Breaking

Showing posts with label Menang Kontes. Show all posts
Showing posts with label Menang Kontes. Show all posts

Friday, April 14, 2023

Friday, April 14, 2023

Air Fryer - Rezeki Ramadan 1444H

 

Dalam banyak-banyak gajet dapur, aku teringin nau nak ada air fryer atau pressure cooker. Sekarang ni aku masak nasi pun guna api atas dapur. Bukan tak nak beli rice cooker tapi dah dua kali beli, dua kali rosaknya. Last-last lagi elok masak nasi cara manual.


Aku suka tengok video orang memasak guna air fryer, pressure cooker atau TM6. Walaupun hanya mampu tengok pun jadi la. Mula pasang angan-angan kalau dapat salah satu ni nanti nak try masak la hehe. Terasa indahnya hidup kalau masak sup tulang 15 minit je. Selama ni kalau masak atas dapur, tak lari 2 jam sebab nak bagi daging empuk dan lembut.




Aku kan suka masuk kontes, tapi takda la aktif sangat. Kadang-kadang tu sekadar support seller. Hujung tahun lepas aku menang hadiah juga dari seller yang sama. Yang tu memang tak sangka! Tapi kali ni Allah Maha Mendengar dan makbulkan impianku yang satu ni.

Aku bukan sekadar masuk 'kosong' je, aku biasa membeli juga dengan seller ni. Sambil-sambil tu dia buat kontes untuk pengongsi bertuah. Pemenang boleh pilih samada nak hadiah berupa barangan elektrik atau pun tunai seratus ringgit. Aku dok aim kat air fryer tu je haha!





Walaupun hadiah mantap belaka, tapi peluang nak menang tu agak tipis gak sebab yang join kontes pun ramai. So, aku hanya mampu berdoa dan tenung je air fryer tu hehe. Tak tau nak digambarkan perasaan bila nama aku yang naik! Menggigil jari nak menaip masa tu. Ya Allah ... sesungguhnya Kau mendengar isi hatiku. Terima kasih tunaikan hajatku ini. Sungguh ini semua rezeki anak-anak dan aku tumpang saja.



Syukur alhamdulillah hadiah air fryer pun dah sampai dengan selamat. Tapi belum masa nak guna lagi sebab sekarang aku dok sibuk menyimpul popia hehe. Tapi dah mula sikit-sikit tengok resepi guna air fryer ni kat fb. Moga lepas ni seorang Hanim lebih rajin memasak ye haha.


Friday, January 06, 2023

Friday, January 06, 2023

Rezeki Tak Dijangka

 

Dulu kalau blogger buat kontes aku rajin juga join. Waktu tu kan mana ada facebook lagi. Bila dah ada facebook, layan kontes kat sana pulak. Sekarang ni aku join kontes pun dah jarang, cuma aktif dua tiga platform je. Dan kebanyakannya kontes live jual tudung.


Alhamdulillah, berkat join kontes walaupun tak selalu menang dapat la jugak aku kumpul tudung sikit demi sikit hehe. Tapi tahun lepas, tak sangka pulak dapat hadiah 'jackpot'!



Awal bulan Disember aku join satu kontes kat fb. Seller tu jual macam-macam barang dari baju, seluar, bantal, tuala dan banyak lagi. Aku pun salah seorang pelanggan dia. Dalam masa yang sama dia ada buat kontes, so kita ni join suka-suka dan tanda support pada seller.


Bila tiba masa umum pemenang, aku pun tak berharap sebab banyak giler nama peserta lain yang dikumpul. Tapi nama pon dah rezeki, kalau tertulis milik kau maka jadilah milik kau betul tak.


Syukur dan terkejut bila namaku diangkat dan disebut. Menggigil jari ni nak taip "Saya" haha. Alhamdulillah ... dapat loket emas comel bentuk kunci. Jadilah buat kenang-kenangan huhu.

Friday, May 22, 2020

Friday, May 22, 2020

Rezeki Ramadan Kali Ini


Assalamualaikum! Dah lama tak masuk mana-mana contest atau cabutan bertuah. Dalam tempoh PKP ni pun masih diberikan rezeki untuk menang hadiah. Semua ni rezeki anak-anak. Mula-mulanya sekadar nak 'cuci mata' tengok tudung raya hehe. 

Lepas 'cuci mata' mula la rambang mata tengok tudung bawal pelbagai corak ni. Dari sinilah aku kenal apa itu design kaca pecah, merak crown, full keliling, manik tabur, dokoh, merak vvip, dua tingkat, tiga tingkat, mak datin, bapak datin! Datuk datin je takda lagi haha. 

Bila dah berkenan, mula la nak beli hehe. Dah lama tak tambah koleksi tudung bawal. Aku pun ada dua orang anak perempuan, elok la kalau tambah sikit lagi kan. Sambil membeli tu, kita masuk la contest dia. Kebanyakan seller rajin buat contest suruh share live video diaorang. Pastu nama kita akan masuk dalam hadiah cabutan bertuah. Dekat nak habis live video, diaorang akan umum pemenang siapa yang dapat tudung bawal free.

Tudung pertama

Thursday, November 16, 2017

Monday, September 05, 2016

Monday, September 05, 2016

Hadiah Mens Bioré Facial Scrub untuk si dia!


Assalamualaikum!


Orang lain yang masuk kontes orang lain yang menang hadiah! hehe. Takpelah ... apalah gunanya menang hadiah kalau tak boleh dikongsi bersama yang tersayang. Rezeki cik abe la kiranya ni ... ye doppp.

Mood nak masuk kontes pun dah kelaut dalam, tapi kadang-kadang bila datang mood tu dan Allah gerakkan hati nak join, maka siapalah aku nak menolak. Alhamdulillah rezeki menang hadiah rangkaian Mens Biore Facial Scrub dari kontes teka duta terbaru Mens Bioré.


Monday, November 16, 2015

Monday, November 16, 2015

Rezeki Berblog Untuk Anak-anak!


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, rezeki untuk dua orang puteri kecilku .... 

Lama dah tak join kontes macam ni .... dan ada juga beberapa kontes lain yang aku cuba join kebelakangan ni, tapi yang ni nampaknya berjaya 'lekat' hehe. Tak sangka boleh menang kontes khas mommyblogger untuk #playdohmonth2015 hari tu, sebab aku tahu persaingannya memang sengit dan ramai mommyblogger lain yang hebat hebat belaka. Tapi, dah nama pun rezeki anak-anak .... syukur, ada hadiah untuk dua beradik tu ... ngeeee :D


Wednesday, September 30, 2015

Wednesday, September 30, 2015

Instant Shawl Majestic Love Dari Naelofar Hijab


Assalamualaikum!





Haihh ... kemain suka si sulung aku bila dapat tahu kami menang peraduan selfie #detikpertamalifebuoy yang aku hantar bulan Ramadhan lepas. Kakak kalau bab-bab kontes ni memang sangat sensitif ... asyik menanya kita menang ke tidak, bila nak umumnya, bila nak sampai hadiahnya .... huhuhu.

Mujur hadiah yang ditunggu-tunggu sampai juga ke pangkuanku akhinya! hehehe. Memula dapat bungkusan dari kerani kat bawah, dok mikir juga bungkusan dari mana pulak ni ... setahu aku, semua aku dah amik dah kecuali satu .... haaaa rupa-rupanya betul tekaan aku, yang ni la! hehehe ....

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.