smooth je senang je dia balut. Dasar tangan takda seni! Takpe, bukan nak bagi orang makan pon, last-last masuk tekak sendiri jugak hehe.


Nak balut rice paper ni pun ada caranya juga. Jangan rendam dalam air lama sangat, benamkan sekejap je dalam air pastu boleh angkat letak atas pinggan yang disapu minyak masak. Semua ni aku belajar dari tt.


Nak sedap, stenbai sos cicah. Aku beli sos cicah Thailand jenama Life tu.




Nak lagi sedap tambahkan lebihan kuah sardin cincuan tu atas suhun tadi. Syurrrrrrkadiwala! Memang mantop meletop-meletop kenikmatannya haha. Anak-anak aku tanya, kenyang ke makan rolls ni ma? Eh 6 ketul isi pada kottttt .... memang kenyang yakmat!


Next aku nak try letak sambal petai (kering) pulak dalam rolls aku ni. Barulah ada identiti kemelayuan sikit hehehehehe. Puas hati dapat makan, jimat pun jimat sangat sebab bahan dia simple je.

Monday, March 07, 2022

Monday, March 07, 2022

I need petai!

 

Assalamualaikum! Kenapa susah sangat nak cari petai di zaman Covid ni? Dah la payah nak jumpa, mahal pulak harganya! Mana pergi petai 5 papan RM3 macam dulu?? Sekarang 5 papan sepuluh ringgit pun ada! Mata kecik jarang-jarang pulak tu. Haihhhh .... 


Gatal punya tekak ni, teringin pulak dia nak makan petai. Sambal udang petai, sambal ikan bilis petai. Apa saja yang ada petai mesti sedap makan lebih-lebih lagi waktu-waktu sejuk camni. Kalau makan nasi mau menambah 2-3 kali kalau ada petai.




Pergi kedai Zam jarang nak dapat petai yang elok matanya. Kalau yang baru sampai, dalamnya ada yang busuk pulak. Sampai satu tahap aku hampir nak beli petai kat Shopee je. Satu papan ada seringgit dua posen, seringgit tiga posen. Tengok mata besar-besar rapat elok. Tapi tak jadi beli bila mikirkan berapa hari pulak dia nak sampai.


Tengah dok skrol petai ternampak pulak sambal tempoyak bilis petai ni. Eh nampak elok pekat tempoyak dia. Aku baca review dulu cam biasa. Ramai yang memuji. Ok ar tu.


Try beli 1 botol dulu. Masuk dalam cart. Eh, benda sedap mana cukup 1 botol. Walaupun aku sorang je yang makan petai tapi satu botol tu sikit sangat. Ok, tambah 1 botol lagi masuk dalam cart.



                    


Puas hati dah bayar. Tak sabar nak tunggu barang sampai . Tepat dua hari sambal tempoyak yang diidam sampai. Kebetulan aku masak sardin cincuan. Moh le pekena dengan sambal tempoyak bilis petai ni.





Rasanya sedap namatey! Halal duit aku beli 2 botol hehe. Puas makan sorang! Takda laun pun takpa, goreng telur mata tambah sambal tempoyak ni pun boleh menambah nasi dibuatnya! 

Saturday, April 03, 2021

Saturday, April 03, 2021

7 Makanan Tradisional Malaysia Popular

 

 

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum. Selain itu, setiap kaum yang terdapat di Malaysia juga bebas untuk mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang negara. 


Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia. Ianya diikuti pula dengan kaum Cina, India dan kemudian kaum minoriti yang lain. Masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia membuatkan ramai pelancong dari luar negara merasa selesa ketika datang bercuti ke negara kita ini.



Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah apabila makanan orang Malaysia juga terdiri daripada pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama-sama. 


Antara hidangan yang popular dan digemari oleh rakyat Malaysia adalah seperti yang tersenarai di bawah.



1. Nasi Lemak



Nasi Lemak merupakan salah satu hidangan makanan Melayu yang sangat terkenal. Ianya diperbuat daripada beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai juadah kebangsaan Malaysia, hidangan ini boleh dijumpai di seluruh Malaysia.


Hidangan Nasi Lemak yang terdapat di Malaysia biasanya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng, kacang tanah goreng, timun dan juga telur rebus. 


Akan tetapi terdapat juga penjual Nasi Lemak yang menyajikannya dengan lauk pauk lain contohnya sambal sotong, sambal kerang, telur goreng, ayam goreng, rendang dan sebagainya.




