Story Kenit
Tuesday, December 23, 2014
Showing posts with label Segmens and Giveaways. Show all posts
Showing posts with label Segmens and Giveaways. Show all posts
Tuesday, December 23, 2014
Wednesday, November 26, 2014
Segmens and Giveaways
Wednesday, November 26, 2014
Fa-la-la-lidays Giveaway Di Disney Channel
Assalamualaikum!
Let it goooo.... let it gooooo...
Anak anda suka cerita FROZEN? Anak anda peminat karakter Elsa dan Ana? Anak anda nak menang tiket pengembaraan ke Disneyland Hong Kong? Anak anda nak menang hadiah menarik Frozen setiap hari? Haaa banyak nau soalannya kan hehe.
Kalau jawapannya YA, anda waaaaajib join kontes menarik ni!
Macam mana nak join? ^^
- Tonton Saluran Disney (CH 615) dari 14 November - 14 Disember 2014.
- Log in ke http://www.disneychannel-asia.com/holiday/
- Nantikan soalan peraduan.
- Menghantar sebanyak mungkin jawapan yang betul pada setiap hari.
- Seorang pemenang dengan jawapan betul terbanyak pada akhir 20 Nov/27Nov/4Dec/14Dis, jam 12 malam akan memenangi pengembaraan Frozen ke Disnyeland HongKong! dan ada jua hadiah harian Pek Hadiah Frozen untuk dimenangi!
Nak tahu hadiah yang bakal anda menangi?
Hadiah Utama Mingguan : Percutian Keluarga Untuk 4 Orang
- 2 Tiket ke Taman Tema
- Penginapan 2 malam di Hotel Disneyland Hong Kong
- Pakej Bibbidi Boutique Castle
- Sarapan pagi di Restoran Enchanted Garden
Ohsem kan! setiap minggu selama 4 minggu berturut-turut akan ada seorang pemenang untuk hadiah utama mingguan ni.
Plus, ada juga hadiah harian yang menarik menanti anda!
Haaaa menarikkkkkkk sangat! Ni kalau dapat kat kakak dan adik ni sure diaorg bawa tido sekali ... terutama si Olaf tu kan haha :D
"Let it goooo .... let it goooooo". But never let go this one! Tonton Disney Channel (CH 615) dan join sekarang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dari Disney! ^^
Nak tengok Elsa & Ana versi kakak dan adik?
Hehe :)
Friday, September 12, 2014
Segmens and Giveaways
Friday, September 12, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 12 - 5 Wishlist Aku
Assalamualaikum!
Wow! kali ni aku nak kongsi 5 wishlist aku kat korang. Biasa kalau aku blogwalking mesti ada kotak wishlist ni kat sidebar blog korang kan. Yang mana dah tertunai, klik right. Yang mana belum, kotak masih kosong.
Sebenarnya ..... hajat aku yang sebenar-benar lagi benar dan membenarkan telah pun tertunai. Apa hajat aku tu biarlah ia menjadi rahsia aku seorang. Yang pastinya hajat yang telah tertunai itu bukan berkenaan diri aku atau Pak Jelan atau anak-anak aku.
Moga beliau istiqomah ....
Ok!
So, disebabkan hajat aku yang pertama-tamanya dah tertunai aku nak tambah lagi la wishlist aku. Penganjur nak 5 je kan, ok la aku kongsikan 5 antara 1000 wishlist aku yek hehe :D
1. Menunaikan haji dan bawa mak bersama ke Mekah.
- Abah dah pernah pergi dah, cuma mak je belum. Siapa yang tak teringin nak pergi ke Mekah al Mukarramah,tempat paling dicintai Allah. Dulu kaki mak sakit, susah nak berjalan jauh. Tapi sekarang alhamdulillah dah beransur pulih. Kalau hajat aku ni kesampaian, dan Allah permudahkan segalanya untuk mak dan kami, aku doa agar mak diberi kesihatan yang baik untuk menunaikannya.
2. Berhenti merokok!
- Bukan aku yang merokok tapi orang 'sebelah'
- Aku teringin sangat nak jadikan kedai mainan tu sebagai harta pusaka untuk budak-budak ni. Paling koman pun macam kedai Meei Mei tu pun jadi la hehehe. Pasaipa? Pasai aku rasa dah beratus ratus ringgit aku 'leburkan' kat kedai mainan! Kalau dapat, aku nak hadiahkan kat diaorg, pastu diaorg boleh makan tidur main dalam kedai tu hehe.
