Breaking

Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger 2014. Show all posts
Showing posts with label Sepetang Bersama Blogger 2014. Show all posts

Tuesday, August 19, 2014

Tuesday, August 19, 2014

Ephyra Kali Yang Ketiga!


Assalamualaikum!




Alhamdulillah dah 3 kotak Ephyra dah aku kasi perabih rupanya hehe. Dok ada sekotak lagi nak kasi pulun ni. Kalau bulan puasa ari tu, aku adjust sikit timing minum Ephyra ni, tapi bila dah habis puasa ni aku readjust balik ikut time lama hehe.

Saturday, July 05, 2014

Saturday, July 05, 2014

Selepas 40 Sachet Ephyra


Assalamualaikum!

Salam Ramadhan 2014 buat semua umat Islam! Tetengah malam buta ni takleh tido plak kan, jeles pulak nengok anak-anak kat sebelah lena diulit mimpi masing-masing. Kakak tido buas takleh blah! Kaki dia kat perut aku, yang adik plak kepala duk bawah pinggang aku. Dah aku ni kat tengah-tengah dah macam ape ntah! hehehe.

Actually, ini review kedua aku bersama Ephyra. Sebulan lebih dah aku consume pek Ephyra yang kedua ni dan dah banyak perubahan yang aku dapat rasai sendiri! Kalau nak baca review pertama aku, korang boleh terjah SINI.

Alhamdulillah, Ephyra serasi sangat ngan aku ^^


Wednesday, May 21, 2014

Wednesday, May 21, 2014

Rezeki Menang Kontes Ephyra Cabaran 30 Hari


Assalamualaikum!

Tak tahu mana nak start hehe. 

Alhamdulillah syukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan pada kita setiap hari. Dari saat dibukakan mata sehingga terhentinya nafas ini suatu hari nanti. 

Alhamdulillah percubaan pertama bersama Ephyra telah mengukuhkan lagi jodoh antara kami (ecewahhh! hehe). 

Tak sangka, aku yang selama ini tak pernah mencuba apa-apa supplemen samada untuk kelihatan sihat atau cantik, boleh tergerak hati untuk mencuba peluang ini bila ditawarkan pihak Ephyra di majlis SBB2014 yang lepas.



Thursday, April 17, 2014

Thursday, April 17, 2014

Semalam Di Majlis Penyampaian Hadiah Yeos80DaysDrinkToCashContest.


Assalamualaikum!

Semalam yang indah ....

Ecececeh! dah menang indah la ye dak, cuba kalau tak menang ekekeke.

Rutin semalam macam biasa, pagi hantar anak-anak gi sekolah. Anak tanya kenapa ibu pakai lawa sangat.

Eh mana ada ... ni baju keje ni. Lagipun ibu ada keje luar sikit arini hehe.

Dah hantar anak, kami terus patah balik ke KL ikut hiway. Takut sesat hehe. 



Wednesday, April 02, 2014

Wednesday, April 02, 2014

Pengasas EPHYRA Call!

Assalamualaikum!

Pergh! sejuk tangan menggeletor tak habis lagi ni hahaha. Memula ingatkan nombor sapa la yang tertera kat skrin handphone kenit. Cadang nak biarkan aje, sebab nombor tak dikenali malas nak layan hehe. Dengar-dengar suara macam kukenal je suara tu, tapi di mana ya?

Bila pemanggilnya memperkenalkan diri ..."saya Pn. Amyza dari Ephyra", and i said "Wotttttttt!" (opkos dalam hati laaa hehe)


Tuesday, April 01, 2014

Tuesday, April 01, 2014

Statistik Blogger Gempak Dalam Naskah Denaihati


Assalamualaikum!



Sepantas kilat daku menaip malam ini demi berkongsi sedikit sebanyak profil-profil dari naskah Denaihati. Jom kita belajar matematik kejap nak? Kalau dok tengok barisan huruf yang panjang aje, tak gempak ar. Kita kasi masuk nombor sikit, peratus sikit nak tak? hehe. 

Jom kita mulakan statistik!