2. Roti Canai



Roti Canai merupakan sejenis roti leper yang diperkenalkan oleh masyarakat India. Hidangan ini boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu di Malaysia. 


Hidangan ini diperkenalkan oleh imigran Tamil Muslim yang telah menetap di Malaysia. Hidangan ini juga turut dikenali dengan nama ‘roti terbang’, ini kerana proses pembuatannya memusingkan dan melemparkan doh ke udara sebelum di masak.


Pada kebiasaannya Roti Canai dimakan bersama kuah kari sama ada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Namun, terdapat  sesetengah orang yang gemar menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. 


Roti Canai juga bukanlah roti kosong semata - mata, ia juga mempunyai pelbagai cara hidangan yang lain mengikut namanya iaitu Roti Telur, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta dan sebagainya. Terdapat juga Roti Tisu yang berbentuk seperti kon.



3. Char Kuew Teow



Char Kuew Teow merupakan makanan yang sangat popular yang boleh didapati di setiap pelusuk Malaysia. Ia bisanya digoreng dengan kepanasan tinggi bersama kicap cair, kicap pekat, cili, pes udang, udang, kerang, tauge dan daun kucai.


Selain itu, bahan lain yang digunakan untuk digorengkan bersama Char Kuew Teow juga ialah telur, udang, kerang, tauge dan lain-lain lagi. Hidangan ini juga turut disajikan diatas daun pisang yang diletakkan di dalam pinggan bagi meningkat kan lagi aromanya.



4. Nasi Kandar



Nasi kandar merupakan hidangan yang berasal daripada Pulau Pinang dan merupakan hidangan yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. 


Ia merupakan hidangan nasi putih yang disajikan bersama kuah kari serta lauk pauk tambahan. Ia biasanya  dinikmati bersama ayam goreng, kari kambing, sotong goreng, udang goreng, ikan goreng daging lembu dan sebagainya.


Ia juga sering dihidangkan dengan sayur - sayuran seperti peria goreng, kubis goreng, ulam dan sebagainya. Hampir kesemua rakyat Malaysia sangat menggemari Nasi Kandar ini tidak kira di mana sahaja.



5. Nasi Briyani



Nasi Briyani merupakan hidangan nasi campur masyarakat India yang dimasak menggunakan beras basmathi. Ia dimasak bersama pelbagai jenis rempah ratus, yogurt, daging dan juga sayuran. 


Antara ramuan dan rempah yang digunakan termasuklah buah pala, lada kering, bunga cengkih, minyak sapi, buah pelaga, daun bay, kayu manis, ketumbar, daun pudina, halia, bawang dan bawang putih.


Nasi Briyani ini juga terdiri dari pelbagai jenis seperti Briyani kambing, Briyani ayam, daging, cendawan serta Briyani sayuran. Kebanyakan juadah ini boleh didapati di restoran mamak atau restoran India di seluruh Malaysia namun terdapat juga beberapa restoran Melayu yang menyediakan hidangan ini.



6. Asam Laksa



Asam Laksa merupakan hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian.


Gabungan daripada dua unsur budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. Mee laksa berwarna putih ini dimakan bersama kuah dan juga pes otak udang bagi menambah rasa yang lebih enak. Asam Laksa ini boleh ditemui di mana sahaja terutamanya di Pulau Pinang.



7. Teh Tarik



Teh Tarik antara minuman yang paling terkenal di restoran mamak dan diperkenalkan oleh masyarakat India. Malah, ia juga boleh di dapati di restoran-restoran biasa. Minuman ini digemari hampir kebanyakan masyarakat termasuklah kanak – kanak dan orang dewasa.


Teh Tarik ringkas sahaja bahan yang digunakannya. Serbuk teh yang dimasak terlebih dahulu sebelum dibancuh bersama susu pekat dan susu sejat sering menambat hati masyarakat. Buih yang terhasil dari teh yang ditarik menggunakan kole cukup memikat jiwa ramai orang.


Makanan di Malaysia memang banyak. Masing-masing mempunyai makanan kegemaran yang mengikut selera. Ada juga di kalangan pasangan yang punya makanan kegemaran berbeza. Namun begitu, ianya tak mendatangkan sebarang masalah. 


Nak makan menu apa sekalipun, food delivery dari Foodpanda sentiasa ada untuk memberikan perkhidmatan terbaik mereka. Tak kira di mana lokasi, selagi ada servis Foodpanda, pelanggan dengan mudah boleh dapatkan makanan yang ingin di makan dengan cepat. 



