Semperit
Friday, June 26, 2015
Aidilfitri Berseri Dengan Variasi Semperit Raya!
Assalamualaikum!
Kuih semperit dan Hari Raya memang tak dapat dipisahkan! Bagi penggemar semperit, juadah kuih semperit di pagi lebaran pasti ditunggu-tunggu kerana kelazatan dan aromanya yang membangkitkan nostalgia semperit yang kekal segar legasinya sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu!
Ramadhan ini, kuih semperit menemui sentuhan baru namun masih mengekalkan keasliannya. Walaupun cara pembuatan tradisional masih dikekalkan, penampilan serta perisanya telah diberi pembaharuan dalam empat variasi baru. Resepi baru ini mencerminkan aspirasi pengeluar mentega premium ini - iaitu membawa inovasi dan sentuhan kreativiti kepada kuih kegemaran seisi rumah.
Hidupkan suasa dapur anda sempena Hari Raya dengan aroma lazat semperit melalui resepi-resepi yang telah dipertingkatkan. ia mudah dicapai, boleh disediakan dengan mudah dan hampir menyerupai cara ibu menyediakannya. Ramuan asas merangkumi tepung, gula, telur dan semestinya, mentega; tapi bukan sebarang mentega, jika anda ingin mendapatkan tekstur dan rasa yang tepat.
Ramuan rahsia dalam adunan ini ialah mentega SCS yang diperbuat daripada krim yang digodak dua kali dengan rapi.
Tanpa berlengah masa, mempersembahkan resepi ekslusif mentega SCS untuk menceriakan Hari Raya anda dan menambat selera seisi keluarga. Pakaikan apron dan cubalah resepi baru ini!
Jangan lupa mencuba resepi menarik sempena Hari Raya ni ye! Pastinya Aidilfitri kita lebih ceria dan bermakna dengan juadah kegemaran ramai ...insyaAllah ^^
Penggemar kek dan kuih yang berminat dengan resepi-resepi kuih khas berasaskan mentega SCS, boleh layari Facebook SCS untuk resepi atau saluran Youtube kami. Buku resepi untuk kuih-kuih ini boleh didapati di pasaraya terpilih.
Dan, berita baik untuk semua, menjelang Jun 2015 SCS akan melancarkan satu peraduan FB, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook https://www.facebook.com/scsdairymalaysia.
SELAMAT MEMBUAT KUIH SEMPERIT
DAN
SELAMAT HARI RAYA!