Breaking

Showing posts with label Nyamuk Aedes. Show all posts
Showing posts with label Nyamuk Aedes. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Thursday, June 11, 2015

Sejauh Mana Anda Sanggup Lindungi Keluarga Dari Ancaman Nyamuk Aedes?


Assalamualaikum!


Ancaman denggi sudah menjadi salah satu penyebab kepada penyumbang kadar kematian yang tinggi di Malaysia. Dengan kadar pembangunan yang sedang pesat terutamanya di kawasan bandar menjadi salah satu faktornya, trend peningkatan kes denggi menjadi semakin serius dan wajar diberikan perhatian segera!




Bila bercakap mengenai nyamuk Aedes dan demam denggi, tentu ramai antara kita yang sudah maklum tentangnya kan. Sesungguhnya, Malaysia mempunyai jenis nyamuk dan senario denggi yang berbeza. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh KKM, sejumlah 108,698 kes denggi telah dilaporkan pada tahun lepas (2014), melebihi paras 100,000 untuk kali pertama dan merupakan penngkatan 151% berbanding 2013. 

Dan, bagi menambahkan lagi ilmu tentang epidemik ini serta mengetahui bagaimana kita boleh mengelakkan diri dari menjadi sebahagian dari statistik denggi, aku berpeluang menghadirkan diri di majlis pelancaran aplikasi mudah alih Kil-Dengue baru-baru ini. 



En. John Sung, Pengerusi New Wave Communications Sdn Bhd


"Niat asal kami adalah untuk menyesuaikan tekonologi yang sedia ada di Korea untuk pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, apabila kami mendapati bahawa gelombang bunyi yang diperlukan untuk menghalau nyamuk di Malaysia, kami mengambil keputusan untuk mengusahakannya dan ia diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan agar frekuensi yang betul digunakan berkesan untuk menghalau nyawa pembawa denggi," katanya.

Bagi melindungi keluarga dan orang tersayang, tentunya kita sanggup melakukan apa sahaja demi kesihatan dan keselamatan mereka. Ancaman nyamuk Aedes dan demam denggi boleh membawa maut sekiranya kita tidak berbuat sesuatu dari sekarang!




Turut berada di majlis pelancaran ialah Dr. Hidayatul Fathi Othman memberikan penerangan lengkap tentang nyamuk Aedes dan denggi. Beliau yang juga Profesor Madya Parasitologi dan Entomologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan bahawa nyamuk Aedes selalunya ditemui dalam populasi nyamuk tempatan dan nyamuk Aedes Aegypti mewakili 90% daripada jenis yang menyebarkan denggi di rumah.

"Nyamuk Aedes Aegypti menyebarkan virus jangkitan sewaktu menggigit, tetapi hanya nyamuk betina yang telah membiak berbuat demikian kerana memerlukan protein darah manusia untuk telur di dalam badannya. Apabila telah membiak, mereka akan menghindari nyamuk jantan,"  katanya.






Makhluk kecil yang membunuh! Sehingga kini tiada rawatan khusus yang boleh mengubati demam denggi yang diakibatkan oleh nyamuk Aedes ini. Sebab itu perlunya perlindungan berpanjangan dari makhluk pembawa penyakit ini. Dan selari dengan kemajuan teknologi terkini, aplikasi mudah alih Kil-Dengue telah dilancarkan sebagai langkah berkesan melindungi diri kita dan orang tersayang.




Dr. Hidayatul turut berkongsi kisah pengalaman beliau berhadapan dengan penyakit merbahaya ini. Menurutnya, beliau hampir kehilangan anak lelaki yang dijangkiti denggi lima tahun lepas. Ianya bermula dengan demam, dan perubahan mendadak apabila kandungan platlet dalam darah menurun dengan cepat dan drastik. Walaupun beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang entomologi dan sangat mengenali makhluk pembunuh ini, namun apabila melihat anak sendiri terlantar di katil hospital beliau tidak mampu menyembunyikan rasa sedih. 

Dan, oleh kerana itulah Dr. Hidayatul mengesyorkan aplikasi mudah alih Kil-Dengue sebagai tindak balas untuk melindungi diri kita dari dijangkiti virus yang dibawa nyamuk Aedes Aegypti


Apa Itu Aplikasi Mudah Alih Kil-Dengue?

