Breaking

Showing posts with label Pusat Pakaian Hari Hari. Show all posts
Showing posts with label Pusat Pakaian Hari Hari. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Wednesday, June 17, 2015

Jom Shopping Baju Raya Di Pusat Pakaian Hari Hari!


Assalamualaikum!


Bila bercakap tentang persediaan raya, anak-anak adalah insan yang paling teruja selain ibu dan ayahnya. Tetapi, setiap tahun masalah yang sama tetap juga menghantui tiap kali nak shopping baju raya. Pengalaman shopping di saat-saat terakhir beberapa tahun lepas benar-benar mengubah persepsi kami suami isteri.

Dek kerana nak kejarkan harga murah dan diskaun di minggu-minggu terakhir, kami sanggup meredah 'lautan' manusia mencari baju raya. Perghh ... memang mimpi ngeri kalau dikenang kembali! Dengan nak pegang tangan anak-anak, melintas jalan, keluar masuk kedai nak cari pakaian yang sesuai, risiko disaman lagi .... memang tak tenang rasa nak shopping kan.




Tahun ni, aku dan Pak Jelan berazam nak ubah jadual shopping kami. Instead of shopping di saat-saat terakhir di tempat yang sibuk, kami memilih untuk shopping awal dengan promosi harga hebat di lokasi yang selesa dan mempunyai pilihan baju raya yang menarik dan cantik untuk seisi keluarga!

Tanpa banyak bicara, kami ke Pusat Pakaian Hari Hari, Lake Fields, Sungai Besi minggu lepas! Kalau dari Pusat Bandar hanya mengambil masa 19-23 minit untuk sampai ke sini. Jangan risau, ikut hiway pun boleh hehe. Tahun ini, kami berazam untuk shopping awal supaya tidak mengganggu urusan ibadah dalam bulan Ramadhan. Sebab itu kami pilih Pusat Pakaian Hari Hari kerana ia menepati citarasa kami sekeluarga! ^^

Shopping timeeee! ^^




'Model' terpampang di hadapan kedai





Selangkah kaki ke dalam sudah cukup membuatkan kami sekeluarga teruja! haha. Anak-anak dah tahu mana tempat nak dituju, suami dan isteri seolah-olah membawa 'haluan' sendiri hehe. Teruja melihat kemeriahan warna-warna ceria pada koleksi baju raya di Pusat Pakaian Hari Hari ini.

Jom tengok pakaian anak-anak dulu ...





Pencarian baju raya bermula! Tak susah nak cari seksyen baju raya kanak-kanak. Dan kakak dan adik tahu apa yang mereka nak! Masing-masing sibuk menggayakan baju raya yang terdapat di situ. Serius ... memang cantik pilihan warna dan corak di sini! 






Terdapat pelbagai pilihan menarik untuk kanak-kanak di Pusat Pakaian Hari Hari, dari baju kurung ke blouse hingga ke jubah. Disebabkan tahun ini, kami memilih untuk tema jubah maka, semestinya inilah tempat yang kami cari!

Sementara kakak dan adik mencuba baju yang dipilih, ibu pun nak pilih juga baju raya hehe ^^




Jubah dengan pilihan warna dan corak menarik



Baju kurung juga ada ^^



Pilih kak long .. jangan tak pilih hehe 



Ok yang ni cantik ... yang ni cantik ... errmmm nak ni jugak! 
Rambang mata kak long weh! hahaha



Tu ..tu .. saya nak yang biru tu! 
hahaha




Kalau ikutkan rasa hati, mau aje aku nak try fitting semua jubah-jubah ni hehehe. Tapi, kesian pulak kat staf kedai tu kang ... plus, kena jegil ngan Pak Jelan naya aku haha!




Eh.. anak-anak dah siap la! Jom tengok cantik tak! ^^




Kakak ada dua pilihan warna yang dia suka. Satu warna biru (gambar atas sekali), satu lagi warna biru ni. Memula dia nak dua-dua, tapi akhirnya dia pilih warna biru yang satu lagi hehe. 




Adik lagi senang, dari mula dia memang dah aim nak kaler terang macam ni. Tahun ni, kami tak tetapkan tema warna jadi ikut la warna apa pun janji anak-anak suka. Nak cari saiz baju pun tak susah ... kalau tak pasti boleh tanya staf kat situ.

Yeaaa ... baju raya anak-anak dah setel! Sekarang baju raya ibunya pulak hehe. Banyak juga baju yang sempat aku gayakan hehe. Nak tengok model tak berbayar tak? haha ... jom! 








Ahaaa! susahnye nak pilih ni ...haha. Banyak sangat yang memikat hati, tapi alhamdulillah akhirnya pilihan telah dibuat! Nak tahu aku pilih baju yang mana? Haaa tu kena tunggu la pagi Raya ... yek hehe :)

Untuk kaum bapa tidak dilupakan juga. Kelengkapan siap dari songkok hingga ke baju Melayu dan sampin turut ada di Pusat Pakaian Hari Hari.






Antara koleksi baju Melayu yang cantik dan menarik ....








Semua pilihan warna yang kita nak ada di sini. Pendek kata, baju Melayu untuk suami, untuk anak teruna dan remaja juga ada! Nak warna gelap,cerah, lembut, pastel ... corak terkini dan unik, semuanya ada di Pusat Pakaian Hari Hari!




Pilihan warna dan corak sampin


Bagaimana dengan harganya?

Alhamdulillah ... harga yang ditawarkan pun hebat. Memang sesuai dengan bajet untuk seisi keluarga. Dah nama pun promosi hebat kan hehe. 







Selain harga yang cukup berpatutan, Pusat Pakaian Hari Hari turut mementingkan keselesaan pelanggannya membeli belah. Ruang yang luas dan bilik persalinan yang cukup, memudahkan anda dan keluarga memilih dan mencuba pakaian di sini.

Masing-masing dah dapat apa yang dihajat .. so apa lagi, jom ke kaunter! ^^




Terima kasih! Weeeee .... kami dah ada baju raya hehe ^^




Hou yeaaaa! Misi tercapai akhirnya ^^.  Tak perlu nak bersesak-sesak lagi dah, tak perlu nak meredah 'lautan' manusia dan tak perlu risau pasal parking ...hehe! Terima kasih Pusat Pakaian Hari Hari ... alhamdulillah pengalaman yang best bershopping di sini!

Korang yang belum shopping baju raya lagi tu, tak perlu tunggu saat-saat akhir untuk kejar diskaun dan promosi. Bawa saja keluarga korang ke Pusat Pakaian Hari Hari sebab di sini ada promosi hebat sehingga menjelang Raya!




Plus, dengan pembelian RM80 dan ke atas, korang akan dapat sampul raya bermula 3 Julai 2015 dan pembelian RM120 dan ke atas akan dapat beg ungu Hari Hari ekslusif seperti yang aku punya tu hehe :)

Promosi Raya oleh Pusat Pakaian Hari Hari berlangsung serentak seluruh negara, so jangan lupa bawa keluarga korang shopping baju raya di Pusat Pakaian Hari Hari yang terdekat hari ini! ^^

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.