Jika dulu perlu pandu sendiri untuk beli makanan tapi kini makanan sudah boleh datang secara terus dari restoran ke depan pintu rumah mengikut lokasi yang diberikan. 


Dengan adanya servis delivery makanan seperti Foodpanda ini, secara tidak langsung gaya hidup rakyat Malaysia semakin kelihatan moden dengan penjimatan masa tenaga dan sebagainya. 

Monday, January 11, 2021

Monday, January 11, 2021

Ketahui Bagaimana Rangkaian Burger Popular Malaysia Mengendalikan Operasinya Pada Masa Ini

 

Rangkaian Burger Malaysia yang popular kini sedang berusaha untuk terus bersusah payah pada masa ekonomi yang sukar. Apakan daya, virus Covid-19 ini benar-benar telah memberi impak. Baik untuk para peniaga seperti di bandar besar Kuala Lumpur mahupun di tempat lain dalam negara Malaysia yang kita cintai ini.


Perniagaan yang dulu popular hingga pelanggan sanggup beratur kini hanya ada beberapa pelanggan saja yang datang untuk membuat pesanan burger daging lembu atau ayam. 


Untuk perniagaan burger yang punya banyak cawangan juga turut merasa tempiasnya apabila jumlah pelanggan menurun.



Di sebalik semua kebimbangan, takut kalau perniagaan sebegini tidak lama lagi terpaksa dihentikan operasinya, para pemilik perniagaan mula memikirkan cara bagaimana untuk menyelamatkan perniagaan mereka. Masing-masing mula berfikir cara kreatif untuk meneruskan perniagaan tanpa mengalami kerugian yang teruk. 


Sekatan pergerakan di seluruh negara Malaysia memerlukan restoran ditutup pada jam yang lebih awal dan penutupan awal ini bermaksud penjualan menjadi lebih sedikit. Meja dan kerusi restoran kosong tidak seperti dulu yang meriah dengan pengunjung untuk duduk santai makan-makan sambil berehat dengan selesa.


Bila ini terjadi, syarikat terpaksa bertindak untuk mengurangkan kos. Pengurus kanan juga terpaksa dipotong gaji antara 10 hingga 25%. Jika dulu boleh upah pekerja sambilan di kalangan para pelajar universiti tetapi kini masing-masing mula memilih untuk tidak bekerja. 


Mujurlah kerajaan Malaysia tidak memandang enteng terhadap apa yang berlaku. Buktinya kerajaan Malaysia membuka jalan untuk mendapat sedikit bantuan terhadap para peniaga kecil yang terjejas teruk. 


Selain dari itu, para peniaga terus mempertahankan gaya pesanan makanan secara atas talian dengan menggunakan servis food delivery
. Dengan adanya perkhidmatan pesanan online berserta dengan servis penghantaran makanan sebegini, secara tidak langsung pelanggan boleh terus membuat pesanan walau untuk dinikmati di rumah masing-masing.




Antara perkara yang sangat dititikberatkan oleh para pengusaha restoran makanan

yang popular ini adalah :


  • Urus secara proaktif. 

  • Pelajari operasi dengan membuat kerja sendiri. 

  • Utamakan pengekalan rasa dan kualiti. 

  • Awasi kepuasan pelanggan

  • Tingkatkan pengalaman pelanggan

  • Ambil perhatian para reaksi semasa terhadap restoran

  • Sanggup melabur dalam iklan untuk perkenalkan lagi restoran.



Antara ciri-ciri restoran yang sangat berjaya pula adalah :


  • Makanan Sedap

  • Makanannya disediakan dengan baik dengan rupa yang menyelerakan

  • Menyediakan pelbagai pilihan minuman

  • Perkhidmatan yang baik oleh semua staff

  • Suasana yang selesa

  • Kos yang berpatutan untuk dibayar oleh pelanggan

  • Lokasi yang senang untuk parking kenderaan 

  • Kepakaran Kulinari

  • Kebersihan sentiasa dijaga



Restoran adalah nadi bagi banyak komuniti. Di sinilah orang ramai boleh menikmati

menu kegemaran bersama keluarga, teman-teman dan insan tersayang. Tetapi

ketika dunia bergelut dengan cara bertindak balas terhadap COVID-19, para

peniaga turut bertindak cepat dengan menyusun strategi untuk mencari cara baru

buat melayani pelanggan seperti dulu. 


