Breaking

Showing posts with label KidZania CongreZZ 2015. Show all posts
Showing posts with label KidZania CongreZZ 2015. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Tuesday, March 31, 2015

20 Ahli Baru Angkat Sumpah Di Perasmian KidZania CongreZZ 2015


Asslamualaikum!




Kelmarin aku berkesempatan menghadiri majlis Perasmian KidZania CongreZZ 2015, bertempat di KidZania Kuala Lumpur, The Curve, Mutiara Damansara. Terima kasih KidZania Kuala Lumpur atas jemputan yang istimewa ini. 

Diam tak diam,  KidZania CongreZZ dah pun masuk tahun ke dua penubuhannya. Pertama kali ia diperkenalkan pada tahun 2014, kanak-kanak terpilih dari CongreZZ dikehendaki berkhidmat dengan KidZania untuk tempoh satu tahun, dan setelah tamat tempoh tersebut satu kempen pilihanraya akan dibuat untuk memilih ahli baru untuk tahun seterusnya.

Wow! siap ada kempen pilihanraya lagi. Macam mana pemilihan ini dibuat? Nanti aku ceritakan ye :) 




Pada majlis tersebut, Gabenor KidZania Malaysia,  Puan Susanah Abdul Rani berkata, "KidZania CongreZZ is an authentic and powerful developmental experience that will prepare its members for the real world. Through their participation of engaging forums and activities, they will be exposed to situations and opportunities where they can exercise their independence, build their confidence, and gain skills in decision making, critical thinking and communications"

Kempen KidZania CongreZZ 2015 telah berjaya menarik lebih 260 penyertaan berbanding 200 penyertaan pada tahun 2014. Bagi pemilihan ahli-ahli baru untuk KidZania CongreZZ 2015, ada beberapa kriteria yang diperlukan untuk melayakkan mereka menjadi ahli KidZania CongreZZ. 

Haaa .... untuk terpilih sebagai ahli KidZania CongreZZ ni pun perlukan kriteria-kriteria khusus tau. 20 calon yang terpilih perlu melalui proses yang ketat termasuk, menghantar resume dan video, interbiu secara berhadapan dan akhir sekali kempen pilihanraya yang dijalankan di KidZania Kuala Lumpur.

Setiap calon akan dinilai dari segi kebolehan teladan (exemplary aptitude) dalam bidang pendidikan, komunikasi, sosial, kreativiti, sikap hormat-menghormati, artikulasi serta personaliti calon itu sendiri secara keseluruhannya.



Ahli-ahli CongreZZ 2014 diberikan plak penghargaan semalam. Kongratz to all! You have done a great job for 2014! ^^


Pada tahun 2014, ahli-ahli CongreZZ telah bekerjasama untuk membawa perubahan besar pada KidZania Kuala Lumpur, yakni membentangkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh ibubapa dan anak-anak, juga memastikan poster-poster diedarkan sebagai bahan bacaan untuk kanak-kanak semasa mereka menunggu giliran melakukan aktiviti di sana.

Ahli-ahli CongreZZ 2014 juga telah membuat kemunculan dalam World Summit On Media for Children - satu pergerakan sedunia yang bertujuan membangunkan dan memperbaiki kualiti media untuk kanak-kanak - dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan, ia merupakan sebuah program pembelajaran berbahasa Inggeris untuk para pelajar dan ibubapa di KidZania Kuala Lumpur, serta aktif dalam aktiviti penghutanan semula di bawah projek alam sekitar 'Kids for a Greener World'.




Teruja sungguh dua beradik ni menyaksikan upacara perasmian semalam, mungkin mereka pun membayangkan kalau la mereka berada di atas pentas bersama ahli-ahli KidZania CongreZZ yang lain ....hehe.




Selesai memberikan plak penghargaan, tibalah upacara mengangkat sumpah oleh ahli-ahli baru KidZania CongreZZ 2015. Cute-cute, kecik comei lote semuanya hehe. Inilah 20 orang ahli baru yang telah melalui pelbagai proses pemilihan sebelum dilantik menjadi ahli secara rasminya semalam!

Kongratz kids! ^^ 

Apakah kelebihan menjadi ahli KidZania CongreZZ?
  • mereka berpeluang menyertai aktiviti dan membuat keputusan untuk penambahbaikan aktiviti di KidZana Kuala Lumpur, pakej ekslusif KidZania CongreZZ yang terdiri daripada sebuah bag pack, thsirt, lencana dan set alat tulis, plak penghargaan kerana perkhidmatan di KidZania CongreZZ serta kemasukan PERCUMA secara bulanan ke KidZania Kuala Lumpur bersama 4 orang rakan lain.

Wowww! ^^





Dah selesai mengangkat sumpah, setiap sorang kena pergi ke depan kat rostrum dan menandatangani Akta CongreZZ menandakan mereka kini ahli KidZania CongreZZ 2015 secara rasminya! 

Yeaaaa ... :)







Sebagai acara penutup, kami disajikan dengan persembahan drum dari KidZania. Besttt!




Ahli KidZania CongreZZ bergambar kenangan bersama Yang Berbahagia Dato' Haji Ahmad Tajudin Bin Jab, Timbalan Pengarah-Pendidikan Am (Operasi Pendidikan)

Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada pasukan KidZania CongreZZ 2015, semoga perancangan untuk tahun ini akan jadi lebih cemerlang dan matlamat tercapai. Tak lupa juga pada KidZania Kuala Lumpur, tahniah atas kejayaan anda! ^^


Ok, sedikit info tentang KidZania Kuala Lumpur ....

Dinamakan sebagai 'Best Experience for Kids' dalam Expatriate Lifestyle's Best of Malaysia Awards 2014 untuk dua tahun berturut-turut, KidZania Kuala Lumpur telah menjangkaui kaedah tradisional untuk terus melihat peluang dan mendedahkan kanak-kanak kepada satu pengalaman baru dan kebarangkalian peluang memilih pekerjaan. Ia telah menjadi tempat pilihan untuk aktiviti ko-kurikulum untuk kebanyakan sekolah, dan semakin ramai kanak-kanak yang memilih KidZania sebagai tempat pembelajaran di luar kelas, untuk lebih bereksplorasi pengalaman, belajar mengenai bagaimana membuat keputusan dan banyak lagi.




KidZania Kuala Lumpur telah memenangi anugerah pusat pendidikan dan hiburan sekeluarga tertutup yang menyajikan pembelajaran yang interaktif serta pengalaman baru kepada kanak-kanak. Merupakan yang pertama seumpamanya, KidZania Kuala Lumpur memperkuat dan memberi inspirasi untuk mereka mengejar cita-cita dan impian dengan menyediakan satu tempat khas untuk bereksplorasi tentang bagaimana rasanya untuk bekerja dan hidup dalam satu 'bandar' seperti di dunia realiti.

Bandar KidZania menyasarkan kanak-kanak antara umur dari 4 hingga 14 tahun dan mereka boleh memilih lebih 100 pekerjaan yang tersedia di lebih 60 buah premis dalam bandar tersebut.

Lokasi : Curve NX, Mutiara Damansara. Bersebelahan dengan IKEA Damansara.

Keluasan : 80 000 kaki persegi

Kapasiti : 1 700 orang pada satu-satu masa

Tarikh dibuka : 27 Februari 2012



For more information, do please visit: www.kidzania.com.my
or call the KidZania Careline at 1300 88 KIDZ (5439)
Tweet : @KidZaniaKL


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.