Dari perkiraan kenit, terdapat lebih kurang 32 nama blogger gempak yang tersenarai dalam naskah Denaihati ini. Dalam 32 nama yang bakal disebut, ada seorang blogger yang paling dicemburui kerana kejayaannya memenangi cabaran kontes Bersama Yeo's yang berlangsung awal bulan lepas.

Monday, March 31, 2014

Monday, March 31, 2014

Kenangan Berharga Sepetang Bersama Blogger 2014

Assalamualaikum!

Satu pengalaman terindah buat diriku yang baru bergelar blogger tak sampai 2 tahun ini. Tak sangka, permulaan menulis di blog sejak 2 tahun lalu, akhirnya menempatkan aku bersama komuniti blogger yang berjaya merubah persepsiku akan kuasa baru yang sedang berkembang kini. #Pray4MH370


Tuesday, March 18, 2014

Tuesday, March 18, 2014

Rezeki Moto G


Assalamualaikum!


Dari start guna handphone, hanya dua brand saja yang menjadi pilihan kenit. Bermula dengan Nokia, kemudiannya Samsung. Teringat pulak kenangan zaman revolusi smartphone kenit dulu hehe. Kenit bukan kaki gajet, dan tak berapa berahi nak tukar gajet mengikut trend. Dapat merasa guna smartphone ni pun dah seribu kali rahmat kan hehe. #pray4MH370


tetiba muka jadi sweet gitu kan hahaha :p

Tapi, tahun ini kenit dimurahkan rezeki untuk mencuba benda baru yang tak pernah kenit terfikir akan memilikinya. Alhamdulillah rezeki menang cabutan bertuah di majlis SBB2014 hari tu, kenit membawa pulang smartphone jenama Motorola iaitu Moto G#pray4MH370



Sebenarnya, ciri-ciri yang ada pada smartphone Motorola Moto G ni tak banyak beza ngan smartphone yang lain. Penggunaan aplikasinya mudah, memula tu tengok ikon kat menu tu macam ikon kat dalam pc table budak-budak hehe. Tapi, lepas kita update dan register nama dan email kita, baru ikon kat menu tu beransur tukar jadi yang sepatutnya.

Friday, March 14, 2014

Friday, March 14, 2014

Cabaran Bersama Ephyra Kini Bermula!


Assalamualaikum!

Hadiah yang dah lama kenit idamkan sejak kenit mengenalinya di alam maya ini. Tapi, masa tu rezeki nak memilikinya belum tercapai lagi. Masuk kontes tu, masuk kontes ni tapi tidak berhasil. Akhirnya! kini ia telah pun berada dalam tangan kenit wohohohoho. Alhamdulillah .... #pray4MH370

Friday, March 14, 2014

Naskah Hebat Dari Denaihati

Assalamualaikum!

Masih lagi dalam mood #SBB2014 yang telah berlalu lebih kurang seminggu lalu. Kelancaran majlis Sepetang Bersama Blogger 2014 #SBB2014 masih rancak diperkatakan sana sini terutamanya dalam komuniti blogger. Satu yang menarik perhatian kenit adalah pemberian naskah oleh pihak Denaihati sebagai cenderahati kepada bloggers yang hadir pada hari itu. #pray4MH370

Wednesday, March 12, 2014

Wednesday, March 12, 2014

Suami Cemburu Kerana #SBB2014


Assalamualaikum!

Nak kata pergi tak minta izin, awal-awal dah minta izin dah. Nak kata tak restu, duit pendaftaran #SBB2014 aritu dialah yang sumbangkan. Nak kata tak sokong, dia jugalah yang menghantarku ke Saloma Bistro awal pagi aritu. #pray4MH370


Friday, March 07, 2014

Friday, March 07, 2014

Senarai Kedudukan Meja Peserta SBB2014


Assalamualaikum!



