Breaking

Showing posts with label Resepi Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Resepi Biskut Raya. Show all posts

Tuesday, July 07, 2015

Tuesday, July 07, 2015

Projek Biskut Raya 2015 : Orange Shortbread


Assalamualaikum!


Ok ... ada kesilapan berlaku sebenarnya! Sebenarnya aku bukan nak buat biskut Orange Shortbread ... tak terlintas langsung pun nak buat! Tapiiiiiiiii .... bak kata pepatah, apa yang kita inginkan tak selalunya kita dapat. Dan, kadang-kadang kita perlu belajar menerima sesuatu yang baru dalam kehidupan ini .... mana tahu yang baru itu barangkali lebih baik untuk kita ....

Haaaa hok aloh ...apa yang aku merapu di atas tu?? hahaha. Okla ok la takmo merapu banyak sangat, nak tahu cerita penuh terjah SINI. Inilah biskut raya yang telah tinggal separuh balang setakat hari ini! Sapa punya keje? .... suspek utama ialah kakak! hehehe. Dia punya selera kat biskut raya, boleh bikin aku risau ...takut-takut time raya nanti biskut raya kat umah ni habis licin dikerjakannya! Alasannya ....ibu punye biskut oren ni sedapppp! Ooohhh ..kemain puji kita ye ...ibu dah habis 'kembang' dah ni kak ...tak larat nak tukar seluar dah muahahaha!




ORANGE SHORTBREAD

BAHAN-BAHAN

200gm butter (i is guna buttercup)
100gm gula kastor
30gm nestum kisar
30gm tepung kastard
1 sudu air sejuk (peti sejuk)
2 sudu bijan
40gm tepung jagung
260gm tepung gandum (yang telah diayak)
1 sudu perasa oren (i is guna star brand)

HIASAN

kelapa parut halus
manik berwarna warni
1 ketul coklat putih

CARA-CARA

1. Putar butter bersama gula kastor sehingga sebati. Masukkan tepung jagung, tepung kastard, nestum dan bijan. Kemudian masukkan air sejuk dan perasa oren dan putar lagi. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan menjadi doh.

2. Dengan menggunakan acuan yang sesuai, terap doh tadi dan susun dalam dulang pembakar sehingga siap kesemuanya. Sementara tu, panaskan oven dahulu untuk 5-10 minit.

3. Dulang pembakar dimasukkan dalam oven dan suhu disetkan pada 145°C selama 25 minit. Setelah masak, keluarkan dulang pembakar dan biarkan ia sejuk sekejap.

4. Di dapur, panaskan coklat putih dalam periuk sehingga cair. Cara nak buat,isi air dalam periuk/kuali dan letakkan periuk lain dalam air mendidih tu. Masukkan coklat dalam periuk dan kacau coklat tu sampai ia cair. Kemudian tutupkan apinya. Sediakan berus lukis (yang baru la) untuk sapu coklat pada biskut.

5. Campurkan kelapa parut dan manik berwarna warni dalam satu mangkuk, gaulkan ia rata. Ambil berus dan celup dalam coklat putih, sapukan di atas biskut tadi. Kemudian tekan biskut tu dalam campuran kelapa parut dan manik. Ulang prosesnya sehingga siap. Jika coklat putih dibiarkan mengeras, ia perlu dicairkan semula untuk memudahkan proses sapuan.

6. Biskut siap dan sedia untuk disimpan dalam bekas kuih atau dimakan.




Seronok juga bila anak-anak turut membantu di dapur. Tambah bila diaorang tengok biskut tu cantik pulak tu, memang automatik sukarela nak buat sama. Masuk dalam mulut pun sukarela jugak la jadiknya ....muahaha!


SELAMAT MENCUBA! ^^



Monday, July 06, 2015

Monday, July 06, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Tart Nenas Gulung


Assalamualaikum!


Pagi raya tak lengkap kalau takda kuih tart nenas kan. Selain biskut Dahlia & Semperit, tart nenas juga merupakan juadah wajib yang mesti ada di setiap rumah setiap kali hari raya. 

