PNKids
Saturday, August 01, 2015
Majlis Pelancaran PNKids Vitamin Untuk Kanak-kanak!
Assalamualaikum!
Vitamin dan mineral mempunyai peranan yang unik dalam menyeimbangi kesihatan kita. Dan, cara terbaik untuk mendapatkan keperluan vitamin yang optima adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang serta memastikan keperluan nutrisi yang perlu untuk tubuh anak-anak kita ada dalam setiap pinggan.
Dalam menjalani aktiviti seharian samada di sekolah mahupun di rumah, Wani dan Mira sentiasa bergerak aktif melakukan apa saja! Sebagai ibu, aku akan cuba memastikan mereka mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan untuk kekal aktif dan cergas. Tapi, mempunyai anak yang cerewet memilih makanan memerlukan aku untuk memikirkan alternatif terbaik supaya mereka tidak tercicir dari mendapat keperluan vitamin yang secukupnya.
Baru-baru ini aku dijemput untuk menyaksikan pelancaran vitamin untuk kanak-kanak di One Utama Shopping Centre, Bandar Utama. Untuk maklumat korang, PNKids adalah vitamin yang dirumus untuk kanak-kanak yang ingin kekal aktif dan cergas setiap hari.
Setiap kanak-kanak mempunyai keperluan vitamin dan mineral yang berbeza, dan menyedari akan kepentingannya kepada kesihatan kanak-kanak, PNKids telah melancarkan produk vitaminnya untuk dipasarkan dalam Malaysia.
Upacara memotong reben
Dari Kiri : Mr Jimmy Lim, Group MD/CEO of Fiamma Holding Berhad, Mr Eff Taeger, Ms Valerie Chin, Mr Leslie Ching, MD of Kinsmedic, Dr Leow, Mr Cachino Thong, MD of PNKids Singapore and Mr Chong, MD of Caring Pharmacy
PNKids telah pun memasuki pasaran Singapura dan kini boleh didapati di Malaysia! Apa yang menarik tentang PNKids gummies ni? ^^
- cerewet memiih makanan dan tidak cukup makan
- kanak-kanak aktif dalam sukan
- kanak-kanak yang banyak makan makanan segera dan makanan terproses seperti burger
- kanak-kanak yang mengamalkan diet sayur-sayuran, dan kerana itu merekak kekurangan zat besi
- alahan terhadap gluten, laktos (susu) dan telur
- *kanak-kanak yang menghidap asma atau masalah sistem penghadaman terutama yang mengambil ubat (medication)
*sila rujuk doktor terlebih dahulu
Ada enam variasi PNKids gummies untuk kanak-kanak dari umur 2 tahun dan ke atas. Setiap gummy mempunyai kandungan vitamin dan mineral yang berbeza mengikut keperluan tertentu. Dan, pastinya aku diberikan peluang untuk merasai sendiri kesedapan PNKids gummies ni hehe.
Serius, hampir kesemuanya sedap! hehe. Kanak-kanak sememangnya menyukai gummies kan, dan biasanya gummies lain di pasaran mempunyai kandungan bahan pewarna tiruan, perasa tiruan dan pengawet tiruan! Lagi satu, gummies yang berada di pasaran mempunyai gelatin dan kadang-kadang kita pun was-was nak belikan untuk anak-anak. Tapi produk PNKids gummies ini tidak mempunyai kesemua yang aku sebutkan tadi, malah ia dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi berkualiti serta diperkaya dengan vitamin dan mineral yang sesuai untuk kanak-kanak. Wowwww ...!
PNKids gummies mengandungi vitamin tambahan dan mineral serta tidak mengandungi :
- Laktos
- Gluten
- Soya
- Kekacang
- Gelatin
- Pengawet
- Pewarna Tiruan
- Perasa Tiruan
- Telur
Nampak tak? PNKids gummies juga sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan alahan kepada kanak-kanak. Kalau anak-anak kita mempunyai masalah tak boleh makan soya atau kekacang atau alah terhadap telur, maka kita tak perlu risau kerana produk PNKids gummies bebas dari bahan-bahan tersebut.
Produk PNKids gummies didatangkan dalam botol yang mengandungi 60 biji gummies yang diperkaya dengan vitamin dan mineral untuk kanak-kanak bermula umur 2 tahun dan ke atas.
-menyediakan nutrisi yang diperlukan ketika mereka membesar. Mengelakkan dari kekurangan vitamin-
PNKids Boys - RM55.80/RM58.60 (EM)
PNKids Girls - RM55.80/RM58.60 (EM)
-mengandungi Vitamin C untuk penyerapan zat besi dari sumber bukan daging-
PNKids Guard-C - RM44.60/RM46.90 (EM)
-diperkaya dengan DHA, EPA dan Omega 3. Ia senang diambil dan tiada bau hanyir seperti minyak ikan lain-
PNKids Omega 3 DHA - RM72.50/RM76.10 (EM)
-dilengkapi dengan vitamin A,D,E,C dan B12, Iodin, Asid Folik dan Asid Panthonik. Vitamin A perlu untuk fungsi mata dan membantu dalam mengekalkan kulit sihat. Asid Folik penting untuk pertumbuhan-
PNKids Clear - RM69.80/RM73.30 (EM)
-diperkaya dengan Kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat dan Vitamin D membantu penyerapan Kalsium dalam badan-
PNKids Grow - RM60.40/RM63.40 (EM)
-mengandungi campuran buah-buahan dan sayuran (bayam, seleri, timun, parsley, nenas, epal hijau, pear, kiwi, passion fruit dan lemon) dan diperkaya dengan vitamin C-
PNKids VitaGest - RM65.00/RM68.30 (EM)
Untuk pengetahuan semua, PNKids kini mengadakan pameran bergerak di One Utama Shopping Centre, Bandar Utama dari 29 Julai sehingga 2 Ogos 2015 . Bukan saja korang boleh mendapatkan maklumat tentang PNKids gummies, korang juga boleh membawa anak-anak untuk menyertai permainan yang disediakan di sini. Dan tentunya, ada hadiah menarik menanti mereka yang bertuah!
Di pameran bergerak ini juga, korang juga boleh dapatkan produk PNKids gummies ini dengan harga promosi hebat!
So, jangan lupa ramai-ramai serbu ke pameran bergerak PNKids di One Utama hari ini sehingga hujung minggu bersama keluarga dan dapatkan maklumat serta produk PNKids gummies. Pastikan juga anak-anak korang sertai permainan yang disediakan penganjur, mana tahu boleh bawa balik hadiah jam tangan PERCUMA! ^^
Juga turut disediakan booth untuk ambil gambar keluarga dan face painting!
PNKids juga boleh didapati di semua gedung farmasi utama di seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, korang boleh hubungi mereka atau layari :
Kinsmedic Sdn Bhd
9-2, WismaFiamma,
No. 20, Jalan 7A/62A,
Bandar Manjalara 52200
Kuala lumpur
Customer Careline : 1300-88-8848
Laman web : www.pnkids.com.my
Facebook : www.facebook.com/PNKids-Malaysia