RASHIDUN CALIPH 2014
Wednesday, July 02, 2014
RASHIDUN CALIPH CONFERENCE 2014
Assalamualaikum!
Ada dua persoalan yang selalu bermain difikiran. Soalan yang pertama, apakah tujuan kita hidup di dunia ini? Apakah ada keperluan tertentu yang Allah tetapkan untuk kita sebagai manusia, atau kita hidup sekadar untuk mengalami fasa dan peringkat kehidupan dan kemudian kita dimatikan?
Maha Benar firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu (Allah)."
(Surah az-Zarriyat, ayat 56).
Sejak zaman Rasulullah s.a.w, sifat kepimpinan yang dibawa oleh baginda dalam mengembangkan syiar Islam menjadi contoh kepada para sahabat dan umat dizamannya, hatta turut dikagumi oleh pemerintah-pemerintah dari negara asing sehingga kini.
Dan selepas kewafatan Nabi s.a.w, legasi kepimpinan baginda terus dijunjung kukuh oleh para sahabat yang diangkat sebagai khalifah yang memikul tanggungjawab menyebarkan kesyumulan Islam di Tanah Arab dan seluruh dunia. Umum mengetahui akan kepimpinan 4 orang sahabat Nabi s.a.w yang diangkat sebagai khalifah (pemerintah), iaitu Abu Bakr as-Siddiq r.a (632H-634H), Umar al Khattab r.a (634H-644H), Uthman bin Affan r.a (644H-656H) dan Ali bin Abi Talib r.a (656H-611H).
Pemerintahan keempat-empat khalifah ini yang berlangsung selama 29 tahun menyaksikan betapa mereka mengangkat dan mengamalkan sifat kepimpinan Nabi s.a.w dalam kehidupan peribadi mahupun dalam kerajaan dan pemerintahan masing-masing, walaupun setelah baginda wafat.
Namun, adakah umat Islam pada zaman kini juga mempraktikkan dan mengamalkan kepimpinan Islamiah seperti para sahabat baginda s.a.w? Dan bagaimanakah dapat kita fahami konsep kepimpinan dalam Islam yang cuba dibawa oleh Nabi s.a.w dan para sahabat?
Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, sebuah organisasi tempatan telah mengambil inisiatif menganjurkan suatu persidangan Islamik yang bertajuk 'Rashidun Caliph 2014'. Persidangan yang julung kalinya dianjurkan oleh Tathweer Sdn Bhd ini bakal berlangsung di PWTC, Dewan Merdeka Kuala Lumpur pada 30hb Ogos 2014, bersempena sambutan ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-57.
Tathweer Sdn Bhd
Pengurusan Tathweer Sdn Bhd |
Merupakan sebuah organisasi yang baru ditubuhkan dan berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Tathweer Sdn Bhd yang diterajui oleh 4 orang anak tempatan ini memberikan perkhidmatan yang mencapai tahap piawaian global dalam aspek komunikasi interaktif, pengurusan majlis, pemasaran dan pengembangan keusahawanan.
Tathweer adalah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud, 'Revolusi' iaitu menyediakan suatu platform unik untuk merapatkan jurang antara kita dengan mencipta idea-idea baru yang tidak lari dari teras objektifnya iaitu untuk membawa keamanan dan harmoni di alam semesta ini.
Pada 28hb Jun yang lepas, aku dan rakan blogger lain berpeluang menghadiri majlis pelancaran persidangan Rashidun Caliph 2014 di Restoran NZ, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
RASHIDUN CALIPH 2014
- Persidangan Islamik yang bakal mengambil tempat di PWTC hujung bulan Ogos ini memfokuskan kepada elemen persepsi terhadap Islam pada hari ini yang banyak menimbulkan persoalan dari segi bagaimana umat Islam memahami dan mempraktikkan ajaran Islam.
- Aspek yang dibincangkan bakal menerapkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam kini, dan usaha untuk mengkaji semula pemahaman mereka terhadap konsep Islam dari segi konteks peradaban kontemporari; menimbangkan antara keutamaan; membangunkan suatu kaedah yang boleh diterima pakai untuk diinterpretasikan; dan bagaimana kita boleh menguasai semula prinsip Islam berkaitan mentaati perintah dan suruhan Allah s.w.t melalui keadilan sosial dan kemanusiaan keseluruhannya.
- Bertemakan "Past Experience-Future Lessons", turut mengetengahkan 3 topik yang menjadi kunci utama, iaitu :
a) Righteous Caliph (Kalifah Soleh)
b) Righly Guided (Mendapat Petunjuk)
c) Righteously Guided (Bimbingan Yang Adil)
- Persidangan selama 1 hari ini juga, bakal menampilkan barisan 6 orang panel penyampai dari pelbagai negara dan berbeza latarbelakang, namun mempunyai asas tauhid yang sama, yang bakal berkongsi pentas bertukar-tukar idea dan buah fikiran berkenaan topik yang dibincangkan.
- Antaranya ialah :
Sheikh Hussain Yee |
Shaykh Faisal Abdur-Razak |
Sheikh Abdul Hakeem Waleed |
Abu Ahmad |
Dengan ini, Tathweer Sdn Bhd ingin menjemput anda samada perseorangan, para ulama, para penyelidik, professional dari pelbagai latarbelakang agama dan kepercayaan untuk sama-sama mengimarahkan persidangan RASHIDUN CALIPH 2014 pada bulan Ogos ini.
Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM100, anda boleh mula mendapatkan tiket dengan mendaftar di SINI.
Jadi, segera daftarkan diri anda dan dapatkan tiket anda hari ini sementara stok masih ada. Untuk makluman lanjut, boleh layari: www.tathweer.com
RASHIDUN CALIPH 2014
TARIKH : 30HB OGOS 2014
TEMPAT : PWTC, DEWAN MERDEKA
MASA : 9AM-9PM
Marilah sama-sama kita mengimarahkan persidangan ini, semoga mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Non-muslim turut dialu-alukan untuk menyertai persidangan ini, sambil merapatkan ukhwah sesama insan.
Persoalan kedua yang bermain difikiran kini, apakah yang telah kita lakukan untuk mempromosi Allah s.a.w dan agama Islam? Untuk persoalan ini, saya biarkan anda sendiri jawab ....
Wassalam.