4. Tambah anak
- Mana aku pergi mesti orang bertanya, Nim, bila nak tambah lagi? Mira pun dah besar. Aku faham...aku memahami keinginan korang untuk melihat keluarga kami membesar dan bertambah. Aku pun sama. Takpe, pasni 100 orang yang baca hajat aku ni tadah tangan dan berdoa sekejap untuk aku. Boleh cenggitu? boleh la... boleh la...boleh la :)
5. Senangkan mak dan abah
- Sebak bila teringatkan mak dan abah yang hanya tinggal berdua di kampung. Sampaikan kakak tanya kat aku, ibu tak sayang atok ngan wan ke? nape tak tinggal ngan atok dan wan? Aku berdoa dan berharap sangat suatu hari nanti aku dapat duduk tinggal dekat ngan mak dan abah.
So, itulah 5 wishlist aku untuk kali ini. Segala yang aku hajatkan di atas bukan rekaan semata-mata. Ia lahir dari dalam hati ini. Semoga Allah perkenankan hajat-hajat kita semua insyaAllah :)
Koleksi Cabaran 30 Hari
Thursday, September 11, 2014
Segmens and Giveaways
Thursday, September 11, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-kanak
Assalamualaikum!
Hari ni aku kena ceritakan kenangan zaman aku kanak-kanak dulu. Hurm... ni yang buat aku berpeluh nak mikior story ape aku nak citer ye hahaha. Terus terang aku cakap, aku hilang ingatan 60% zaman kanak-kanak aku dulu wakakaka. Nak kata kena dera ...tak. Nak kata ada nyanyuk, aku belum tua lagi. Tapi tu la .... aku memang susah n ak recall balik ni!
Tapi sebagai menyahut #cabaran30hari ni, aku gigih 'perah' paler otak aku nak bagi ingat balik kot-kot kalau ada yang masih aku ingat zaman kecik-kecik dulu.
Masa tu umur aku dalam 10-11 tahun kot. Balik kampung time nak raya. Malam lepas buka puasa, pak sedara aku bawa keluar segala jenis mercun dan bunga api! Perghh! bukan calang-calang mercun weh hehe.
So, aku dan sepupu-sepupu yang lain dah tak sabo nak main dah ni! Yang pempuan amik bunga api je. Yang lelaki berlagak nak main mercun haha. So, sepupu aku ni gi amik mercun lebah dan cuba nak bakar.
Tengah sedap-sedap kami menyanyi sambil hayun bunga api, tetiba sepupu aku tadi tu lari mencanak keliling umah! Rupanya mercun lebah dok ngekor dia! haha. Kami pakat ketawa la kan, dah nama pun budak. Tak rasa pulak nak nolong dia masa tu hahaha.
Tapi, aku tak ingat macam mana sepupu aku boleh terselamat dari mercun lebah tu haha. Tak ingatttt! Tapi, yang aku ingat masa tu memang havoc kat luar umah sampai mak-mak sedara pak-pak sedara keluar umah nak tengok apa berlaku.
Sekarang ni, bila-bila aku ingat-ingat balik benda tu ... kesian pun ada, lawak pun ada hehehe. Mujurlah dia takda ape-ape.
Tapi pelik yek, macam mana mercun lebah tu boleh ikut dia lari keliling umah ye? Ade sensor ke ape? ngeh3x ^^
Koleksi Cabaran 30 Hari
Segmens and Giveaways
Thursday, September 11, 2014
Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger!
Assalamualaikum!
KLIK SINI DAN JOIN |
Otai buat segmen! haha. Harussss join pasal dah lama Aben tak buat segmen begini. Peluang untuk blogger-blogger newbie di luar sana, jangan lepaskan untuk join sekali! Kami ... eh eh .. aku dulu pun bila masih newbie dok gigih join segmen-segmen begini. Untuk cari kenalan baru dan bertukar-tukar pendapat kekdahnya hehe.
So, jom start! ^^
Latar belakang
Aku mulakan segmen ni dengan pengenalan tentang latar belakang aku. Pada yang dah pernah jumpa aku, mungkin korang tahu sikit-sikit tentang aku kan. Pada yang belum, inilah aku nak citer!
