Breaking

Showing posts with label Garfield. Show all posts
Showing posts with label Garfield. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Tuesday, November 24, 2015

Dapatkan Beg & Bagasi Garfield On-the-Go Eksklusif Di Guardian!


Assalamualaikum!


Korang minat kartun Garfield tak? Kalau korang peminat tegar karakter kucing gemuk yang comel ini, korang ada peluang untuk memiliki koleksi beg dan bagasi Garfiel On-the-Go yang ekslusif ini di Guardian! Tempat lain takda tau, kat Guardian je ada ni!

Jom tebus barangan Garfield On-the-Go hari ini dan dapatkan beg & bagasi idaman eksklusif Garfield yang comel dan menarik di Guardian! Macam mana caranya? Haaa kalau nak tahu, kenala baca sampai bawah ye hehe ...

Sebelum tu meh aku kongsikan sekitar majlis makan malam dan pelancaran Garfield On-the-Go bersama Guardian minggu lepas.




Majlis makan malam dan pelancaran Garfield On-the-Go telah berlangsung dengan meriahnya di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) minggu lepas yang turut dihadiri oleh rakan-rakan kongsi Guardian dan rakan-rakan media yang lain.

Sebelum majlis bermula, terdapat beberapa aktiviti menarik yang disediakan oleh penganjur di ruang legar dewan makan. Antaranya, Slam Dunk, Photo Corner, Caricature, Mini Golf, Fortune Telling, dan Wheel of Fortune. Fortune Telling tu aku tak main la hehe ....




Setia menunggu pop-corn hehe


Candy Floss anyone?


Mira dapat 'bunga' dari abang badut!


Pembukaan majlis dimulakan dengan persembahan menarik akrobatik dan silap mata oleh Moudini.




Program penebusan barangan Garfield On-the-Go telah dilancarkan oleh Peter J. Dove, Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, dengan memperkenalkan kucing ikonik Garfield yang menjadi kegilaan tidak mengira lapisan masyarakat dan kini, ianya boleh didapati di Guardian!




"Siri beg dan bagasi Garfield On-the-Go Guardian menawarkan sesuatu yang istimewa buat seisi keluarga, menceriakan pengembaraan mereka walau kemana jua, dan ini adalah salah satu cara Guardian Malaysia memberi ganjaran kepada para pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,"tambah beliau.




Saat yang dinanti-nantikan adalah apabila maskot Garfield melangkah masuk ke dalam dewan hahaha. Teruja mengejar si Garfield ni, tapi yang mampu hanya gambar dari tepi aje la ye hehe. Geram pulak kita tengok dia! Rasa nak peluk cium dan bawa balik je si 'Garfield' yang gebu ni ngeeee .... 




'Garfield' bergambar bersama tetamu VIP dan model-model yang memperagakan beg dan bagasi Garfield On-the-Go yang cantik dan menarik. Kesemua beg dan bagasi unik ini boleh mula ditebus di Guardian bermula 19 November 2015 sehingga 29 Februari 2016!




Mataku hanya fokus pada satu tempat saja! Beg bagasi Garfield tu memang comel .... kan .... huhu




Ada 5 jenis beg Garfield On-the-Go dengan corak menarik yang bakal menjadi rebutan semua! Kalau korang sedang mencari beg sekolah, bolehlah dapatkan beg sekolah Garfield samada backpack atau beg troli seperti di atas ni. 

Bagaimana Cara Menebus Garfield On-the-Go?

Mudah! Korang hanya perlu membuat pembelian sebanyak RM20 di Guardian untuk mendapatkan sekeping setem khas Garfield. Apabila 20 setem telah dikumpul, korang boleh menebus barangan Garfield pada harga diskaun.

Ni ada satu tips untuk mendapatkan setem ekstra, dimana korang boleh dapatkannya dengan membeli barangan belian-hebat (star-buy). Korang boleh rujuk SINI






Setem-setem akan dikeluarkan di semua farmasi Guardian yang mengambil bahagian di seluruh negara :
  • 19 November sehingga 29 Februari 2016 bagi Semenanjung Malaysia
  • 3 Disember 2015 sehingga 29 Februari 2016 bagi Sabah dan Sarawak

Bila dah cukup 20 setem dikumpulkan, korang boleh :
  • menebus sebuah overnighter Garfield pada harga RM29 
  • menebus sebuah beg sandang Garfield pada harga RM39 
  • menebus sebuah beg sekolah troli Garfield pada harga RM69 
  • menebus sebuah beg bagasi beroda Garfield 18" pada harga RM129 




Buat masa ni, aku dah ada 5 setem dalam tangan hehe Harap dapat cukupkan 20 pastu nak tebus beg bagasi Garfield On-the-Go yang comel lote tu! :D




Korang juga boleh membeli satu set dua organiser Garfield pelbagai guna pada harga RM19, dengan setiap pembelian RM20. Terdapat 2 pilihan warna menarik, ungu dan merah.




Ada lagiiiii! Korang juga berpeluang memenangi sebuah Vespa, dengan hanya perlu membeli produk berjenama Guardian sebanyak RM30 dan mengikuti akaun rasmi Guardian Malaysia LINE. Kalau takda aplikasi LINE, sila download sekarang ye! 

Ada 9 buah skuter Vespa berwarna Oren yang cantik dan menarik untuk dimenangi! 



Fuh! memang comel rasa kalau posing ngan bagasi Garfield On-the-Go ni! Bukan korang je geram, aku pun tak berkedip mata bila tengok beg bagasi ni dari dekat hehe. Comel sangat! Rasa nak bawa balik sebuah je, tapi sayang beg bagasi ni sudah menjadi kepunyaan rakan blogger kak Nannie Isa yang menang cabutan bertuah malam tu huhu .... tahniah kak!

Aku pun tak pulang dengan tangan kosong hehe. Terima kasih Guardian Malaysia atas cenderahati yang menarik ni! Dompet passport Fossil warna pink dan 2 set organiser Garfield On-the-Go warna merah ....weee :D




So korang tunggu apa lagi, pergi serbu farmasi Guardian berdekatan sekarang dan shopping lah barangan kecantikan dan kesihatan untuk seisi keluarga. Jangan lupa dapatkan setem di kaunter ye! Dah cukup 20 keping setem, korang boleh tebus beg mana yang korang suka! Aku suka sangat bagasi Garfield On-the-Go ni, ada sesiapa nak hadiahkan aku sempena birthday Ahad ni tak? hahaha .... :D

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.guardian.com.my

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.