Breaking

Showing posts with label Lelaki. Show all posts
Showing posts with label Lelaki. Show all posts

Friday, February 13, 2015

Friday, February 13, 2015

Lelaki


Assalamualaikum!




Langit tak secerah seperti kebiasaannya sejak seminggu lalu. Lebih suram dalam dua tiga hari yang lepas. Mendung tapi tak hujan ... panas tapi langit kelam. Dan malam tadi, rembesan hujan lebat membasahi lantai bumi. Rupa-rupanya murobbi kami telah pergi menghadap Ilahi ....

Belum pun hilang kesedihan di atas pemergian tokoh pengulas sukan arwah petang semalam ... kita dikejutkan pula dengan pemergian tokoh ulama, murobbi kesayangan Tok Guru Niz Aziz pada sebelah malam.

Tuesday, October 14, 2014

Tuesday, October 14, 2014

Sisi Gelap 'My Twisted World'



Assalamualaikum!


Kalau korang mengikut perkembangan isu semasa di luar negara, terutama beberapa bulan yang lepas pastinya korang pernah mendengar berita mengenai tragedi yang menimpa pelajar-pelajar di sebuah kolej di Santa Barbara, California. Insiden tembak menembak yang membunuh 7 orang termasuk pembunuhnya, juga seorang pelajar kolej yang mempunyai masalah mental sejak kecil.

Aku terbaca berita mengenainya secara tak sengaja apabila rakan fb dari US mengongsikannya di laman FB beliau. Kita maklum bahawa kejadian tembakan rambang yang berlaku di sana sudah terlalu banyak sehingga menimbulkan kerisauan kronik di kalangan ibubapa! 


Monday, June 23, 2014

Monday, June 23, 2014

Mesin 'Pengekstrak Sperma' Untuk Lelaki!


Assalamualaikum!



Sebuah hospital di China telah memperkenalkan satu kaedah baru yang boleh mengekstrak sperma dari penderma dengan menghasilkan sebuah mesin 'pengekstrak sperma' atau 'sperm extractor' bagi membolehkan pendermanya mengeluarkan sperma dengan cara mudah dan selamat.

Menurut media sosialnya Weibo, mesin pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibu negeri yang terletak dalam daerah Jiangsu.

Tuesday, May 06, 2014

Friday, February 21, 2014

Friday, February 21, 2014

Penggembala Jujur Terima Ganjaran


Assalamualaikum!

Beliau diuji keimanannya dan beliau lulus dengan cemerlang! Sungguh beruntung orang-orang yang takut dengan Allah s.w.t kerana mengetahui Dia Maha Melihat dan Maha Mengetahui tentang apa yang dikerjakan hambaNya.


Yusuf Zain Ahmed

Monday, January 13, 2014

Monday, January 13, 2014

Doktor Guna Forsep Keluarkan Lipas Dari Telinga Lelaki Ini!


Assalamualaikum!

Hendrik Helmer secara tidak rasminya telah memegang gelaran mempunyai LIPAS terbesar yang pernah dikeluarkan dari telinga manusia. Kejadian tersebut berlaku di Darwin, Australia. Beliau yang mendapatkan rawatan di Hospital Diraja Darwin berkata, pengalaman mengeluarkan 'raksasa' itu dari telinganya di telah menyebabkan dia mengalami kesakitan. 

Selepas 10 minit LIPAS itu dikeluarkan dari telinga beliau, ia mati.

Mangsa dan pemangsa. Which is which??

Tuesday, December 24, 2013

Tuesday, December 24, 2013

Pencipta Rifle AK-47 Meninggal Dunia.

Assalamualaikum!~

Sarjan Senior Mikhail Kalashnikov sedang
melakarkan rekabentuk rifle AK-47as
 (RIA Novosti)

Pencipta dan ikon senjata rifel AK-47, Mikhail Kalashnikov meninggal dunia semalam pada usia 94 tahun setelah di masukkan ke Unit Rawatan Rapi di Izhevsk sejak 17 November lepas. Walaubagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan. Bakat dan kepintarannya dikagumi dunia, namun legasi beliau lebih menonjol dan kontroversi apabila senjata ciptaannya digunakan dalam beberapa siri konflik berdarah di negara-negara di seluruh dunia. 