Aku bernama Hanim bt Hashim, anak bongsu dari 3 beradik, umur dah masuk 3 series, sudah berkahwin dan beranak dua. Aku paling tinggi dalam keluarga, 5'7" jadi aku takleh pakai high heels ...pfftt!
Apa bestnye blog aku ni dan pasaipa korang kena datang baca?
Blog personal aku ni banyak cerita pasal kehidupan peribadi sebenarnya. Memula aku dok nyibuk cerita pasal artis tapi pastu aku rasa macam bengong je nak masuk campur hal orang kemudian canang satu dunia! haha.
Really not me ...
So, aku lebih banyak bercerita pasal anak-anak sebenarnya. Dari citer zaman mengandungkan diaorg, dalam pantang dan sampai mereka dah besar sekarang. So, officially aku ni parenting blogger hehe. Kemudian, aku dapat offer pergi event berkaitan parenting dan aku kongsikannya dalam blog ni.
Kini, aku bukan saja parenting blogger, aku juga berkongsi cerita dan pengalaman tentang bab kecantikan/kesihatan, food review, event, hiburan dan product review. Semua ni adalah bonus bagi aku, sebab aku dapat cuba pelbagai cabang dalam dunia blog ni. Nak tahu lebih, kenala baca entri-entri aku ye hehe :)
Impian Ku, Seorang Blogger!
Yessss, dengan rasa syukurnya aku kini bergelar seorang blogger! Walaupun bukan full time, tapi apa yang aku ada kini sudah cukup membahagiakan aku. Impian aku? Aku berdoa agar aku terus dibekalkan semangat untuk menjadi seorang blogger! Tak mo separuh jalan atau main-main!
Aku suka menulis (i mean menaip). Dan, aku suka berkongsi benda baik ngan pembaca di luar sana. Dan, lagi satu aku suka baca balik apa yang aku tulis hahaha. Alhamdulillah, ada entri-entri aku yang mendapat maklum balas positif dari pembaca di luar sana. Bila diaorg hantar emel dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian ni, aku jadi lebih bersemangat nak blogging! Korang pernah rasa? ohsem kan! ^^
Kalau ada kelebihan lain-lain yang aku dapat sebagai seorang blogger, aku anggap ia adalah rezeki. Asalkan aku pandai jaga diri dan jaga jari (dari bercerita tentang benda yang tak sepatutnya).
So, siapa nak bawa aku gi Paris?? (wakakakaka)
Haaa! korang yang belum join cepat join sekarang. Tarikh tutup sampai malam ni kul 8 malam je! Jangan biarkan blog korang bersawang, isikannya dengan segmen Aben ni, nanti ramai yang datang terjah dan kita boleh kenal-kenal gitu hehehe.
Wednesday, September 10, 2014
Segmens and Giveaways
Wednesday, September 10, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 10 - Apa Ada Dalam Handbag Aku?
Assalamualaikum!
Yeaaaa! dah hari ke 10! cepatnyeeeee masa berlalu ... huhu. Serius??? Serius ke korang nak tahu apa ada dalam handbag aku ni? hahaha.
Jangan menyesalll!!
T__T
Memula aku citer pasal small handbag aku ni la ye. Aku beli ni kat kedai Meei Mei dengan harga RM9.90! hahaha. Walaupun aku wanita melayu terakhir (terakhir la sangatttt!) tapi aku takda 'nafsu' nga handbag mahal atau branded.
Satu - mahal nau beg branded!
Dua - ralat!
Tiga - aku jenis 'buas' guna barang .. kecuali kalau barang tu adalah hadiah dari orang, nescaya aku tak 'buas'! so sudi-sudilah bagi aku hadiah handbag tuk besday aku nanti ye ekekekeke :p
Disebabkan 'handbag' aku ni kecil, maka sangat la limited space dia. Memang purposely pun aku pilih beg kecil. Korang tau je la kan .. dah jadi mak-mak ni semua benda aku nak sumbat masuk dalam beg huhu.
Apa ada dalam handbag iolss??
1. Segala jenis kad - kad tutttt! kad blogger, kad itu kad ini.
2. Duit singgit-singgit - khas untuk belanja sekolah kakak haha. Senang bagi duit singgit-singgit.
3. Gambo anak
4. Resit/Resit top up yang lama-lama - perap buat pekasam! haha
5. Lip balm - tapi bukan aku punye. Anak-anak punye! Anak-anak pulak yang terlebih melaram dari maknya ..... pe cittaaaa!
