Breaking

Showing posts with label KelabBloggerBenAshaari. Show all posts
Showing posts with label KelabBloggerBenAshaari. Show all posts

Tuesday, May 10, 2016

Tuesday, May 10, 2016

Khasiat Cendawan Susu Harimau - Khazanah Berharga Negara!


Assalamualaikum!


Penggunaan cendawan dalam kehidupan seharian bukanlah asing di kalangan orang Asia, khususnya di kalangan masyarakat tempatan hari ini. Cendawan bukan saja sinonim dalam penyediaan makanan dan bukan sekadar untuk melazatkan masakan, tapi ia juga mempunyai banyak khasiat dalam proses merawat dan memulih penyakit serta menyokong sistem imuniti badan.

Cendawan yang dimaksudkan ialah Cendawan Susu Harimau. Menariknya, Cendawan Susu Harimau ini boleh ditemui hanya dalam kawasan hutan hujan tropika di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand & Papua New Guinea. Namun begitu, ianya sukar didapati kerana keluasan hutan yang semakin mengecil, menyebabkan pengeluaran cendawan herba ini kini terhad di Malaysia & Indonesia.





Cendawan Susu Harimau lebih sinonim bagi masyarakat orang asli, orang Cina dan orang-orang kampung yang memang biasa dengan penggunaan cendawan ini untuk perubatan dan kesihatan.

Legenda Cendawan Susu Harimau

Mengikut kepercayaan orang-orang tempatan, mereka berpendapat bahawa cendawan yang tumbuh ini adalah dari air susu ibu harimau yang jatuh ke tanah ketika hendak menyusukan anak. Takungan air susu yang terbentuk untuk beberapa tempoh akhirnya membentuk Cendawan Susu Harimau.




Cendawan Susu Harimau atau nama saintifiknya, Lignosus Rhinocerus adalah antara tumbuhan herba yang telah digunakan dalam perubatan oleh orang-orang asli sejak 400 tahun yang lalu. Bagi masyrakat tempatan dan orang asli, mereka menggelarnya Cendawan Susu Rimau.

Ia mampu merawat dan memulihkan penyakit seperti :
  • batuk, selsema dan masalah pernafasan
  • sakit-sakit sendi
  • memberi tenaga
  • menguatkan sistem imunisasi badan

Kehebatan Cendawan Susu Harimau turut direkodkan dalam jurnal Sir H. Ridley pada tahun 1890, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan tanaman getah di Tanah Melayu ketika itu, menyatakan Cendawan Susu Harimau merupakan tumbuhan herba yang digunakan oleh masyarakat tempatan sebagai ubat.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tumbuhan herba Cendawan Susu Harimau, aku dan rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari telah mengunjungi sendiri ibupejabat LiGNO Biotech Sdn Bhd di Balakong Jaya baru-baru ini.





LiGNO Biotech Sdn Bhd (LiGNO)
  • ditubuhkan pada tahun 2009, LiGNO merupakan syarikat penanaman cendawan bioteknologi yang pertama di dunia menghasilkan Cendawan Susu Harimau
  • turut mendapat pengiktirafan dalam The Malaysia Book of Record sebagai syarikat yang pertama menghasilkan Cendawan Susu Harimau. LiGNO juga mendapat sijil HALAL dari JAKIM dan organik dari Skim Organik Malaysia (SOM)
  • mendapat sokongan dari Kementerian Pertanian Malaysia, LiGNO bertanggungjawab dalam menghasilkan pelan pengeluaran untuk penanaman, mempromosi dan mengkomersialkan Cendawan Susu Harimau
  • misi LiGNO adalah untuk penanaman, penyelidikan dan membangunkan produk berasaskan Cendawan Susu Harimau yang boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan manusia dan haiwan



Lawatan ke LiGNO Biotech Sdn Bhd

Taklimat ringkas mengenai Cendawan Susu Harimau disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LiGNO Biotech Sdn Bhd, Ng Szu Ting. Beliau mengongsikan inspirasi penubuhan LiGNO yang dicetuskan oleh Tun Dr. Mahathir melalui ucapannya di Konvensyen Bioteknologi pada tahun 2002, menggesa untuk melakukan penyelidikan secara serius ke atas Cendawan Susu Harimau.

