Breaking

Showing posts with label One Utama. Show all posts
Showing posts with label One Utama. Show all posts

Friday, April 08, 2016

Friday, April 08, 2016

Temui Thomas & Friends Kini Di One Utama Shopping Centre!


Assalamualaikum!

They're two, they're four, they're six, they're eight,
Shunting trucks and hauling freight,
Red and green and brown and blue,
They're the really useful crew,
All with different roles to play,
Round Tidmouth Sheds and far away,
Down the hills and round the bends,
Thomas and his friends


Thomas & Friends kembaliiiiiiiii! :)

Masih ingat lagi tak lagu tema Thomas & Friends ni? Siri Thomas & Friends adalah antara siri kegemaran kakak dan adik sejak mereka kecil lagi. Kalau dengar lagu tema ni, bukan kakak dan adik saja yang akan sama menyanyi tapi aku pun turut ikut menyanyi depan tv sampai habis! hehehe ....




Kalau dulu boleh tengok dalam tv je, tapi kini ada berita baik untuk peminat Thomas & Friends, sebab bermula kelmarin (6hb) telah berlangsung pameran The Thomas Mini & Mighty di One Utama Shopping Centre sempena jelajah sulung Thomas Town Puteri Harbor yang berkolaborasi dengan Mattel Asia Tenggara. 

Untuk pengetahuan korang, Jelajah Malaysia 'Mini & Mighty' 2016 merupakan yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara, dan akan menjelajah ke beberapa tempat sebelum mengakhirinya di taman tema Thomas Town, Puteri Harbor pada bulan Disember 2016.




Sebelum aku bercerita lanjut mengenai aktiviti yang disediakan sepanjang pameran ini, meh aku kongsi sikit pasal pelancaran Pameran Thomas Mini & Mighty yang selamat dilancarkan baru-baru ni. 

"The story of Thomas & Friends has been continuously charming generations of boys and girls ever since it was introduced in the year 1945. We are very excited to be able to bring this amazing tour to Malaysia, not only as a gesture of acknowledgement and appreciation for existing Thomas enthusiasts, but also to open this range of lovable characters and the fun engagement of Thomas & Friends stories to a new public. As with our Thomas Town attraction in Puteri Harbor, we want everyone to be able to fully experience the world of Thomas and his friends," kata Fahruddin Najumudeen, Pengurus Besar Thomas Town Puteri Harbor.




Bermula 6hb sehingga 10hb April ini, pengunjung boleh datang dan terokai dunia si 'enjin' kecil Thomas bersama 'kawan-kawannya' dengan berlatarbelakangkan 'Pulau Sodor' yang dibina khas di LG OVal Concourse, One Utama Shopping Centre di samping ada banyak aktiviti best dan menarik menanti anak-anak korang!

6hb sehingga 10hb April
  • Thomas Train Ride
  • Story-telling Adventures
  • Thomas Maze Challenges, and
  • Meet-and-Greet sessions with Thomas & Friends characters (Rusty, Dusty & Sir Topham Hatt)





Korang boleh rujuk aktiviti di jadual atas ni ok. Tak nampak sila klik untuk 
imej lebih besar :)


Dan dari 6hb sehingga 24hb April 2016, ruang legar Oval Concourse ini akan dipenuhi dengan 'kawan-kawan' Thomas yang terdiri dari 70 replika enjin dipamerkan sepanjang tempoh pameran ini. Wowww ... memang puas amik gambar ni hehehe ... anak-anak pasti suka nak bergambar dia atas replika enjin ni kan!








Haaaa .. ni baru sikit je aku amik ni. Ada 70 replika enjin kesemuanya sedang menanti kehadiran korang di One Utama! Memang comel dan cantik setiap satunya, bergambar la puas-puas nanti ye hehehe ....

Selain pameran dan aktiviti, di sini juga akan dibuka gift shop khas menjual barangan Thomas & Friends! Ada macam-macam barang korang boleh pilih dan beli untuk anak-anak. Nak kasut? nak baju? nak mainan? semua tu ada dijual disini!









