Projek IQRA'
Wednesday, May 13, 2015
Projek IQRA' - Shopping Raya 2015
Assalamualaikum!
Pernah dengar kempen Shopping Raya? Ia merupakan satu projek kebajikan yang diuruskan oleh Persatuan Kebajikan Projek IQRA' SeMalaysia, sebuah badan amal bukan kerajaan (NGO). Setiap tahun Projek IQRA' akan membantu anak yatim asnaf, anak-anak asnaf dan fakir miskin melalui sumbangan dana dari orang ramai di bawah Kempen Taja Shopping Raya.
Dan, pada tahun ini Projek IQRA' sekali lagi tampil untuk menceriakan sambutan lebaran untuk 600 penerima yang terdiri dari golongan asnaf dan fakir miskin yang mengambil bahagian.
Apa itu Shopping Raya 2015?
Shopping Raya adalah acara tahunan yang dilaksanakan oleh Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia bagi memberi peluang kepada orang ramai menyumbang untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan komuniti yang menyertai program-program anjuran kami.
Shopping Raya 2015 adalah kesinambungan projek yang telah berlangsung selama 5 tahun, ini menjadikan Shopping Raya adalah satu aktiviti wajib bagi PROJEK IQRA untuk melaksanakannya.
APAKAH TUJUAN & OBJEKTIF SHOPPING RAYA 2015?
Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membawa anak-anak yatim dan komuniti bersama-sama dengan para sukarelawan pergi membeli belah pakaian sempena sambutan Syawal Eidul Fitri.
Selain memberi anak-anak yatim ini merasai kemeriahan membeli persiapan berhari raya, program ini membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti kerja amal.
Ringkasnya, melalui acara ini, kami berhasrat untuk;
- Meringankan beban keluarga anak-anak yatim yang terlibat.
- Membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan kerja amal.
- Mendekatkan jurang antara anak-anak yatim dengan orang ramai.
- Menjadi platform agar masyarakat sentiasa bersatu hati dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik.
- Memeriahkan sambutan Eidul Fitri anak-anak yatim dengan masyarakat setempat.
Nilai Tajaan kempen #shoppingraya2015
Nilai tajaan untuk seorang adalah RM200. Boleh ikut formula dalam poster sekiranya korang nak kongsi-kongsi duit dengan keluarga atau rakan untuk disumbangkan.
Tapi, seandainya korang nak sumbang lebih dari yang dicadangkan ... alhamdulillah! Moga Allah bukakan pintu rezeki seluas-luasnya untuk korang!
Bagaimana nak taja?
Mudah! Boleh rujuk kat dalam poster di atas. Tapi takpe, aku tuliskan juga di bawah ni untuk memudahkan lagi kerja korang :)
Bank : Maybank
No. Akaun : 5648 1050 4003
Email : info@projekiqra.com
Sebarang pertanyaan, korang boleh call :
Suhaimi : 016-206 5597
Solleh : 017-670 2033
Sharifah : 017-274 8904
Projek IQRA' juga menguruskan beberapa projek lain yang diusahakan oleh rakan-rakan Projek IQRA' di seluruh Malaysia dan luar negara. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai mereka, boleh terjah :
Laman Web : www.projekiqra.com
Facebook : Projek Iqra'
Tujuan kempen #shoppingraya2015 ini dijalankan sebelum bulan Ramadhan adalah untuk memastikan kelancaran program yang bakal bermula pada awal Ramadhan nanti. Lagipun kita hendak menaja untuk 600 penerima, sekiranya tak dibuat dari sekarang, dikhuatiri akan melambatkan usaha untuk mencapai target penerima sumbangan. Tujuan mereka hanya satu, untuk berkongsi kegembiraan ini bersama-sama dan Projek IQRA' sedia menjadi medium untuk merealisasikan impian anak-anak asnaf ini.
Lagi satu, nak buat kebaikan tak perlu tunggu Ramadhan kan. Lebih baik mulakan dari sekarang sebab kita tak tahu umur kita boleh sampai takat mana. Entah kan boleh sampai Ramadhan nanti ke tidak ....
Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan semua pihak dan menjadi medan dalam membentuk masyarakat yang prihatin dan harmoni.
Aminn ...