Ini kerana, Tun pernah mengalami batuk teruk dan sebagai seorang doktor beliau tidak dapat menemukan ubat yang mampu melegakan batuknya. Namun, selepas diperkenalkan dengan Cendawan Susu Harimau oleh seorang kawan, batuknya semakin pulih.




Bermula dari situ, penyelidikan dibuat secara mendalam selama 8 tahun sehinggalah tertubuhnya LiGNO Biotech Sdn Bhd. Khasiat yang terkandung dalam Cendawan Susu Harimau dan keupayaannya merawat dan memulihkan penyakit menyebabkan ia tidak boleh dibazirkan begitu saja. Malah, khazanah negara yang berharga ini sepatutnya kita jaga dan kita pelihara untuk kegunaan generasi akan datang.

Untuk mendapatkan khasiat dari Cendawan Susu Harimau, mula-mula kita kenali anatomi cendawan itu dulu. Bahagian mana yang mengandungi khasiatnya dan bagaimana ia dihasilkan.




Kalau korang nak tahu, bahagian bawah cendawan atau Sclerotia itulah yang mengandungi banyak khasiat di dalamnya berbanding bahagian lain. Sebab itu, LiGNO memastikan penanaman Cendawan Susu Harimau dijalankan secara tertutup dan terkawal supaya kualiti dan khasiatnya terpelihara dan mampu dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk penggunaan dan bekalan yang berterusan tanpa perlu bergantung kepada bekalan secara semulajadi dalam hutan.

Di sini, kami berpeluang melihat sendiri bagaimana proses penghasilan Cendawan Susu Harimau dijalankan dalam makmal. Memang teruja, kerana setiap langkah memerlukan prosedur dan sukatan yang betul untuk memastikan pertumbuhan cendawan mengikut piawaian yang ditetapkan.






Dr. Tan Chon Seng, pakar penyelidik dari MARDI antara yang bertanggungjawab dalam mengkaji dan membangunkan kaedah penanaman Cendawan Susu Harimau selama 8 tahun.








Sememangnya, proses penghasilan Cendawan Susu Harimau secara tertutup dan terkawal begini berbeza kualitinya dengan yang tumbuh secara semulajadi di dalam hutan. 






Beginilah rupanya Cendawan Susu Harimau yang terhasil. Berbeza dengan Cendawan Susu Harimau yang tumbuh secara semulajadi, cendawan ini akan diambil sebelum terbentuknya bahagian stem dan 'topi' untuk memastikan khasiatnya kekal di dalam Sclerotia.

Seterusnya, ia diproses dalam bentuk kapsul dan tablet untuk kegunaan harian.




Dr. Tan Chon Seng menunjukkan spesimen Cendawan Susu Harimau


Khasiat Cendawan Susu Harimau

Sejak zaman berzaman ia digunakan dalam perubatan oleh masyarakat tempatan dan orang asli, kini khasiatnya dibuktikan lagi melalui kajian saintifik dan teknologi.

Antara khasiat Cendawan Susu Harimau :
  • anti-radang
  • antioksidan
  • anti-tumor
  • immunomodulating

Ia juga terbukti merawat :

  • paru-paru & sistem pernafasan (eg. batuk, resdung, asma)
  • menguatkan sistem imunisasi (eg. mengurangkan kepenatan, menguatkan stamina)
  • meningkatkan kecergasan 
  • masalah alahan (eg. eczema)
  • sakit-sakit sendi dan bengkak



Produk TIGERUS dari LiGNO adalah hasil dari penanaman Cendawan Susu Harimau dan didatangkan dalam bentuk kapsul. Ianya selamat, halal digunakan dan tiada kesan sampingan.

