Sekolah Rendah
Tuesday, October 03, 2017
Shawl Bendera Untuk Sambutan Penutup Kemerdekaan
Assalamualaikum!
Sambutannya bulan lepas tapi baru sekarang ibu nak cerita ye! Aku tak ingat pulak zaman sekolah dulu ada buat sambutan penutup kemerdekaan di sekolah. Tapi sekarang di sekolah rendah memang wajib buat sebagai salah satu aktiviti bulan kemerdekaan.
Tahun ni lain sikit dari tahun sebelumnya, sebab diaorang nak pakaian yang ada bendera Malaysia. Memang ramai parents yang amik inisiatif untuk jahit bendera jadi baju la, jubah la, skirt labuh la. Kreatif sangat ibubapa sekarang ni ye, syabas! Tapi ibu awak ni memang la takda inisiatif nak buat tu semua sebab maleh! haha. Maafkan ibu ye anak-anak!
Tapi bila Mira kata, pakai shawl dari bendera pun boleh bu, terus aku jadi macam ... oh ok! So, dipendekkan cerita malam tu kita gi My One Shop beli bendera dan balik umah try pakai kat Mira.
Yang kakaknya pulak dah ada baju tshirt Merdeka cikgu sediakan. So, ibu tak risau pasal kakak. Esok pagi bersiap, my kenit Mira tu dah siap bertudung dan duduk di sofa ...