Bantu pelanggan merancang dan membuat persediaan juga bagus. Salah satu

daripadanya dengan memuat naik info berkaitan menu yang ada termasuk servis

penghantaran makanan. 



Servis begini boleh menjadi perhatian utama. Pastikan kemas kini info berkaitan

perniagaan makanan ini supaya orang boleh mencari maklumat dengan pantas.

Dengan kaedah ini juga, ianya menjadi lebih jelas apabila boleh dapat tahu ada

pelbagai pilihan makanan yang boleh diakses dan tersedia di kawasan berhampiran. 


Antara menu rangaikan burger popular di Malaysia ini adalah seperti Mc’Donalds

(Halal), KFC (Halal), The Burger Shop SS15 (milik Muslim), Big Hug Burger (Halal),

Burger King dan banyak lagi. 


Itulah serba sedikit info mengenai rangkaian burger yang popular di Malaysia dan

cara mereka mengendalikan operasinya dalam masa yang agak susah ini.

Rata-rata merasakan sedikit sebanyak tempias dari ujian yang kita lalui dalam

bentuk virus Corona-19 ini.


Sama-sama kita jaga diri dan jika dirasakan tidak penting untuk keluar, duduklah

di rumah dan bila lapar bolehlah buat pesanan makanan secara online saja.

Lagi-lagi untuk pasangan berkahwin yang punya anak, semakin kecil anak itu

bererti semakin bahaya untuknya jika dijangkiti virus Corona-19 ini.


Semoga apa yang kita lalui bersama-sama ini akan kembali segera pulih dan

sama-samalah kita menjaga keselamatan diri selalu. Ingat, terus stay home jika

tak ada perkara penting yang perlu dilakukan di luar. 


Sunday, December 06, 2020

Sunday, December 06, 2020

7 Makanan Barat Menyelerakan Yang Ada Di kawasan Sekitar

 

Assalamualaikum! Bandar besar seperti Kuala Lumpur bukan sahaja dikenali sebagai bandar metropolitan yang maju tapi juga terkenal dengan pelbagai jenis variasi makanan dari tempatan mahupun antarabangsa. Sebagai warga KL yang telah menetap disini lebih 20 tahun, aku tidak perlu pergi jauh untuk menikmati hidangan makanan Barat kerana semua yang sedap ada di Kuala Lumpur.


Memang terdapat banyak restoran makanan Barat di Kuala Lumpur, tapi nak cari yang sedap dan kena dengan tekak kita serta harga berpatutan tidak mudah. Tambah sekarang, kita tidak digalakkan untuk keluar rumah kecuali ada tujuan penting. 


1. Cafe Hashtag Lapar



Salah satu pilihan hidangan Western yang boleh korang cuba ialah dari Cafe Hashtag Lapar yang terletak di Taman Maluri ini. Antara hidangan makanan Barat yang available disini ialah seperti Chicken Chop, Chicken Grill, Lamb Chop, Sirloin Steak dan pelbagai jenis burger dan sandwish. 

Mereka juga ada menyediakan hidangan Mixed Grill dan Mixed Platter, so korang juga boleh order secara kombo. Memang sesuai sangat dengan namanya, #Lapar so bila korang lapar ingat Cafe Hashtag Lapar!

Alamat : No. 123-G, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri 55100 Kuala Lumpur

.
2. Restoran Pak Ya 




Kalau korang dekat dengan area Keramat atau Setiawangsa, korang boleh cuba sajian makanan Barat dari Restoran Pak Ya ni. Segala jenis makanan Western ada dijual disini, dari Chicken Chop sampai la ke Pasta. 

Yang menariknya, mereka juga ada hidangan nasi yang digabungkan dengan makanan Barat seperti Lamb Chop Rice, Fish & Rice, Chicken Chop Rice dan banyak lagi! So kalau korang nak nasi campur Western, inilah tempatnya!

Alamat : Jalan AU 1a/4d, AU1 54200 Kuala Lumpur, Selangor.

3. Overloaded Western KL


Ada satu restoran di Setiawangsa yang menyediakan hidangan makanan Barat yang menyelerakan! Di Overloaded Western KL, korang boleh cuba pelbagai jenis menu pasta dan meatballs dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, mereka juga ada menjual pemanis mulut dan kek yang mampu menambat hati dan selera korang. Pendek kata, lepas makan main course bolehlah try kek moist coklat diaorang pula. Jadi, kalau korang berada di sekitarnya jangan lepaskan peluang mencuba ya!