Pengambilan TIGERUS

Dewasa - 2 kapsul setiap hari
Kanak-kanak (>2 tahun) - 1 kapsul setiap hari
Kanak-kanak (<2 tahun) - 1/2 kapsul setiap hari




Tablet TIGGY COCOA untuk kanak-kanak turut dihasilkan untuk mengatasi masalah penat dan kurang stamina serta menambah tenaga terutama mereka yang bersekolah. Rasanya pun sedap tau!




Selain itu, produk uncang teh dari Cendawan Susu Harimau juga ada dipasarkan. Untuk mereka yang suka minum teh, aku rekomenkan teh Cendawan Susu Harimau ni, boleh je tambahkan madu untuk rasa yang lebih enak. Nak minum macam tu saja tanpa gula pun ok, tak terlalu pahit.




Satu pengalaman yang berharga buat kami pada hari itu. Siapa sangka Cendawan Susu Harimau yang kita miliki begitu tinggi nilai dan khasiatnya dalam perubatan sejak dari dulu lagi. Syabas kepada LiGNO Biotech Sdn Bhd kerana merintis pembangunan Cendawan Susu Harimau di peringkat antarabangsa demi untuk memperkenalkan khazanah berharga ini kepada dunia.

Untuk mereka yang berminat nak jadi ejen, boleh hubungi atau layari :

Facebook : TigerusTMM
Laman Web : www.tigerus.com.my
Careline: 1700 818 242

Monday, March 28, 2016

Monday, March 28, 2016

Terjah 4 Cafe Sekitar Damansara Utama Bersama KetchUp Blogger Speed Run!


Assalamualaikum!


Aku tak pasti samada nak rasa gembira atau sedih bila dapat makan sebanyak ini hahaha ... tapi yang pasti, aku bersama 3 orang rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari serta rakan media yang lain puas hati dengan terjahan kami pada hari tu! 

Kali ni kami 'main' di kawasan Damansara Uptown! Kat sini memang banyak tempat makan yang best-best dan menarik, tapi hari tu 4 cafe jadi sasaran memusnahkan diet kami semua! muehehee ....



Sebelum aku tunjuk cafe mana kami terjah dan apa yang kami makan hari tu, tentu korang nak tahu apa benda la KetchUp ni ye? 

KetchUp adalah satu portal yang menghimpunkan cafe-cafe "hipster" untuk diperkenalkan kepada orang ramai melalui promosi secara review dari Blogger dan Media Influencer. Lebih menarik, KetchUp memberi peluang kepada pemilik-pemilik cafe memperkenalkan konsep dan menu masing-masing melalui satu program iaitu Blogger Speed Run. Haaaa Blogger Speed Run ini pulak adalah kolaborasi antara Blogger dan Media Influencer untuk review makanan di cafe-cafe "hipster" dan promot di media sosial masing-masing!

Dan Kelab Blogger Ben Ashaari antara rakan media yang turut memeriahkan program Blogger Speed Run kali ini! ;)

Ok, dah sedia? Jommmmmm tengok apa kami makan!


TEA & TATTLE










FRISSON COFFEE & BAR








Dekorasi dan konsep setiap cafe yang kami terjah memang lain dari yang lain dan unik! Dah nama pun "hipster" kan hehe .... Persembahan makanan juga menarik perhatian kami! Dan paling penting rasanya sedappppppp!


The Good Batch









Acid Battery Club









Dari segi dekorasi dalaman dan menu yang disajikan memang tak sama dan payah nak jumpa kat restoran-restoran biasa. Masuk cafe ni berbeza ... masuk cafe tu unik! 

Cafe yang tak serupa cafe pun ada! hahaha nama pun pelik-pelik! Nampak dari luar macam kedai tak siap, tapi masuk dalam fuhhh .... rupanya memang begitu konsep cafe yang cuba nak ditonjolkan.





Selesai sesi terjah menerjah kami hari tu. Ada banyak lagi cafe menarik yang berbaloi untuk diterjah! Kalau korang nak daftar cafe dan nak tahu lebih lagi tentang KetchUp serta program Blogger Speed Run ni, korang boleh follow KetchUp di :





Instagram: @ketchup_my

Monday, March 21, 2016

Monday, March 21, 2016

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Cure & Care Service Centre (CCSC) !