Tart nenas dah melalui pelbagai revolusi, dari pelbagai warna menarik ke penambahan perasa. Dulu mak mak kita guna inti nenas je tapi sekarang ni dah ada blueberry tart la .... raspberry tart la. Namun, aku tetap setia dengan tart nenas sebab yang asli dan asal itulah yang terbaik!hehe

So, tahun ni aku buat tart nenas jugak. Memula aku buat dulu, ia agak mengundang sedikit stress sebab tangan kita ni dah la tak berapa nak lentok, kadang-kadang bunga tu jadi pecah-pecah pulak. Tapi, bak kata pepatah 'latihan membawa kepada kesempurnaan' kan hehe. Satu adunan aku dapat dalam 112 biji tart nenas ...alhamdulillah 


Friday, July 03, 2015

Friday, July 03, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Almond London


Assalamualaikum!


Nak membuatnya pun tak sukar sebab hanya perlu gentel, bakar kemudian celup dalam coklat cair dan siap untuk dingapp! hehe. Istimewanya Almond London ini, ia menggunakan kacang badam yang dipanggang. Memang kalau siapa suka kombinasi kacang badam dan coklat, inilah biskut raya yang tepat untuk raya anda! ngeeee :D

Secara peribadi, Almond London adalah kegemaran aku juga. Tambah kalau kita buat sendiri boleh celup berapa tebal coklat kita nak hehe. Jom la kita try resepinya pulak! ^^


Thursday, July 02, 2015

Thursday, July 02, 2015

Projek Biskut Raya 2015 - Marmar Carrie


Assalaualaikum!


Tahun 2015 merupakan titik permulaan untuk aku buat biskut raya setelah 4 tahun 'berehat'. Kalau boleh tiap-tiap tahun nak buat biskut raya sendiri, tak mo bergantung pada biskut tunjuk tunjuk ni. Walaupun itu memang perancangannya .. tapi masa akan datang kita takkan tahu kan huhu.

Masa aku buat biskut ni, mak sempat bercerita time dia dulu kalau nak belajar buat biskut ni takda orang nak ajar. Yang tak sudi nak share ilmu pun ada, sanggup buat sorok-sorok, so mak belajar buat kuih dulu pun melalui pemerhatian sendiri. Balik rumah salin semula bahan dan resepi tadi kemudian baru try buat sendiri. Kiranya zaman kita ni lebih beruntung sebab senang sangat nak dapatkan resepi, tinggal lagi rajin ngan tak rajin je nak buat kan hehe. 



Friday, June 26, 2015

Friday, June 26, 2015

Aidilfitri Berseri Dengan Variasi Semperit Raya!



Assalamualaikum!


Kuih semperit dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan! Bagi penggemar semperit, juadah kuih semperit di pagi lebaran pasti ditunggu-tunggu kerana kelazatan dan aromanya yang membangkitkan nostalgia semperit yang kekal segar legasinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu!

Ramadhan ini, kuih semperit menemui sentuhan baru namun masih mengekalkan keasliannya. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.




Hidupkan suasa dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat semperit melalui resepi-resepi yang telah dipertingkatkan. ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat.

Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.

Tanpa berlengah masa, mempersembahkan resepi ekslusif mentega SCS untuk menceriakan Hari Raya anda dan menambat selera seisi keluarga. Pakaikan apron dan cubalah resepi baru ini!




Jangan lupa mencuba resepi menarik sempena Hari Raya ni ye! Pastinya Aidilfitri kita lebih ceria dan bermakna dengan juadah kegemaran ramai ...insyaAllah ^^

Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resepi-resepi kuih khas berasaskan mentega SCS, boleh layari Facebook SCS untuk resepi atau saluran Youtube kami. Buku resepi untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih. 

Dan, berita baik untuk semua, menjelang Jun 2015 SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia.



SELAMAT MEMBUAT KUIH SEMPERIT
DAN
SELAMAT HARI RAYA!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.