Kalau korang pengumpul replika mini karakter kartun atau sebagainya, mungkin korang boleh tengok-tengok replika Thomas & Friends di pameran ni. Mana tau ada yang berkenan di hati? hehe ...



Beli untuk si kecil pun ok gak ni ;)





Ok, jangan lupa ye datang ke LG Oval Concourse, One Utama bermula 6hb April sehingga 10hb April untuk sertai aktiviti-aktiviti yang disediakan. Bawa anak-anak korang untuk bergambar dan temui karakter-karakter menarik di sini sepanjang pameran berlangsung. 

Pastinya cuti hujung minggu bersama keluarga di sini sangat meriah dengan kehadiran Thomas & Friends! ;)

Untuk maklumat lanjut tentang Pameran Thomas Town, Puteri Harbor "Mini & Mighty" Malaysia ini, korang boleh layari www.puteriharbor.com/play/thomas-town


Tuesday, March 29, 2016

Tuesday, March 29, 2016

"Start Right Brush Right" Dengan SYSTEMA!


Assalamualaikum!


Aku ingatkan di usia menjangkau 33 tahun ini, soal penjagaan gigi mungkin tidak lagi menjadi masalah bagi aku, terutamanya dalam soal pemilihan berus gigi yang sesuai. Tapi malangnya aku silap! hehehe. Tapi masih belum terlewat lagi kan untuk berubah kepada cara yang betul, yang penting kita bersedia untuk berubah! :)




Di road-show "Start Right Brush Right" yang bertempat di One Utama Shopping Center, aku berpeluang merasai pengalaman menggunakan berus gigi jenama Systema, jenama nombor satu di Jepun! Kempen ini diadakan sempena bulan Kesihatan Mulut Sedunia baru-baru ini. Jujur, ini kali pertama aku guna berus gigi Systema dan perasaannya memang jauh berbeza ... berbeza dengan berus gigi yang aku guna sebelum ni!

Objektif utama kempen ini adalah untuk memberi info kepada pengunjung tentang kepentingan penjagaan gigi yang baik melalui pemilihan berus gigi yang sesuai serta teknik memberus yang betul




Ada beberapa aktiviti menarik sepanjang road-show Systema berlangsung. Antaranya aktiviti mewarna untuk kanak-kanak! Dan untuk mereka yang inginkan khidmat nasihat tentang penjagaan gigi yang baik serta pemeriksaan gigi oleh doktor gigi juga turut disediakan.  

Sebelum itu, aku diberikan borang kaji selidik untuk mereka ketahui lebih lanjut tentang corak penjagaan gigi aku selama ini. Dah selesai isi borang, barulah aku ditunjukkan berus gigi mana yang sesuai untuk aku hehe ...




Ada banyak pilihan berus gigi Systema untuk kegunaan seisi keluarga. Setiap satunya mempunyai kelebihan dan fungsi yang pelbagai untuk setiap jenis keadaan gigi kita. Dan, untuk aku mereka mencadangkan 3D Clean!

Pilihan warna juga menarik! Cuba teka aku pilih warna apa? hehe ...



PINKKKKKKKKKK! ;)


Kemudian, sedia untuk memberus gigi! :D





Wahhh naif sangat muka aku time gosok gigi hahaha ... :p

Macam yang aku cakap tadi, perbezaannya memang ketara saat aku memberusnya kali pertama! Sebelum ni, bila aku berus gigi dengan berus gigi jenama yang biasa aku guna, aku akan tekan berus gigi tu agak kuat pada gigi dan gusi dengan anggapan bahawa lebih kuat berus itu ditekan, kotoran degil yang melekat pada gigi akan cepat tertanggal. Ternyata silap besar aku ni ... T_T

Tapi dengan berus gigi Systema, aku tak perlu tekan kuat kerana gosokan lembut saja sudah memadai untuk pembersihan gigi yang sempurna! :)

Rahsianya? ...