Assalamualaikum!


Seperti yang pernah aku kongsikan di blog bulan lepas mengenai misi Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), alhamdulillah kerjasama pertama kami dapat disempurnakan dalam program pertama KBBA bersama AADK yang berlangsung baru-baru ini di Cure & Care Service Centre (CCSC) Chow Kit, Kuala Lumpur.

Selama ni hanya baca di akhbar-akhbar je kan, tak pernah tahu dan tak mahu ambil tahu apa yang berlaku pada mereka ... kehidupan mereka ... perjuangan mereka untuk bebas dadah dan apa yang boleh kita buat untuk menerima mereka kembali dalam masyarakat ...

Di CCSC Chow Kit ini, aku melihat sendiri perjalanan proses rawatan pemulihan yang dijalankan. Aku dan rakan blogger KBBA turut diberi peluang bertemu dengan 'klien' yang datang secara sukarela setiap hari untuk mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan serta melihat sendiri bagaimana mereka mengurus diri sendiri dibantu oleh staf-staf CCSC.




Apa itu Cure & Care Service Centre (CCSC)?

Haaa .. memang ramai yang tak tahu kan? Takpe, nanti aku kongsikan serba sedikit info untuk korang dan moga-moga dengan perkongsian ini, kita dapat manfaat dan sebarkan pada orang lain.

  • Dikenali juga sebagai Pusat Pulih & Prihatin, sebuah institusi terbuka komuniti dan disasarkan untuk membantu semua lapisan masyarakat yang menghadapi permasalahan dadah 

  • Ditubuhkan pada 24 Januari 2011, Cure & Care Service Center (CCSC) Chow Kit di bawah kelolaan Agensi Antidadah Kebangsaan yang terletak di tengah² 'hot-spot' Kuala Lumpur ini menyediakan perkhidmatan pencegahan, rawatan & pemulihan, dan juga penguatkuasaan kawalan penggunaan najis dadah di kalangan golongan gelandangan, pekerja seks, kanak-kanak dan remaja keciciran

  • Di sini, 'klien' yang terdiri daripada 'active-user' ataupun yang sedang dalam pemulihan, mendapatkan rawatan kawalan dadah methadone, nasihat perubatan, dan juga sebagai tempat mereka membersihkan diri, makan dan berehat, secara 'day-care'. CCSC Chow Kit dirasmikan oleh Dato' Seri Hisyamuddin Tun Hussein tanggal 13 Mei 2011

  • Selain CCSC Chow Kit, terdapat 4 buah CCSC lagi yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur iaitu :
    1. CCSC Maluri
    2. CCSC Kerinchi
    3. CCSC Desa Rejang dan 
    4. CCSC Samping


  • CCSC Chow Kit mempunyai seramai 1762 'klien' berdaftar, dan mereka berumur antara 35 hingga 68 tahun

  • CCSC juga mempunyai doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi khidmat rawatan dan pemulihan bagi membantu 'klien' mengatasi masalah dadah



Untuk pengetahuan korang, Chow Kit merupakan kawasan 'hot-spot' yang pernah dikaitkan dengan penagih dadah dan beberapa kes jenayah lain. Namun, sejak penubuhan CCSC Chow Kit, keadaan telah berubah dan mereka yang berkenaan mendapat perhatian yang sewajarnya dari pihak AADK & CCSC.





Menurut Puan Hamsiah yang bertugas sebagai Penyelaras di sini, selain bertindak sebagai pusat khidmat untuk golongan yang menghadapi masalah dadah, CCSC Chow Kit menjadi pusat day-care kepada 'klien'. 'Klien' yang berdaftar dengan mereka akan datang ke sini setiap hari seawal pagi untuk mendapatkan khidmat rawatan, makanan dan pengurusan diri. 

'klien' yang datang ke CCSC diberikan rawatan kawalan dadah methadone dan nasihat perubatan dari doktor. Dan pemberian methadone adalah untuk 'klien' yang menghadapi masalah penagihan dadah jenis opiat seperti heroin.