  • Kil-Dengue, iaitu aplikasi mudah alih revolusi yang direka untuk menangkis nyamuk yang merupakan pembawa penyakit dengan menjana frekuensi atau gelombang bunyi yang menghalau mereka!
  • Aplikasi ini mengambil masa tiga tahun untuk diperkembangkan dan diuji terhadap jenis nyamuk tempatan bagi memastikan keberkesanannya. Formula frekuensinya didapati berkesan menghalau lebih dari 75% nyamuk Aedes Aegypti yang merupakan vektor utama pembawa denggi dan keberkesanannya telah diuji oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Malaysia.
  • Dengan mengikut tingkah laku nyamuk betina ini, aplikasi kami menghasilkan frekuensi terbang nyamuk jantan untuk menghalau nyamuk betina, dan diuji dapat menghalau 75% daripada vektor ini dengan berkesan.
  • Frekuensi yang dihasilkan mempunyai bunyi yang sangat rendah atau tidak dapat didengari telinga manusia. Namun, ia mempunyai pic yang betul yang dapat menghalau nyamuk Aedes Aegypti dengan berkesan.
  • Aplikasi mudah alih Kil-Dengue boleh digunakan untuk Andorid dan IOS. Hanya perlu cari 'Kil-Dengue dalam App Store dan Play Store. Hanya perlu muat turun dan mulakan langganan
  • Selain keberkesanannya, aplikasi Kil-Dengue adalah mobiliti, kebolehpercayaan dan senang digunakan. Ia senang didapati atas talian dan setelah dimuat turun, frekuensinya diaktifkan bila-bila masa dan dimana jua bila diperlukan, walaupun di tempat yang tiada isyarat dan hasilnya adalah segera!



Tentu korang tertanya-tanya kan, apa kaitan menghalau nyamuk dengan aplikasi mudah alih ni? Setiap dari kita tentunya memiliki telefon pintar kan. Ia adalah barang yang sentiasa wajib ada bersama kita walau dimana kita berada. Melihatkan kepentingan teknologi telefon mudah alih ini, New Wave Communications Sdn Bhd memberikan sentuhan baru dalam kaedah menghalau nyamuk yang berkesan.

Untuk itu, Kil-Dengue dihasilkan dan pengguna boleh akses dengan mudah serta dapat melindungi mereka sepanjang masa walaupun tanpa isyarat talian! Lebih menarik lagi, dengan sekali langganan kita boleh terus gunakannya dan tidak perlu risau dengan bau yang tidak menyenangkan serta ia hanya menggunakan frekuensi yang sesuai dan tidak memudaratkan pengguna.


Bagaimana Memuat Turun Aplikasi Kil-Dengue?

1. Pergi ke Play Store/ App Store




2. Muat turun aplikasi. Kil-Dengue berasaskan langganan satu kali. Jumlah caj yang dikenakan hanya RM10.00 untuk langganan dengan telefon mudah alih Android, dan USD2.99 untuk telefon mudah alih IOS. Bayaran akan ditolak terus dari akaun App Store atau Play Store. 


 Selesai muat turun dan pembayaran, boleh gunakan terus. Klik pada 'Start'




 3. Boleh pilih 'Environment' yang sesuai dengan anda serta setkan masa mengikut pilihan. Kemudian klik 'Start!'




4. Boleh kuatkan kadar frekuensi (volume)



Mudah bukan! Tak perlu bawa macam-macam ubat penghalau nyamuk bersama setiap masa. Teknologi sebegini memang memudahkan dan siapa sangka ianya bertambah mudah hanya dengan aplikasi mudah alih! 




Bersama kita melindungi diri dan orang tersayang dari ancaman denggi. Jangan jadikan diri anda dan keluarga korban nyamuk Aedes yang seterusnya!


Monday, February 24, 2014

Monday, February 24, 2014

EDISI KHAS MUSIM KEMARAU


Assalamualaikum!



MENGAPA ADA ORANG YANG DISUKAI NYAMUK DAN ADA YANG TIDAK?

Musim kemarau datang lagi! Dah hampir sebulan kot kita mengalami musim kering. Dalam sebulan ni, hanya sekali dua je KL hujan. Di tempat lain, langsung takda hujan! Dan, pagi tadi kenit dengar kat radio, musim kemarau ini dijangka akan berlanjutan sehingga bulan April. Harapnya jangan la sampai kena angkut baldi turun naik tangga untuk tadah air nanti ye huhu.




Takda air satu hal, tapi bila digigit nyamuk lain pulak masalahnya! Musim kering begini la, nyamuk paling aktif 'menyerang' manusia macam kita! Tengah dok kering-kering tu, hujan takda, rumput mati, tanah kering pun masih sempat lagi dia membiak dan meramaikan umatnya! Bila tiba malam, haaaaaa tu la time dia buat 'kenduri' besar kat rumah kita kan. 