Kurang 24 jam dari sekarang bakal berlangsungnya perjumpaan Sepetang Bersama Blogger SBB2014 yang dinantikan oleh semua warga blogger!! Senarai kedudukan meja peserta dah pun terpampang di laman rasmi SBB. Sejujurnya, ai is nervous!!! T___T




Tudiaaaaaa!! Dah lah dapat meja 1, nama pun dok atas sekali hehe. Inilah kengkawan yang akan duduk semeja ngan kenit nanti. Hai korang! *lambai tangan* hehehe. Sejujurnya, kenit terrrrrsangat la nervous! Nervous weh!! Kedudukan meja kitaorg plak depan sekali tapi ke kiri. Kira ok la tu hehe.  

Korang yang akan pergi ke SBB2014 ni, boleh lah semak kedudukan korang di {SINI}.

Kita jumpa di sanaaaaaaaaa! InsyaAllah (^_^)


Thursday, March 06, 2014

Thursday, March 06, 2014

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru


Assalamualaikum!



Wanita dan kecantikan memang takkan dapat dipisahkan dari dulu, kini dan selamanya. Selagi ada insan bernama wanita atas mukabumi ini, maka kecantikan takkan luput dari kamusnya. Tak kira zaman dulu atau sekarang, abad dulu atau abad sekarang, kurun terdahulu atau kurun ke 21, wanita pasti ingin kelihatan cantik.

Mengapa wanita ingin cantik?
  • Membina keyakinan diri
  • Membentuk motivasi 
  • Untuk orang tersayang
  • Demi kesihatan diri
Dan, pastinya wanita itu ingin kelihatan cantik untuk dirinya sendiri, kerana itulah antara nikmat dan penghargaan bagi dirinya. Wanita di zaman mak-mak kita dulu, rajin mengamalkan petua awet muda dan kekal langsing untuk kesihatan diri.

Bahan-bahan yang digunakan pula adalah dari sumber semulajadi dan dijadikan sebagai bahan terapi untuk menenangkan tubuh badan yang lesu juga mengembalikan tenaga yang hilang setelah seharian melakukan tugas.




Bagi mengekalkan kesihatan dalaman penjagaan secara semulajadi, ia perlulah bermula dari pemakanan. Kerana pemakanan akan menentukan pembentukan sel samada sel itu sihat atau tidak. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran organik membantu penghasilan kulit baru yang lebih baik dan bermaya, serta mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga baik untuk sistem penghadaman.

Secara fitrahnya, tubuh badan kita mengandungi kadar peratusan air yang tinggi. Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan tubuh dan kulit yang lebih lembap dan sihat, pengambilan air masak dengan kadar yang optimum adalah perlu. 





Kecantikan wanita tidak lengkap jika tidak disertai dengan senaman, yang terbukti membantu mengekalkan kesihatan dan membuatkan wanita itu lebih cantik dan bertenaga. Pernahkah anda terfikir bagaimana mak-mak dan nenek-nenek kita masih larat membuat kerja walaupun sudah lanjut usia? Ini adalah kerana, mereka sudah biasa melakukan pekerjaan tersebut, yang pada mereka ia boleh dianggap sebagai suatu rutin senaman yang sihat dan membantu mereka meningkatkan stamina dan tenaga walaupun umur semakin meningkat.


Belai Diri Anda Dengan Rawatan Spa



Khidmat rawatan spa kini banyak menggunakan bahan semulajadi sebagai terapi diri bagi penggemarnya. Kenit teringin sekali mencuba perkhidmatan ini, walaupun ia merupakan kali pertama. 


Julung-julung kalinya kenit mendengar tentang Anjung Jelita Spa & Beauty Centre ini dari blog denaihati.com , dan mengetahui tentang pakejnya dari http://anjungjelita.com yang menarik membuatkan kenit teruja untuk menyertai kontes ini.


Anjung Jelita Spa & Beauty Centre yang diperkenalkan pertama kalinya pada bulan Mac tahun 2012, menawarkan pakej rawatan spa yang akan menarik hati anda!




Berkonsepkan moden dan tradisional, pusat rawatan spa ini menitikberatkan penggunaan 100% bahan organik dalam pakej rawatannya. Maka, anda tidak perlu gusar dan risau untuk menggunakannya. Persekitaran yang selesa seawal anda melangkah masuk memberikan rasa ketenangan serta haruman bau-bauan yang bisa mendamaikan hati.