Alamat : No.1, Jalan 37/56, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur


4. Abento Burger Pandan Indah



Apa yang menarik di Abento Burger Pandan Indah ni? Well, ada menu yang mungkin korang tertarik nak cuba disini. Nampak macam hidangan burger yang biasa je kan. Sebenarnya, diaorang ada menu burger yang jarang-jarang kita boleh dapat di tempat lain. 


Di sini, mereka ada menu Burger Unta dan Burger Rusa! Haa kalau korang ada kenalan yang mengidam nak makan daging rusa atau daging unta, inilah tempatnya! Nak yang ada cheese pun boleh, dan yang paling best sekali ...harganya memang sangat berpatutan!


Alamat : Jalan Pandan Indah 1/25, Pandan Indah 55100 Kuala Lumpur (Hadapan Hameed Maju)


5. Franky Fresh


Teringin nak makan hidangan roti sosej ala-ala macam dalam filem America? Yang dalam filem tu dagingnya tak halal. Tapi di Franky Fresh korang boleh nikmati hidangan makanan Barat yang halal lagi menyelerakan. Daging sosej yang besar dan berjus adalah dari daging yang diimport dari Australia bersama ramuan herba dan rempah ratus yang diapit dengan roti besar.


Antara menu yang korang boleh cuba ialah The OG Frank, Cheesy Bomb dan Meaty Mayhem. Peminat daging serta sosej mesti wajib cuba hidangan ini dan nikmati kepuasannya!


Alamat : 213/26, Jalan Ampang, Batu 4½ Jalan Ulu Kelang, 68000 Ampang, Kuala Lumpur.


6. Cafe Pizza Sampan


Dah bosan makan pizza bulat? Apa kata korang cuba kelainan pula kali ini dengan pizza berbentuk sampan! Ya, inilah namanya kreativiti. Hidangan Western yang unik ini telah mendapat review yang cukup memuaskan dari pelanggan. Pendek kata, sampan pizza ni wajib untuk mereka yang mahu mencubanya pertama kali.


Korang boleh pilih samada mahu Pizza Sampan Original Chicken, Original Beef, Original Lamb, Chicken Cream, Chicken BBQ atau Smokey Beef. Mereka juga ada set Western dan set Pasta yang sedap dan lazat. So, kalau korang berada dekat dengan kawasan Pandan Jaya, bolehlah mencubanya.


Alamat : 24, Jalan Pandan 3/6a, Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur.


7. Grellas (Wangsa Maju)



Jika ada yang teringin nak makan lamb chop, boleh mencuba hidangan ini dari Grellas yang mementingkan presentation makanan yang kemas dan menyelerakan. Yang pastinya korang akan dapat hidangan lengkap yang sihat iaitu kombinasi sayur dan daging dalam satu pinggan.


Selain itu, mereka juga ada KiloMeater Super Sandwich iaitu kombinasi 3 jenis daging, lembu, kambing dan ayam dalam satu sandwich. Menarik kan! Jangan lupa mencubanya dan rasakan kelainan rasa dan kepuasan.


Alamat : 21, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur


Jadi yang mana satu pilihan hati? Yang penting, semuanya dihujung jari tidak perlu keluar rumah, hanya pilih dan tunggu foodpanda bawa makanan korang sampai depan pintu. Untuk itu, aku lebih suka menggunakan aplikasi delivery foodpanda untuk cari western food near me yang dekat dengan rumah.


Bila ada servis perkhidmatan pesanan dan penghantaran makanan seperti foodpanda, lebih mudah untuk kita buat pilihan dan lebih selamat. Inilah cara paling mudah dan selesa untuk semua tidak kira berada dimana.

Monday, November 16, 2020

Monday, November 16, 2020

6 Tempat Makan Menu Barat Sebenar Di Kuala Lumpur

 

Berada di Kuala Lumpur? Sedang mencari menu makanan barat yang sebenar di

area KL ini? Ia bukanlah satu kerja yang susah kerana restoran atau tempat

makan di kawasan Kuala Lumpur ini sememangnya sangat-sangat banyak.

Sebut saja nak makan apa, dari menu makanan melayu asli, makanan cina,

india dan barat, semuanya ada dengan pelbagai jenis pilihan. 