Dos yang diberikan kebiasaanya adalah 55mg setiap kali rawatan, namun ia berbeza bagi setiap individu mengikut tahap ketahanan mereka melawan ketagihan. Dan, methadone ini tidak boleh digunakan sendiri .. perlu ada pengawasan dari doktor yang berdaftar dengan KKM dan 'klien' perlu minum di hadapan doktor tersebut.




'Klien' di atas ni dah bebas dadah, dapat kerja dan berjaya kembali ke pangkuan keluarga. Tapi pengambilan methadone diteruskan untuk rawatan menstabilkan fizikal dan mental dia. Namun, dos yang lebih kecil diberikan sebab dia tidak lagi berhadapan dengan masalah ketagihan dadah.




'Klien' yang atas ni pula ialah active-user yang masih mengambil dadah. Maka, dos methadone juga tinggi dan dia perlu minum setiap hari. Jika dia masih hisap dadah lagi, maka dosnya juga akan mejadi lebih tinggi.




Di sini lah ruang tempat mereka berkumpul dan berehat selepas mendapatkan rawatan. Untuk pengetahuan korang, konsep 'open-access' atau terbuka yang diamalkan di CCSC ini membolehkan 'klien' datang secara sukarela tanpa terikat dengan sebarang syarat atau perundangan. Tujuannya supaya lebih ramai 'klien' tampil mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan di CCSC Chow Kit secara percuma.

CCSC juga menyediakan program berbentuk pendekatan psikosiosial seperti : 
  • Kelompok sokongan sosial 12 langkah
  • Program Kekeluargaan
  • Program Keagamaan & Kerohanian
  • Outing/Excursion
  • Sukan & Riadah





Sumbangan CCSC Chow Kit bukan sekadar membantu kumpulan sasaran ini dalam proses rawatan dan pemulihan dadah, tapi 'klien' turut diajar untuk berdikari dari bab membasuh baju sehinggalah kebersihan diri. Segala kemudahan disediakan dan mereka boleh menggunakannya setiap hari. 




Ada juga yang datang untuk merehatkan diri. Biasanya mereka ni takda tempat lain nak dituju maka disinilah mereka berkumpul samada untuk membasuh baju, mandi, makan atau berehat pada waktu siang.




Apakah CCSC berjaya memulihkan golongan yang terlibat dengan penagihan dadah? Ya ... malah ada antara mereka yang telah bebas dari najis dadah berpuluh tahun dan kini bertindak sebagai Pembimbing Rakan Sebaya di CCSC untuk membantu 'klien' lain yang sedang berjuang untuk memulihkan diri dari penyalahgunaan dadah


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN di CCSC :
  • Kaunseling dan Bimbingan
  • Kelompok Sokong Bantu
  • Pencegahan Relapse
  • Kemahiran Hidup
  • Kemudahan Sukan & Riadah
  • Khidmat Masyarakat
  • Rawatan Terapi Gantian Dadah menggunakan Methadone
  • Rujukan dan Advokasi








Secara zahirnya, dadah masih menjadi masalah kita bersama. Namun, realitinya ia masih boleh dibanteras dengan bantuan semua pihak secara aktif. Penglibatan AADK & CCSC dalam membantu golongan bermasalah dengan dadah tidak akan dapat mencapai matlamat seandainya masyarakat masih mempunyai stigma negatif terhadap golongan yang sedang dalam pemulihan ini. 

Sokongan ahli keluarga dan komuniti sangat diperlukan untuk mereka kembali berfungsi dalam masyarakat. 

Satu pengalaman terbaik yang takkan aku lupakan. Usaha AADK & CCSC telah membuka mata dan hati kami untuk memahami sekaligus mengubah persepsi kami sebelum ini tentang mereka yang bermasalah dengan dadah. Terima kasih AADK, CCSC & KBBA di atas peluang ini, moga usaha murni ini terus mendapat perhatian dan sokongan dari semua pihak.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.wecareweserve.org dan www.adk.gov.my atau lawati sendiri CCSC berhampiran korang.


"DADAH MASIH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA"


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.