Kehebatan rawatan spa di sini boleh dirumuskan dalam 3 mottonya iaitu :
  • Relax -  We would like to make you feel calm when you come our spa. Which is why aromatherapy smells, sounds of water and soothing music is played throughout our spa. We also make sure our rooms are spacious and dimly lit so that you will feel cozy and delighted in our rooms.
  • ReviveWomen are hardworking, both at work and at home. Sometimes, this will take its toll on your skin and your body if not properly taken care of. We would like to help bring your dull skin and lifeless body back to life. We would like our you to feel refreshed after each treatment. Improvements can be seen after just a few treatments.
  • RejunevateWe endeavor to restore vigor into your appearance with our 100% organic and home made body products as well as our chemical-free facial products. We only use both natural and safe products for the prolonged health of your body.

Antara perkhidmatan dan rawatan spa yang ditawarkan oleh pusat spa Ajung Jelita Spa & Beauty Centre ini adalah :

  1. Urutan badan 
  2. Rawatan muka 
  3. Rawatan penjagaan kuku
  4. Rawatan badan & waxing

Layari laman FB dan LIKE Anjung Jelita Spa & Beauty Centre untuk maklumat dan tawaran menarik. 




Kepentingan penjagaan kecantikan 

Wanita dari semua peringkat umur pasti ingin kelihatan cantik dan sihat sepanjang masa. Bukan saja ia boleh menambah keyakinan diri, ia juga menjadikan wanita lebih bermotivasi untuk kekal cantik dan sihat dengan penggunaan bahan semulajadi yang tidak memudaratkan.

Kehidupan pastinya tidak berbaloi andai kita memandang enteng soal kesihatan, sekalipun seseorang itu kaya tapi jika tubuhnya tidak dibelai dan diberikan penghargaan secukupnya di atas apa yang telah dilakukannya untuk kita. Pastinya kita akan merasa rugi di kemudian hari. Jadi, belai-belai dan manjakanlah diri anda dengan rawatan spa Anjung Jelita Spa & Beauty Centre. 

Sudah tiba masanya anda hargai tubuh badan anda.



Wednesday, February 26, 2014

Wednesday, February 26, 2014

EPHYRA PILIHANKU


Assalamualaikum!


EPHYRA merupakan produk minuman supplemen tambahan yang kian mendapat tempat di hati di kalangan rakyat Malaysia. Fenomena luar biasa ini menyaksikan sambutan dan keyakinan orang ramai terhadap produk EPHYRA yang telah mengubah hidup mereka.


Ephyra Pilihanku


Cantik * Sihat * Bertenaga


Kecantikan bukan sekadar dari luaran, tetapi ia bermula dari dalam. Wanita masa kini sangat menitikberatkan penjagaan kulit agar sentiasa tampil sihat dan bersinar. Kulit yang sihat dan cantik memberi petunjuk bahawa anda sangat menitikberatkan penjagaan kulit yang sempurna. Namun, kekangan masa dan jadual yang ketat sering menyulitkan kita untuk mendapatkan kulit yang sihat. 

Seiring dengan peredaran masa, wanita khususnya semakin berani tampil untuk mencuba produk EPHYRA yang mampu mengembalikan keanjalan kulit dan elastisitinya. Dengan ribuan testimoni dari pengguna dan keyakinan terhadap produk EPHYRA, maka tidak perlu dipertikaikan lagi keberkesanannya dalam menjaga dan memelihara kesihatan kita.

EPHYRA

EPHYRA didatangkan dalam kombinasi hebat yang mengandungi 9 bahan dari alam semulajadi yang berkualiti dan bergred super AAA. Gabungan mantap seperti kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat dirumuskan dalam satu rumusan terunggul menjadikan Ephyra berpotensi tinggi menyerlahkan lagi kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran kita.

EPHYRA bukan sekadar menjaga kesihatan kulit kita, malah ia turut membantu dalam mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolisme tubuh. Selain itu, ia juga meningkatkan sistem imunisasi badan dan melegakan artritis dan sakit-sakit sendi.