  • kebolehan memberus pada bahagian yang sempit terutamanya pada garisan gusi. Bulu berus Systema 1/10 lebih halus dari bulu berus biasa iaitu hanya 0.02mm
  • memberus 40% lebih bersih pada celah-celah gigi
  • 3 kali lebih lembut pada gusi dengan mengurangkan tekanan memberus sebanyak 66%
  • tahan lebih lama, diperbuat daripada PBT gred tinggi yang lebih tahan lama dari berus gigi biasa
  • dapat kering dengan lebih baik, oleh itu lebih bersih.



Ok, dah setel berus gigi tadi seterusnya aku dibawa berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan gigi. Gementar tu takla ... sebab aku fikir takkan la doktor tu nak cabut gigi aku kat road-show kan hahaha :p

Bagus juga disediakan pemeriksaan gigi seperti ini kan, sebab pengunjung boleh dapatkan khidmat nasihat terus dari doktor gigi dan apa yang mereka boleh lakukan untuk pastikan gigi bersih, sihat dan kuat.




Kita siap boleh tengok lagi dekat laptop paparan keadaan gigi kita menggunakan 'kamera' doktor ni. Kalau tengok kat cermin biasa, bahagian gigi yang dalam tu susah sikit nak tengok kan, tapi melalui paparan kat monitor tu, aku boleh tengok dengan jelas masalah gigi dan doktor pun senang nak jelaskan tentang cadangan untuk memulihkan gigi semula ...




Macam mana kita nak tahu samada kaedah berus gigi kita betul atau tidak? Korang boleh rujuk gambar di atas ni, semua yang diatas ni adalah cara aku berus gigi selama ni huhu T_T 

So lepas ni, aku kena ubah cara berus gigi kepada cara yang betul. Yang pasti, berus gigi juga kena pilih Systema sebab bulu berusnya lebih lembut dan selesa bila aku guna berbanding berus gigi aku yang lama. 




Aku juga ditunjukkan cara yang betul memberus gigi. Mujur aku ngan doktor tu je dalam bilik hari tu hahaha ... kalau kat public suh tunjuk cara gosok gigi macam tu, maluuuuuuu .... hahaha! :p

Rupanya cara yang betul untuk memberus gigi adalah dengan menyerongkan berus kepada 45° pada gigi sebelum memberusnya dalam bentuk bulatan. Yang aku buat selama ni ... 90° atas ke bawah T_T




Selalu yang aku pesan pada anak-anak, sayangilah gigi anda. Susah hidup bila takda gigi tau. Pilih berus gigi yang sesuai dan yang boleh membersih gigi kita secara efektif. Masih belum terlambat untuk kita mengubah kepada yang lebih baik! Ada juga pilihan berus gigi untuk kanak-kanak, so pendek kata rangkaian berus gigi Systema sesuai untuk seisi keluarga! Aku juga mula suka dengan berus gigi jenama Systema 3D Clean ni :)

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Systema, korang boleh layari :


atau 

Consumer Care Hotline : 1-800-880-133


Tuesday, September 29, 2015

Tuesday, September 29, 2015

PLAY-DOH® Berjaya Cipta Rekod Malaysia Di One Utama!

Assalamualaikum!


Hari yang paling dinanti-nantikan oleh kakak dan adik sempena cuti sekolah minggu lepas akhirnya tiba jua. Bersempena dengan sambutan Bulan PLAY-DOH® yang julung kalinya diadakan di Ground Floor Highstreet One Utama pada 26 September 2015, PLAY-DOH® membawakan persembahan menarik dan penuh warna warni sepanjang minggu dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat seisi keluarga!





Bukan saja kami sekeluarga ingin memeriahkan acara sambutan Bulan PLAY-DOH® dan bermain PLAY-DOH® sepuasnya pada hari yang istimewa ini, tapi kami juga berpeluang menjadi sebahagian dari rakyat Malaysia menyahut cabaran untuk menghasilkan beribu-ribu rekaan menggunakan PLAY-DOH® seterusnya mencipta rekod dalam The Malaysia Book of Record!

Memang menarik ...!