6. Buku bank anak
7. Barang mainan anak (pffftttt)
8. Brooch tudung - untuk hal-hal kecemasan! Kerap sangat pin brooch aku ni tertanggal!
9. Kabel USB
10. CD softcopy gambar anak
11. 1 sachet minuman TrudTox - dok buat review hari tu, gigih spare dalam beg ekekekek :D
Tu je yang aku ada dalam beg kecil aku ni. Sepatutnya ada vicks tapi dah hilang ntah ke mana haha. AKu selalu spare vicks tu, pasal senang kalau nyamuk gigit anak-anak aku, aku terus sapu pastu tak gatai dah hehe.
Tak macam handbag orang lain, isi dalam beg aku takda makeup set ...kan?? Sedeyyyyy ~
T__T
Koleksi Cabaran 30 Hari
Tuesday, September 09, 2014
Segmens and Giveaways
Tuesday, September 09, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 9 - Siapakah Lelaki Yang Menarik Perhatian Aku?
Assalamualaikum!
Wow! Cabaran hari ke 9 diteruskan dengan tajuk kali yang sangat sesuatuuuuuu! hehe. Aku memang blur sangat bab-bab cenggini ...! tengok je la dua entri sebelum ni, pasal bekas kekasih la .. pasal lagu cinta la .... aku tak biasa cenggini!
Tak biasa! tak biasa ...!
I is inesen you know! heeee :p
Ok la ok la....
Setiap insan pasti menginginkan ciri-ciri yang sempurna pada pasangannya kan. Bukanlah 100% sempurna, tapi kalau boleh sedikit ciri yang kita nak tu ada pada bakal pasangan kita betul tak.
Aku mengaku aku pernah menetapkan beberapa ciri untuk bakal suami aku dulu. Imaginasi bayangan seorang manusia yang 'sempurna' pada pandangan mata dan hati.
Pernah aku mengimpikan ....
- bakal suami aku lebih tinggi dari aku, supaya aku boleh letak kepala kat dada dia bila dia peluk aku ..... pffttttt!
Tapi, apa yang kita rasa terbaik itu mungkin belum cukup baik sebenarnya. Tak tinggi takpe, boleh je duduk atas kerusi pastu letak la kepala kat dada dia kan. Sambil baring pun boleh letak kepala ye dop hahaha :D
So, inilah jejaka-jejaka yang menarik perhatian aku sehingga kini ....
Lelaki pertama dalam hidupku .... Hj. Hashim berumur 65 tahun ini. Sangat tegas dan tak suka orang lawan cakap dia. Kalau dia tengah marah dan membebel, kita jangan melawan! Diamkan aje sampai dia habis bercakap. Dia suka bila kami rajin tengok buku sekolah hehe.
Amboiiii! kemain dia tutup idung! busuk sangat ke nafas iolss!!! hahahaha. Ehhh jangan salah faham ye uolss ... gambo ni gambo shooting tuk Nuffnang hari tu haha. Nafas iolss sebenarnya wangi ok ... semerbak harum gituuu! hahaha. Aku paksa Pak Jelan berlakon sekali dalam video tu ekekeke.
Dengar molep ustaz kabo tu ^^
Koleksi Cabaran 30 Hari
Monday, September 08, 2014
Segmens and Giveaways
Monday, September 08, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 8 - 5 Lagu Cinta Kegemaran Aku?
Assalamualaikum!
Aaahhh cinta lagi! Bak kata orang, zaman bercinta adalah yang paling indah dilalui oleh seseorang dalam hidupnya.
Bila bibir menguntum senyuman, mata dah berkenan, hati dah terpaut lalu keluar la segala lagu dan madah-madah cinta menggambarkan perasaan. Chewahhh! kemainnnnnn .....! hehehe.
Seperti orang lain, aku membesar dengan lagu-lagu cinta zaman rock-rock kapak. Memang layan habis lagu-lagu cinta zaman dulu, malah kebanyakkannya masih evergreen sampai sekarang! huhu.
5 Lagu Cinta Kegemaran Aku!
- Kerana Cinta by Medicine
- Takdir Dan Waktu by Mega
- Kain Cinta Putih by Putera
- Biar Putih Tulang by Dinamik
- Bunga Angkasa by Terra Rossa
Haaa semua lagu cintan cintun tangkap leleh punye hahaha. Time bercinta lagu tu, time putus cinta lagu ni ekekeke. Biasa la .... dulu zaman layan perasaan, nak bermadah sendiri tak reti, so pakai lagu la nak tunjuk perasaan masing-masing huhu.