Kelebihan EPHYRA
  • Memperbaiki keanjalan kulit, melembutkan dan menyinarkan
  • Memperbaiki keadaan kulit yang berjeragat dan bintik-bintik hitam
  • Mencegah kedutan dan mengurangkan kesan garisan di kulit
  • Memperbaiki kualiti rambut supaya lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Memperbaiki sistem penghadaman
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol
  • Meningkatkan tenaga dan konsentrasi
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Mengawal berat badan dan membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh
  • Melegakan artritis dan sakit-sakit sendi


Siapa Yang Memerlukan EPHYRA?
  • Berumur 25 tahun dan keatas
  • Mempunyai kulit yang kering dan kusam
  • Mempunyai kulit yang pucat dan kendur
  • Pigmentasi dan masalah jerawat
  • Mengalami proses penyembuhan yang perlahan
  • Mudah berasa letih
  • Sukar mengingati sesuatu
  • Sakit-sakit badan/ sendi
  • Kadar metabolisme tubuh yang rendah

Namun begitu, produk EPHYRA juga sesuai diambil untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan dan mengekalkan stamina serta tenaga untuk menjalankan tugas-tugas seharian. Jadi, anda tak perlu risau atau berasa was-was untuk menggunakannya.


Ephyra Pilihanku

Pengalaman mereka yang telah menggunakan produk EPHYRA ini membuatkan kenit ingin sekali mencubanya dan merasakan keberkesanannya ke atas diri kenit. Melalui testimoni-testimoni yang dikongsikan dan maklum balas positif dari pengguna-pengguna yang berbulan-bulan mengambil EPHYRA sebagai minuman supplemen tambahan menjadikan kenit lebih teruja untuk mencubanya sendiri!

Kenit mempunyai kulit yang berminyak, dan ini menyebabkan ia mudah ditumbuhi jerawat yang menyakitkan mata! Walaupun tidak banyak jerawat yang keluar, tetapi parut jerawat lama masih kelihatan dan ini sedikit sebanyak memberi kesan ke atas keyakinan diri. Malah, ketidakseimbangan hormon yang berlaku setiap bulan menambahkan lagi masalah kulit yang sedia ada. Jadi, dengan adanya kesempatan ini kenit berharap dapat merasai sendiri perubahan yang EPHYRA dapat lakukan ke atas diri kenit.

Selain itu, kenit juga mengalami masalah kulit kering dan tidak bermaya. Kalau zoom dekat, boleh nampak garisan-garisan halus pada kulit.


Testimonial 

http://miera301.blogspot.com/2012/06/ephyra-dan-saya.html

Masalah kulit yang dihadapi oleh meira (di atas) sama seperti yang kenit alami. Tetapi, alhamdulillah selepas sebulan beliau mengambil minuman EPHYRA, kulit beliau tidak lagi menampakkan parut jerawat dan tiada lagi jerawat yang bisa mengganggu hari beliau!




Selain dari parut jerawat, kulit berminyak dan tidak bermaya, kenit juga mempunyai lingkaran hitam di bawah mata. Memang terasa seperti beruang panda! Akibat dari tidur yang tidak mencukupi serta bebanan tugas di tempat kerja dan di rumah menjadikan kenit kurang bertenaga. Jadi, sememangnya kenit berharap dapat mencuba sendiri keberkesanan produk EPHYRA yang menakjubkan ini!




Semoga kenit dapat menjadi sebahagian dari fenomena EPHYRA yang luarbiasa dan menakjubkan ini. Sebagaimana EPHYRA telah mengubah hidup ribuan pengguna lain, kenit juga berharap EPHYRA dapat mengubah hidup kenit.



Tuesday, February 18, 2014

Tuesday, February 18, 2014

Yeo's Idamanku Selalu


Assalamualaikum!

Kehadiran Yeo's dalam hidup aku sejak dari kecil memang tak dapat dinafikan lagi. Pendek kata, aku membesar dengan minuman Yeo's. Tiap kali rasa haus, masuk kedai buka peti sejuk minuman yang akan aku capai adalah minuman Yeo's sebab rasanya bukan saja sedap tapi sangat melegakan tekak.