Kami sampai awal pagi tu, so sementara menunggu giliran untuk masuk ke ruang aktiviti kami jalan-jalan 'cuci mata' melihat pameran jualan PLAY-DOH®. Untuk makluman korang, selain aktiviti merekabentuk arca dan belajar buat cupcake dengan PLAY-DOH®, terdapat pelbagai jenis set permainan PLAY-DOH® yang menarik yang turut dijual di sini!





Nak yang ni ibuuuuuuuuuu ....:)


Nak ni jugakkkkk ...boleh ye buuuuuuu!


Yang ni sekali ... sayangggg ibuuuuuuuuuu! 



Aktiviti kami yang pertama pada pagi itu ialah sesi mencuba set permainan PLAY-DOH® Cupcake Celebration Playset dan Swirl & Scoop Ice Cream baru di Sweet Shoppe istimewa!

Kakak dan adik serta kanak-kanak lain memang dah teruja bila pertama kali tengok set permainan cupcake ni. Masing-masing dah tak sabar nak 'membuat' cupcake sendiri menggunakan PLAY-DOH® pelbagai warna! Kelas ini turut dibantu oleh Mr Cupcake (berbaju kuning) yang menunjukkan cara-cara bagaimana membuatnya.





Keriangan dan semangat jelas terpancar di wajah kanak-kanak sepanjang aktiviti di sini. Dengan PLAY-DOH®, kreativiti kanak-kanak akan menjadi lebih berkembang serta boleh diolah dengan pelbagai cara melalui pilihan warna dan peralatan untuk menghasilkan bentuk yang diingini.

Ini akan memberi kebebasan kepada mereka untuk mencipta sesuatu yang lahir dari pemikiran dan imaginasi, samada ia berbentuk ikon makanan dan buah-buahan tempatan popular, mercu tanda negara yang terkenal, pakaian dan kebudayaan Malaysia serta banyak lagi yang boleh ditampilkan sepanjang roadshow Bulan PLAY-DOH® sejak 21 September lalu.





Walaupun Mira agak gementar kerana ibu tak duduk di sebelah, tapi Mira berjaya membuktikan yang dia juga boleh buat! Yeaaaa ...! :)

A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Melilau-lilau mata si Mira hehe :)



Yeaaa! cupcake kakak dah siapppp! 
Nak tengok macam mana kakak buat?:D


A video posted by Hanim Hashim (@wanimira) on

Wowwww! ibu tengok dari jauh rasa macam nak masuk join sama main benda ni hehehe :D



Inilah cupcake kami! Lepas ni kami boleh buka kedai cupcake dan ibu tak perlu pergi kerja, hanya jaga kedai je hehehe :D




Dah habis kelas cupcake di Sweet Shoppe, kami teruskan aktiviti kemuncak yang ditunggu-tunggu oleh semua pengunjung pada hari itu iaitu membina sebanyak mana arca yang boleh yang melambangkan Malaysia! Yang pasti, kami akan bermain dengan lebih banyak warna-warna ceria menggunakan PLAY-DOH® dan menyerlahkan kreativiti serta imaginasi kakak dan adik ke dalam bentuk yang menarik! 

Wowweeeeeeeeee! :D




Aku turut sempat mengambil gambar suasana kemeriahan di event sambutan PLAY-DOH® yang turut sesak menerima kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus sejak dari awal pagi untuk sama-sama menceriakan majlis dan mencipta rekod Malaysia bersama PLAY-DOH®.

Inilah semangat ceria warna-warni yang kita mahukan dari rakyat Malaysia! ^^






Ok kakak dan adik, kita kena buat bentuk yang menarik ok! Hari tu ibu dah ajarkan beberapa teknik mudah untuk kakak dan adik buat bentuk ... so hari ni, kita akan sama-sama buat bentuk yang kreatif ok! ^^

Apa yang kakak fikirkan bila kakak sebut Malaysia ?

Penyu ...

Ok la ... kakak buat penyu

Adik pulak nak bentuk apa?

Adik nak buat bola ...

Hahaha ok la bola pun bola la ....