Adios! ^^
Koleksi Cabaran 30 Hari
Sunday, September 07, 2014
Segmens and Giveaways
Sunday, September 07, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 7 - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan Bagiku
Assalamualaikum!
Waaaaa dah masuk hari ke-7 dah! Hari ni aku nak berkongsi pendapat mengenai kepentingan pendidikan dari perspektif Dr. Hanim :D
Sabda Nabi saw yang bermaksud :
Setiap peringkat fasa kehidupan kita memerlukan kita untuk menuntut ilmu sebanyak yang boleh. Sebab itu manusia diberikan akal oleh Allah swt kerana dengan akal maka kita dapat menerima dan memberi ilmu dengan mudah.
Sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita sudah pun diberikan pendidikan. Kalau kita tanya mak-mak kita dulu, apa yang mak ajarkan kita masa kita dalam kandungan? Mak kita jawab, mak bacakan surah Luqman, surah Yusof untuk kamu. Supaya kamu nanti membesar jadi anak yang soleh/solehah.
Sebagai ibu, aku juga turut mementingkan pendidikan untuk anak-anak. Baik dari segi akademik, moral dan pengetahuan tentang Islam. Benda yang selalu aku ingatkan pada anak-anak ialah beza antara orang berjaya dengan tidak adalah pada ketinggian ilmunya.
Kalau nak berjaya mesti ada ilmu.
Namun, ada ilmu saja tidak menjadikan kita berjaya sepenuhnya jika kita tidak sebarkan pada orang lain, dan ilmu itu akan menjadi sia-sia jika kita tidak beramal dengannya.
Jadi, teruskan menuntut ilmu dalam apa jua keadaan kita. Dan, sentiasalah beramal dengannya supaya kita dan orang lain sama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.
Tapi, jangan pula kita pi belajar ilmu yang tidak sepatutnya, pastu kita sebarkan pada orang lain atau kita aniaya orang lain. Nescaya ia akan mengheret kita ke lembah kehinaan.
Wallahualam.
Sabda Nabi saw yang bermaksud :
"Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."
(Riwayat Ibnu Majah)
Sejak dari dalam kandungan ibu lagi, kita sudah pun diberikan pendidikan. Kalau kita tanya mak-mak kita dulu, apa yang mak ajarkan kita masa kita dalam kandungan? Mak kita jawab, mak bacakan surah Luqman, surah Yusof untuk kamu. Supaya kamu nanti membesar jadi anak yang soleh/solehah.
Sebagai ibu, aku juga turut mementingkan pendidikan untuk anak-anak. Baik dari segi akademik, moral dan pengetahuan tentang Islam. Benda yang selalu aku ingatkan pada anak-anak ialah beza antara orang berjaya dengan tidak adalah pada ketinggian ilmunya.
Kalau nak berjaya mesti ada ilmu.
Namun, ada ilmu saja tidak menjadikan kita berjaya sepenuhnya jika kita tidak sebarkan pada orang lain, dan ilmu itu akan menjadi sia-sia jika kita tidak beramal dengannya.
Jadi, teruskan menuntut ilmu dalam apa jua keadaan kita. Dan, sentiasalah beramal dengannya supaya kita dan orang lain sama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat.
Tapi, jangan pula kita pi belajar ilmu yang tidak sepatutnya, pastu kita sebarkan pada orang lain atau kita aniaya orang lain. Nescaya ia akan mengheret kita ke lembah kehinaan.
Wallahualam.
Koleksi Cabaran 30 Hari
Saturday, September 06, 2014
Selera Kenit
Saturday, September 06, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 6 - Apa Yang Aku Makan Hari Ini?
Assalamualaikum!
Cabaran hari ke-6 nak citer pasal bab makan. Haaaa bab makan ni paling cukup senang kalau nak dibandingkan dengan sebelum-sebelum ni hehe. Sapa yang tak terer kalau citer bab makan ni kan, tambah kalau yang bercerita tu pun kuat makan ... macam aku! hehehe.
