Story Kenit
Monday, December 08, 2014
Kami Di KL Kids Festival 2014!
Assalamualaikum!
Cuti sekolah ni memang banyak aktiviti dan program yang melibatkan kanak-kanak sedang berlangsung dengan rancaknya. Terbaru, aku bawa anak-anak ke KL Kids Festival di MARTRADE, Kuala Lumpur. First time datang sini, tak susah sebenarnya kalau ikut Waze ... tapi biasalah kalau first time tu selalunya memang kena sesat dulu baru jumpa tempat hahahaha.
Kami sampai dalam tengahari, masa ni pengunjung tak berapa ramai dan tempat tak berapa nak sesak jadi selesa gak la berjalan kat dalam tu. Actually, kami tak tau nak pi mana satu sebab rupa-rupanya dalam dewan/ruang legar tu dah penuh dengan budak-budak! huhu.