Walaupun ramai sangat orang dah time ni, 
tapi kami masih taknak tinggalkan meja Play-Doh ni hehehe




Inilah hasil tangan kami dengan PLAY-DOH®! Ibu buat ladybird dengan daun dan logo Merdeka Malaysia, kakak buat bunga ros, penyu dan beg tangan sementara Mira buat .... UFO?? hahahaha :p




Bila dah siap, kami hantarkan ke kaunter untuk semakan sebelum semua arca ini diletakkan di rak khas PLAY-DOH untuk cabaran cipta rekod Malaysia. Bukan itu saja, kami juga dapat goodies bag berisi PLAY-DOH® dan sijil penyertaan! 

Hou yeaaaaaa! ^^




Antara rekaan PLAY-DOH® yang menarik dan berwarna-warni yang telah siap dan sedia untuk ditanda nombor sebelum diletakkan di atas pentas khas PLAY-DOH®

Ternyata rakyat Malaysia memang kreatif dan penuh dengan imaginasi kan! Macam-macam adaaaaaaa, dari keunikan makanan ke kemeriahan perayaan mengikut kaum dan permainan tradisional tempatan sehingga ke kepelbagaian haiwan! 

Malaysiaku memang CERIA! ^^



Sijil penyertaan PLAY-DOH®




Setiap ukiran dipamerkan di pentas PLAY-DOH® gergasi dalam pelbagai warna dan kreativiti demi menampilkan kepelbagaian komuniti Malaysia. Bagi mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record, sebanyak 1500 arca pelbagai rekabentuk ceria dan berwarna-warni perlu dihasilkan dalam masa sehari! 

Wowww ... banyak tu kan! 

Dan, akhirnya keputusan telahpun diperolehi .....



(Right) Ms Evelyn Hah, Country Manager of Hasbro Toy Malaysia & Singapore unveils the final number of sculptures with Ms Lee Pooi Leng, The Malaysia Book of Records Official, witnessed by Doh Doh, Play-Doh's beloved official mascot!


Tercatatnya sejarah di dalam The Malaysia Book of Record apabila PLAY-DOH® berjaya merekodkan 1899 rekaan terbanyak yang dihasilkan dalam masa sehari! TAHNIAHHHHHHH!!!!

Pada hari itu juga, turut diumumkan pemenang bagi Ukiran Paling Kreatif dalam 2 kategori :

  1. Ukiran PLAY-DOH® terbaik (bawah 12 tahun)
  2. Ukiran PLAY-DOH® terbaik (13 tahun dan ke atas)





Tahniah diucapkan pada adik Aina Qistina (7 tahun) & En. Alvin Teoh (36 tahun)! Masing-masing membawa pulang hadiah set permainan ekslusif dari PLAY-DOH®Nak tahu apa yang mereka berdua hasilkan dengan PLAY-DOH® pada hari tu?



Comel kan!!





Ukiran yang memenangi pertandingan ini juga akan dipamerkan dalam laman web PLAY-DOH®!




Terima kasih PLAY-DOH® kerana memberikan keseronokan berganda buat kami sekeluarga sepanjang berlangsungnya sambutan Bulan PLAY-DOH® di One Utama kelmarin. Selain aktiviti menarik dan peluang untuk bermain dan mencuba set permainan baru dari PLAY-DOH®, kami sekeluarga sangat gembira meluangkan masa bersama-sama di sini bermain dan mencipta sesuatu yang kreatif menggunakan imaginasi yang tiada batasnya!

Apa yang penting, aku dapat lihat semangat bekerjasama antara mereka berdua terserlah dan masing-masing ingin menunjukkan kebolehan mencipta sesuatu yang baru. Sememangnya PLAY-DOH® adalah alat pembelajaran dan kreativiti yang mampu merangsang minda kanak-kanak untuk lebih berinovasi!

Selamat menyambut Bulan PLAY-DOH® diucapkan dan TAHNIAH buat PLAY-DOH® kerana berjaya mencatat nama dalam The Malaysia Book of Record!

^^

#playdohmonth2015


Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.