Breakfast : Kuey Tiow Goreng + Sambal Paru
Pagi tadi, aku lepak kedai Cik Tonah. Apa lagi yang aku nak makan, kalau bukan feveret aku kuey tiow goreng dengan sambal paru. Perghhh! bersepah daun kucai dia tapi ku gagahkan jugak kais-kais letak tepi dan makan hanya kuey tiow hahaha.
Tengahari : Eskrem
Tengahari aku melantak eksrem pulak. Balik dari Subang, anak-anak minta setelah seminggu lebih aku kuatkuasakan 'larangan' memakan eksrem hehe. Bukan ape, sekarang ni cuaca tak menentu. Kalau aku tak pantau, nanti yang kanan batuk yang kiri selsema!
Tapi, since ayah dia yang nak belanja maka aku tumpang semulut jugak la hehehe.
Tudiaaa! nikmat dapat makan eskrem ... muke stim terus! muehehehe :p
Makan malam : Nasi + sambal ikan bilis petai + Ikan goreng + telur dadar
Hari cuti la baru dapur aku berasap sikit hehe. Untuk tengahari dan makan malam, aku masak simple-simple je. Teringin pulak nak makan sambal ikan bilis ngan petai. Kena plak ngan nasi panas ... pergh! tangkap leleh yuuuuuuuuu! heehehehe
Dah ... tu je la makanan aku hari ni.
Nak sambung makan lagi ni, kasi perabih itu sambal ikan bilis petai ... nomnomnomnom ^^
Koleksi Cabaran 30 Hari
Friday, September 05, 2014
Segmens and Giveaways
Friday, September 05, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 5 - 3 Pesanan Aku Untuk Bekas Kekasih
Assalamualaikum!
Cabaran masuk hari ke-5 dan mesti ramai yang tertunggu-tunggu tajuk untuk hari ni kan hehe. Aku pun mati kutu nak menyiapkan task kali ni .... tetiba otak jammed! haha. Ni pun menggigil tangan nak menaip! Tapi, nama pun CABARAN kan, so kira kasi bolos je la! haha.
Aku tak kisah kalau Pak Jelan baca entri ni pun, pasai dia tahu aku siapa dan aku macam mana. Apa yang aku gusarkan ialah ape benda aku nak cakap kat bekas-bekas kekasih aku dulu?? Yang mana satu aku nak tujukan ni? 'Stok' sekolah rendah ada, menengah ada, form 6 ada, masa dapat kerja pertama ada ..... wakakakaka! :p.
Bila sebut 'bekas-bekas' bukanlah bermakna aku ni playgirl dulu. Tak ... aku cukup pendiam dulu hehe. Tak tahu macam mana mereka boleh 'sangkut' ngan aku .... ehh ehh! :p
Thursday, September 04, 2014
Segmens and Giveaways
Thursday, September 04, 2014
[Cabaran 30 Hari] Hari 4 - Buku Kegemaran Aku
Assalamualaikum!
Hohoho bila kali terakhir aku baca buku yek?
Ahaa! Bulan 6 aritu ... buku prestasi Mira! Buku la jugak tu kan :p
Kat sini aku nak buat pengakuan bahawa aku bukanlah pembaca buku yang setia. Zaman aku selak-selak mukasurat buku dah berlalu haha. Terutama buku-buku teks sekolah dan nota-nota zaman 'British' yang aku sampai sekarang bikin pusaka! heeee :D
Kat sini aku nak buat pengakuan bahawa aku bukanlah pembaca buku yang setia. Zaman aku selak-selak mukasurat buku dah berlalu haha. Terutama buku-buku teks sekolah dan nota-nota zaman 'British' yang aku sampai sekarang bikin pusaka! heeee :D
Segmens and Giveaways
Thursday, September 04, 2014
Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com
Assalamualaikum!
Assalamualaikum
Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com.
Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014
Tujuan giveaway ini : Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda.
Sila FOLLOW BLOG mereka :
[Mamaniza] [Liyana Madrus] [Fizi] [Maz Izza] [Fatin Amalina Husna] [Asha Hana] [Ae Noyou] [Dik An] [Azwar Syuhada] [Mohd Ridzwan] [Aimi Syafiqah] [Arol Mubin] [Shida Radzuan] [Ct Aman] [Sally Samsaiman] [Norliza Othman] [Farah Wahida] [Kathy R'Bain] [Mar Mansor] [Farahuda] [Irene Nadhirah]
Sila LIKE PAGE mereka :
Disclaimer
If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.
All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.