Pasal Blog
Thursday, February 27, 2014
Apa Rasanya Bila Dimadukan?
Assalamualaikum!
Madu itu manis, hakikatnya dalam kehidupan bermadu itu ada bermacam-macam rasa. Tapi, manusia tak pernah nak bersyukur bila memiliki sepenuhnya 'kebebasan' itu, lalu ditarik sedikit nikmatnya dan dia hanya memiliki separuh darinya dan berkongsi lagi separuh. Itulah kehidupan.
Seperti manusia, syarikat pengiklanan juga tak suka bila 'dimadukan'. Kehadiran banyak syarikat pengiklanan dari dalam dan luar negara memberikan saingan yang cukup sengit untuk menawan hati kita. Tapi, kadang-kadang rezeki tak berapa nak 'lekat' jadi ada baiknya kita 'bertukar angin' dan cuba benda baru.