Thursday, November 07, 2013

Thursday, November 07, 2013

Sheikh Ahmad Deedat


Assalamualaikum!~

Sebelum kenit memulakan bicara tentang beliau, dapatlah kiranya kita semua menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada beliau semoga sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah dan beroleh ganjaran syurga di atas segala usaha dan sumbangannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhannya...al-fatihah.

Bila menyebut nama 'Sheikh Ahmad Deedat', perkara pertama yang kenit bayangkan adalah seorang lelaki tua yang berserban putih dan mempunyai janggut putih yang kemas dan rapi. Wajahnya suci dan sentiasa tersenyum. Percakapannya lembut tapi tegas dalam menyampaikan maksud. Tubuh yang makin dimamah usia, namun semangatnya lebih tinggi dan membara dari orang-orang muda. Penyampaiannya tegas dan 'membunuh' namun hatinya tulus menunjukkan kebenaran. I'M A HUGE FAN OF HIM. Allahuakbar...!


Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat

Tuesday, July 30, 2013

Tuesday, July 30, 2013

Tutorial Pakai Kain Pelikat By Atok.

Assalamualaikum!~

Berapa ramai budak lelaki zaman la ni yang suka pakai kain pelikat bila duk kat umah?? Jangan tipu laaaaa memang ciput je bilangannya! Korang lebih prefer pakai boxer atau suar pendek tiga suku tu kan? Ramai yang Kenit jumpa kat kedai-kedai atau warung makan suka nau pakai suar pendek. Tak pun, diaorg pakai suar track-bottom atau suar jeans.

Abah Kenit masih lagi pakai kain pelikat kalau duk kat umah. Even, dia dapat kain pelikat baru tiap kali ada jemputan buat tahlil atau berzanji kat umah orang. Stok kain pelikat jangan cakap la....berlambak! Tapi, abg Kenit yang sulung tak pernah pakai kain pelikat...jarang sangat! Dia pakai kain pelikat pun time eksiden motor dulu kes merempit muehehe. Tu la...'majal' sangat kannn konon rockerzz (tahun 90an) pakai suar jeans ketat ala-ala metallica gitew...ceh. Sekali langgar tembok kain pelikat jugak yang dicari.

Sunday, July 28, 2013

Sunday, July 28, 2013

Lelaki Juga Boleh Dikecualikan Dari Berpuasa.

Assalamualaikum!~

Agak-agak suke tak orang lelaki kalau baca title di atas?hehe. Perempuan kalau tak berpuasa kita tau dah sebab apa. Sebab paling besar yang tak boleh dielakkan dan sangat dibolehkan untuk tidak berpuasa adalah bila 'datang bulan', kuar darah nifas pas bersalin atau kerana menyusukan anak.


gambar hiasan - google

Tuesday, July 02, 2013

Tuesday, July 02, 2013

Perokok Mesti Suka Ni!

Assalammualaikum!~

Mai sini sat perokok-perokok 1Malaysia, ni nak habaq mai kat hangpa ada berita 'terbaik' buat anda perokok-perokok yang dihormati sekalian.

Harga rokok turun ka???..............BUKAN

Fatwa kata rokok HALAL ka????................BUKAN

Kerajaan kata rokok SIHAT ka???.........BUKAN jugak!

Tapi.......

Saturday, June 15, 2013

Saturday, June 15, 2013

Tips & Doa Untuk Elak Jadi Mangsa Rogol - Peranan Lelaki

Assalamualaikum!~

Apa perasaan anda jika isteri/adik perempuan/kakak/ibu anda menjadi antara salah seorang mangsa statistik rogol dan jenayah? Tentunya anda tidak mahu ia terjadi bukan? Lelaki diberikan tanggungjawab dan amanah oleh Allah s.w.t untuk menjadi pelindung kepada wanita bukan perosak wanita.


gambar hiasan

Allah telah berfirman yang bermaksud:

"Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki selepas menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." 
(Surah an-Nisa, ayat 34)

Tanggungjawab lelaki/para suami bukan setakat memberikan nafkah buat wanita yang dibawah tanggungan mereka. Lelaki sebagai pemimpin dalam konteks masyarakat perlu bertindak menjadi pelindung kepada wanita secara keseluruhannya.

