Breaking

Showing posts with label Ramadan 2019. Show all posts
Showing posts with label Ramadan 2019. Show all posts

Monday, June 03, 2019

Monday, June 03, 2019

Biskut raya den siap!


Assalamualaikum! Dua hari lagi nak raya ha, persiapan raya macam mana? Kami biasa-biasa je, yang penting anak-anak punya mesti ada. Tapi selain anak-anak punya, ibu punya pun kena ada hehe. Apa lagi kalau bukan projek biskut raya!

Alhamdulillah aku masih berkesempatan meneruskan tradisi membuat biskut raya sendiri. Beli bahan dan buat sendiri terasa kepuasannya! 


Tahun ni aku sempat buat 4 jenis, dan tahun ni buat pertama kalinya biskut mama carey tak dapek den nak buat. Kito buek biskut tokap-tokap yo ha hehe. Sonang kojo sikit ha.

Biskut Dahlia

Biskut Nestum

Florentine @ Almond Crunchy

Simpul Kasih

Jadi la ha. Buat untuk sendiri dan mak. Campur ngan maruku sikit dapat la 5-6 jenis kesemuanya. Seronok tengok tetamu datang ke rumah makan biskut yang kita buat sendiri. Omak den pun ada projek kek dio sendiri. Duo jenis kek dok dalam oven tu ha. Kek gula hangus dan kek biasa vanilla. Ado orang panggil kek gula hangis tu kek sarang semut, ada yang kata kek span. Tak kisahla janji rupo eh samo! hehe.

Eh lupa nak bagitau, kakak dan adik pun ada menolong buat biskut ngan kek. Kiranya ni projek biskut raya kami 3 beranak la hehe.

Selamat Hari Raya!
Hanim

Thursday, May 23, 2019

Thursday, May 23, 2019

Penjual laksam yang jujur


Assalamualaikum! Sebelum ni takda telio pun tengok laksam. Tapi sejak opis buat makan-makan, dan diaorang order laksam terus aku jatuh ketagih dengan makanan dari Pantai Timur tu. Masuk bulan Ramadan aku try cari kat bazar tapi takut terbeli yang tak sedap.

Pengalaman beli makanan tapi dapat yang hampeh bukan aku sorang je yang terkena betul tak. Baik apa pun jenis makanan. Nasi mentah la, inti semosa masam la. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul jujur dalam perniagaan makanan. Walaupun bukan semua, yang seketul dua tu la yang buat kita jadi trauma nak beli lagi. Aku terus banned kalau terkena sekali. 


Wednesday, May 15, 2019

Wednesday, May 15, 2019

Projek Onde-onde


Assalamualaikum! Kalau dah tempat tu ramai perempuan lebih dari lelaki, mesti ada je projek mak-mak yang akan dilaksanakan. Asal ada masa terluang, ada geng nak buat, ada bahan dan ringkas pula cara nak buatnya mesti akan ada yang nak join sekali.

Untuk bulan Ramadan ni, kitaorang plan buat onde-onde atau buah melaka. Actually bukan aku la yang plan sekali, tapi diaorang la plan aku just bayar dan join sekali nak buat. Dapat juga sorang bawa balik sikit bekalan onde-onde untuk berbuka puasa.

Tuesday, May 14, 2019

Tuesday, May 14, 2019

Juadah yang ditunggu-tunggu setiap kali Ramadan


Assalamualaikum! Salam Ramadan buat seluruh umat Islam. Dah masuk minggu kedua kita berpuasa, mesti banyak juadah dan makanan yang kita dah sediakan untuk keluarga tercinta kan. Tak kisah la beli ke, masak ke, rumit ke, ringkas ke, kering ke, berkuah ke mesti ada makanan yang menjadi kegemaran kita kan.

Makanan kegemaran aku untuk bulan Ramadan ni ada satu. Bukan kuih, bukan lauk, bukan nasi, bukan juga lemang dan rendang. Tapi satu juadah yang bulan lain takda, hanya di bulan Ramadan je jumpa. 


Monday, May 06, 2019

Monday, May 06, 2019

Ujian di ambang Ramadan


Assalamualaikum! Cerita minggu lepas, lebih tepat lagi penghujung April. Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini, tapi akhirnya terjadi pada pagi tu.

Pagi Jumaat, kami keluar rumah lebih awal dari biasa. Pukul 6.30am pagi dah start enjin dan mula bergerak. Sampai di laluan keluar dari parking, dalam gelap Subuh yang samar itu tetiba nampak kelibat kereta tertonggeng sikit. Rupa-rupanya tayar depan sebelah kanan kereta tu dah masuk ke longkang!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.