Breaking

Showing posts with label Kek Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Kek Hari Lahir. Show all posts

Monday, December 16, 2024

Monday, December 16, 2024

Happy Birthday Nim!

 

Alhamdulillah bulan November lepas bertambah setahun lagi umurku. Dalam masa yang sama, aku mengaku aku juga takut untuk menghadapi setahun lagi kehidupan ini. Ujian dan nikmat datang tak putus. Tapi tiada manusia yang hidup tanpa diberikan ujian. Yang dah mati pun sedang diuji di alam barzakh ye dak.


Semakin naik umur ni, aku lebih suka buat hal sendiri. Bukan sombong, bukan juga membawa diri. Aku cuma nak tenang saja, walaupun kadang-kadang ketenangan tu pon tak nak datang kat aku haha. Tapi takpe, Allah uji tandanya Allah sayang kan.




Yang penting keluarga ada dekat ngan aku. Anak-anak membesar depan mata aku. Pelajaran, makan minum dan keperluan diaorang dapat kami cukupkan. Itu dah melegakan aku.

Kek ni pun cik suami buat kejutan. Bulan sebelumnya, kami anak beranak buat kejutan kat dia. Bulan aku, dia balas balik haha. 




Style aku, tak sambut birthday pon takpe. Wish saja pon takpe. Tak wish pon takpe. Sebab dari kecik aku tak pernah meraikan birthday sendiri ataupun adik beradik lain. Jauh sekali nak sambut di sekolah dengan rakan-rakan. Paling besar pun, arwah abah bawak gi makan KFC je la masa tu. Kek-kek ni takde makna nak beli haha. Buat pulut kuning pon masa khatam Quran.

Tapi bila dah anak sendiri, aku usahakan juga sambut birthday anak-anak bagi diaorang merasa happy pada ulangtahun hari lahir sendiri. 

By the way, kek red velvet tu memang sedap! Kek cheeseburn cik suami punya pun sedap cair dalam mulut. dua-dua beli kat Bakers Cottage. Tu pun satu kelebihan tinggal dekat dengan kedai bakery ni. Nak kek,nak pastry gi je jalan kaki dah sampai.





Terima kasihlah cik suami belikan kek dan surprisekan aku yang masa tu baru lepas memasak tengah melunjurkan kaki di sofa. Penat sangat berdiri lama kat dapur haha. Berdiri lama sikit pon tak larat sekarang ni....gitulahhhhhh!


Aku doa supaya Allah berikan aku kesihatan yang baik, akal yang waras, kudrat yang kuat dan kesabaran yang tinggi untuk aku menjadi anak, isteri dan ibu yang disayangi oleh keluarga...aamiinnn!




Thursday, October 03, 2019

Thursday, October 03, 2019

Kek Hari Lahir Yang Tertangguh


Asslamualaikum! Seperti yang ibu janjikan enam bulan yang lepas haha bahawa kakak dan adik akan dapat kek yang diidamkan akhirnya pada bulan September termakbul jua! Hadiahnya dah dapat pada tarikh lahir diaorang, cuma keknya tak dapat masa tu.

So, ibu tangguh dulu keknya tapi ibu janji kek akan tetap ada! Kesukaan mereka kek batik, tapi ibu 'segan' nak buat so ibu tempah aje la kat Facebook. Syukur dapat penjual yang boleh siapkan dalam masa dua hari.

Friday, March 27, 2015

Friday, March 27, 2015

Kek Hari Lahir & Goodies Bag


Assalamualaikum!



Anak-anak dara bizi memasukkan makanan dalam goodies bag masing-masing. Walaupun tarikh birthday diaorg sama ..23 Mac yang lepas tapi masing-masing nak sambut kat sekolah masing-masing hehe. It's ok ... kita pun dah sambut satu family aritu kan ..so it's time to celebrate with their friends.

Kelas kakak tak ramai ..hanya 22 orang murid. Yang adik pulak hanya 20 orang. So, penyediaan goodies bag tak la banyak sangat tapi aku lebihkan 2-3 bag tuk setiap sorang.

Wednesday, March 27, 2013

Wednesday, March 27, 2013

Sanah Helwah My Precious Pearls - Part 2

Assalamualaikum!~

Memandangkan minggu ni cuti sekolah, maka sesi kedua sambutan besday My Pearls dibuat di nurseri. Pada 26hb Mac, tercapai gak hajat Kenit nak bagi anak-anak celebrate besday ngan kawan-kawan. Seronok la malam sebelum tu kami prepare goodies tuk kawan-kawan depa.


beria-ia Wani nak tolong, seronok katanya hehe.

Monday, March 25, 2013

Monday, March 25, 2013

Sanah Helwah My Precious Pearls! - Part 1

Assalamualaikum!~

Misi nak sambut besday bersama My Pearls sekeluarga sudah tercapai Sabtu lepas...alhamdulillah. Memang seronok dan senang nak handle besday dua orang anak dara ni sebab besday diaorg jatuh pada tarikh yang sama hehe.

So, preparation kami biasa-biasa je. Pastikan ada wan & atuk, kek, belon & hadiah! But, this year ada pembaharuan sedikit, special preformance dari bidan terjun...mr badut! muahahaha. Tak sangka berbakat jugak mr badut baru kiter ni hehehe.

Saturday 23 Mac 2013


chocolate sponge kek with angry bird design - from ayah & ibu

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.