Dari zaman sekolah hinggalah ke alam pekerjaan, minuman Yeo's tetap menjadi idaman walau dimana aku berada. Malah, keluarga aku juga sudah 'sebati' dengan produk Yeo's. Jadi, memang tidak ada masalah untuk aku menerima Yeo's dalam hidup aku.

Ingin selami kenanganku bersama Yeo's? Jom ... aku kongsikan (^_^)




Minuman soya Yeo's memang menjadi pilihan aku sejak dari bangku sekolah lagi. Kelebihan yang ada pada air soya Yeo's bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi kebaikan anti-oksidan dan kaya dengan kalsium itu yang lebih memikat hatiku. Sebagai pelajar sekolah, aku juga sukakan minuman soya Yeo's kerana ia kaya dengan sumber protein. Kalau lepas bersukan, air soya Yeo's akan menjadi pilihanku untuk mengembalikan tenaga dan menghilangkan dahaga. 

Minuman soya Yeo's juga sesuai diminum bila-bila masa dan dimana saja. Sambil duduk lepak bersama keluarga di restoran atau sedang menunggu tren, pasti air soya Yeo's ada menemaniku. Terasa kesegaran soya dalam setiap tegukan dan aku pasti nak lagi!





Minuman Yeo's memang sesuai sepanjang masa, termasuklah ketika di bulan Ramadhan. Aku takkan lepaskan peluang untuk menikmati air cincau Yeo's sebagai minuman berbuka puasa. Dan, pastinya kombinasi cincau Yeo's dan soya Yeo's cukup menambah kenikmatan dan kelazatan juadah berbuka puasa. Dan, bila tiba musim perayaan, air cincau dan soya Yeo's menjadi kesukaan tetamu yang berkunjung ke rumah. Hidangan lain dari yang lain menambah citarasa, senang disediakan dan melazatkan! Kalau ada air soya Yeo's dan air cincau Yeo's, memang tak pandang dah air lain.

Apakah kebaikan cincau? Banyak kebaikannya dan sudah tentulah dari sudut kesihatan, yang mana ia bertindak sebagai menurunkan suhu panas badan, melegakan perut dan mencegah gangguan sistem pencernaan. Ia mempunyai efek penyejuk dan rasanya yang kenyal dan seperti agar-agar mudah dinikmati oleh semua golongan dan peringkat umur.



Apa yang aku suka pasal Yeo's ni adalah kerana variasinya. Pelbagai pilihan di bawah satu jenama, dan Seri Kaya Yeo's adalah pilihan utama kalau makan dengan roti. Sapuan halus di atas roti sangat memikat mata. Rasanya yang lemak dan sederhana manis memikat selera dan keaslian serta rasanya yang tidak berubah menjadi idaman semua. Setiap pagi, mak akan sapukan roti dengan Seri Kaya Yeo's untuk aku bawa ke sekolah. Sarapan sihat seawal pagi sangat membantu aku menjadi seorang pelajar yang aktif dan sihat. Dan, ia bermula dengan sarapan pagi bersama Yeo's.


Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.


Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014
Jangan ketinggalan untuk sama-sama mengikuti Yeo's Malaysia melalui
Facebook,  Twitter,  Google+,  Instagram dan YouTube.


yeos-minicontest-300x250
Pengalaman bersama Yeo's memang sangat mengujakan. Pasti sahabat blogger bersetuju
bahawa produk Yeo's memberi lebih banyak pilihan dan kenikmatan. 
Moh kita sama-sama SHARE dan Google+ artikel ini sebagai tanda sokongan
kepada cara hidup yang sihat.

Sunday, February 09, 2014

Sunday, February 09, 2014

Aku Dah Terjebak!


Assalamualaikum!



Sedang berkira-kira sebenarnya, tapi hati ni teringin bebenor nak merasai pengalaman baru ni. Bila lagi aku mahu ke depan kalau bukan sekarang hehe.  Kelam kabut bila tengok status dari Denaihati ni malam tadi. Dah tak banyak tempat lagi!

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.