Akhlak yang baik bermula dari rumah. Begitu juga ingin menjadi lelaki yang bertindak sebagai pelindung perlu bermula dengan diri sendiri. Menuding jari menyalahkan antara satu sama lain tidak menyelesaikan masalah. Apa yang perlu dilakukan adalah check diri sendiri dan betulkan mana yang salah.

Friday, June 07, 2013

Friday, June 07, 2013

Tian Chua Bersama Jemaah Masjid - Doaku Buat Dirinya.

Assalamualaikum!~

Tiada pemandangan seindah yang Kenit lihat di hari Jumaat yang penuh barokah ini melainkan sekeping foto yang Kenit dapati dari facebook. 

Berkelip-kelip sepasang mata ini tatkala melihat susuk seorang lelaki Cina menyantuni jemaah yang hadir di suatu majlis ceramah Isra' Mikraj di Masjid Sayidina Ali, Kg Padang, Balang.

sumber: instagram

Sunday, May 19, 2013

Sunday, May 19, 2013

Pereka Fesyen Terkenal Masuk Islam.

Assalamualaikum!~

Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakhbar. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Di keheningan malam yang sunyi dan dingin selepas berhentinya hujan yang sekian lama merajukkan diri. 

Alhamdulillah dikesempatan ini, kita berpeluang melihat seorang lagi ikon terkenal dalam bidang fesyen yang telah mendapat hidayah dariNya. Syukur ya Allah, sempena bulan Rejab yang mulia ini, kehadiran seorang saudara baru sangat menyentuh perasaan ini.


Calvin Thoo
sumber: fb

Wednesday, April 17, 2013

Wednesday, April 17, 2013

Hakim Denda Diri Sendiri!

Assalamualaikum!~

Very R.A.R.E kan? You'll never see this anywhere except here in Michigan, US. Seorang hakim menyaman dirinya sendiri...how's that? Yup, memang itulah kebenarannya. Biasanya, kita dengar Hakim yang suka dok saman orang kan. But, for a R.A.R.E good quality he has, this man deserves thousands of thumbs up! hehehe.


Judge Raymond Voet

Tuesday, April 16, 2013

Friday, April 05, 2013

Friday, April 05, 2013

Manfaat Memelihara Janggut Dari Sudut Kesihatan.

Assalamualaikum!~

Sebelum ini Kenit pernah berkongsi informasi mengenai kelebihan & hikmah menyimpan janggut. Pelbagai kebaikan dan manfaat yang kita dapat melalui salah satu amalan sunnah Nabi s.a.w ini. Di antara kebaikan yang dapat kita perolehi, termasuklah dalam konteks kesihatan. Ye....KESIHATAN. Simpan janggut sihat ke? Ye sayang, bukan takat sihat je tapi ia sebagai perlindungan kepada kita hehe. Ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik. 



Tuesday, April 02, 2013

Tuesday, April 02, 2013

Berhenti Guna Ubat Mati Pucuk!

Assalamualaikum!~

Anda (kaum lelaki) ada masalah mati pucuk? Anda pernah menggunakan ubat tradisional ''Sta-lions'' untuk merawat mati pucuk? SILA HENTIKAN penggunaannya. Why? Jom terjah!~



ubat mati pucuk - google

Monday, April 01, 2013

Monday, April 01, 2013

Atok Has 'Unchained Melody'.

Assalamualaikum!~

Wowowowow! wait seminit...adakah benar apa yang Kenit lihat ini?? Perghhhhh kelu lidahku tak terdaya rasanya aku nak meluahkan perasaan bila melihat atok ni menyanyi. Menyanyi lagu omputih weh!

Mempersembahkan......Atok! with his song....'Unchained Melody'
Monday, April 01, 2013

Buat Bata Macam Buat Roti! (VIDEO)

Assalamualaikum!~

Fuh! kalau korang tengok mesti korang kagum dengan kemantapan & kemahiran anak2 muda ini menguli simen & menekap bentuk batu bata. Kalu dilihat dari video ini, tiada satu peralatan canggih atau mesin berteknologi tinggi yang digunapakai oleh anak-anak muda ini. Hanya kederat tulang 4 kerat sahaja yang menjadi penggerak mereka menghasilkan bata!


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.