Jika kebetulan sedang berada di Kuala Lumpur dan datang kerana urusan kerja

dan sebagainya, masih belum biasa dengan keadaan di sini, tidak tahu tempat

makan mana yang okay, di sini akan dikongsikan enam tempat makan barat

sebenar di Kuala Lumpur yang boleh anda cuba. Sesekali cuba makanan barat

okay juga kan? 


#1 - Burger & Taco



Burger & Taco boleh dikatakan sudah agak terkenal untuk warga kota raya Kuala

Lumpur kerana restoran ini boleh dianggap sebagai salah satu restoran yang

mampu menyediakan menu makanan barat yang sedap. 


Burger & Taco adalah jawapannya turut memilih daging yang 100% adalah daging

lembu Australia sebagai patty dalam hidangkan yang mereka sajikan. Setiap patty

ini bersifat in the house made kerana pihak Burger & Taco membuatnya sendiri

khas dengan kepakaran yang mereka ada. 



Tidak hanya itu, Burger & Taco turut memberikan promosi khusus untuk para

pelanggan yang mahu mencuba menu mereka di sini. Sebagai contoh, boleh

dikatakan saban hari Burger & Taco ini memberikan promosi dengan harga bawah

RM19 dari jam 12 tengahari hingga 3 petang. Jika terasa tidak mahu makan

burger, jangan risau kerana di sini turut ada pelbagai jenis pilihan menu yang

lain untuk di cuba. 


Alamat: E2-04-3A, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000 Cyberjaya,

Selangor


#2 - Lepaking



Lepaking, namanya saja sudah mampu mengambarkan bagaimana keadaan

restoran ini. Pastinya agak kasual dan santai untuk berada dalam masa yang

lama sambil makan-makan. Ternyata nama yang dipilih benar-benar sesuai

dengan konsep yang dibawa. 


Di Lepaking ini ia tidak hanya mempunyai suasana makan yang hipster malah

makanannya juga turut digunakan konsep yang sama. Tak hairanlah kenapa

ramai pelanggan sering datang ke sini, lagi-lagi untuk golongan anak muda. 


Lepaking menyajikan banyak pilihan menu makanan lagi-lagi untuk makanan

citarasa barat. Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan dan minuman untuk

dipilih bersesuaian dengan citarasa masing-masing.                        


Di sini, pemiliknya turut mementingkan keselesaan pelanggan untuk tahap yang

berikutnya dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas dan

surau yang bersih dan selesa. 



Tidak lupa juga, hidangan ala western yang disajikan, sebagai contoh lamb chop,

pasta, chicken chop, sizzling dan lain-lain lagi, semuanya dalam lingkungan harga

yang agak murah dan berbaloi. Jika terasa mahu makan nasi juga boleh cuba

menu nasi ayam penyet yang juga agak popular di sini. 


Jika mahu makanan yang ala snek, Lepaking ada menawarkan menu Vietnam

spring roll dan juga corn dog cheese. Sekali makan pasti kenyang dan besar

kemungkinan akan terasa untuk kembali makan lagi di sini.


Alamat: 3 1/2, Lot 8099, Jalan Gombak, Kampung Sungai Merali, 53000

Kuala Lumpur


#3 - Zazi’s Kitchen


Mahu makan dalam suasana yang agak sunyi dan tenang untuk lari sebentar dari

hiruk pikuk kota? Atau mungkin juga mahu lepaskan tekanan kerja yang ada

supaya diri kembali terasa aman. Apa kata kali ini cuba untuk nikmati hidangan

di Zazi’s Kitchen. 


Zazi’s Kitchen merupakan sebuah kafe dengan konsep hipster dalam suasana

tenang dan santai di bawah cahaya lampu yang suram. Ini kalau datang makan

dengan pasangan sudah tentu akan bertukar kepada suasana makan yang

romantik. Tentu-tentunya isteri akan suka. 




Untuk makanannya pula, Zazi’s Kitchen menawarkan pelbagai jenis menu

makanan barat yang tidak kurang enaknya. Jika terasa mahu makan makanan

menu tempatan juga ada di sini. Jangan risau.  


Antara masakan yang boleh dicuba adalah seperti black pepper beef steak yang

sememangnya sudah mendapat banyak reaksi positif dari para pelanggan sebelum

ini. Untuk menu tempatan pula ada pilihan seperti daging tetel asam pedas,

salad set asam pedas ikan pari, nasi lemak kukus dan banyak lagi. 


