Breaking

Showing posts with label NIVEA. Show all posts
Showing posts with label NIVEA. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

Friday, November 03, 2017

Friday, November 03, 2017

Meriahnya NIVEA Care Run 2017!


Assalamualaikum!



Hampir 2,500 rakyat Malaysia berkumpul di Putrajaya untuk menyertai NIVEA Care Run yang dianjurkan oleh NIVEA Protect & Care, deodoran yang direka khusus untuk memberi perlindungan berpanjangan pada kulit bawah lengan. Bertemakan ‘Protects What You Care’ yang juga merangkumi kasih sayang terhadap komuniti, sumbangan sebanyak RM20,000 daripada larian tersebut telah didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang memberi bantuan kepada  rakyat Malaysia yang memerlukannya.

Monday, September 18, 2017

Monday, September 18, 2017

NIVEA Protect & Care Pilihanku Untuk Perlindungan Berpanjangan!


Assalamualaikum!


Korang kalau keluar rumah ada pakai deodoran tak? Urghhhh ... rasa tak selesa yang teramat sangat kalau tak pakai, betul tak! Keluar rumah kelam kabut, tetiba terlupa nak pakai deodoran aduhhh dia punya azab nak hadap bau 'masam' tu seharian memang mengerikan! 😂 Tambah pulak kita keje dalam pejabat yang ada penghawa dingin, lagi menusuk bau dia! haha.

Sebab tu, setiap wanita perlu ada deodoran yang sesuai untuk memastikan kita rasa selesa tidak kira dimana jua kita berada. Deodoran sesuai yang macam mana tu? Haaa yang sesuai macam NIVEA Protect & Care ni lah! 😍👇





Produk terbaru istimewa untuk mereka yang inginkan perlindungan berpanjangan dan penjagaan kulit bawah lengan yang lembut, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème, warisan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan haruman yang lembut. Maksudnya, deodoran NIVEA ni bukan sahaja bertindak untuk memberikan bau yang harum dan kesegaran sepanjang hari tetapi ia juga melindungi kulit bawah lengan kita dari kerosakan dan kerengsaan akibat dari mencukur atau mencabut bulu.

Motif utama deodoran NIVEA Protect & Care ini adalah untuk memberi perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam dan kesegaran sepanjang hari. Formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan kita kulit bawah lengan yang lembut dan licin.

"Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kersosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan, Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjgaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan," kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Kenapa aku pilih deodoran NIVEA Protect & Care?

Sebenarnya, sejak di zaman sekolah menengah lagi aku dah gunakan deodoran. Tapi nak cari deodoran yang selesa dipakai tu payah! Bau harum je tak cukup kalau ketiak rasa melekit dan gatal-gatal. Apatah lagi bila kita sedang bersukan atau bekerja di luar pejabat. Sebab tu, aku kena pilih deodoran yang bukan sahaja memberi kesegaran kulit tapi mampu melindungi kulit sepanjang hari.



NIVEA Protect & Care


Antara yang roll-on dan spray, aku lebih suka spray deodoran. Mungkin sebab aku trauma guna yang roll-on punya dulu, dah sedap pakai ehhh kenapa rasa melekit-lekit ketiak aku ni? ehhh nape gatal-gatal pulak ni? Haa langsung tak jadi satu keje, asyik nak menggaru je kan haha. Tapi aku cuba guna NIVEA Protect & Care yang roll-on punya ni, ehh ok la pulak. Rasa selesa, wangi dan yang penting kulit bawah lengan a.k.a ketiak rasa lembut je...gituuuu.

So, tak kisah lah guna yang spray atau roll-on, janji kita guna NIVEA Protect & Care untuk penjagaan dan perlindungan kulit bawah lengan kita. Barulah keluar rumah rasa berkeyakinan dan aura positif di sekeliling kita. Cuba korang keluar rumah tak pakai deodoran sepanjang hari ... agak-agak dapat aura positif ke negatif ? hehe.

Jom sertai NIVEA Care Run!

Bulan Oktober depan NIVEA nak ajak korang berlari tau! Lari ke mana? Haaaa NIVEA Protect & Care akan menganjurkan acara larian NIVEA Care Run pada 29hb Oktober 2017 (Ahad). Korang yang aktif masuk acara larian bolehlah sertai acara larian 5km di Presint 6 Putrajaya. Selain tu, pada hari tersebut turut bakal berlangsung ialah akitiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan.




Bukan tu saja, korang juga akan dapat NIVEA Kit Run yang bernilai RM100 untuk dibawa pulang! ada lagiiii .... korang berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan selebriti terkenal tanahair seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie di acara larian tu nanti. Cepatlah ajak anak-anak, keluarga, kawan-kawan daftar sekarang ye. 


NIVEA Care Run Kit



So, jangan lupa daftar untuk acara larian NIVEA Care Run tau. Korang hanya perlu bayar RM65 untuk pendaftaran dan NIVEA Care Run Kit bernilai sehingga RM100 bakal menjadi milik korang! 

Sebahagian yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan disalurkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. 

Untuk mendaftar, korang boleh layari www.niveacarerun.com.my.

Siapa yang belum dapatkan deodoran NIVEA Protect & Care ni bolehlah pergi dapatkan segera di semua kedai dan farmasi pasaraya dan pasaraya hiper seluruh negara. 


Deodoran Protect & Care NIVEA roll-on 50ml
RM17.50

Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml
RM11.30


Maklumat lanjut, layari www.facebook.com/mynivea

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.