Kempen
Tuesday, October 13, 2015
Penyerahan Cek RM8,800 Untuk Kempen 'Care For Your Eyes' Oleh Bausch+Lomb
Assalamalaikum!
Sempena Hari Penglihatan Sedunia 2015 yang berlangsung pada bulan lepas, Bausch+Lomb Malaysia telah mengadakan satu Kempen 'Care For Your Eyes' di laman media sosial bagi mengumpulkan dana untuk disumbangkan kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB). Selain bertujuan untuk memberi sumbangan, kempen yang berlangsung dari 11 Ogos sehingga 30 September 2015 yang lalu itu juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul.
Dan selama sebulan setengah kempen ini berlangsung, Bausch+Lomb telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dan juga selebriti yang turut sama menyumbangkan video pendek mereka melakukan senaman mata kemudian memuat naiknya di Facebook masing-masing beserta #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.
Dan selama sebulan setengah kempen ini berlangsung, Bausch+Lomb telah menerima sambutan yang memberangsangkan dari orang ramai dan juga selebriti yang turut sama menyumbangkan video pendek mereka melakukan senaman mata kemudian memuat naiknya di Facebook masing-masing beserta #bauschandlombmalaysia & #careforyoureyes dan tag tiga orang rakan untuk melakukan perkara yang sama.
Pengarah Urusan Bausch+Lomb, Singapura dan Malaysia - Jake Kim
Dan, pada minggu lepas satu majlis penyerahan cek sumbangan telah berlangsung di ibupejabat Bausch+Lomb Malaysia yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia, En. Radha Krishnan.
"Kami gembira kerana dapat mencapai kedua-dua objektif kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mata dan penjagaan mata yang betul disamping mengumpul dana untuk Persatuan Cacat Penglihatan melalui kempen Penjagaan Mata Anda ini. Dengan projek ini, kami berjaya menyumbang semula kepada masyarakat disamping mendidik orang ramai tentang cara-cara untuk menjaga kesihatan mata mereka dengan lebih baik. Kami sebagai pelopor inovasi, berharap untuk terus menjalankan kempen-kempen unik seumpama ini pada masa akan datang," Jake Kim berucap di majlis itu.
Penyerahan cek sumbangan
Melalui kempen 'Care For Your Eyes', Bausch and Lomb Malaysia berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM8,800 dan penyerahan cek sumbangan disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan Bausch+Lomb Malaysia & Singapura, Jake Kim kepada wakil Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB), En. Radha Krishnan.
Seperti yang aku cakapkan tadi, kempen 'Care For Your Eyes' ini telah menarik minat para selebriti tempatan dengan penyertaan video-video mereka memuat naik video senaman mata. Untuk pengetahuan korang, untuk setiap video yang dimuat naik, Bausch+Lomb Malaysia berikrar untuk menyumbangkan RM5 kepada Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia.
Antara selebriti yang terlibat ialah Amber Chia, Belinda Chee, Nadia Heng, Daphne Iking, Atikah Suhaime dan Diandra Arjunaidi.
Persatuan Cacat Penglihatan Malaysia (MAB) memberikan perkhidmatan dan peluang untuk penyertaan, penglibatan dan integrasi yang lebih luas kepada orang-orang cacat penglihatan dan juga mempromosikan pencegahan kecacatan penglihatan.
Kalau korang nak mengetahui lebih lanjut mengenai MAB, korang boleh layari www.mab.org.my
Semoga usaha murni ini oleh Bausch+Lomb Malaysia ini dapat diteruskan pada siri kempen yang akan datang, dan moga lebih banyak syarikat korporat lain akan turut sama mengadakan kempen seperti ini dalam membantu mana-mana organisasi yang memerlukan sumbangan untuk pembangunan program dan kemudahan lain yang diperlukan.