Story Kenit
Thursday, May 14, 2015
Amaran Untuk Jutawan : Telur Goreng Milik Kami!!!
Assalamualaikum!
Gila! Memang kerja gila ...! Korang tau tak pasal ni? Kalau dah sampai tahap macam ni, memang patut kena protes! Siapa dia nak ambil hak cipta resepi itu dari kami?? Mentang-mentang dia orang kaya punya wang satu juta ... boleh beli semuanya? boleh miliki semuanya?? Mengarut!
Walaupun aku bukan blogger masakan, tapi aku tak pernah terfikir sampai nak ambil hak cipta resepi telur goreng. Agak-agak la pun nak buat macam tu .... walaupun pada orang lain resepi telur goreng tu hanya ... telur goreng tapi itulah antara makanan kegemaran anak-anak aku!
Bayangkan lah kalau jutawan gila tu ambil hak cipta resepi telur goreng ... kita semua tak boleh nak goreng telur guna resepi biasa yang kita buat. Dah tu .. lepas ni anak-anak aku dah tentu tak boleh makan telur goreng kesukaan mereka. Kesian mereka ....
Sesuatu perlu dibuat ...tak puas hati aku kalau terus berdiam diri! Resepi telur goreng pun nak dikebasnya .. macam takda resepi lain dah ke??? Kenapa perlu nak beli hak cipta semata-mata untuk ibu dia? Kami pun kaum ibu juga! Tak boleh ke kongsi sama-sama??? Haihhh ... ada juga spesis orang tamak macam ni! Grrrr ....!
Tak puas hati ... maka aku join protes awam bersama kaum ibu yang lain hari tu. Bertempat di hadapan bangunan sebuah stesen media terkemuka negara, kami sama-sama membantah kerja gila jutawan ini!
Apa nak jadi ...jadila!!
Apa nak jadi ...jadila!!
Sebagai ibu, kami akan terus berjuang untuk pertahankan hak kami. Dia mungkin jutawan ... dia mungkin kaya ... tapi dia tak boleh beli segalanya! Dan, itu termasuklah resepi telur goreng.
Hari Jumaat ni, 15 haribulan, keputusan akan diumumkan di One Utama samada jutawan ni dapat memiliki hak cipta resepi telur goreng ataupun tak. Aku nervous nak tengok keputusan ni ... Aku takkan biarkan jutawan ni dapat hak cipta resepi telur goreng!
Telur goreng milik semua ...semuaaaaaaaa! >.<