Perasan tak, kengkadag dalam satu famili bukan semuanya digigit nyamuk. Ada yang kena, ada yang selamat. Bayi paling banyak kena gigit nyamuk berbanding orang dewasa. Adakah kerana darah bayi lebih 'sedap' dan darah orang dewasa rasanya pahit? Kenapa nyamuk memilih mangsanya? Jom kita selidiki ciri-ciri mangsa yang disukai oleh nyamuk. Adakah anda salah sorang mangsa yang malang itu?


Karbon dioksida

Nyamuk suka karbon dioksida. Ia menghidu mangsa melalui bau karbon dioksida. Seorang yang kuat bernafas (heavy breathers) lebih menarik minat nyamuk untuk menggigitnya. Sebab itu nyamuk suka menggigit orang yang tidur dan di sekitar muka kerana di sana kita mengeluarkan karbon dioksida. Wanita mengandung juga menarik minat nyamuk kerana dia mengeluarkan 21% lebih banyak karbon dioksida.


Arak

Nyamuk gemar orang yang minum arak. Minumlah beer atau apa-apa saja arak, nyamuk akan berarak ke arah anda dengan gembira. Ini kerana peminum arak akan mengeluarkan bau yang meningkatkan tahap keboleh-upayaan nyamuk mengesan si mangsa.


Darah O

Ini paling menyampah. Orang berdarah O digemari oleh nyamuk berbanding dengan darah A atau lain-lain. Orang darah O dikatakan mengeluarkan bau semulajadi sebagai penarik nyamuk. Darah O ini dikira donor, kerana darahnya boleh digunakan untuk menyelamatkan pesakit. Tapi kerana nyamuk suka memberi penyakit maka ia juga suka pada darah O.


Haba Panas

Nyamuk suka pada haba yang agak panas. Sebab itu ia banyak di kawasan iklim tropika. Jika seseorang mengeluarkan haba panas, misalnya berpeluh kerana menjalani workout, nyamuk juga akan datang untuk menghisap darahnya.


Banyak steroids dan kolestrol.

Nyamuk suka pada orang yang banyak steroid dan kolestrol di kulit. Kalau seseorang itu memakan ubat yang mengandungi steroid (contohnya tongkat ali), atau penggemar makanan yang banyak kolestrol (goreng-goreng), mungkin akan menjadi makanan hidangan nyamuk.

Bau hapak

Nyamuk suka kepada bau hapak, misalnya bau stokin yang tak dibasuh. Sebab itu nyamuk gemar tempat tertutup seperti almari dan sering menghurung kaki. Ini kerana kaki mengeluarkan peluh yang mungkin terdapat dicelah-celah jari.


Warna gelap

Nyamuk suka mendekati orang yang memakai baju warna gelap. Warna hitam, biru dan merah digemari oleh nyamuk. Nyamuk akan menyorok di kawasan yang gelap di rumah anda, misalnya di celah-celah perabut gelap. Sebab itu juga nyamuk menghurung kepala bagi orang yang rambut hitam.


Kulit lembut

Nyamuk suka kulit yang lembut kerana mudah ia menggigit. Ini menyebabkan orang yang berkulit cerah lebih disukai nyamuk berbanding yang berkulit gelap (hitam). Anehnya nyamuk tidak begitu menggigit bayi kerana bayi kurang mengeluarkan bau yang digemari nyamuk.


Minyak wangi

Ada beberapa minyak wangi yang menarik nyamuk. Ini bergantung kepada kandungan minyak wangi tersebut. Minyak wangi yang berbau seperti bunga lebih menarik perhatikan nyamuk berbanding dengan wangian lain.


Jogging

Walaupun nyamuk suka menghurung orang yang tidur, tapi ia juga suka orang yang berjogging waktu pagi dan senja. Ini kerana orang yang berjogging akan bernafas kuat, berpeluh dan badan menjadi lebih panas. Nyamuk boleh menghidu bau peluh dan karbon dioksida orang yang berjogging ini walaupun dari jauh.




Perghh! boleh tahan 'taste' nyamuk ni ye, bau hapak pun dia suka bau wangi pun dia datang hehe.  Tapi anda masih boleh mengurangkan serangan nyamuk dengan mengelakkan diri dari perkara yang menarik perhatikan nyamuk. Bersihkan persekitaran anda dan pastikan tiada air bertakung yang boleh menyumbang kepada pembiakan nyamuk aedes. 


Nak tahu apa kenit buat bila digigit nyamuk? Terjah {SINI}.


SUMBER: insects.about.com

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.