Alamat: 53, Jalan SG 3/1, Pusat Bandar Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor


#4 - Pak Uda Kitchen & Grill 


Berbeza dengan restoran yang telah dikongsikan di atas, Pak Uda Kitchen & Grill

agak berbeza kerana menu di sini disajikan mengikut nama artis Hollywood yang

popular di tahun sekitar 70an sehingga 90an. Nama selebriti ini digunakan supaya

bersesuaian dengan konsep restorannya yang agak klasik tetapi tetap ada elemen

moden di dalamnya. 



Antara nama menu yang agak menarik di sini adalah seperti Madonna Cheesy

Chicken Chop dan juga Bon Jovi Salmon Fish. Nama yang cukup unik bukan?

Sekaligus membuatkan kita tertanya-tanya bagaimanalah agaknya rupa untuk

sajian tersebut. 


Di sini cukup sesuai untuk makan bersama pasangan mahupun untuk datang

makan bersama keluarga yang terdekat. Dahulu sebelum kita diuji dengan virus

COVID-19 ini, ramai juga yang datang ke restoran Pak Uda Kitchen & Grill ini

untuk menyambut hari istimewa seperti ulangtahun kelahiran, perkahwinan dan

sebagainya di sini. Harganya juga sangat berpatutan sekali. 


Alamat: No. 13-G, Jalan PPS 1, Pusat Perdagangan Selaseh, 68100 Batu Caves


#5 - The Rack Boutique Café


Makanan barat rata-rata mementingkan soal rasa, persembahan makanan dan

juga suasana dekorasi restoran. Ini kerana peminat makanan barat ini selalunya

ingin makan dalam suasana yang cozy dan selesa. Ada mood gitu. 


Menyedari akan hal itu, The Rack Boutique Café turut mementingkan perkara yang

sama. Di sini, hidangan ala-ala Barat fushion telah diperkenalkan supaya dapat

memikat selera peminat makanan di luar sana. Terdapat banyak juga pilihan

hidangan barat yang popular seperti chicken chop, pasta dan steak yang

disediakan dengan resepi rahsia mereka sendiri.



Antara menu yang paling mendapat perhatian di sini adalah seperti Talam Ramen,

Monster Platter dan Cheesy Chicken Korean dan banyak lagi. Minuman di sini

turut di bawa dalam gaya ala hipster dan ada pelbagai pilihan minuman seperti

coffee dan juga chocolate blended


Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor



#6 - Code : Black Espresso


Suka minum kopi? Suka juga aroma kopi yang menawan hati? Jika suka bolehlah

cuba nikmati minuman kopi di Code : Black Espresso. Di sini tidak hanya ada

minuman kopi semata-mata malah ada juga pelbagai jenis pastry yang enak-enak

belaka. 



Bayangkan gabungan aroma kopi dan juga pastry yang wangi dan menyelerakan.

Sekali melangkah ke dalam kafe ini terasa aman dan tenteram dengan aroma

yang ada. Suasana kafenya juga cukup menarik dengan warna hitam-kelabu. 




Antara minuman yang sering menjadi pilihan pelanggan di sini adalah seperti

Espresso dan juga Latte. Manakala hidangan pastry yang popular pula adalah

seperti Burnt Cheesecake, Tiramisu dan juga Cinnamon Roll. 


Alamat: B-G-9, Emerald Avenue, Jalan PS 11, Selayang – Kepong Highway,

Prima Selayang


Nak menu makanan barat yang sedap dan tidak mengecewakan sebagaimana

yang telah dikongsikan di atas? Tak ada masalah, boleh saja. Walaubagaimanapun,

jika terasa tak ada masa atau mungkin kurang sihat, ada baiknya terus saja duduk

di rumah dan elakkan dari berada di tempat awam. 



Rasa teringin untuk makan itu boleh dipenuhi dengan bantuan Foodpanda yang

menawarkan pelbagai pilihan western food near me untuk dibuat pesanan. 


Dengan adanya servis pesanan dan penghantaran oleh Foodpanda begini,

dengan mudah keinginan untuk makan makanan barat dapat dipenuhi walaupun

sama sekali tidak melangkah keluar mana-mana sama sekali. 


Tidak kisahlah jika ada berada di kawasan mana sekalipun, walau termasuk

dengan kawasan Cybercjaya sekali, memang ada pelbagai restoran yang

menyajikan makanan barat yang best-best untuk anda cuba. 

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.